Naga Tititwangsa

Cerita ini berlaku dalam tahun 2005-2006 selepas aku baru selesai pengajian ijazah. Ketika tu aku masih lagi tanam anggur dan mengambil keputusan bekerja membantu pakcik aku di kedainya di ibu kota. Pakcik aku mengusahakan perniagaan batu permata dan cincin. Ramai pelanggan pakcik aku yang aku kenali. Kalau korang bergiat dalam industri perniagaan batu cincin ni, macam2 benda mistik, misteri, tahyul yang akan korang dengar. Cincin ada isi la (penjaga/khadam), jumpa batu cincin kat pokok serai la, jumpa batu cincin dalam mimpi, jumpa cincin geliga ular la dan macam2 lagi. Tapi bukan benda ni yang aku nak cerita.

Cerita kali ni adalah berkaitan gunung dan bukit batu kapur. Tahap keseraman mungkin takde. Lebih kepada cerita pengalaman yang misteri. Lebih kepada cerita dalam cerita. Minta maaf yer. Sebenarnya aku nak cerita pengalaman seram lain tapi cerita tu belum habis taip. Cerita ni lebih santai dan bersifat macam story telling nak tidokan budak kecik jer.

Ketika tu cuti sekolah. Pak cik aku mengajak keluarganya bersama aku balik kampungnya di sebuah daerah yang terkenal dengan ikan patin. Agenda utama pakcik aku sebenarnya nak ajak aku cari batu di kuari berdekatan kampungnya. Jadi keluarganya akan tinggal di kampung beberapa hari manakala aku bersama pakcik aku akan bersama beberapa rakannya akan ke kuari di kawasan gunung tu. Rakan2 pakcik aku ada 5 orang. Aku letak nama samaran Pak Seman, Pak Ali, Pak Mail, Pak Wan dan Pak Hasan.

Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam kerana kami melalui jalan kampung, ladang sawit dan belukar. 3 buah pacuan 4 roda kami gunakan untuk ke destinasi. Gunung tempat tujuan kami berada dalam jaringan banjaran titiwangsa. Terdapat 2 buah gunung kat situ yang mempunyai khazanah batu kapur. (Tahun 2010 gunung tu dikhabarkan hendak dijadikan kuari batu kapur).

Dalam perjalanan pakcik aku bercerita tentang mitos banjaran titiwangsa. Mungkin korang pun pernah dengar. Menurutnya banjaran titiwangsa mempunyai jaringan terowong yang panjang. Orang tua2 dahulu dikhabarkan boleh pergi ke mana sahaja menggunakan shortcut melalui terowong ni. Perjalanan dari Selangor ke Kedah hanya 2 jam saja. Pintu masuk ke terowong ni melalui gua2 baru kapur yang terdapat di bukit2 sepanjang banjaran titiwangsa. Satu lagi mitosnya terdapat terowong di yang menghubung gunung ganang di daerah itu dikorek oleh ular gergasi atau naga. Aku ingatkan mitos naga ni kat Tasik Chini jer. Pakcik aku cerita lagi dahulu orang2 tua di kampungnya pernah ternampak gunung tu bergegar dan batu2 runtuh. Menurut ceritanya naga tu sedang bergerak di dalam gunung tu.

Terdapat satu lagi cerita yang mengatakan dalam gua2 batu kapur tu terdapat harta karun yang disorokkan oleh raja2 terdahulu. Kisahnya apabila keturunan raja ini terpaksa melarikan diri dari Perak disebabkan oleh peperangan dan terpaksa meninggalkan barang2 beharga yang mereka bawa. Mereka akhirnya sampai ke kawasan pedalaman hutan di Raub/Lipis (tak ingat aku lokasi spesifik) dan membuka perkampungan di situ. Ok tamat sesi story telling. Aku perlu orang Pahang untuk verify kesahihan cerita mitos ni. Hehe.

Sebelum sampai ke gunung tu yang terletak tak jauh dari kampung, kami melalui kawasan bukit yang dah dijadikan kuari. Sepanjang jalan depan kuari diletak bongkah batu yang sudah d******g. Ada bongkah batu yang menarik perhatian kami kerana mengandungi mineral nephrite (sejenis batu dari keluarga jade) tetapi berkualiti rendah. Pakcik aku mengambil sedikit batu tu untuk dicanai (istilah yang bermaksud batu tu d******g dan digilap) untuk dijadikan batu cincin.

Ada khabar yang menyatakan mereka telah terjumpa emas dalam poket2 batuan di situ. Asalnya kuari tu adalah untuk pengeluaran batu jer. Tetapi ada batuan yang mempunyai poket2 kuarza (silika) dan pentlandite yang mengandungi emas. Minta maaf aku guna nama batu dalam buku geologi. Terdapat 2 buah bukit kat situ yang dikorek. Cuma bukit kedua tu macam baru saja bermula kerja sebab masih lagi hijau.

Pak Wan yang mempunyai kabel besar dengan orang politik mencadangkan kami singgah di kuari tu dulu. Kebetulan dia pun kenal taukeh kuari tu. Masa tu tak ramai pekerja di kuari. Kebanyakan pekerja hanya melepak di rumah kongsi yang dibina di dalam kawasan kuari. Pak Wan mengajak kami berjumpa supervisor kuari tu. Menurut supervisor kuari tu, mereka terpaksa memberhentikan kerja mengorek dan mengebom bukit kedua tu disebabkan terdapat kemalangan yang meragut nyawa pekerja di situ beberapa hari lepas. Ketika kerja mengalihkan batu yang baru saja dibom, sebuah batu besar bergolek dan jatuh menimpa jentera. Seorang m**i dan 2 parah. Jadi kerja2 di kuari dihentikan sementara siasatan dijalankan. Cuma ada beberapa orang pekerja membersihkan kawasan kemalangan.

Menurut seorang pekerja kat situ bukit tu agak menyeramkan. Ramai kawan2 dia diganggu tak kira siang atau malam. Ada yang terserempak dengan makhluk halus yang pelbagai rupa. Yang hitam, putih, dan macam2 rupa. Ada yang terdengar suara memanggil2 kat celah2 hutan dan gua2 batu kapur di situ. Sehari sebelum kemalangan, beberapa orang pekerja terdengar bunyi backhoe dihidupkan dengan sendiri. Ada yang ternampak bayang2 putih di tempat pemandu backhoe tersebut. (Hantu pun nak try jugak naik backhoe). Banyak lagi peristiwa seram yang diceritakan (aku dah tak ingat sebenarnya).

Pak Wan mencadangkan kami semua mencari batu di bukit kedua kerana destinasi tujuan kami tu terletak dalam hutan tebal. Kami semua pun tak membawa kelengkapan cukup untuk masuk hutan tebal begitu. Aku dan pakcikku ikut jer la. Harap2 takde gangguan pelik2.

Kawasan bukit kedua ini masih lagi dikelilingi hutan yang masih hijau (aku dah bagitau tadi kan). Di kaki bukit yang terdiri dari batu kapur tu terdapat kawasan2 berbatu. Di situ kami mencari batu2 kuarza berbentuk kristal kecil. Tak seperti gunung Keriang di Kedah yang terkenal dengan batu kristal, kawasan ini tidak menjanjikan hasil yang baik. Cuma terdapat beberapa kelompok kecil kristal kuarza dengan jalur keemasan yang biasa orang gelar jarum mas. Cuma kandungan sebenarnya adalah titanium oksida bukannya emas. Kalau nak emas betul kami kena korek bukit tu pulak.

Kawasan tu sebenarnya hutan yang menjadi kawasan rayau orang asli suku Bateq. Mereka merupakan satu-satunya kaum asli nomad Semenanjung. Kawasan rayau mereka luas merangkumi Mengkarak, Temerloh, Jerantut, Ulu Tembeling, sehingga ke Lipis. (Ok. Info ni aku belum tau lagi masa ekspedisi bersama pakcik aku 2005/2006. Hehe). Kalau korang nak tau salah satu faktor utama yang mendorong perpindahan orang asli adalah disebabkan kematian. Bila ada di kalangan suku mereka m**i, dia akan dikuburkan di situ dan satu kampung akan berpindah. Ini kerana mereka percaya roh itu akan menggangu kampung tersebut yang akan mendatang penyakit, hasil tanaman tak menjadi dan sebagainya.

Sementara kami berehat selepas mencari batu Pak Hasan orang tempatan di situ pulak bercerita. Cerita mengenai ular gergasi atau naga tidak asing bagi orang di Pahang. Menurut Pak Hasan, terdapat satu denai atau alur dekat Tasik Chini yang dinamakan Lubang Ular. Kononnya dahulu terdapat ular gergasi menetap di situ untuk bertapa. Selepas tamat tempoh bertapa ular tersebut menjadi naga dan tinggal di dalam Tasik Chini.

Satu lagi cerita dahulu ada pemancing yang menaiki bot malam2 di Tasik Chini secara tiba2 terdengar bunyi bising di celah2 pokok di Tasik Chini. Air berombak2 kuat sampai nak terbalik bot. Perlahan2 mereka mendekati lokasi bunyi bising tersebut, alangkah terperanjatnya pemancing2 tersebut apabila melihat 2 ekor ular gergasi sebesar tong dram sedang bergaduh di dalam tasik itu. Habis patah pokok2 yang tumbuh di pinggir tasik akibat pergaduhan tu. (Aku rasa macam pernah dengar/baca jer cerita orang tua ni.. haha).

Pak Seman pula buka cerita. Menurutnya hutan di sempadan Pahang-Terengganu pun tak kurang hebatnya dengan cerita ular gergasi ni. Ketika tu ada sorang kawan dia bekerja dengan syarikat utiliti memasang pencawang ke pylon kabel voltan tinggi (aku tak ingat) di dalam hutan tebal tu. Pada satu hari sedang dia mengendalikan backhoe mengorek tanah, tiba2 dirasakan ada bayang2 besar sedang menutup backhoe dia dari belakang. Seperti bayang2 pokok. Bila dia toleh belakang, mak aih… Ular besar warna hitam sedang berdiri nak terkam dia. Besarnya macam batang pokok. Dia terus melompat turun dari backhoe dan berlari ke arah kontena site office. Ular tu mengejar tapi nasib baik dia sempat masuk dan tutup pintu. BAM.. BAM.. Ular tu merodok pintu guna kepala. Nasib baik tak pecah pintu tu.. Esoknya kawan dia terus berenti kerja.

Habis jer Pak Seman bercerita, tiba2 jauh di dalam hutan berdekat bukit kedua terdengar bunyi seperti kayu besar dipatah-patahkan. PRAKKK… PRAKKK.. Macam bunyi kayu patah dirodok backhoe. Kami semua diam dan memandang sesama sendiri. Pak Mail bercakap macam berbisik “Dia tau kot kita tengah bercerita pasal dia.” Semua orang tersenyum walaupun tengah terkejut. Aku pun buat2 tak takut sebab ada geng dengan orang2 tua yang banyak pengalaman. Keh keh keh..

Pukul 2.00 petang. Matahari dah memacak atas kepala. Kami buat keputusan nak balik. Hasil batu pun tak banyak tapi kira cukup. Sekali lagi kami terdengar bunyi kayu2 besar dipatah-patahkan dari bukit kedua tu. Kali ni memang aku dah rasa seram. Mungkin naga sedang marah sebab ada orang nak bom rumah dia.

Sepanjang perjalanan balik aku perhatikan balik kawasan hutan dan bukit2 tu. Sayang sekali khazanah alam rimba dan gunung2 ditarah untuk memenuhi ketamakan kapitalis. Dalam hati aku berharap naga titiwangsa benar2 wujud dan menelan semua kapitalis yang merosakkan alam ni. Huh, geram pulak aku.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

11 thoughts on “Naga Tititwangsa”

  1. Batu cincin kat pokok serai tu biasa dah, syarat dia kena serai wangi dan dah berbunga. Kene panggil orang bijak pandai utk cabut pokok tu, pernah dpt 300 biji batu cincin siap dgn keris lagi. Daebakk

    Reply
  2. Semua makhluk Allah taala… Ular tu memang ade kat banjaran titiwangsa. Dengar kata ular tu anggaran logik sepanjang 50meter.. Bukan kilometer eh.. Jgn silap. Dah lame ular tu ade kat sana, dari zaman tun dr mahathir lg, kemungkinan sblm zaman tun dr mahathir pon dia dh ada kat dalam sana. Allah kan maha besar.. Dia blh ciptakan ape yg kita x dapat bayangkan. Dulu cerita ular ni ayah aku cite bebunyi camni, ade seorang pengembara hutan, dia tersesat nk cari jalan keluar dari hutan , nk di pendekkan cite pada 1 hari dia terlalu penat, kemudian dia berehat lh sekejap dan bersandar di sebatang kayu balak yg telah tumbang… Si pengembara tersangat la hairan kerana ??? Dia merasa pelik , kalau di ikutkan logik akal kayu balak yg tumbang itu mesti mempunyai hujung dan pangkal. Si pengembara menoleh kiri dan kanannya kelihatan sgt jauh sekali hujung dan sgt jauh sekali pangkalnya . Di sebabkan terlalu penat si pengembara tidak hiraukan keadaan itu. Si pengembara pon bersandar lh kembali pada kayu balak yg penuh diselaputi lumut hijau itu, sambil memacakkan sebilah parang pada kayu balak itu. TIBA TIBA tidak semena mena, kayu balak yg bersaiz dua pemeluk manusia itu bergoyang goyang seperti bergerak gerak , ” keadaan gerakan nye tidak bgitu lincah oleh krn ia terlalu besar”. Si pengembara mula rasa bermacam macam perasaan di dalam jiwa. Ade rasa takut, rasa ingin tahu, rasa keliru, rasa musykil dan lain lain lg. Si pengembara beranikan diri untuk menyelak dan mbersihkan kesemua lumut yg berada pd kayu balak itu , alangkah terkejutnye. ?? 🙁 :@&£;:/,??! Didapati seperti kayu balak diselaputi sisik berwarna perang , sisik yg bersaiz sebesar tapak tangan orang dewasa. Si pengembara hendak mengetahui lebih lanjut, ape yg terdapat di hujung dan pangkal kayu balak itu. Dia tidak tahu mana yg hendak dituju dahulu, di sebelah kiri atau di sebelah kanannya dahulu. Dia ikut kehendak hatinya ambil kiri dahulu. Sepanjang perjalanan nya lebih kurang 15minit ikut arah kiri, ia kelihatan 1 keadaan pelik di hadapan tpt ia berdiri. Seperti ada 1 kawasan lapang yg tidak ditumbuhi pokok pokok. ia hairan dan merasa sgt pelik, TIBA-TIBA ia tertoleh bersebelahan tpt ia berdiri seperti ada sebiji mata yg besar sambil mulutnya ternganga . Dengan pantas pengembara itu lari x cukup tanah… Sekian…

    Reply
  3. pernah dengar pasal ular besar tu. kat Karak pun pernah kecoh pasal ular alai atok. sebab apa nama dia atok. sebab dia dah berjanggut bagai. abg sedara pernah ternampak masa menoreh. tiba-tiba dengar bunyi berdesir macam pasir or hujan. sekali bila perati, ular tu tengah melintas dengan slomo. nasib baik dia nyorok belakang pokok getah. sabar je lah.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.