Mungkin Sihir Pemisah

Mungkin Sihir Pemisah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Aku Bedah, 20 an, anak ketujuh daripada lapan adik-beradik. Aku saja nak kongsi kisah ni sebab sampai sekarang ia meninggalkan kesan walaupun dah lama berlaku.

Abah aku dulu seorang askar dan ibu aku suri rumah. Alhamdulillah abah dan ibu aku masih diberi kesihatan dan bersama sampai sekarang walaupun banyak benda jadi sepanjang hampir 40 tahun bersama.

Aku tak pasti apa punca sebenar ibu aku sakit, ada yang kata ibu aku meroyan sebab benda ni jadi lepas adik aku lahir. Masa ni aku darjah satu dan umur ibu aku pon dah dekat 40 jadi kandungan dia ada masalah sikit. Adik aku lahir tak cukup bulan tapi alhamdulillah sihat sampai sekarang.

Aku budak-budak lagi masa tu so boleh dikatakan tak tahu apa-apa lagi la pasal sakit ibu aku. Kakak dan abang aku pon masih sekolah so masa ibu aku bersalin tak ada sapa boleh teman 24 jam kat hospital. Ibu dan adik aku kena tahan dekat wad asing2 dan jarak agak jauh jugak la. Tak kira waktu siang atau malam ibu aku kena jalan sendiri nak g bagi susu kat adik aku. Dan mungkin nasib ibu aku, staff2 pon tak dapat tolong sangat dan ade sesetengah tu jenis marah2 lau ade salah sikit atau mintak tolong ape2. Aku tak pasti berapa lama kena tahan wad dan macam2 jadi buat ibu aku stress dan murung.

Bila balik rumah berpantang macam biasa, kadang2 bila anak2 g skolah, abah aku keja, ibu aku urus rumah sendiri. Tak lama lepas tu ibu aku mula sakit, yang aku tahu dia macam benci kat ayah aku, cakap abah aku ada perempuan lain dan macam2 la benda negetif dia fikir pasal abah aku, termasuk la keluarga abah aku.

Sebenarnya hubungan ibu aku dan keluarga abah aku ni memang dah lama tak rapat. Yang aku tahu nenek aku belah abah ni memang tak berapa berkenan dengan ibu aku dan aku tak tahu la kenapa. Masa awal2 kawin memang ibu abah aku tinggal dengan nenek aku ni. Abah aku anak sulung, adik2 xda yang kawin lagi masa tu, so secara tak langsung ibu aku la yang urus rumah tu dan kena hadap pulak perangai mertua dan adik2 ipar. Diorang tak da la kejam sangat buat ibu aku macam hamba tapi bila awal2 tak berkenan jadi layanannya la baik sangat. Ni kira flashback la yer. Tak lama pon abah ibu tinggal situ dan benda ni tak melarat pon, sampai sekarang masih baik hubungan keluarga tapi tak rapat sangat je la.

Back to track. Ibu aku jadi murung, cemburu tak tentu pasal, suka kurung diri dalam bilik dan membebel macam2 benda yang bagi kami adik-beradik tak logik pon benda tu. Abah aku waktu ni memang agak panas baran, ada kadang2 tu bila hilang sabar dia pukul jugak ibu aku. Kami tahu ibu waktu tu mungkin fikiran dia kurang waras dan terganggu. Sejak dari tu macam2 tempat pergi berubat, macam2 ustaz jumpe, bomoh pon mungkin juga sebab nak iktiar kan. Macam2 jawapan kami dapat ade cakap sihir pemisah siap dia tangkap ‘something’ masuk dalam botol konon nak buang sihir yang orang hantar pada ibu aku. Dalam banyak2 berubat tu ade yang sembuh kejap dan ada jugak xkesan ape2. Ade jugak yang cakap tapak rumah kami tu ade benda dan kebetulan kami baru je pindah rumah tu xsampai setahun kalu x silap. Dan macam2 la jawapan dari orang2 berubat tu aku pun lupa dah.

Dengan orang sekeliling pon ibu aku tak hirau dan sangka buruk macam2. Dan orang sekeliling macam biase la ade yang kutuk, hina dan ade jugak yang faham ibu aku sakit. Pernah satu kejadian tu ibu aku pegang pisau membebel macam2 emmm tak tau ape yang ibu aku fikir. Kami macam biase bila ibu jadi macam tu, cuba pujuk macam2 kadang dia ok balik, kadang2 dia tak hirau pon, bila dia nk senyap dia senyap dan ok sendiri. Bila dia ok dia hidup macam biase je macam orang lain. Kesian jugak adik aku membesar dalam keadaan macam tu tapi ape boleh buat Allah nak uji kami sekeluarga. Lama2 ibu makin baik tapi sampai sekarang ade jugak kadang2, tiba2 je dia tengok orang mood dia jadi lain terus membebel cakap tu bini abah aku la, orang tu ejek menyindir dia dan macam2 tapi kejap je la. Kami buat tak tahu dan buat macam biase je sebab mungkin kami dah lali lagipon sekarang walaupon ade lagi ibu aku bersikap macam dulu, tapi kami rasa dah jauh lebih baik dan dah sembuh nak banding dengan dulu.

Maaf kalau ade yang tak faham cerita aku, tak detail ke ape, aku cerita ape yang aku tahu je, sebab awal2 jadi aku budak lagi dan bila besar pon aku tak ade tanya atau borak2 dengan kakak2 aku pasal ni. Masing2 buat macam biase, hidup macam biase dan kami follow the flow je. Dan sampai sekarang kami tak tahu ape punca, siapa dengki atau ape masalah sebenar sakit ibu aku tu sebab tu tajuk cerita ade ‘mungkin’ tapi kami bersyukur cinta ibu dan abah masih utuh dan kami bahagia. Terima kasih Allah. Semoga ibu dan abah aku sihat sejahtera dan kami adik-beradik dapat menyenangkan hati ibu abah sampai bila2.

Maaf sekali lagi, kalau ade salah susunan atau kisah ni memeningkan pembaca untuk hadam. Aku tidak pernah mengarang ape2 cerita sebelom ni hihi sekadar nk berkongsi kisah yang pernah kami alami selama ni. Terima kasih admin Fiksyen Shasha jika cerita dipublish dan Terima Kasih pembaca setia Fiksyen Shasha. Assalamualaikum.
Bedah sayang ibu abah ?

Bedah
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

10 comments

  1. Ni kisah rumahtangga dari kisah seram..or misteri..hantu mmg jauh skali…..patut hantar gi fb Kisah Rumah Tanggs

  2. Sampai skrg xtau punca, misteri la tu haha
    Lgpon lau skdr krt,benda tu xkan melarat sampai btahun2 pon rasa nya, mesti ade mistiknye dan kami sbgai manusia mungkin xbole nk merungkainye
    Aku nk cerita detail proses brubat aku pon tak igt, ustaz2 yg dikenali mcm ust sharhan tu pon kami pernah bwk brubat
    Btw xpe la you are not in my shoes.. thanks sudi baca

    1. Mak hg meroyan la tu..org sll kata bila lps bersalin ni mental kena kuat..sbb takut jd mcm tu la..tp xkata kat depa la org zaman makpak kita xdak smartphone, social media..apa2 semua simpan dlm hati..huhu

  3. Apakah yang aku baca?.. aku siap check balik page aku baca ni still FS ke bukan.. adoii la ingat salah page da td.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.