Mr K – Bilik Stor (Sambungan)

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. Sebelum itu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada admin FS kerana telah mempublishkan cerita saya ini.

Saya ingin meminta maaf kepada para pembaca kerana cerita saya sebelum ini iaitu bilik stor terdapat beberapa typo dan tiada penamat yang baik. Untuk maklumat anda cerita ini adalah pengalaman dari kawan saya dan bukan dari pengalaman saya.
Setelah saya pujuk berkali-kali, akhirnya kawan saya mahu menceritakan apa yang terjadi.

Mari kita mulakan cerita ini.

Setelah di arahkan untuk berpindah ke blok lain. Aku menjadi hairan kenapa satu blok diarahkan berpindah dan sepatutnya hanya kami sahaja yang berpindah kerana bilik lain tidak ada gangguan. Jadi untuk mengetahui lebih lanjut, aku mengajak Wan untuk pergi menyiasat apa yang terjadi sebenarnya ( Kesian Wan, asyik-asyik dia yang jadi mangsa). Pada keesokan harinya, aku dan Wan pergi ke blok itu. Bila kami sampai disana, kami ternampak beberapa orang ustaz dan warden berada di setiap tingkat. Entah apa yang dia orang cari kami berdua pun tak tahu.

Tiba-tiba kami disapa oleh seseorang dari belakang, rupa-rupanya itu ustaz yang telah menolong kami. Aku namakan dia sebagai Ustaz Ala muka Azhar idrus (muka dia ada sikit-sikit macam ustaz Azhar Idrus). Dia berkata

“Assalammualaikum, aduhai kamu berdua rupanya. Saya dari tadi cari kamu berdua. Nasib baik jumpa kamu berdua dekat sini” kata ustaz itu.

“Kenapa ustaz cari kami berdua?” kata aku

“Ustaz nak minta tolong kamu berdua ni. Kalau boleh ustaz nak kamu tidur di dalam bilik kamu dekat atas tu malam ni.” kata ustaz

“APAAAA…. ustaz serious ke ni. Serious.” Kata Wan dengan muka pucat

“Serious lah ni, saya tak main-main dalam benda macam ni” kata ustaz itu

“Tak nak lah ustaz, tak pasal-pasal malam esok jadi malam tahlil kita orang dua nanti.” kata wan

“Ehhh, mengarutlah kamu ni. Takda apa, kamu berdua jangan risau. Saya dan kawan-kawan saya ada. Insyallah takda benda boleh sakitkan kamu.” Kata ustaz

“Kenapa kami kena tidur dalam bilik tu lagi ustaz?” kata ku cuba ingin tahu

“Begini, kan semalam saya suruh kamu semua berpindah ke blok lain sebab saya takut benda ni menumpang dekat salah satu pelajar. Bila semua pelajar dah keluar dari blok ni setelah saya pagarkan. Saya cuba untuk cari dimana makhluk itu, masalahnya saya tak jumpa. Tapi kadang-kadang saya perasan ada sesuatu yang memerhati saya ketika saya berada di blok ini. Jadi saya nak umpan benda ni keluar.” kata ustaz.

“Tapi kenapa mesti kami berdua, kenapa bukan orang lain ustaz?” kata aku.

“Dah itu bilik kamu, roomate kamu. Takkan saya nak suruh orang lain pulak” kata ustaz.

“Fiqq, aku tak berani lah. Macam mana kalau kita tidur dalam bilik tu, kita terus tidur tak bangun-bangun. Aku belum minta maaf dengan mak bapak aku lagi. Hutang maggi kau pun aku belum bayar. Kita cabut lari dari sini nak tak. Jom lah” kata wan sambil memegang bahu aku.

“Ehhh, mengarut lah kau ni. Tadi kan ustaz cakap takda apa-apa. Kalau kau takut, senang lah benda itu nak masuk dalam badan kau dan aku pun join sekali takut kalau kau takut. Kau ingat aku berani sangat ker” Kata aku

“Sudah lah tu, jangan nak mengarut lagi. Cepat kita buat, cepat benda ni selesai. Dah jom naik ke atas.” kata ustaz itu sambil memegang tangan kami ke atas.

Waktu itu, aku dah tengok Wan bertaubat betul dah. Semua benda dia nak minta maaf. Kemudian kami pun sampai ke bilik, waktu kami buka bilik itu. Bilik tu terasa gelap sangat walaupun lampu di luar terbuka. Bagai takda cahaya pun yang masuk ke dalam bilik.Ustaz pun membuka lampu bilik kami, alhamdulilah lampu bilik terbuka.

“Haaa, masuk lah kedalam. Buat apa tercengat jer dekat depan pintu tu. Kamu berdua jangan risau, saya dengan kawan-kawan dekat sebelah bilik kamu jer, yang lain semua ada dekat tingkat bawah.” kata ustaz itu.

Kami pun masuk kedalam, aku terpaksa pimpin Wan ni masuk ke dalam sebab aku tengok dia ni macam dah nak lumpuh pulak. Kemudian ustaz memberi kami sebotol air yang sudah dibaca ayat suci Al-quran. Baru lah wan ni bersemangat sikit. Tapi masih nampak takut.

Lepas itu, ustaz pun keluar dan pergi ke bilik sebelah. Tak lama ustaz itu pergi, benda tu dah mula buat show. Makhluk itu main-main lampu,main cakar-cakar dinding dan ketuk-ketuk tingkap.Cliche sangat hantu ni macam takda benda lain dia nak buat.Tak lama selepas itu, pintu stor berbunyi.Terdengar bunyi ketukan beberapa kali. Aku dan wan sudah duduk di hujung katil. Nasib baik kami tak buka cadar katil dalam bilik itu, jadi kami ambil buat jadi selimut untuk tutup badan kami.

Pintu stor itu pun terbuka, benda itu keluar perlahan-lahan dari bilik itu. Aku seorang jer yang tengok, Wan dah berbungkus habis waktu itu. Tapi bila aku tengok betul-betul benda itu, dia macam masih hidup. Tak pucat dan nampak terurus.Kemudian benda itu berpusing dan menuju ke arah kami.

“Tolongggg, tolonggg. Ustazzz tolong” kata Wan tiba-tiba. Aku pun terkejut bila masa dia ni sedar sebab aku ingat dia ni dah pengsan.

Ustaz pun meluru masuk ke bilik kami berserta dengan kawan-kawan dia. Makhluk itu tak bergerak langsung dan hanya berdiri tegak di hujung kaki katil kami. Kemudian ustaz mengarahkan kawan-kawan nya supaya mengelilingi benda itu.Selepas itu ustaz mengarahkan kami keluar dari bilik itu segera. Waktu itu semua warden sudah berdiri di luar bilik kami. Wan pulak macam biasa, aku terpaksa seret dia keluar sebab waktu itu dia memang macam lumpuh.

Selepas keluar dari bilik itu, aku pun cuba untuk curi tengok or dengar apa yang berlaku. Tak lama selepas itu, aku terdengar bunyi sesorang tengah mendengus kuat dari dalam bilik itu. Mungkin benda itu tengah marah. Selang beberapa minit ustaz dan kawan-kawan dia keluar. Kawan-kawan ustaz terus jalan entah kemana dan ustaz pun memberitahu kami apa yang berlaku. Rupa-rupanya bukan satu tapi 3 makhluk yang berada di dalam bilik itu.

Tapi makhluk yang kami nampak tadi bukan makhluk yang jahat. Benda itu sebenarnya cuba halau kami dari situ sebab ada dua makhluk ini cuba memudaratkan kami.Bila tengah berdialog dengan makhluk tadi, tiba-tiba dua makhluk keluar dari bilik stor itu. Alhamdulilah ustaz dan kawan-kawan dia dapat kurung makhluk dua ekor tu. Ustaz kemudian cuba memberi rumah baru untuk semua makhluk itu supaya tidak dapat mengacau student yang ada di sini. Bila aku bayang balik apa yang ustaz cerita tu, macam cerita conjuring pulak.Beza dia takda Valak jer.

Makhluk yang baik itu sebenarnya bekas student tapi dia telah m******h diri.Tak tahu lah sebab apa. Di dalam bilik stor itu lah dia kehilangan nyawa.Kesian pulak aku tengok makhluk itu. Tapi yang paling aku kesian si Wan ni,trauma di sebabkan aku. Nasib baik dia ni masih nak berkawan dengan aku.

Sampai disini saja cerita saya sebab kawan saya hanya bercerita hingga sini sahaja.

Maaf jika cerita ini membosankan.

Penulis:
Mr K

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

46 thoughts on “Mr K – Bilik Stor (Sambungan)”

  1. Masa zaman belajar dulu, sempatla tengok sendiri arwah tuan guru haron din datang bawak bas satu kosong, untuk pindahkan segala ‘benda’ tu kat tempat lain. Malam masa arwah datang tu memang rasa sunyi dan sepi yang lain dari kebiasaan. Semoga arwah tuan guru dicucuri rahmat.

    Reply
  2. Makhluk yg baik tu adalah bekas student yg b***h diri? Jadi klu org b***h diri, dia akan dihidupkan semula sbg makhluk penjaga ke apa? Yg tu x berapa faham

    Reply
    • Org kata… Org kata la, bkn syer yg kata… Kalo b***h diri ni, org kata roh tgantung, antara lgit ngn bumi.. Tp hal ni x de penjelasan…. So takde nas yg sahih pasal hal ni..

      Yg m**i tetap m**i, da terputus ‘hubungan’ ngn dunia..

      So syer rasa, makhluk tu jin yg menyerupai.. Jin, setan ,iblis ni kan tugas dia nak menyesatkn manusia…

      Wallahua’lam… Kalo syer salah boleh tegur n betulkan..

      Reply
    • “Dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang roh. Katakanlah, roh itu urusan Tuhanku (Allah) dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit.”

      -Surah Al-israa’ ayt 85-

      Reply
    • Kan….. nape eh kalo skola..uni..kolej.. yg berasrama/hostel… mesti penampakan tu pelajar skola/U yg ‘m**i b***h diri’… cliche sangat..
      Tgah sedap2 baca.. sekali tgok part last.. ayat “rupanye hantu tu bekas pelajar yg b***h diri di sekola ini”…
      Pastu paling xbole blah kes b***h diri tu mase zaman 60′ or 70′ or 80’.. smpai zaman hipster ni still ade kacau… eehh da kenapa di simpan lama sangat…

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.