Misteri Sekolah dan Asrama Sekolah Harian di Johor

Assalamualaikum. Setelah dekat sebulan follow FS, harini terpanggil nak berkongsi pengalaman aku di asrama sekolah harian di Johor. Nama sekolah? Biarlah rahsia.

1. Form 1 : Toilet & Turn Mandi

Siapa yang duduk asrama mesti biasa tunggu turn mandi kan? Aku prefer bangun awal, and mandi sebelum orang lain bangun. Adalah 2-3 orang yang buat macam ni. Junior mcm aku especially.

So 1 hari ni, aku bangun pukul 4.30pg. Biasa bangun dalam pukul 5, tapi haritu nak terkencing, so alang2 terus mandi lah. Aku sorang2 keluar dorm, masuk toilet dulu untuk kencing. Toilet and shower kat hujung floor, ada 5 kubikel toilet and 5 kubikel shower. Aku kat kubikel no.5, hujung sekali.

Tengah nak cangkung, dengar bunyi selipar masuk kawasan toilet. Pelan je orang tu jalan. Aku buat bodoh je, ingatkan budak lain bangun nak mandi gak. Then terdengar orang ketuk2 kubikel toilet start dari kubikel 1-4. Hanya ketuk 3kali, and bunyi selipar. Smpai depan kubikel aku, dia x ketuk and terus jalan ke bahagian shower and ketuk pintu shower pulak. Habis ketuk, dengar macam dia masuk shower and tutup pintu shower. Aku x fikir apa sgt, keluar toilet nak masuk shower, aik? Xde siapa pun. Masih aku sorang2. Aku shower mcm biasa. Sampai dorm baru rasa seram sejuk. LOL.

Form 2: Piling Machine & Loker Kayu

Masa tahun 2002, sekolah aku buat banyak bangunan baru. Dengar kata banyak kes seram jadi sepanjang pembinaan, tapi yang aku rasa 1 ni je.

Ok bila nak buat construction, akan ada mesin yang akan ketuk kerangka bangunan ke dalam tanah kan? So masa construction bilik guru betul2 depan bangunan asrama kami, mesin piling tu dia biarkan je kat situ sepanjang pembinaan. Kebetulan dorm aku masa tu memang berhadapan kawasan construction. First hand view.

Ada 1 malam tu, dalam pukul 3pagi, aku tersentak bangun tidur. Aku dengar bunyi mesin piling beroperasi. Aku xrasa seram masa tu, just very annoyed sebab bising kot. Geram gila. Apsal la diorang buat kerja malam2 buta? Last2 ambik bantal tekup telinga. Tak sempat lelap, bahu aku dicuit. Nak tecabut jantung aku bila bukak mata, ada muka betul2 depan muka aku. Fuh, rupanya member aku kejut aku sebab nak tido sebelah. Bila aku tanya kenapa, dia senyaaap je. Ok fine. Aku sambung tidur.

Esok pagi baru dia bukak cerita. Dia dengar jugak bunyi mesin piling. Tapi bila dia selak langsir nak tengok construction site tu, xde orang langsung kat situ. Gelap. Mesin semua parking elok, tak beroperasi. Tapi bunyi still ada. So dia decide nak tidur ngan aku. Hahaha memang ignorant sungguh aku ni.

Yanga pasal loker tu cerita lain. Maaa tu Sabtu malam. Aktiviti bebas. So aku dengan Sony Walkman member punya (dengar kaset N’Sync woo) dan ada dalam 4 lagi orang dalam dorm tu. Masa tu dah dekat pukul 11.30 malam. Tengah sedap2 dengar lagu dengan telinga bersumbat earphone, tiba2 aku perasan mmber lagi 4 orang tadi semua duduk rapat2 kat 1 katil sambil muka konfius. Aku pelik, tapi x terfikir nak tanya pape.

Dalam 10minit lepas tu sorang member tu dtg kat aku and tarik earphone dari telinga aku. Dia tanya, “ko tak dengar ke tadi???” Aku tanya balik, “bunyi apa?”

“Bunyi orang bernafas macam semput. Kuat sangat. Macam orang nazak. Dari dalam loker tu (dia tunjuk loker mana 1). Lama gak la, dalam 10minit?”

Pergh rasa nak terberak pun ada. Loker tu kosong beb. Hahaha. Tapi nasib aku baik sebab x dengar. Syukurrr. Malam tu semua tidur rapat2.

3. Form 4 : Makmal KH.

Tadi aku ada cerita pasal bangunan baru kan? Ok, antara bangunan yang baru adalah bangunan kelas aku yang mana tingkat bawah adalah 2 makmal KH yang bersambung. Boleh tutup tengah2 guna roller shutter.

Satu hari ni (Jumaat), aku, 2 orang kawan, dan 2 orang cikgu kena stay dalam makmal KH tu smpai after maghrib sebab ada pertandingan barang recycle esoknya. Masa tu dah dekat pukul 7. Nak maghrib. Kitorang kat dalam makmal no.2, and roller shutter tu terbukak so boleh nampak makmal no.1 dari kedudukan kitorang. Tapi xnampak hujung makmal 1 sebab dah gelaaaap sangat.

“AaaaaaaaAaaaa!!! AaaaaaAaaaaa!!!”

Tepat azan maghrib, tiba2 dengar bunyi perempuan menjerit dari hujung makmal 1. Aku pandang cikgu, cikgu pandang aku. Aku pandang member, dia dah buat muka cuak. Sebab memang dah pasti xde sapa lagi dalam sekolah tu melainkan kitorang and pakguard (blok asrama dekat je, tapi masa tu minggu overnight so semua xde).

Habis bunyi menjerit, cikgu aku tiba2 jerit balik, “HA! OK2! KEJAP LAGI KITORANG HABIS! KO GERAK DULU!”

Fuh bulu roma aku dah menegak. Terus setelkan semua kerja, pack, and balik (aku stay rumah member). Sebelum balik, cikgu suruh siap2 solat maghrib kat surau sekolah and baca pape yang patut.

Smpai malam aku seriau. Nasib baik xdemam.

Aku ada tanya pakguard lepas kejadian tu, pernah x dengar suara perempuan jerit2 bila dah dekat maghrib? Dia cakap sambil gelak2, “Alah, biasa dah. Pengawas sekolah yang pakai uniform lama tu kot yang jerit. Dulu selalu nampak dia kat blok lama depan makmal KH tu, pegang loceng lama depan tangga tu”

Aku xnak tanya lebih. Hahahaha.

4. Form 5 : Gangguan SPM

Ok masa SPM, semua budak asrama lain akan balik sebab dah cuti, so tinggal budak2 form 5 je. Sekolah aku ni bagi peluang kat budak2 bukan asrama untuk stay kat asrama sepanjang exam kalau rasa perlu. Tahun tu, adalah dalam 10 orang budak luar yang apply duduk asrama untuk SPM.

SPM minggu pertama berlalu. Ada gap 3 hari sebelum paper seterusnya, so kitorang enjoy sikit malam Sabtu tu. Tapi yang aku pelik ramai yang tidur awal malam tu, terutamanya budak2 asrama. Pukul 10 dah lelap, termasuk aku.

Esoknya salah sorang budak luar (yang menumpang, let’s call her Nurul) tanya aku, “Eh warden korang ada yang dah kahwin ek? Sebab aku ada terserempak dengan anak dia kat depan toilet atas malam semalam. Dia tengah main2 kat situ.”

Meremang aku. Warden kitorang semua bujang. Mana ada budak2 kat situ. Toilet atas pulak tu. Toilet tu budak asrama pun x guna kot. Satu sebab atas tu selalu xde air. Dua, toilet tu memang suraaamm je even dah bukak lampu. Aku senyum je, pastu gurau2 cakap tu anak mak guard kot. Taknak takutkan dia sangat.

Hari Isnin tu sekolah ada buat last minute bengkel untuk persediaan kertas Add Math kat dewan sekolah. Sebelum bengkel mula, tiba2 ada budak menjerit kat belakang dewan. Aku ni kepoh sikit, terus berlari ke belakang dewan nak tau apa jadi. Aku nampak Nurul duduk kat kerusi, sambil menjerit2 menangis dan meronta2. Kawan baik dia (Ayu) ada kat sebelah tenangkan dia. Yang aku pelik orang lain tengok je, xde sapa tolong tenangkan dia selain Ayu. Aku pun pergi la tegur si Nurul ni sebab takut asma dia menyerang (aku pernah tolong dia masa hari sukan).

Aku suruh Nurul tarik nafas panjang2 dan hembus. Tapi bila aku pegang tangan dia je, dia terus menjerit, “Lepaskan aku!!” Aku lepas la, ingat dia marah aku ke apa. Tapi bila dah lepas pun dia tetap jerit, “Lepaskaaannn!! Lepas laa!”, sambil goyang2 kan kaki, macam ada orang pegang kaki dia. Ayu dah pandang aku, pucat muka dia. Nurul cakap kat aku, menangis2 sambil tunjuk kearah blok asrama kitorang;

“Suruh la budak tu jangan lambai2 lagi kat aku. Aku xnak ikut dia. Dia suruh ikut jugak. Xnak laaa! Xnak ikuut!”

Berderau d***h aku. Aku toleh tengok blok tu, macam nampak ada bayang melintas dekat koridor berdekatan toilet atas tu. Tapi perasaan aku je kot. Ayu dah nangis. Warden aku tiba2 muncul suruh aku papah Nurul keluar dewan dan suruh budak2 lain bersurai dan sambung bengkel. Kat luar, Nurul start meracau2 tapi badan dia dah lemah longlai. Warden aku and sorang lagi cikgu terus hantar dia balik rumah. Aku masih lagi confuse, sambil tenangkan Ayu yang masih menangis.

Lepas kejadian tu, hampir semua budak luar yang menumpang asrama terus keluar. Dengar cerita masing2 dikacau sepanjang diorang stay asrama. Ada yang pintu grill dorm tempat dia duduk kena gegar malam2, ada yang kena kacau dalam toilet, ada yang nampak benda bertenggek kat kepala katil dalam gelap. Nurul pun katanya masih dikacau sampai habis SPM walaupun dia dah duduk rumah sendiri. Ayu cakap Nurul sleepwalking sampai keluar rumah, cakap ada budak ajak dia balik asrama. Yang pelik budak2 asrama semua x ada yang kena kacau.

Sampai sekarang aku xtau apa sebenarnya yang berlaku, or siapa budak yang Nurul cakap tu. Huhu.

Sebenarnya kejadian seram bukanlah perkara pelik kat sekolah ni. Macam2 cerita ada. Piano lama berbunyi sendiri, ‘gula-gula’ depan bilik kaunseling, ‘maya karin’ (kak ponti) kat toilet bangunan baru, histeria 3 tingkat, nenek kebayan, ada “benda” nak berkawan dengan kawan aku dan banyak lagi. Tapi yang aku cerita ni, yang berdasarkan pengalaman sendiri je. Bukan dari cerita orang. Terus terang aku xpernah nampak, tapi dari point of view aku, pada aku tetap seram.

Sekian.

Alumni Asrama 16 tahun lepas.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

2 thoughts on “Misteri Sekolah dan Asrama Sekolah Harian di Johor”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.