Misteri Sebuah Video

Assalamualaikum…

Pertama sekali, aku nak ucapkan terima kasih kepada admin FS kerana sudi menyiarkan cerita aku ni. Sebelum ni aku cuma menjadi pembaca setia FS saja. Tapi kali ini rasa terpanggil untuk berkongsi cerita buat tatapan pembaca yang lain. Sebelum aku mulakan cerita yang aku ingin kongsi, aku mohon maaf sekiranya kisah ini tidaklah seseram mana. Tapi bagi aku, ini salah satu pengalaman yang agak menyeramkan. Kisah ini bukanlah kisah aku sendiri tapi pengalaman daripada kawan-kawan kerja aku. Ok, tanpa membuang masa, aku akan teruskan cerita aku ni.

Kejadian ni berlaku baru-baru ni. Pada suatu petang, kawan aku si Ani (bukan nama sebenar) ni dia buka 1 video dekat Youtube guna hp dia. Dia buka video tu dekat dalam ruang kerja. Ani ni dia satu tempat kerja dengan aku tapi lain department. Department dia ni tak ramai pekerja. Cuma 5 orang termasuk Ani. Jadi ruangnya pun tak berapa besar tapi takdelah kecik sangat. Berbalik pada cerita video tu, Ani buka 1 video seram ni. Nama video ni aku rahsiakan atas sebab2 keselamatan semua pembaca. Ani ni buka video tu pun lepas dia dengar cerita daripada Bella. Bella ni pun kerja 1 department dengan Ani.

Bella kata dia pernah tengok video ni tapi dalam bentuk DVD milik abang dia. Video ni berkisar tentang aktiviti pemujaan paranormal yang memuja semangat roh-roh yang bergentayangan dan sambil mencari entiti. Pada permulaan video tu, ada bacaan mantera. Aku tak boleh nak ceritakan lebih lanjut pasal video ni memandangkan aku pun tak tengok sendiri. Cuma apa yang aku boleh cakap, jika korang dah tengok video tu maka korang kena habiskan tonton. Kalau tak…

Ya! Kalau korang tak habiskan menonton video tu, korang akan diganggu. Dan itu lah yang terjadi pada kawan aku ni. Ani dah buka video tu dekat ruang kerja diorang. Dalam ruang kerja tu ada kawan-kawan yang lain termasuk Bella juga. Selain Ani dan Bella, ada lagi tiga orang di ruang tu iaitu Yin, Lili dan Qila. Masa kejadian ni berlaku, Qila tak datang kerja. Cuma mereka berempat je dalam ruang kerja masa video tu dipasangkan. Diorang ni pun ramai-ramai tengok video tu kat tempat Ani. Bila dah separuh video tu diorang tengok, Ani ni rasa tak sedap badan, terus je tangan laju tutup video tu. Yin dengan Lili pun rasa semacam je. Cuma Bella ni terkejut sikit sebab Ani tutup video tu.

Bella tanya Ani kenapa dia tutup video tu. Ani jawab yang dia tiba-tiba rasa meremang dan perkara tu dipersetujui Yin dan Lili. Bella pun terus bagitahu, yang video tu sepatutnya perlu ditonton sehingga habis kerana diakhir video tu nanti ada lagi 1 lagi bacaan mentera sebagai penutup. Kata Bella lagi, jika video tu tak habis ditonton, orang yang menonton tu akan diganggu! Hal ini kerana, video tu ada bacaan mantera di awal dan akhir video. Bacaan mantera yang awal adalah untuk memuja dan memanggil sebarang semangat atau entiti yang ada berdekatan dan bacaan mantera pada akhir video adalah untuk menghantar sebarang ‘benda’ yang ada tu pulang. Jadi, bila Ani ni buka video tu tapi tak tengok sampai habis bermakna sebarang ‘benda’ yang datang tu tak dihantar balik ke tempat asalnya.

Lepas Bella beri penjelasan macam tu, terus Ani, Lili dan Yin masing-masing terpinga-pinga. Ani lah yang paling terkesan sebab dia yang buka dan tutup video tu. Lagipun Ani ni ada sejarah sikit. Dulu masa sekolah dia kerap kena ganggu dan pernah kena histeria. Makin tak senang duduklah Ani dibuatnya. Kemudian Yin terus cakap, jangan fikir sangat dan doa supaya takde apa-apa yang berlaku untuk sedapkan hati semua orang. Bila dah jadi macam tu, semua diam dan buat kerja masing-masing.

Keesokan harinya, bila semua datang kerja masing-masing muka macam tak siap. Muka letih dan tak bermaya. Bila buka cerita, rupa-rupanya masing-masing tak cukup tidur sebab terkena gangguan. Ani cakap dia tak boleh tidur, mata macam taknak tidur walaupun dia mengantuk. Yin pula dia cakap masa dia tidur tu dia terdengar bunyi loceng kaki dalam rumah dia sedangkan dekat rumah dia takde siapa pun pakai loceng kaki (Yin ni dalam rumah dia boleh tahan berhantu juga. Nanti aku cerita pasal rumah Yin dekat entri yang lain). Lepas tu Yin cerita pagi masa dia pergi kerja tu dia nak parking kereta kat kawasan tempat kerja ni, masa dia reversed kereta tiba-tiba dia ternampak “acong” dekat seat belakang.

Terus dia tak pandang rearview mirror lagi. Cepat-cepat dia parking dan terus keluar daripada kereta. Yin ni pula memang paling takut dengan “acong”. Lili pun sama kena ganggu. Dia cakap masa dia tidur tu dia terjaga sebab dengar bunyi tapak kaki berjalan. Lili ni duduk rumah kampung, rumah papan. Bila berjalan lantai papan tu pasti akan berbunyi. Dia dengar bunyi tapak kaki berjalan dari dalam bilik tidur dia. Lepas dengar orang berjalan, dia dengar pula bunyi orang ketuk tingkap papan rumah dia. Berpeluh juga Lili masa tu. Lili ni dah kahwin dan ada dua orang anak kecik. Tapi nasib baik gangguan tu tak membuat anak-anak dan suami Lili terjaga. Cuma Lili je yang dengar dan dia tak dapat tidur.

Bila sampai tempat kerja esoknya, si Lili ni dengar suara orang ketawa sayup-sayup. Padahal takde siapa pun masa tu. Bella juga tak terkecuali, dia pun turut kena tempias. Tapi Bella dah dapat rasa masa si Ani tutup video tu lagi. Tak lama lepas tu Bella kena. Dia rasa macam ada orang lalu belakang dia. Macam rasa angin memukul belakang badan dia. Sedangkan takde siapa pun lalu. Lepas tu, ada barang tiba-tiba jatuh daripada rak sebelah meja Bella. Untuk tak nak takutkan diri sendiri dan kawan-kawan lain, Bella pun anggap mungkin letak barang tu tak betul. Masa kat rumah pula Bella nampak macam ada kelibat putih sepintas lalu. Qila pula tak kena apa-apa gangguan sebab dia takde masa ramai-ramai tengok video tu.

Masa diorang ceritakan benda ni pada aku, diorang masih lagi terkena gangguan sebab diorang masih lagi tak habiskan tengok video tu. Masing-masing dah lemah semangat untuk teruskan tengok video tu. Tapi kata Bella, selagi tak habiskan tengok memang ‘benda’ tu takkan dihantar pulang dan akan ada berkeliaran. Aku yang dengar cerita diorang tu terus rasa meremang. Dan aku rasa bersyukur sangat sebab tak terlibat tengok video tu. Kalau tak agaknya mesti dengan aku sekali terbabit kena gangguan dan aku tak tahu macam mana nak menghadapinya sebab aku bukanlah jenis yang berani sangat. Kira diorang ni berani sebab berani nak tengok video yang macam tu. Aku tengok video-video rasuk pun tak ingin tapi kalau filem-filem hantu memang aku layan hehe…

Untuk pengetahuan korang semua, hari ini aku belum sempat tanya lagi jika diorang dah habiskan tengok video tu atau tak. Aku harap semuanya baik-baik je. Mungkin terjadinya benda ni sebab diorang terlalu taksub sangat dengan video tu ataupun sebab diorang takut dan terlalu fikir yang ‘benda’ tu akan ganggu diorang sebab tak habiskan tengok video tu. Bila perasaan takut menguasai kita, timbul lah halusinasi. Tapi, bila semua cerita kena ganggu, macam tak logik pula kalau kata halusinasi. Waallahualam.

Aku ada juga tanya kawan-kawan aku yang lain pasal video ni. Ada antara mereka yang pernah tengok video ni kata memang kena tengok video ni sampai habis, kalau tak, akan kena gangguan. Tapi ada juga yang tengok tapi tak kena gangguan apa-apa. Mungkin yang tak kena gangguan jenis yang kuat semangat. Yelah, ‘benda-benda’ ni memang suka ganggu orang yang lemah semangat.

Kesimpulannya, kalau tengok video yang ada bacaan mantera tu better mute kan je suara supaya takdelah bagi apa-apa kesan mendatang yang boleh memudaratkan. Kalau nak lagi selamat, tak payah langsung tengok video-video macam tu. Itulah pengalaman yang saya dapat kongsikan kali ni. Ada kesempatan masa, saya akan kongsikan lagi pengalaman lain terutama pasal rumah berhantu Yin tu. Terima kasih semua yang sudi membaca!

-Janna Nick-

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

26 thoughts on “Misteri Sebuah Video”

  1. Aku tau video ni… Ni video aku pernah tgk. Aku tgk smpai habis wktu tu hmpr jam 12tghmalam. Lps habis tgk meremang. Pack baju trus balik uma mak aku. Masa tu tgk dlm 5-6org jgk. Aku xingti at nama cd xsilap entiti ke seekers. Real beb

    Reply
    • entiti indonesia ke tu? dulu ade tgk jgk tapi x tahu kne tgk abis sbab ade je tgk smpai x abis..alhamdulillah xde ape yg blaku cume kite ni jgn duk pk sgt..ble duk pk laa,tu yg snang die dtg…hehe

      Reply
  2. aku penah tengok video tu ngan arwah mak aku dulu….aku pun tak tengok habis sbb masa tengah menonton separuh aku dapat sms dari no indonesia.
    teks msg dia berbunyi ” AKU TAHU APA YANG KAMU LAKUKAN SKRG” siap berimej tengkorak bagai terus aku off cd dan bakar haha tapi Alhamdulillah tak ada apa plak gangguan lepas tu.

    Reply
  3. Wahh Janna Nick pun ada cerita kt FS yer.. tak khurafat pun kalau percaya benda ni akan ganggu kalau tengok tak abis.. tak kena batang hidung mmg cakap camtu.. biase la kalau dalaman dah kuat.. mana lah nak kena kacau kalau tengok tak abis pun.. orang lemah confirm kena kacau kalau tengok tak abis..

    Reply
  4. Aku rasa ni video wujud nih..sbb dlm crita tu memang ada pemujaan pon..tapi syukur la masa tgk tak jadi apa2 pun..wallahualam.

    Reply
  5. Hai… sy perna ton2 video ini kalau tak silap…
    Video ni dari indonesia… awalnya dorang pergi makam2… baca2
    Jalan ke makam2 jumpa pocong, pontianak dan 1 benda yg panjang sangat kukunya… muka buruk sangat… smpai orang depannya tu kena rasuk…dorang jumpa bnda2 ni semua face to face hehhe sy tengok je… sbb sy mmg suka tengok seram2 ni ?

    Reply
  6. Ni video Indonesia tu kan? Bukanlah nak mengiyakan, tapi pengalaman aku serupa dgn penulis ni lepas tengok video tu tak habis.

    Yg paling best masa tengah tengok tu lg dah kena kacau, apatah lagi bila tengok sekerat sekerat. Sampai aku n kawan aku kena rasuk time nak balik.

    Aku ada share dekat satu forum ni. Anyone berminat boleh baca kat sana. Misteri Di Negeri Perak.

    Reply
  7. Rasenye mcm pernah tgok movie ni..kalo tak silap ade beberape series kot.. name dia “Gentayangan” kalo tak silap..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.