Mulut Becok Sewaktu Praktikal

Assalamualaikum rakan FS. Aku nk cerita pengalaman agak pelik masa jadi student jururawat lebih kurang 5 tahun dulu. Masa tu kami semester 4. Kolej aku belajar ni dekat Pahang. Jadi kami perlu buat praktikal dekat klinik desa selama 3 bulan. Masa tu aku dan dua org lagi member ditempatkan di satu kg yang mana klinik dia memang jauh dari rumah orang2 kampung. Lampu jalan pon harapkan dekat klinik aja. Kalau malam memang tak payah cerita la dia punya seram tu.

 

Minggu pertama stay dekat rumah pelatih tu aku masih ok tak ada apa pon yg pelik, tapi kawan aku berdua ni jenis celupar selalu sangat complaint kg ni seram la berpuaka la. Dah tak larat aku nak tegur. Lepas tu, masuk sebulan kat klinik tu kami dah mula rasa pelik. Bila maghrib dan menjelang subuh je mesti 2 orang kawan aku akan dengar macam orang bagi salam. Kadang2 laki kadang2 perempuan, dan yang peliknye aku yang tengah tengok tv kt depan ni tak dengar apa2 bunyi pon. Benda ni akan lebih kerap jadi bila staf sebelah rumah kami ni balik ke kampung dan tinggallah kami bertiga je. Takut ada pesakit datang bila pintu dibuka tak ada orang dan pagar klinik bertutup elok je. Kebetulan 2 orang member aku ni pula celupar sikit.

 

Ok sambung semula. Satu pagi masa tu hari minggu kami bertiga tengah sedap tidor, tetiba kawan aku yg sorang ni kejutkan aku. Dia kata dia dengar bunyi tapak kasut staf belakang rumah..tap tap…demi Allah aku masih tak dapat dengar dan cuba sedapkan hati mungkin orang nak mengintai. Benda ni akan belaku setiap minggu dan kawan2 aku pon dah jadi terbiasa. Bulan kedua kat sini kami dibenarkan balik kampung sebab ada cuti am.5 hari kat kampung, maka tibalah masa untuk kembali ke Pahang. Bas aku sampai ke terminal dah pukul 10. Mami balik ke klinik dihantar teksi sewa. Kawan aku yang becok ni tetiba je cakap “hermmmm mesti kawan2 kita tunggu kat klinik. Lama tak bagi salam kat kita kan” Memang niat dia nak melawak, tapi masa tu aku rasa nak lempang je mulut dia. Elok je masuk teksi ke perkarangan klinik pakcik teksi tanya korang bertiga je ke tinggal sini?? Duduk sini kena kuat semangat dan selalu amalkn ayat pendinding diri.

 

Masa pakcik tu bagi nasihat, dengan tak semena bulu roma aku dah kembang dengannye. Kawasan rumah aku yang gelap sebab tak pasang lampu dan cuma harapkan lampu klinik je. Tengah kami turunkan barang tetiba je lampu klinik kejap terpadam dan terbuka lepastu terpadam semula. Sebabkan tekejut, terus kami terjerit. Nasib la pakcik teksi ada. Lampu masih terpadam dan tetiba pakcik teksi tu bacakan ayat suci sambil cakap jangan ko ganggu anak2 aku nak belajar kat sini. Barulah lampu kembali terbuka dan kami pun cepat2 masuk dalam rumah.

 

Malam tu kami tak banyak cakap dan tido pun himpit2. Takut punya pasal. Esoknye kami cerita apa yang berlaku dan akak staf bagi nasihat supaya kami ajga percakapan dan perbuatn kat tempat orang. Lepas dari tu member aku yang dua ni memang dah tak becok lagi dan diorang dah tak dengar bunyi salam. Kami amalkan mengaji sama2 lepas maghrib. Nasihat aku kalau kita pergi tempat kita tak pernah sampai, janganlah sesekali becok dan cakap bukan2 sebabnya bukan kita je di muka bumi ni ada lagi mkhluk Allah yang kita tak dapat lihat dengan mata kasar. Sekian

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *