Muka hancur sebelah

Assalammualaikum FS & FS fans.. terima kasih sebab sudi siarkan cerita yang tak berapa seram sejuk dari aku. Nama aku Lynn. Cerita ni berlaku pada tahun 2005, masa tu aku Tingkatan 5 disalah satu sekolah asrama di Kota Tinggi, Johor.

Ceritanya bermula macam ni, hari tu adalah hari khamis. Setiap malam hari khamis asrama sekolah aku akan buat bacaan yassin di surau besar sekolah. Kebetulan pulak aku ni jenis suka sangat ponteng prep(kelas petang & malam), ponteng pergi surau besar, kalau boleh segala benda aku nak cabut lari. Nak di jadikan cerita, aku ponteng pergi ke surau besar dengan alasan aku period (dating haid) dan warden asrama aku pesan jangan duduk didalam dorm sorang-sorang waktu begini.

Dia suruh aku pergi duduk di kelas prep bersama dengan pelajar lain. Tapi tahap kedegilan aku yang 100%, aku abaikan saja apa warden aku pesan. Aku lari naik ke atas dorm dan bermaharajalela atas katil. Walaupun undang-undang sekolah tidak dibenarkan membawa handphone ke sekolah, aku dengan senang hati bergayut dengan boyfriend aku dekat kampong. Tengah sedap bergelak ketawa dengan boyfriend dalam telefon, aku dengar ada seseorang menegur aku dengan suara agak garau. “Diam, jangan bising”.

Aku terus terkelu tak berkata waktu itu. Aku cepat-cepat mematikan telefon dan pergi menghendap siapa yang tegur aku. Aku buka pintu bilik dorm tetapi tiada siapa pun dia balkoni. Aku mula tak sedap hati, aku terus turun ke kelas prep aras bawah asrama sekolah. Aku asyik tertanya-tanya siapa yang tegur aku tadi. Aku tanya kawan-kawan aku, diarang ada pergi ke dorm ke? Tapi jawapan menhampakan. Jadi aku abaikan sekali lagi.

Keesokkan hari, aku ponteng lagi sekali. Tetapi kali ini aku ponteng kelas prep petang. Alasan sakit kepala dan muntah-muntah. Warden asrama aku minta aku rehat di bilik sakit betul-betul sebelah bilik dorm aku. Alahai girangnya hati aku dapat tido. Dengan senangnya hati aku amik bantal busuk, baring di salah satu katil di bilik sakit.

Katil aku berdekatan dengan pintu masuk, manakala dua lagi katil berdekatan dengan tingkap. Sedang enak diulit mimpi, aku terjaga dengar ada orang masuk ke bilik sakit. Aku fikir mungkin ada pelajar lain sakit jugak agaknya, tapi pintu ditutup dengan kuat sekali. Rasa nak marah pun ada sebab buat aku terkejut.

Tapi aku malas nak amik tahu, aku teruskan misi tido aku. Tapi entah kenapa mata ni tak mahu lelap pulak. Kejap amik bantal tutup muka, kejap pusing ke kiri, bila pusing ke kanan aku ternampak ada pelajar bebaju kurung sekolah duduk menghala ke tingkap. Aku tegur, “kenapa tu? Sakit jugak ke?”. Tetapi pelajar tu langsung tak pandang aku dan diam saja. Aku ni mulut boleh tahan celupar, “pekak ke orang tanya sakit ke?”.

Pelajar tu dengan suara garau bersuara, “Diam, jangan bising”. Terus aku teringat kejadian semalam yang tegur aku. Aku diam dan cuba bangun keluar dari bilik sakit. Dengan sepantas kilat, pelajar tu hanya pusing kepala saja pandang aku, tetapi badan masih menghala ke tingkap. Alahai aku dah ketar lutut dan mulut kumat kamit cuba baca apa yang aku ingat. Sebelah mula hancur hanya tinggal 1 mata sahaja yang memandang tajam kearah aku sambil cakap “ diam, jangan bising” banyak kali. Dan pandangan aku terus gelap.

Aku berada dalam keadan mamai, pandangan kabur aku tengok kiri kanan ramai orang mengerumuni aku sambil panggil nama aku. Aku cuma diam je sebab masih terngiang-ngiang muka pelajar tadi. Kawan aku beritahu, semasa diarang balik dari kelas prep, ternampak aku terbaring depan bilik sakit.

Dan aku terus cerita kisah yang mengerikan tu kepada kawan-kawan aku. Sebenarnya memang dulu ada seorang pelajar bunuh diri dengan terjun dari tangki air asrama kami. Dan muka dia hancur sebelah kerana jatuh di atas batu besar. Pelajar tersebut bernama mariam dan dia ada masalah halusinasi sejak kecil lagi.

Sejak tu, aku tak pernah ke tandas seorang lagi, tak pernah tak pergi ke kelas prep, tak pernah tak pergi ke surau besar. Sekian dari cerita seram sejuk dari aku.

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *