Museum Anatomy di Indonesia

Salam kepada pembaca fs, nama aku Sha seorang pelajar perubatan di universiti Indonesia. Hari ini aku ingin menceritakan serba sedikit tentang pengalaman ngeri aku yang menjadi moral dan pengajaran kepada diri aku dan mungkin kepada para pembaca sekalian. Maaf kalau cerita ni panjang sangat sebab aku tak pandai buat ringkasan.

Kisah aku bermula disini, ketika aku mula-mula masuk universiti, aku sangat menggemari subjek anatomy (1 branch of medicine yang mana kita akan study struktur tubuh manusia). Setiap kali habis waktu kelas aku akan ke museum anatomy yang terletak kira-kira 10 minutes dari faculty bersama kawan-kawan yang lain. Di museum anatomy, terdapat 2 ruang yang mana, 1 ruang terletaknya tulang2 dan jars yang mengandungi otak, jantung, bayi dan organ dalaman lain2 , dan 1 ruang lagi adalah ruang fleshy part untuk cadaver. Ruang ini sentiasa tertutup dan ada seorang pak cik yang akan membuka ruang ini bagi membenarkan kami untuk belajar .

Pada musim peperiksaan museum akan dikunjungi ramai pelajar, jadi aku dan kawan-kawan berasa tidak selesa untuk belajar memandangkan ramai orang. Museum akan ditutup pada jam 6 petang btw. Jadi, aku dan kawan2 (kami bertiga) mengambil keputusan untuk memujuk pak cik untuk memberi kami kunci supaya kami dapat belajar pada waktu malam. Oleh sebab pak cik mengenali kami akhirnya kami bertiga berjaya juga mendapat kunci museum.

“Pak cik mau pesan hanya satu malam2 ni pasang niat pergi museum ni mau belajar, bukan nye mau main2, selama pak cik tahu setiap tahun mesti ada pelajar kena badi mayat!”, kata pak cik sambil menyerahkan kunci. Kami apa lagi terus berlari masuk museum diiringi bunyi motosikal pakcik yang menuju pulang ke rumahnya. Ye, aku berasa seronok sangat kerana tiada pengawasan dan aku bebas melakukan apa-apa saja.

Setelah selesai mengulangkaji di ruang tulang, jam menunjukkan tepat jam 11.30 malam. Kawan2 aku mula mengajak pulang. “Rilek la bahagian fleshy tak tengok lagi esok nak exam dah, kang mula terkial-kial tak leh jawab”, kataku sambil mencucuk kunci untuk membuka di ruang fleshy. Seorang kawan aku berkata, “takutlah nak tgk cadaver, tadi pak cik cakap macam tu”. Aku diam, kali ni aku tekad untuk belajar. Setelah pintu dibuka, aku terasa angin sejuk menerjah ke muka dari ruang tersebut, terlihat ada 5 cadaver terbaring lesu ditutupi kain berwarna biru. Yang lain mungkin telah disimpan oleh pak cik. Aku memakai glove lalu membuka kain yang menutupi satu cadaver, dagingnya masih merah dan nampak baru.

“Girls look here, i think this is the new one, senang lah kita nak belajar, kau nampak sempurna lah mayat!”, kata ku sambil mengambil handphone untuk berselfie bersama cadaver tersebut lalu mengupload ke laman socialku. 1 of my friends said, “Weyh kau , ni bukan yang baru sampai last week ke? Dari penjara i think, mangsa gantung doe!”. But mostly semua cadaver di situ aku dengar2 dari pak cik adalah mangsa gantung dari penjara (sebab mangsa gantung ni tak de penyakit so organs dia okaylah tak ada cacat). Okay aku pun belajar macam biasa tapi kali ni tangan aku gatal sangat untuk bermain kasar dengan cadaver tersebut, ye aku memang jahat! Aku tarik segala saraf dan urat2 di tubuhnya. Jam 1 lebih macam tu kami pun pulang ke rumah sewa.

Malam itu aku tidur seperti biasa. Dan tingkap aku akan ku buka untuk mengelakkan kepanasan. Kebetulan katil aku menghadap ke arah tingkap. Ketika aku menarik selimut untuk tidur, aku melihat ada susuk manusia dari tingkap sedang melihat ke arahku, ye susuk lelaki tubuhnya tinggi dan berbadan sasa. Mungkin kerana kepenatan yang melampau aku terus memejamkan mata, aku tidur mengiring ke bahagian kiri.

Saat itu, aku terasa ada orang naik ke katilku dan tidur di sebelah kananku. Ahh mungkin perasaan! Selepas 2 minit, aku terdengar bunyi hembusan nafas. Ye aku pasti itu hembusan nafas! Sangat dalam dan menakutkan. Aku mengambil bantal dan menekupkan ke telingaku, kali ini dia semakin mengganas dia naik ke ke atas badanku, dapat aku rasa beratnya susuk tubuh itu. Aku terbau bau yang amat busuk. Aku menangis ketakutan. Nafasnya semakin kuat seperti marahkan aku.

Azan subuh berkumandang di surau, baru lah aku rasa keberatan yang aku tampung beransur reda dan aku berjaya bergerak. Aku terus menuju ke bilik kawanku, aku menolak pintu biliknya dan melihat dia sedang merangkak diatas lantai sambil lidahnya terkeluar dan matanya membulat merah manakala seorang lagi duduk di tepi almari menangis ketakutan. Aku segera memeluk kawan aku yang menangis tu, dan keluar dari bilik. Kami tutup pintu bilik dan membiarkan seorang lagi yang kawan kami (yang telah dirasuk itu berada di dalam bilik). Kami solat subuh di ruang tamu. Ketika solat, dapat aku rasa bahuku di cuit beberapa kali. Dan kedengaran kawanku yang dirasuk menjerit-jerit di dalam bilik dan mencakar2 pintu untuk keluar. Suaranya lain menandakan aku amat yakin dia bukan kawanku.

Usai solat subuh, kami menelefon ustaz. Ustaz indon lebih dikenali sebagai pak Hamid, katanya kami telah bermain dengan benda kotor dan kawanku berjaya diubatkan. Aku mencapai handphone ku, mahu menelefon parentsku di rumah. Terkejut aku bila melihat notifications 200 lebih komen di laman instagramku. Ye baru aku teringat aku mengupload gambarku bersama cadaver semalam. Rupa2nya ada gambar tersirat di sebalik gambar tersebut. Kelihatan samar 2 seorang lelaki duduk mencangkung di satu sudut dalam kamar tersebut. Aku membuka gambar di galeri dan aku zoom in gambar tersebut. Walaupun hanyalah gambar semata-mata bukannya video. Tapi dapat terlihat dalam gambar tersebut mata lelaki tersebut beransur merah dan wajahnya beransur berkedut dan seolah-olah bergerak. Aku pengsan dan sedar2 tu aku juga diubati oleh ustaz. Hari itu tak pasal2 kami bertiga terlepas exam kerana mulut celupar dan perbuatan ku.

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 5]

18 thoughts on “Museum Anatomy di Indonesia”

  1. Haaaa…
    Tulaaahhh…
    Ketegaq xmo dengar ckp org…
    X patot sesgt kot siap selpi sesame pastu aplod plak kt ig…
    Lengkali peringat semua kengkwn jgn buat lagi…

    Reply
  2. Serammnyee. Berani ko pegi selfie dgn mayat tu. Siap main kasar. Xpasal2 kena kacau. Tak baik tau kasar2 dgn mayat. Dia pn rasa sakit tu. Hatta masa mandikan mayat pn kite xboleh lalukan air direct kat kulit dia. Papepn xpela pengajaran kan.

    Reply
  3. gilew berani mlm2 study mayat betul… aku nk lalu fakulti medic mlm2 pn seram ..ni kan plak nk masuk lam tu huhu…jadikan Iktibar yer dik..

    Reply
  4. Sapa² dak² nursing pn.. Kalau boleh jgnlh bgmbar dgn manikin@patung d mkmal.. Sb kwn aku syok² bgmbar dgn patung baby.. Last².. Smlm² dgr bnyi baby nngis.. 😑😑

    Reply
  5. Just one word for u.. Tahniah.. Sumpah kalau ko ada depan mata aku memang aku ketuk part ko selfie tu.. HAHAHA.. Geram pulak aku.. Hahaha sorry babe.. Btw, cita ko best.. Just geram dgn ke’pandai’an ko je.. Hahaha

    Reply
  6. you have no ethics at all as a medical student. your uni could’ve and should’ve expelled you for uploading such pics on social media. shame. plus you don’t have respect at all to the cadaver. don’t forget he was once a human being like yourself, and whatever he’s done it’s none of your business. you still got to respect it. padan muka kena rasuk. scary to have unethical doctors like this.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.