Muhammad Juri- Syaitan Camellia (Part 2)

Muhammad Juri- Syaitan Camellia Part 2

Assalamualaikum semua. Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada admin sebab siarkan cerita aku yang lepas dan yang kali ini. Thanks admin.

Ramai yang komen suruh aku serius sikit kalau aku nak sambung cerita ni sebab cerita sebelum ni jadi tak seram. Sorry lah. Aku dah cuba untuk serius. Tapi otak kanan tak berfungsi sangat. Ada short sikit. Hehe.

Sebelum baca cerita ni aku nasihat korang bolehlah order set steamboat ke siakap tiga rasa ke sebelum baca ni. Sebab panjang sangat ni. Esok pun belum tentu habis korang baca aku rasa.

Ok berbalik kepada episode lepas, aku ada bagi tahu yang Izzah kena posting di Hospital Miri, Sarawak selama beberapa tahun. Jadinya aku? Aku tak boleh ikut disebabkan komitmen kerja dan keluarga. Jadinya Izzah terpaksalah ke sana seorang diri. Walaupun kandungan sudah lewat 4 bulan. Namun demi tugas, dia terpaksa juga ke sana.

Tapi syukur sebab Izzah dapat sama tempat dengan Fatin Farhah binti Kamaruddin Md Noah, kawan sekuliahnya yang aku kenal. Ya, aku hafal nama penuh dia sebab aku dah serahkan tanggungjawab untuk menjaga Izzah kepada Fatin Farhah ni. Apa-apa jadi kat Izzah memang aku saman je dia. Mereka menyewa berhampiran bandar Miri. Bandar yang terkenal dengan monument Kuda Laut. Cikbam dan Maira pulak dapat kat Hospital Serdang je. Sangat tak adil. Sukalah Singkong tu.huhu

Aku? Aku tinggal sorang lah kat rumah berpuaka ni. Maka berhuhuhuhuhuhuhuhulah aku keseorangan. Bagi yang pernah merasai pengalaman Long distance relationship je tahu keperitan dia macam mana. Sakit, penat, sihat, lapar semua kau sorang tanpa pasangan hidup disisi. Ibarat separuh dunia kau sudah gelap lah senang cakap. Bernafas pun rasa tak best. Dulu-dulu best je boleh share oksigen dengan isteri.huhu

Aku dan Izzah sejak PJJ ni memang kerap video call je sama ada melalui skype di laptop, mahupun whatsapp di handphone. Setiap hari dia akan call kalau dia free. Yang haku hangin sangat dengan dia ni, sebab dia akan call waktu dia free je, tapi dia tak kisah pun aku free ke tak? Sampai dalam toilet pun aku kena usung laptop siap tarik extension, pasang charger untuk video call. Haa gitulah kegilaan Izzah terhadap video call dengan aku, mungkin dia suka nak tengok muka aku tengah meneran. haha

Kadang-kadang tu sampai aku dah rasa macam pelakon filem lucah, yelah lepas mandi, bertowel, tengah pakai baju, semua nak ditayangkan depan kamera.huhu. Dahtu pulak menambah dosa aku je lah hai video call ni, yelah kadang-kadang aku ternampak housemate Izzah, si Fatin Farhah tu berkain batik senteng. Bukan aku minta nak tengok, tapi dia yang lalu lalang belakang Izzah.huhu

Beberapa hari berlalu tanpa gangguan. Aku berjaya duduk seorang di rumah tu ditemani cengkerik dan pedang keramat aku. Sunyi dia tak payah nak cakap lah. Bunyi bulu mata aku jatuh ke lantai pun aku boleh dengar. Tambah-tambah waktu malam.

Satu hari tu, hari Sabtu, aku tak keje, Izzah pun off-day, aku celik mata je tengok miscall dah berpuluh-puluh, Izzah rupanya, kejut aku Subuh macam biasa. Aku campak fon ke tepi. Aku tido atas sofa je sejak jadi single balik ni. Takut nak naik atas. Haha. Aku mandi, solat dan bancuh kopi, toast roti dua keping.
Aku call Izzah suruh dia on skype. Tabiat pelik dia, kalau aku nak makan ke nak minum kat rumah, aku kena call dia sebab dia pun nak makan benda yang sama dengan aku. Gitulah peliknya orang perempuan ni tuan-tuan. Aku letak laptop menghadap aku atas meja kopi. Sambil tengok TV cerita Sepahtu Reunion, tengok Jep Sepah dok ciaa ciaaakan awek. haha . Izzah pun makan roti sambil tengok muka aku dan sambil-sambil tu dia buat-buat muka beruk, tunjuk2 baby bump dia kat aku. Haish sweet pulak ko ye kalau duduk jauh-jauh macam ni.haha. Padahal tu bukan baby bump, dia dah boroi, baby bump ape baru 4 bulan? huhu.

Sedang aku leka tengok TV, aku dapat whatsapp dari Izzah.

‘’Abg, Izzah dengar orang nyanyi la dalam laptop’’
“ Ha? Nyanyi lagu apa? ‘’. aku reply…
“Lagu cina bang. Datang dari skype. Izzah takde buka tv ke apa pun”
‘’Awak ni biar betul, abang tak bukak TV8 pun..mana ada orang nyanyi lagu Cina’’
‘’Bang, jangan-jangan…’’

‘’Awak jangan main2 Izzah…abang duduk sorang ni. Huhu”
‘’Haha. Tak ada apa lah abang. Kk.. jap Izzah nak mandi jap”.

Lepas tu Izzah pergi mandi, laptop masih On skype. Aku buat tak tahu je sambil tengok tv. Aku slowkan volume TV untuk dengar ada tak orang menyanyi lagu cina. Tapi tak ada pun, sunyi je. Yang ada bunyi TV. Aku sambung baring atas sofa sambil makan roti bakar.

Tak lama lepas tu Izzah datang balik dengan towel atas kepala macam siput. Aku tunjuk kaki je kat camera laptop. Marah sebab dia mandi lama sangat. Sekali aku pun dapat kaki balik .haha. Sekali lagi handphone aku vibrate.

‘’Abang..jangan tengok belakang’’
‘’Awak ni nasib baik jauh je..kalaulah dekat, lama dah abang dah cepuk!.haha’’

‘’Abg…Izzah tak gurau!! JANGAN TENGOK BELAKANG!’’

Ahh sudah… dari gaya dia whatsapp aku tu macam serius ja. Aku dah mula cuak. Peluh dah mengalir melalui pipi. Jantung sudah lup dup ..lup dup .. (bunyi sebenar jantung mengikut buku sains.huhu). Aku rasa belakang aku panas dan bulu tengkuk aku dah naik mencacak.

Aku text Izzah.

‘’ Ada apa syg? Apa patut abang buat???’’
“ Abang lari keluar rumah’’ dia balas

Tak membantu betul jawapan tu. Huhu. Aku dapat rasa rambut aku dikuis-kuis. Diikuti bau kapur barus sayup-sayup menusuk ke dalam lubang hidung aku. Macam mana aku boleh tahu itu bau kapur barus? Sebab dulu aku pernah ikut kursus sembahyang jenazah.. Sekali lagi rambut aku dikuis. ‘’Kurang ajar punya hantu’’ .. Aku rasa nak cabut lari ja. Tapi kaki ini sekali lagi tak mahu memberi kerjasama.

Aku beranikan diri ambil remote..aku picit channel 106 (Astrok Oasis) dengan harapan ada bacaan Al-Quran dan dapat menghalau hantu ni. Tapi hampa! Sekali keluar gambar mayat berbalut macam pocong siap hitam mukanya. Jilake betul cerita tanah kubur ni.huhu. Lagi bertambah ketakutan aku.

Aku memberanikan diri untuk bersuara.

‘’Camellia?…
‘’Heeeee~…’’ Hantu itu bunyi sedikit disambut dengan tiupan angin lembut ke telinga aku.

Aku terkejut, aku lompat sofa lari lintang pukang sampai tersepak pasu bunga yang dibeli Izzah. Pecah.huhu. Aku lari keluar rumah. Aku usha ke dalam rumah dari luar. Tak ada apa-apa jembalang pun. Lagipun siang lagi kot! Ko nak kacau pun biarlah malam-malam.huhu

Aku lepak dalam kereta je. Nasib baik kunci kereta dan handphone aku cepat capai tadi. Aku call Singkong mohon bantuan.

Aku: Hallooo Datok! Apa khabar!
Singkong: Hallo Tan Sri.. baik.. aku tak gaji lagi lah. Tunggu lah dulu..
Aku: Haram J betul. Aku bukan mintak hutang lah setan! Aku kena kacau la. Datang lepak rumah aku. Bawak baju sekali. Tido sini, main PS4. Cepat sikit.

Singkong: Haaa?? Tido rumah ko? Hahahahah. Kirim salam jelah kat Singkong yang ko kenal tu. Ni orang lain..
Aku: Aku serious la ni.. Ke ko nak aku bagitau Cikbam yang ko ada sekendel?
Singkong: Haaa… tunggu kejap. 20 minit aku sampai. Hampeh punya manusia. Trutt…trutt… (panggilan dimatikan)

Aku sudah dapat baca yang Singkong tak akan dapat mengelak ajakan aku disebabkan aku memegang rahsia besar dia.haha.

Dipendekkan cerita, datanglah Singkong dengan wajahnya yang sugul kerana terpaksa teman aku di rumah berpuaka ini. Kami masuk semula ke dalam rumah. Aku baca ayat Qursi dan Tiga Qul aku hembus kat dalam rumah.

Aku: Kong.. jom teman aku naik atas. Aku nak ambil pedang keramat aku jap.
Singkong: Ko ingat aku ni kuli kau ke? Pegi la ambil, penakut.haha

Aku keluar handphone, bukak whatsapp, search nama Cikbam tunjuk kat muka Singkong, terus dia teman aku tanpa banyak cakap.

Kami pun lepak di rumah aku. Main game FIFA di PS4 je. Aku dah order Dominos untuk lunch tapi tak sampai-sampai lagi. Sambil-sambil main game tu pun aku kena on skype sebab Izzah nak tengok aku buat apa dengan Singkong. Dia cakap takut kami ‘menguyit’. Huhu. ‘’Manalah tahu. Isteri jauh..Laki pun nampak cantik.. ‘’. Kata Izzah.

Time ni Singkong pun video call dengan Cikbam. Aku tak tahu apa motif dia. Mungkin jeles barangkali dengan kemanisan cinta aku dan Izzah.haha

Tiba-tiba kedengaran bunyi hon dari luar. ‘’Pin…Pinnnnn..’’

Aku: Kong, ko pergi ambik jap. Budak Dominos dah sampai tu. Nah duit. Baki bagi balik
Singkong: Yess makanan…Ok jap.

Singkong jalan ke arah pintu dan jenguk keluar.

Singkong: Juri, budak pizza sekarang deliver pakai Range Rover ke?huhu
Aku: Ha? Range Rover? Ah Hong?

Aku bingkas bangun dari pembaringan dan pergi bukak pintu rumah. Ah Hong dah terpacak depan pagar rumah.

Ah Hong: Oi Juli.. kasi bukak la ini pagar.
Aku: Kejap boss..kejap!

Aku keluar rumah dan buka pintu pagar. Ah Hong menghulurkan salam. Aku sambut. Dah kenapa tiba-tiba pulak datang ni. Ada apa-apa ke?

Aku: Boss, lu apa pasat datang ni? Waa dah bayar kan sewa haritu.
Ah Hong: Aiyaa waa mau tengok rumah waa. Kenape tak boleh ke?
Aku: Haaa masuklah jom..
Ah Hong: No need lah. Kita luluk kelusi batu kat luar ni je Juli. I mau cakap sikit sama U. Mana bini you? Itu lengchai siapa?
Aku: Haa.. okey jom. Oh Isteri saya kerja kat Sarawak. Saya duduk sorang sekarang kt sini. Ini Singkong.. kawan saya.

Singkong: Hai Uncle!
Ah Hong: Aiyaa U nama Singkong ka? Macam itu kingkong wor,,haha
Singkong: Itu nama glemer je Uncle.. nama betul Axxx.hhaha

Ah Hong: Juli, you luluk solang ka ini rumah? U talak takut ke?
Aku: Takut la.. baru tadi je U punya anak ada kacau wa..
Ah Hong: Hmmm itu pasat la wa latang ni.. Itu hari lu cakap lu sulah b***h itu hantu.. Waa tak pecaya maa..
Aku: Apa pasal lu tak pecaya? Apa yang buat you tak pecaya?
Ah Hong: Nanti wa celita sama lu la Juli.. Tapi itu hantu bukan anak waaa lorr.. Itu cetan juga maaa..

Aku pun duduk disitu sambil sembang dan korek cerita pasal Camellia dari Ah Hong. Aku translate balik lah apa yang Ah Hong cerita kat aku ni. Takut kalau aku direct cerita Bahasa apek tua ni, korang tak faham plak. Terpaksa bukak kamus.haha

Siapa Camellia?

Camellia, 23 tahun, anak perempuan tunggal Ah Hong, bekerja sebagai GRO di sebuah kelab malam terkenal. Walaupun bapanya seorang yang kaya, namun jiwa mudanya yang memberontak telah menyebabkan dia memilih cara hidup untuk menjadi GRO dan Call Girl sekadar untuk suka-suka.
Hidupnya bergelumang dengan pelbagai najis dadah dan pernah beberapa kali menghuni lokap akibat mengedar dadah.
Namun suatu hari, Camellia yang baru pulang dari Kelab Malam dalam keadaan yang mabuk, keretanya terlanggar belakang sebuah kenderaan yang lain.
Seorang lelaki Cina bernama Grim, berbadan sasa turun dari keretanya dan bergegas ke kereta Camellia bagi melepaskan amarahnya dek kerana kereta kesayangannya di langgar remuk oleh Camellia.
Camellia pun keluar dari keretanya dalam keadaan mabuk..
Camellia: Woi siau a @##@@*$#@.
Dia mencarut tak tentu pasal menyalahkan Grim berkaitan kemalangan tadi.
Grim tak bercakap banyak. Dihayunnya tangan sasa nya ke arah muka Camellia. Terduduk jatuh Camellia kesakitan akibat dihenyak oleh Grim. Lebam mata dia. Patah heels Camellia.
Kejadian ini disedari oleh seorang pemuda muallaf dari Sabah bernama Revans yang kebetulan lalu disitu. Dia meluru ke arah Camellia dan membantu Camellia dari diasak oleh Grim.
Revans: Kau tak puas ke pukul perempuan? Ko pukul aku sekarang!
Grim: Woi siau. Lu sapa. Gua mau tiaw itu amoi la bukan u! Dia sudah langgar sama kereta gua!
Revans: Lu tak payah pukul perempuan la! Dayus! Bincang lah elok-elok .Ambik ni!
Revans memberi dua tiga buah penumbuknya kepada Grim. Singgah tepat menghinggap muka lelaki Cina itu. Grim lari bereceran ke arah keretanya dan melarikan diri.
Betul lah orang cakap, jangan di buat main dengan kekuatan pemuda dari Sabah. Semangat mereka lain macam. Walaupun bertubuh kecil, Revans mampu melembikkan Grim yang berbadan sasa.
Revans menghulurkan tangan ke arah Camellia bagi membantu Camellia untuk bangun. Gadis mabuk yang seksi berskirt paras paha itu sudah tidak mampu untuk berdiri sendiri.
Revans mengambil keputusan untuk memandu kereta Camellia dan menghantar gadis mabuk itu kerumahnya.

Ah Hong: Haaa.. itu macam la Juli anak wa jumpa sama itu Revans.
Aku: Dahtu.. ok je aku tengok Revans tu Uncle. Kenapa ko tak suka dia Uncle? Sebab dia Islam?
Ah Hong: Wa tak ade ploblem pun kalau dia Islam. Tapi…

Aku: Tapi ape Ah Hong? Cakaplah.
Ah Hong: Ini macam..waa celita ok..


Selepas kejadian itu, Camellia sering rasa terhutang budi dengan Revans kerana menyelamatkan dia dari Grim. Kebetulan pula, Grim bekerja di sebuah kedai SebenEleben berhampiran dengan kelab malam yang selalu dikunjungi oleh Camellia. Setiap kali selepas habis ‘kerja’ dia, dia akan ke kedai untuk bertemu dengan Revans. Di situ, mereka berborak sampai lah ke subuh. Kemudian baru Camellia akan pulang. Kalau dah mabuk, kadang-kadang Revans yang akan hantarkan Camellia ke rumah.

Selepas beberapa lama berkenalan, hati Camellia sudah terpaut pada Revans. Ditambah pula dengan kebolehan semula jadi Revans untuk mengayat gadis-gadis, yang pastinya akan membuatkan gadis-gadis akan terpaut pada pikat linenya. Camellia sudah mula berubah. Perlahan-lahan dia sudah tidak ke Club, sudah tidak berpakaian terlalu seksi, dan sudah mula tertaik dengan Islam.

Bagus betul penangan Revans Abdullah ni sebagai seorang muslim yang baik. Camellia sudah tidak dapat memendam perasaan cintanya pada Revans. Dia mahu terus serious dengan Revans selepas beberapa bulan mengenali pemuda itu.

Suatu hari di kedai SebenEleben, jam 2 pagi, di meja luar kedai. Camellia lepak-lepak sambil smoke dengan Revans. Malam yang dingin dan tenang itu ditemani pemandangan hening Kuala Lumpur membuatkan suasana menjadi Romantik. Camellia mula bersuara.

Camellia: Revans, I sudah tak minum, tak ambik dadah. You suke tak?
Ravens: Good for you. Alhamdulillah.
Camellia: Apa maksud Alhamdulillah? Hehe
Ravens: Maksudnya segala puji bagi Allah..Kalau kita bersyukur..kita cakap lah Alhamdulillah.
Camellia: Oooo macam tu.. Alhamdulillah..hehe. Revans, you suka I tak?
Ravens: Suka? Suka lah.
Camellia: Suka tu you love I tak?
Ravens: Hmmm. Love la jugak.
Camellia: aww so sweet.hehe. Ravens, boleh tak you ajar I Islam.
Revans: Boleh je..you datang lah sini, hari-hari abang ajarkan.. Ciaciaaciaa..haha
Camellia: Haha. Serious lah you worr..I mean… boleh tak kita kawin..marry me?
Revans: Hmmm Camel.. Im not ready. Sorry…Not now..
Camellia: But why? You tau tak I malu minta you kahwin sama I?
Revans: You cari orang lain lah kalau u nak kahwin. Dahlah I nak sambung kerja. Chow~

Revans bingkas bangun meninggalkan Camellia dari situ.
Camellia pulang rumah dengan hampa akibat mendengar jawapan kelat dari Revans. Dia tidak berpuas hati. Kenapa Revans tidak mahukan dirinya walhal selama ni beratus-ratus ayat cinta dia tabur kepada Camellia? Camellia mula menyiasat latar belakang Revans. Satu hari tu dia ikut senyap-senyap Revans balik ke rumah dia.

Aku: Dah tu Ah Hong? Apa jadi? Apa yang Camelia nampak?
Ah Hong: Itulah wor.. Revans is good.. Dia talak charge 20 sen for plastic bag..Revans is good, dia tak charge slurpee yang tumpah kat lantai, Revans is good, dia talak jual itu getah malam jumaat sama itu mat rempit.. But Revans is too good for Camellia. Lia sulah kawinn lu tau kaa.. Ala luaa olang anak.. Bini dia pun cantic.. nama Rose. Cantik bini dia wor macam itu bunge..


Setelah Camellia dapat tahu yang Revans sebenarnya sudah berkahwin dan hanya bermain-main cinta dengannya, dia berasa sangat marah. Sangat-sangat marah. Dia sudah sedia berubah demi Revans, namun dibalas dengan kejam. Serasa seperti mahu d*****h saja Revans hari itu. Namun Camellia simpan hasratnya, dia berdendam, dia sudah tahu apa yang mahu dia lakukan.

Keesokan harinya, Camellia pagi-pagi lagi sudah bertolak ke Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Bagi menemui seorang ‘Master’. Master ni adalah sami jahat yang pandai dalam ilmu-ilmu sihir. Setelah berjumpa dan berbincang dengan Sami, Camellia diberi segala macam alatan untuk menyembah hantu bagi membantunya menghancurkan hidup Revans. Habis 10 ribu ringgit duit dia membayar Master itu. Ini Ah Hong la cakap, sebab anak dia pinjam duit dia 10k.huhuhu.

‘’ Guǐ lái dào zhèlǐ nǐ de bāngzhù nǐ de báichī bāngzhù wǒ shā sǐle wǒ de shēngmìng de ài’’

‘’ Guǐ lái dào zhèlǐ nǐ de bāngzhù nǐ de báichī bāngzhù wǒ shā sǐle wǒ de shēngmìng de ài’’

‘’ Guǐ lái dào zhèlǐ nǐ de bāngzhù nǐ de báichī bāngzhù wǒ shā sǐle wǒ de shēngmìng de ài’’

Camellia membaca jampi yang diberikan oleh Master kepadanya sambil menoreh sedikit tangannya dan diletakkan sedikit darahnya di atas api kemeyan.

Setelah diseru, Hantu yang diseru Camellia sudah muncul, namun ada syaratnya, Camellia harus menjamu hantunya itu dengan darahnya sendiri, asap kemeyan dan juga telur ayam setiap hari. Akibat perasaan amarah yang tebal. Camellia bersetuju.

Tidak lama kemudian, Revans jatuh sakit dan menjadi seperti mayat hidup. Dia tidak dapat bergerak lagi dan dijaga oleh isterinya, Bunga Rose, di rumah mereka.

Camellia berpuas hati dengan servis dari hantu yang dibelinya dari Master yang berharga RM 10K tanpa GST itu..huhu . Namun lama-kelamaan dia sudah lupa untuk menjamu hantunya disebabkan kesibukan dia melayan ‘pelanggannya’ setiap hari.

Hantu yang dibela oleh Camellia sudah mengamuk dan mengganggu hidup Camellia hingga dia jadi murung dan tidak siuman. Tidak lama selepas itu, Camellia ditemui m**i di dalam salah sebuah bilik di tingkat atas rumah yang aku sedang duduk ni. Allahuuu..seram…

Ah Hong: Wa jumpa dia m**i, tangan dia keluar dalah habis semua.. Wa sedihhh wooorrr…huhuuuhuuuuu
Aku: Haaa.. sedih-sedih jugak Uncle.. Sekarang ni lu sudah tipu sama gua. Gua yang kena hadap semua ni. Jom tunjuk kat mana u jumpa dia.

Ah Hong bawa aku dan Singkong naik ke tingkat atas, ke bilik tengah. Bilik ni aku tak usik pun sejak masuk sini. Aku biar kosong je. Bukak je pintu bilik tu, bau hanyir, bau kapur barus kuat menusuk hidung. Aku pandang Singkong, dia tutup hidung. Ah Hong pulak dari tadi asyik pandang syiling bilik tu je.

Aku: Ah Hong, lu tengok apa?
Ah Hong: Dia ada atas itu siling..
Aku: Siapa ada atas siling? Cicak?
Ah Hong: Itu hantu..

Ah Hong arahkan Singkong ambil tangga. Dia letak tangga tu betul-betul bawah satu panel siling yang dapat dibuka. Ah Hong panjat dan dia buka syiling tu. Perghh bau tungkik. Bau telur busuk, bau kemenyan, bau bangkai, bau tiak bangla, semua ada lah. Ah Hong ambil satu bungkusan penuh telur dan hulur kat aku. Aku waktu tu nak muntah hijau dah tahan bau loya tu.
Ah Hong bawak turun jugak barang-barang pemujaan dari atas syiling bilik itu. Aku pelik sebab telur dalam plastik ni belum pecah lagi. Tapi isi dia kosong? Mungkin ada jembalang yang sedut telur tu secara ghaib. Ah Hong bawak semua barang pemujaan dan plastic telur ni masuk dalam kereta dia. Dia kemudian start kereta dan blah macam tu saja.

Aku dan Singkong tengok tercengang ja. Apa jadah apek ni blah macam tu saja. Syiling tak tutup lagi tu apek! Alang-alang nak lepak tu, tunggu lah sampai budak Dominos tu sampai. Boleh aku pau suruh kau bayar je.huhu.

Petang tu lepas asar. Singkong minta izin nak jemput Cikbam balik dari kerja.

Singkong: Juri, ko duduk kejap, lepas maghrib aku balik. Aku nak ambil Cikbam.
Aku: Ko suruh je dia balik sendiri..dia kan ada kereta?
Singkong: Masalahnya harini aku hantar dia lah…
Aku: Emm.. aku nak ikot lah…
Singkong: Eh tak payah nak mengada. Ko tunggu la kejap. Jangan kacau daun…
Aku: Haa..balik cepat la..bak sini IC kau.
Singkong: Ko nak buat apa IC aku?
Aku: Aku hold dulu IC kau, mana lah tahu ko tak datang sini balik.
Singkong: Perghh ko ni Polis ke? Binaweeee..Kalau ada roadblock macam mana cetan??
Aku: Ahh..tak kire..kalau ada roadblock ko sebut je nama aku tiga kali. Konfem lepas. Dah-dah pegi cepat, balik cepat ye abang..hihihi
Singkong: Lantak kau lah. Tak payah nak jadi kunyit.huhu..Ok bye..

Lepas Singkong blah aku pun check laptop aku, lupa lah pulak aku tengah on video call tadi. Aku tengok Izzah dah berdengkur depan camera. Tidoo je keja. Macam mana lah boleh jadi bijak sampai jadi doctor. Kahkah. Aku check fon, baca wassep Izzah. Dia boleh pulak describe hantu yang dia nampak belakang aku tadi.

‘’Abg.. benda tadi tu..”
‘’Muka dia putih, rambut serabai, pakai t-shirt putih lusuh.’’
‘’Dia berdiri betul-betul belakang abg. Izzah seram..huhu’’

Seraya dengan itu, aku menyumpah seranah di dalam hati. Tahniah lah describe benda tu kat aku. Walaupun kau tahu yang aku masih akan menghuni disini.huhu

Dah pukul 8 malam, kelibat Singkong masih belum kelihatan. Aku syak diorang tengah berjimba ni. Wassap pun tak balas. Kang aku patahkan jugak IC kau, jadi lah pendatang asing.huhu.

Perut dah lapar. Aku nak keluar dinner. Aku terpaksa naik atas sebab nak mandi. Baju-baju aku semua kat master bedroom atas. Aku menapak perlahan-lahan di atas tangga kayu tu.
‘krekkk…krekkkk..krekkk’’ bunyi tangga je bukan cengkerik tau..

Aku pun masuk dalam toilet atas dan mandi macam biasa. Tengah mandi tu, aku tak bawak lah laptop. Takut basah.huhu. Tengah mandi tu perlahan-lahan aku dengar pintu bilik aku ditolak..
‘’eeeikkkkkkk..’’ bunyi pintu.

Aku syak Singkong dah balik agaknya. Tapi aku tak dengar pun bunyi kereta dia balik.
Aku jerit ‘’Woi Kong, ko dah balik ke?’’

Diam je tak ada jawapan. Aku dengar ada orang ketuk-ketuk besi katil bilik aku.
‘’Keting..keting..keting~’’ tiga kali
‘’Woi Singkong! Ko nak aku patahkan IC kau ke?” aku gertak

‘’Nakkkk~~ heeee heee heee~’’ suara wanita menyahut.

Hah sudah.. awek mana pulak masuk dalam bilik aku ni? Bilik aku dah la lama tak ada perempuan. Bahaya ni. Huhu. Aku rasa macam nak terkincit dah ni. Nak keluar toilet takut woi.

Nasib baik aku bawak fon masuk toilet. Aku call Ustaz El.

Aku: Salam Ustaz, ada kat mane?
Ustaz El: Waalaikumsalam Juri.. kenapa call saya ni?
Aku: Jawablah Ustaz kat mana? Saya ada masalah ni.
Ustaz El: Kenapa Juri? Ada gangguan lagi ke? Ana kat Port Dickson ni tengah bercuti di hotel RM 700 tak termasuk GST!
Aku: Ha? Panjangnya nama hotel tu.uhuh. Habis lah saya Ustaz, saya kena ganggu ni. Dahlah saya duduk sorang.
Ustaz El: Kejap ana telefon sahabat ana. Mungkin dia boleh bantu. Kejap lagi ana pass nombor telefon dia, awak send location kt dia.
Aku: Tapi ustaz..saya perlukan pertolongan sekarang.. trutt trutttt…

Panggilan aku dimatikan, apalah Ustaz ni, gelojoh sangat letak telefon, at least teman lah aku yang tengah ketakutan ni. Huhu. Aku dah buntu, nak call Dr Yulie, aku tahu sekarang dia bercuti kat Australia.

Aku ambik keputusan untuk lawan hantu tu sendiri. Aku cuba recall apa yang Ustaz El buat malam tu. Ya! Ustaz renjis garam kat hantu tu. Tapi kena baca apa waktu merenjis tu? Aku tak tahu! Lagi satu nak ambik garam macam mana. Aku kan dalam toilet? Aku belek-belek dalam tandas, aku jumpa garam scrub milik Izzah. ‘’Kira ok lah ni, janji garam…’’ Getus hati aku.

Aku pakai towel, selit handphone di pinggang, genggam garam scrub kat kedua belah tangan aku. Aku nekad nak keluar dan lawan hantu tu. Aku pun keluar bilik perlahan-lahan. Tak ada sesiapa kat atas katil aku. Sunyi je. Aku bukak pintu bilik. Terkejut aku si Camellia ni ada depan pintu! Kali ni bukan rupa hantu, tapi rupa Camellia yang betul, muka dia cantik ala-ala Felixia Yeap, berpakaian seksi skirt pendek. Macam mana aku tahu ini Camellia? Sebab Ah Hong pernah tunjuk gambar dia kat aku tadi.

Aku terduduk. Dia berjalan menghampiri aku. Aku mengensot berundur ke belakang perlahan-lahan. Dah macam scene romentik drama Korea dahni. Dengan aku tak pakai baju bertowel saja. Ni kalau JAIS datang buat rush rumah aku, memang aku kahwin free dengan hantu je.huhu.

Aku cekalkan diri aku, aku tahu dia ni hantu, hantu ni cuba goda aku. Dia kenyit mata, dia ketap bibir. Astaghfirullah. Aku jerit:

‘’Bismillahi Allahuakbar, Rajmanissyaiton, wahisbih’’
Aku lempar garam ke arah Camellia. Aku buat macam nak lontar jamrah tu, sebab aku pernah ikut kursus Umrah haritu.huhu. Tetapi dia buat tak tahu je macam tak sakit je. Aku dah mula fikir yang dia ni orang bukan hantu. Aku bangun lari dapatkan pedang aku yang ada atas katil.
Aku memberanikan diri nak berlawan sendiri dengan syaitan Camellia ni. Aku hayun pedang kiri kanan. Shinggggg~~~
Namun aku lupa..aku lupa yang ini adalah syaitan, mana lut pedang aku! Aku azan, aku azan kuat-kuat. Aku azan sambil tutup mata. Penuh penghayatan azan aku. Lepas saja aku azan, aku bukak mata, Camellia dah tak ada.

Aku berlari keluar rumah dalam keadaan bertuala sahaja aku menuju ke arah Surau taman perumahan ni. Jemaahnya baru selesai solat Isyak dan melepak-lepak di kaki lima Surau. Aku dapatkan Imam dan cerita masalah aku. Imam ni nama dia Ahmad Hsan, aku kenal dia, sebab ada lah jugak dua tiga kali aku solat kat sini. Hsan setuju untuk tolong aku. Dia ajak empat orang kariah surau ke rumah aku untuk tolong aku. Yelah, dia tengok aku macam orang gila dah, bertuala, dengan rambut penuh shampoo, tangan berlumuran garam scrub.huhu.

Dipendekkan cerita, imam tadi datang ke rumah aku. Dan diorang duduk beramai-ramai di ruang tamu. Dimulakan dengan bacaan Yassin. Aku naik atas, pakai baju dulu. Malu dan sejuk.huhu. Aku turun ke bawah, aku tengok Ustaz Hsan tengah memasukkan sesuatu ke dalam botol kosong. Macam tarik angin, kemudian masukkan ke dalam botol. Lepas tu Ustaz Hsan tutup botol tu cepat-cepat. Dia pergi ke luar rumah. Dia bakar botol tu dengan surat khabar.

Boleh dengar bunyi mencicit-cicit macam orang kerdil menjerit-jerit apabila botol itu di bakar sampai hangus.

Ustaz Hsan: Juri, dah selesai. Dah tak ada apa-apa gangguan dah dari makhluk ni lepas ni.
Aku: Eh cepatnya Ustaz? Saya baru lepas pakai baju. Jadi kiranya dah tak ada la makhluk ni dalam rumah ni Ustaz?

Ustaz: Em. Ya sudah tak ada. Aku dah bakar dah tadi dengan bantuan dan Izin Allah. Dia dah m**i. Benda ni penunggu dalam rumah ni dah lama, sebab dia diseru oleh seseorang satu masa dulu

Aku: Terima kasih Ustaz, lega saya dengar.huhu
Ustaz Hsan: Kami balik dulu ya… kalau ada apa-apa masalah carilah kami lagi ye..Rajin-rajinlah datang surau tu Juri.. Jarang dah aku nampak kau.
Aku: Alamak.. Ustaz perli ke ni..huhu. Ok Ustaz InsyaAllah nanti saya rajin ke surau.. Kirim salam Syer, Isteri pertama Ustaz dan Feeya isteri kedua. Dua-dua sekalilah kirim salam.huhu

Setelah setepek perlian diberi kepadaku, Ustaz Hsan dan yang lain-lain beredar dari rumah aku.
Aku rasa lega, tapi aku masih panas hati ni sebab Singkong dari tadi tak balik-balik. Kalau macam ni punya perangai, bukan takat IC je aku patahkan. Silap-silap aku patahkan tulang hidung dia sekali.
Aku call Izzah, nak report apa yang jadi.

Aku: Assalamualaikum sayang. Sorry busy tadi. Abang kena kacau teruk gila dengan hantu Camellia. Dia menjelma jadi perempuan seksi nak kacau abang.huhu
Izzah: Ha? Perempuan seksi? Habistu abang tergoda lah? Bergetar lah tulang rusuk tu?
Aku: Eh pompuan ni.. itu hantulahh…inilah perempuan, bukan nak tanya abang okay ke tak. Dengar je perempuan seksi terus nak marah.hmmm
Izzah: Sorry lah abang… So macam mana? Ustaz El ke yang datang tolong?
Aku: Ustaz El? Hahah. Dia kat PD sana. Tadi Ustaz Hsan, Imam surau taman ni yang datang dengan Jemaah-jemaah. Dah settle dah. Alhamdulillah. Sekarang abang lapar. Kalaulah Izzah ada, mesti Izzah dah masak megi.
Izzah: Lah yeke? Alhamdulillah.. Emmm kesiannya kat dia… Itu nak perli lah tu. Nak cakap yang I tahu masak megi je? Ko tunggu aku balik semenanjung nanti aku masak Chicken Chop.haha
Aku: Hmmm yelah.. bilalah you nak balik. Ok lah abang nak keluar tapau makan.
Izzah: Okay, dah balik nanti video call ye. Kita berkelah depan camera.

Begitulah peritnya PJJ ni. Segala apa hanya depan camera dan dihubungkan satellite sahaja. Nak hantar pesanan apa-apa pun, satellite yang dapat tahu dulu sebelum Izzah. Tak sweet la macam tu.Lebih baik kawin dengan Satellite. huhu

Lepas tu aku pun masuk rumah nak ambil wallet. Rumah aku rasa tenang dan aman lain macam. Mungkin betul lah, Camellia tu dah tak ada. Kalau ada lagi pun, pakai yang macam tadi ye.. Abang suke.hihi.

Tiba-tiba telefon aku berdering sekali lagi. Nombor yang tak dikenali hubungi aku? Siapa ni?

Aku: Hello? Who’s there?
Pemanggil misteri: hssss…hsss..hssss (Bungi nafas macam tenuk)
Aku: Ko siapa? Siapa ni?
Pemanggil: Hahahahahahahahaha..(Suara jantan ketawa)
Aku: Haha.Lawaknye..Singkong ke?
Pemanggil: Aku orang yang tak senang tengok kau dan Izzah..
Aku: Kenapa tak senang pulak? Susah sangat ke?
Pemanggil: Kau tak kenal aku..haha. Kau tunggu satu hari aku akan buat korang berpisah..
Aku: Ko nak buat apa? Sekarang memang kami terpisah, oleh jarak dan waktu..huhu. Eleh aku tau lah ko siapa. Ko Ahmad Faz kan? Ex Izzah? Dah-dah la tu..aku tak takut kat kau la..
Pemanggil: Hahahaha.jadi kau dah tahu aku siapa?
Aku: Haa..aku tahu..kenapa? Dengar bunyi ni? (Shingg shinggg~) .. aku lerekan pedang aku kedinding. Jangan sampai pedang ni hinggap leher kau…
Pemanggil: Aku tak takut pedang kau. Kau belum rasa pedang aku lagi.
Aku: Kau ni kunyit ke nak rasa-rasa pedang? Huhu
Pemanggil: Kau tak payah buat lawak lah. Aku akan…. Trutt truttt trutt…

Panggilan dimatikan? Atau kredit si Faz ni dah habis? Atau dia ni memang jenis buat kerja separuh jalan je? Cakap pun tak habis? Lepas tu kena kecam? Eh melalut pulak aku.

Selang beberapa minit kemudian, Singkong pun pulang dengan senyuman dan sebungkus nasi goreng. Namun nasik gorengya sudah tidak mampu menyelamatkan IC nya yang sudah patah….

Begitulah cerita aku kali ini. Aku harap aku dah cukup kurang buat lawak dan cerita kali ni akan buat korang rasa seram dan tak boleh tidur malam.huhu

Tunggu sambungan…

Tamat

-JuriXCak-

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

JURIFS 2

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

440 thoughts on “Muhammad Juri- Syaitan Camellia (Part 2)”

  1. HAHAHAHAHAHAHAHANATTTTTTT

    Kau pi letak fullname FF kenapa wehhhhhh? kang tak pasal2 orang pegi perasapkan dia. huhu. Bengong lah part kain batik senteng tu HAHAHAHAHAHHAHA

    IZZAH & FATIN FARHAH BESTFRIEND EH? SO SWEETTTTT~

    Kelakar gilaaaaaaaa! Hsan? kahkahkahkah! Kesian Syer ko jadi bini dia hahahahahahahhahaha

    shing shinggggg~

    Reply
  2. HAHAHAHAHAHAHAHA Jilakenyaaaa setori ko ni juri….

    Watak bini pertama jugak ko bg kat aku.. Jd bini hsan plak tu…. Hmm.. Rasa nak tetak je ko ni… ?????

    shingg~ shingg~

    Reply
  3. ‘Panggilan dimatikan? Atau kredit si Faz ni dah habis? Atau dia ni memang jenis buat kerja separuh jalan je? Cakap pun tak habis? Lepas tu kena kecam? Eh melalut pulak aku’

    **Part ni lawak..sempat lagi ko kan..hahahaha..

    Reply
  4. Shinggg Shinggg Shinnggggg

    HSAN MANA HSAN… Berani ko berbini dua tak bagitau!! Juri pun sama.. Ko bersekongkol ngn hsan kan

    hambikk ni shingg shingg

    Reply
  5. ???. Adududu. Sakit pipi aku. Yg ni double ‘seeram’ dari yg 1st. Hmm kain batik senteng yer. Hebat imagination ko. Hahaha. Tp yg part ic tuh paling sedih. Kesian sikong

    Ni aku tak sabar nak tunggu part 3. Cepat sikit weh!

    Aku syak part 3 mesti izah dah terberanak. Hahaha. Btw story ko thorbaekkkk!!
    P/s: aku dahla baca dlm bus cite ko ni. Orang len tengok aku pelik je. Tersengehh sorang?

    Reply
  6. HAHAHAHAHAHAHAHA

    kelakar+sweet+seram!!

    sweetnya lahai, nak makan benda sama. berkelah depan kamera ???

    lawak lah part ustaz EL & Faz matikan hp. sempat lagi ko perli. hahahahaha. adoilahhh.

    hmmm

    • JuriXCak hahaha
    Reply
  7. Woi siapa post ni woi

    Tak siap lagi cerita ni macam mana boleh post? Huhu

    Ni mesti Alter Ego aku yg post. Kejap check telur..hmm ada lagi.haha

    Korang baca dulu, aku main pusat eh putsal jap.huhu

    Reply
  8. “Panggilan dimatikan? Atau kredit si Faz ni dah habis? Atau dia ni memang jenis buat kerja separuh jalan je? Cakap pun tak habis? Lepas tu kena kecam? Eh melalut pulak aku…”

    Tgh syok bace smbl baring terus akk duduk gelak besor bace part ni, hahahahahha…
    Sentaappp woooo makan dalam…

    Akk bercuti kat DUBAI hokeeeyyy…
    Menggigil lutut jd DR. YULIE, ceeehhhh…
    Akk lebih rela dapat watak jd WARDEN PENJARA taauuu…
    Citer first akk komen skali kt sini…
    Patotnye buatlar watak akk ni warden penjara yg berjiran ngan korg…
    Jd Doktor terus akk tersipu2 malu taauuu…
    Sopan bebenoorrr…

    Sikit punye baeekkk ko up org Sabah ekk…
    Kembangler sorg kwn kita tuuu…
    Heheheheheeh…

    Reply
  9. Pandai pilih characters??
    Guǐ lái dào zhèlǐ nǐ de bāngzhù nǐ de báichī bāngzhù wǒ shā sǐle wǒ de shēngmìng de ài’’ ini sapa ajar?

    Reply
  10. “Selang beberapa minit kemudian, Singkong pun pulang dengan senyuman dan sebungkus nasi goreng. Namun nasik gorengya sudah tidak mampu menyelamatkan IC nya yang sudah patah….”

    Kesian PakCik Singkong IC dia patah?
    Tahniah Atok Juri!Cerita kali ini diolah dengan kreatif dan baik!Teruskan berkarya!InShaaAllah,ada masa sambung lagi ya?

    Reply
  11. Atau dia ni memang jenis buat kerja separuh jalan je? Cakap pun tak habis? Lepas tu kena kecam? Eh melalut pulak aku.

    hahahahahahahahahahahaahha

    Reply
  12. Terbaikkk
    Baru ku tahu aku dimadukan, sebelum ni Hsan kata dia single, huh!
    Lelaki mmg camtu, suka ngaku single walaupun dah beranak pinak

    Reply
      • ntah dia auto tuka ke nama writer kakmami.. saje boh gambo beruk juju.. baru la style.. haaa juju okay gak tu.. jangan berus jamban lak.. terhina nnt kak mami rasa

        Reply
        • haa. Kak Mami jangan jadi beruk dahla..haha.
          nanti nak masuk watak Kak Mami jadi mak tiri lah..mak tiri yang jahat.huhu

          Reply
          • kau memang suka fikir negatif pasal kak mami.. ikut kaulah juju.. janji kak mami nak glemer.. kalau takda kau menonggeng nanti depan kak mami.. kak mami sebat kau sedas.. harharhar..

          • haaa.. tahu kau seram.. baik kau kotakan kata-kata kau juju.. nanti kak mami janji ajar si medi teknik teran masa beranak.. hahaha.. kalau tak kau standby bontot kau..

          • KAK Mami dah berapa kali experience meneran ni?haha
            alamakk.jangan lah main2 ###### bontot ######
            ngilu dengo.ahhaha

  13. Aku baca dekat office ni juri, orang sebelah pandang2 ja. Hahahahha , mood seram baru nak mai muncul lawak. Hahahahah terbaik bro.

    Reply
  14. Weh tak boleh serious la baca cerita you Juri. Asyik tergelak hahaha
    Lagi satu, mana dapat bahasa ni?

    Guǐ lái dào zhèlǐ nǐ de bāngzhù nǐ de báichī bāngzhù wǒ shā sǐle wǒ de shēngmìng de ài

    Lina google translate, maksud dia ‘The driver of the car’ hahaha mende do

    Reply
  15. Konphem x seram..lawak giler..hhahahahaha

    -Ustaz El: Kenapa Juri? Ada gangguan lagi ke? Ana kat Port Dickson ni tengah bercuti di hotel RM 700 tak termasuk GST!

    -Panggilan dimatikan? Atau kredit si Faz ni dah habis? Atau dia ni memang jenis buat kerja separuh jalan je? Cakap pun tak habis? Lepas tu kena kecam? Eh melalut pulak aku

    Reply
  16. Wat da helll?aku pukul perempuan?kahkahkah gangster siot aku pukul perempuan,nasib baik donia realiti aku tak pukul perempuan kahkahkah
    Aku bagi ko 20 bintang termasuk jari jemari kaki tangan dan kakiku untuk engko juri

    Reply
  17. “Pemanggil: Kau tak payah buat lawak lah. Aku akan…. Trutt truttt trutt…

    Panggilan dimatikan? Atau kredit si Faz ni dah habis? Atau dia ni memang jenis buat kerja separuh jalan je? Cakap pun tak habis? Lepas tu kena kecam? Eh melalut pulak aku.”

    yg ni paling xleh blah ahahaha.
    mana pegi seramnyaa, manaa????

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.