Mungkin Hijab Mata Terbuka.

Assalamualaikum admin dan semua pembaca Fiksyenshasha. Nama aku ieda dan berumur 21 tahun. Acewah tetiba nak introduce diri kan. Cerita yg nak aku kisahkan ni memang benar belaka dan terjadi kat diri sendiri. Ceritanya bermula begini …

Lepas spm 2012 aku kena pegi plkn dekat uum sintok kedah. Aku pegi bulan 1 tahun 2013. Memang sedih la taknak pegi tp terpaksa. Malam first mcm biasa tidoq dgn air mata la. Nak dipendekkan cerita dua minggu lepas tu time tengah beratur nak solat maghrib tetiba aku ternampak ada sorang wirawati ni lari masuk dlm dorm kompeni kami,bravo. “Weh Najwa nak pi mana tu?” Tnya aku kat kawan sorang lagi. Tapi si ika ni kata najwa ada beratuq sekali kat belakang barisan.

Hah sudah seram gila kot. Masa berjalan nak masuk ke dalam surau memang mata ni nak hala ke arah hutan sebelah kiri jaa. Sekali nah ambik ‘najwa’ tu dok bertenggek atas pagar jln belakang. Malam tu pulak memang rasa seram sejuk sangat. Lepas makan megi semua aku terus naik katil nak tidoq la dah lewat. Utk pengetahuan semua katil aku betul2 di bahagian tengah kiri aku chinese dan sebelah kanan najwa budak sungai petani. Tiba2 chinese ni lari masok terus naik katil sambil nangis2 sbb dia ckp dia nampak ada wirawati tengah selongkar tong sampah.

Semua pelik sbb dlm dorm semua org tngah mkn megi ada yg dah tiduq. Kiranya takdak sapa la kat Toilet. “You period ke Lin?” Tanya aku then dia angguk kepala. Lepas tu aku teman dia ke toilet suruh dia cuci bekas pad tu bersih2 baru buang. Time dia tengah cuci tu aku pandang ke penjuru bilik air. Memang ada ‘something’ tengah pandang kami.

Pandangan dia tepat ke arah kami macam marah mungkin sbb kami ambik makanan dia. Aku boleh relax lagi sbb ada teman kan. Nak kata diri ni kuat tak la sangat sbb rasa takut tu still ada. Lepas masok bilik aku ckp dekat semua non muslim dalam dorm aku suruh depa cuci pad dlu sebelum buang sebab ‘benda2’ tu memang suka benda kotoq.

Kami ada kat sini hampir sebulan memang tak balik rumah langsung laa. Malam tu aku terjaga tengah2 malam nak buang air pulak. Tengok jam loceng tepi bantal baru pukul 2:30 pg. Tengok semua baring sedap ja aku jadi segan nak kejutkan depa utk teman aku. Beranikan diri ja la jalan ke pintu belakang then terus masuk dlm toilet. Time nak keluaq tu aku rasa mcm ada org lain dlm bilik air. Aku takmau pandang sbb takut sangat then terus jln nak masok bilik. Beberapa langkah ja lagi nak sampai pintu bilik, mata ni gatai sangat nak pusing belakang terus nampak ‘dia’ berdiri betul2 belakang aku. Tak bergerak aku kira mcm mata ke mata la situasi tu. ‘Dia’ nganga mulut tu MasyaAllah seram weh nak bagitau. Aku lari terus masuk then tak sedar diri dah.

Terjaga pagi tu memang dah siang kiri kanan ada cikgu dgn kwn2 . Kira subuh terbabas, pt pagi pun tak buat laa . Sehari aku tidur dlm bilik ustazah smbil dengar ayat2 suci alquran. Pada waktu malamnya pulak aku dapat phone, biasala mlm minggu esoknya cuti. Aku call mak aku suruh datang hari sabtu sbb memang waktu melawat.

Okay .. sorry kalau tak seram mana pun hampa baca . Tapi bg aku yg nampak memang seram ya amat laa. Ni baru sebulan aku ada kat sini. Balance lg dua bulan memang mcm2. Nanti ada kesempatan aku share lagi ye. Thank you gais.

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *