Terima kasih admin budiman kerana sudi share kisah ini. Kisah benar ni terjadi semasa zaman aku kanak-kanak. Masa tu aku masih tinggal di Kampung Pinang. Cerita ni tiada kaitan dengan cerita Makngah aku.
Aku nak ceritakan tentang rumah kampung atau pusaka aku.
Suatu masa dahulu, rumah aku ni di kira sebagai rumah penghujung kampung. Di bahagian kiri rumah aku tu ada ladang kelapa sawit. Dekat belakang rumah aku pulak mak abah aku tanam pokok getah, lebih kurang 4 ekar.
Masa aku kecik dulu, aku suka ikut arwah mak abah pegi kebun getah. Hujung kepala tanah tu aku perasan ada 3 kubur lama. Dua macam kubur dewasa dan satu macam kanak-kanak. Aku pernah tanya arwah mak, tu kubur sapa. Arwah mak pun tak pasti kubur siapa. Kemungkinan besar itu adalah kubur tuan yang buka tanah tu dulu.
Rumah pusaka kat kampung tu abah aku buat dua tingkat. Tingkat atasnya kayu, tingkat bawah pulak batu. Aku tak pasti bila “gangguan-gangguan” di rumah tu wujud. Tapi, aku banyak kali diganggu. Cumanya aku kena bila dah besar remaja. Masa zaman kanak-kanak, abang aku yang banyak kena gangguan. Pendek kata, satu keluarga pernah kenalah senang.
Aku cerita pasal arwah nenek aku dulu. Arwah tok aku ni dah nyanyuk. Umur pun dah lebih 90 tahun. Dia tinggal sekali dengan kami. Bilik dia paling depan, dekat dengan pintu utama di tingkat bawah. Arwah ni memang suka bercakap sensorang. Kadang tu macam beria-ia dia tengah membebel-bebel marah dan kadang kala bersembang. Bukannya ada sesapa pun. Tapi kami anggap dia tu nyanyuk je lah.
Sampailah satu petang tu, aku dengan mak duduk di dapur, aku sibuk tolong mak nak masak petang.Tiba-tiba dengar suara tok tengah marah-marah, lepas tu gelak-gelak mengekek-ngekek. Semakin manjadi-jadi pulak. Aku rasa macam biasa je. Cumanya mak aku, dia rasa macam lain sangat bunyi tok aku kali ni. Mak aku pegi bilik tok. Aku tak ikut. Aku still kat dapur.
Tiba-tiba aku dengar mak aku bertempik “Ya Allahuakhbar! Iblis laknatullah! Keluaq! Pergi! Berambus dari sini!”. Aku tergamam. Mak lari ke dapur ambil penyapu lidi. Aku dengar mak aku macam rembas-rembas penyapu tu. Tok pulak aku dengar dia dok kata, “Sudah-sudah..kesian budak-budak tu nak main dengan aku”.
Aikk..budak mana pulak datang rumah aku petang-petang macamni?Takde pulak dengar sesapa yang datang tadi. Sunyi seketika. Mak datang tergopoh gapah dekat aku sambil mengurut dada dan beristighfar.
“Dik..hang tau dak apa mak nampak tadi. Mak tak sangka sangat. Astagfirullah.”
“Mak, cakaplah. Apa yang mak nampak?”
“Dalam bilik tok hang tadi. Masa mak pergi, mak nampak dia tengah gelak-gelak dengan lima orang budak kecik, kepala botak, telinganya panjang, gigi bersiung menyeringai dekat mak bila mak tolak masuk pintu bilik tok.” sambil mak tak habis-habis mengucap panjang.
Kali ni aku pulak yang tiba-tiba meremang bulu roma. “Betul ke ni mak? Ke mak perasan je?”
Mak menafikan.
“Takkanlah mak nak tipu hang. Mak nampak sungguh-sungguh. Bila mak ambil penyapu kibas-kibas sambil baca ayat suci, baru benda tu hilang. Tok hang tu dia taktau dah siapa yang mai sembang dengan dia. Dia tu dah lupa.”
Aku terus direct tanya mak aku, “Ntah-ntah tok tu ada membela kot?”
Mak terus cakap kat aku jangan nak memandai-mandai tuduh macam tu. Tapi jelas di riak muka mak, aku nampak dia risau.
Esok petang, lepas asar abah bawak seorang ustaz ke rumah. Katanya saja je datang nak menengok tok. Ustaz sempat la buat air penawar dan baca-baca sikit dekat tok sebab katanya benda-benda tu bukan tok punya. Tapi benda dari luar yang cuba mengganggu. Sebab tok dah nyanyuk, dia dah uzur. Amal ibadat pun dah ingat-ingat lupa. Jadinya benda begitu senang nak dekat dengan tok.
Mak kata tok ni sebenarnya kuat agama. Rajin ke surau, masjid dan baca kitab. Solat pun rajin buat. Cumanya bila dia dah nyanyuk tu dia buat bila dia suka saja. Sebab dia dah banyak lupa. Makan minum pakai pun, kalau mak tak tolong, tok dah tak tau buat sendiri. Selepas dari haritu, aku tengok tok pun dah kurang bercakap sorang-sorang.
Aku ada sorang abang yang suka balik lewat malam. Dia bukan naik motor, naik basikal je. Suka sangat pergi lepak rumah kawan dia. Suatu malam, macam biasa lepas tengah malam baru dia nak sampai rumah. Dari jalan besar nak masuk ke rumah aku tu agak gelap. Sengaja abah pasang lampu kuning bawah rumah. Sebab dah tau, anak dia yang sorang tu kutu embun.
Ceritanya begini, elok saja abang nak masuk simpang ke rumah aku, dia perasan ada seorang lelaki berkepala botak, tegap berdiri sambil cekak pinggang dekat bawah rumah. Di sebabkan lelaki tu berdiri menghadap ke jalanraya yang gelap, abang aku tak nampak muka lelaki tu. Nampak hitam sajalah. Abang aku tak jadi nak masuk rumah. Dia tunggu dan mengendap saja dari tepi jalan. Manalah tau, perompak ke penyamun.
Tiba-tiba dia nampak lelaki tu berjalan ke arah tepi kanan rumah aku. Tak sampai beberapa saat, lelaki tu dah muncul pulak dekat bahagian kiri rumah aku. Maksudnya, dia dah pusing satu rumah aku! Abang aku terus rasa lain macam. Mustahil manusia biasa mana boleh pusing satu rumah aku tu dalam beberapa saat.
Dia mula rasa lain macam. Dua tiga kali lembaga tu pusing rumah aku macam tu.Tapi, abang aku nekadkan dalam hati. Takkanlah dia nak patah balik pergi rumah kawan dia. Dah sampai rumah pun ni. Abang aku terus sorong basikal dia sambil menundukkan kepala. Sampai saja bawah rumah, abang aku betul-betul rasa ada orang dekat tangga batu rumah aku tu macam tengah pandang dia.
Abangku berdehem-dehem. Dia cakap, “Sudahlah, jangan ganggu aku. Aku nak masuk rumah ni. Hang nak pusing, hang pusinglah. Jangan sekali-kali ikut masuk dalam rumah aku.” Memang masa tu abang aku rasa dah habis seram dah. Tapi dia cuba kuatkan semangat sambil baca ayat suci dalam hati.
Abang aku tak cerita hal ni dekat mak abah aku pasal dia takut nanti mak abah aku dah tak bagi dia kluar malam.
Ada satu ketika, mak abah aku pergi menunaikan haji. Jadinya rumah aku dah takde sapa yang tinggal. Tok pun dah lama meninggal. Abang kakak pun semua dah kawin. Aku masih lagi study dekat universiti. Mak ada pesan dekat aku, sebelum dia balik dari Mekah, dia suruh aku balik awal kemas-kemas rumah. Nanti nak buat kenduri doa selamat.
Sehari sebelum mak abah balik, aku pun sampai di rumah. Abang aku banyak kali tanya aku, “Dik, hang berani ke nak tido kat rumah sorang-sorang ni?”
Aku kata ok je. Rumah sendiri, buat apa nak takut? Abang aku ni dah kawin. Dia duduk rumah sendiri tapi jauh la jugak dari rumah aku tu. Aku selesai je solat isyak dan baca yassin. Aku start mengemas malam tu jugak. Semua lampu rumah tv radio aku pasang bagi bising. Hmm, kurang la rasa keseorangan kan.
Tiba-tiba abang aku call. Macam tadi dia asyik tanya aku ok ke tidak. Nak dia datang ambil aku tidur dekat rumah dia ke. Aku kata tak payah risau, aku pun dah nak tido. Memang aku keletihan, jadinya aku pun tak sedar bila masa aku tidur. Sedar-sedar dah subuh.
Subuh-subuh lagi abang aku tu dah sampai. Siap bawakan sarapan. Dia tanya, “Ok ke tidur malam tadi?”
Aku jawab, “Eh, ok je. Kenapa bang?”
“Saja tanya”, dia cakap.
Selesai mak abah pun dah sampai rumah, kenduri doa selamat pun dah selesai. Barulah pelan-pelan abang aku panggil aku. Dia kata nak bagitau sesuatu. Aku pun ok kan je lah. Katanya, sepanjang mak abah takde di rumah tu, dia la yang tolong tengok-tengokkan rumah. Memang aku tau dia datang setiap malam tolong buka lampu.
Rupa-rupanya, setiap kali dia datang dan parking motor dekat bawah rumah. Dia akan dengar derap kaki orang berjalan dalam rumah atas. Memang bunyi orang berjalan. Sampai ke pintu tengah nak turun tangga rumah dalam. Abang aku kata, bukan dia sorang je dengar, anak buah aku pun dengar. Ada dia naik ke atas rumah. Takde apapun. Tapi setiap hari memang bunyi orang berjalan tu ada. Dia sendiri mengaku meremang bulu roma setiap kali dia masuk ke rumah sesudah memberi salam.
Aku terkedu. Baru aku faham kenapa abang aku ni asyik duk tanya aku ok ke tidak tidur rumah malam tu. Ciss! Nasib baik benda tu tak kacau aku malam tu.
Selepas kejadian tu, mak aku start sakit-sakit. Dia kerap jadi lemah-lemah badan dan lesu. Bila tidur, mak mengadu setiap malam mak akan mimpi ada budak kecik datang nak hisap ibu jari kaki dia. Abah aku mula risau. Abah ceritakan masalah mak dekat abang-abang dan kakak aku.
Kami cuba berikhtiar untuk mak. Ada seorang ustaz kenalan rapat keluarga aku datang ke rumah. Katanya, memang ada benda yang berhajat nak menumpang hidup dengan mak aku. Mak aku terkedu. Mak aku ni seorang yang kuat ilmu agama. Kuat mengaji dan boleh mengajar Al-Quran. Tapi kata ustaz, benda ni dibawa masuk ke dalam rumah tu.
Terus dia tanya keluarga aku. Ada tak sesiapa yang terima barang pemberian orang. Semua diam. Aku memang takde orang bagi apa-apa pun. Tiba-tiba, abah menyampuk.
“Saya baru teringat ustaz. Sebelum ke Mekah haritu, ada seseorang bagi dekat saya tali pinggang haji tu ustaz. Tali pinggang yang warna hijau boleh simpan duit tu. Tapi, saya dah beli satu. Jadinya, tali pinggang yang orang tu bagi saya tinggalkan dekat rumah ni. Ada lagi atas almari dalam bilik.”
Ustaz mengangguk-angguk kepalanya dan berkata, “Boleh tak ambilkan saya tali pinggang tu?”
Abah terus tergesa-gesa masuk ke dalam bilik. Kemudian abah keluar dan di tangan abah ada tali pinggang tu dibungkus rapi dengan plastik. Ustaz pun memegang tali pinggang tu sambil mulutnya terkumat kamit membaca ayat-ayat suci Al-Quran.
Menurut ustaz, sebenarnya ada orang cuba melepaskan ilmu salahnya kepada abah. Dia cuba nak menghantar ilmu tu melalui barang yang diberi. Seolah-olah, jika abah terima tali pinggang tu, macam dah akad serah hak milik. Malangnya, disebabkan abah kuat semangat, benda tu tak ganggu abah. Dia ganggu mak dulu. Dia cuba nak dampingi mak. Sebab mak lemah semangat dan sakit.
Ustaz tu taknak tahu siapa yang berikan dekat abah. Cuma dia nasihatkan abah, pergilah berjumpa semula dengan orang yang memberi. Cakap elok-elok yang abah tak boleh terima dan serahkan balik tali pinggang tu. Abah kena juga tanya kenapa nak serah dekat abah.
Esoknya, abah pergi ke rumah tuan empunya tali pinggang tu. Abah serah elok-elok dan minta perkara tu selesai. Orang tu menangis-nangis minta maaf dekat abah. Dia kata dia dah tak mampu membela benda tu. Dia rasa abah layak untuk jadi penjaga baru. Abah nasihatkan dia agar jangan ulang perbuatan ni lagi dekat keluarga kami. Begitu juga dekat orang lain. Ilmu tu salah. Salah besar menyekutukan Allah s.w.t.
Dia merayu supaya abah tak ceritakan perbuatan dia dekat orang kampung. Abah bukannya jenis berdendam atau busuk hati macam dia. Abah diamkan saja, yang tahu pun cuma keluarga kami.
Rasanya cukup dulu kisah aku kali ini. Aku akan sambung lagi di lain masa. Banyak lagi kisah rumah aku ni yang aku alami.
Apapun, terima kasih kerana sudi dan tidak jemu membaca.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Nice.
Ini la manusia, time muda-muda dulu boleh plak ko ambik bela setan2 tu, bila dah tua nak mampus eh tau plak dah tak mampu nak bela, dh tu suka hati mak bapak dia je nak bagi2 kat orang.
BEST!
Teruskan berkarya!
TO:INI AKU
Cerita yang menarik!Sangat mudah difahami!Kalau ada masa,tulislah cerita lagi ya?In Shaa Allah.
Waalaikumussalam
.
sesuka hati je bagi dekat org. dah mcm buad naya dekat org. kalau dah taknak bela, pandai pandai laa ikhtiar untuk buang. apedaaaa
btw citer best 🙂
Sebab itulah kita tak boleh membela mahupun meminta pertolongan daripada ‘mereka’ sebab kesannya membinasakan.
Best!
Awat mcm penah baca
Deejavu kot
nice….ni yg bikin risau kalau mau terima barang pemberian urg ni..ayooooo..
Risaunya la nak terima pemberian orang sembarangan. Kadang2 waktu terima bukan kita terfikir pun.
penceritaan bagus!
mcm org bela kucing pulak. dah tak mampu dia boleh nk pass2 pulak kt org lain. apo tah
Bagus!!! 7/10
Best2
Best
Menarik…mama suka… Teruskn lagi bercerita..
Berhati2 dgn pemberian org yg tak tak asal usul nya..
betol tuh. org zaman sekarang nie kita tak boleh nak duga. tambah2 artis yg selalu dok terima hadiah dri peminat tuh. hati2 jela.