Misteri Umi ( Part I)

Kami 3 beradik tinggal bersama umi di Gadong rumah taman suasana kampung.Suasana riuh dengan suara anak-anak kampung bermain serta meronda dengan moto kapcai namun tiba saat malam suasana kembali sunyi dan aman.Terkadang boleh dengar petikan gitar anak-anak muda yang masih melepak tika hari gelap bertemankan lampu jalan dipondok pada satu sudut jalan.

Bukan nak cerita tentang keindahan kampung kami tapi kisah seram yang melanda keluarga kami.Aku Fara berusia 25 ketika perkara tersebut berlaku.

Aku dengan umi bercadang untuk ke rumah nenek aku di Banting selepas isyak tapi entah kenapa malam tu aku rasa letih jadi aku ambil keputusan untuk berehat sebentar selepas solat maghrib.Tanpa aku sedar rupanya aku terlelap dan berjaga pada jam 4 pagi dengan keadaan mamai tapi dalam masa yang sama tersentak sebab bangun mengejut aku pun pergi ke bilik umi dan tengok umi masih berjaga.

Umi toleh kearah aku dan terus mengajak aku kerumah nenek pada pagi itu juga.Aku dengan keadaan yang tak segar ni pun terus mengangguk setuju dan bersiap.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam atau lebih untuk sampai kesana dan laluan yang singkat adalah jalan dalam dimana kami perlu tempuhi kawasan Felda LBJ yang gelap dan agak sunyi.Tapi macam selalu kalau memandu dengan adanya umi suasana amat mustahil untuk sunyi sebab umi ni kalau mengomel umpama berita tv3 berlangsung 24jam jadi tak lah mengantuk aku pandu kereta.

Sambil-sambil mengomel dia kuis bahu aku tunjuk kearah kanan jalan dimana terdapat tanah perkuburan sambil dia berkata “Kawan umi ramai duduk situ”.Terus tercenggang aku tapi aku positifkan diri pujuk hati kata umi hanya bergurau sambil tegur umi “ngarut la umi ni..ajak bergurau pulak” terus dia gelak tapi gelak kalini agak sakan dari sebelum ni.Aku pon turut ketawa tapi ketawa terpaksa nak tenangkan hati dari perasaan seram.

Akhirnya sampai sudah kami dirumah nenek pada lingkungan jam 5:15 pagi.Aku pun mahu mematikan enjin namun dihalang umi,umi cakap masuk dulu bawa beg ke dalam rumah nenek dia mahu cari barang katanya didalam kereta.Aku pun iyakan dan terus lakukan apa yang dikata umi tadi.

“Assalamualaikum” dengan satu ketukan pintu makngah terus menyahut dan bukakan pintu.Aku pun terus masuk untuk letak beg di bilik tamu alangkah tersentaknya aku umi ku berada didalam bilik tersebut tengah bersiap untuk solat subuh.Terus ku bertanya “Bila umi masuk?Ikut pintu belakang ke?” soalan yang agak bodoh bagi aku tanya sebab amat mustahil secepat itu umi masuk ikut pintu belakang tapi bila kau dah dalam keadaan yang keliru semua jadi kusut.

Umi jawab “umi da lama sampai,gerak kau tak sedar.Kebetulan makngah singgah rumah jadi umi geraklah sekali dengan dia datang rumah nenek.Umi,makngah,abang din call kau tak dapat”.Aku segera tengok telefon.Ya!30 panggilan tidak terjawab tapi teramat mustahil aku tak dengar sebab bukan dalam silent mode.

Aku berlari keluar macam orang hilang akal kearah kereta sambil dikejar abang ku.Alangkah berderau jantung aku pabila ku melihat ditempat duduk penumpang terdapat sebuah batu nisan tanpa nama.Terus aku menangis kegigilan dan diceritakan ahli keluarga ku yang aku meracau hingga mereka terpaksa panggil ustaz untuk berubat.

Pulihnya aku,terus aku menceritakan kejadian sebenar kepada mereka sambil abang ku si Din tu tersenyum sinis dan berkata “Ingat aku sorang je kena tak sangka kau pun.Tapi aku tak tau kau ada rumah masa tu” senyuman dia pudar dan suasana agak sunyi mungkin semua terpinga mencari jawapan apakah punca semua ini terjadi.

-Tamat-

Jika kisah ini mendapat sambutan.Saya akan post kesinambungannya pula

Si Merah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 4.8]

8 thoughts on “Misteri Umi ( Part I)”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.