Nak cerita Jengka juga

Mehh la aku sambung cerita pasal UiTM Jengka ni. Aku study Jengka dulu (2013-2016) Dulu part1 aku duduk blok D. Sebelah tandas tu bilik kosong and sebelah lagi bilik aku. Selalu juga dengar “dia” sepak dinding. Tapi buat bodoh je. Aku okay as long as “dia” tak muncul depan aku dan tak mengilai. Sampai la nak musim exam hari-hari dia sepak. Biadap kan ? Dan aku pula pergi balas balik. Ye lah siapa tahan nak tidur pun susah. Sampai roomate aku yang jenis tidur m**i pun terjaga “kau dengar tak?” Macam biasa aku akan pesan “kau tidur je lah. Takde apa pun. Firasat kau je” ye aku memang suka sedapkan hati orang lain sebab aku tak suka girls panic pastu jerit-jerit takut. Tutup case part1.

Masa part2 pindah kolej tun teja blok B (sebab diploma sains kena duduk sana) ada satu pagi tu dalam pukul 3-4 pagi aku pergi tandas sorang-sorang (ohh yee bilik aku hujung dunia nak ke tandas memang lalu semua bilik. Siapa duduk teja tahu la macam mana rupa kolej tu) masa nak dekat sampai tandas tu (sebelah tandas tu bilik kosong. Korang kena tahu setiap tandas dekat tun teja tepi tu semua bilik kosong) aku dah perasan sekor kucing ni pandang aku macam tak berkelip (tapi kucing berkelip ke?) masa betul-betul nak sampai tandas, aku dengar suara dalam 3-4 orang sorak sayup-sayup sambil tepuk tangan (alaa macam kau sorak tengok bola) dalam bilik kosong tu. Buatkan aku fefeling lalu projek runaway. Sumpah seram. Tapi aku bukan jenis jerit. Jenis aku kalau benda tu kacau automatik aku akan cakap “aku tak kacau kau, jangan kacau aku” so bila aku keluar dari tandas tu dah takde dah bunyi-bunyi tu. Esoknya aku cerita dekat classmate aku Dee yang duduk sebelah bilik kosong tu and rupanya dia pun dengar. Okay tutup case part2

Masa part3 pindah blok A. Masa pukul 12 malam bau macam minyak gamat/ benda terbakar. Mula-mula kawan katil bawah, A dah bangun check plug semua mana lah tahu ada benda terbakar ke kan. Better cegah awal-awal takut terbakar pulak kolej tu hahaha (okay sorry tak lawak) Pastu dia sambung tidur. Selang beberapa minit aku pulak bau benda terbakar. Turun lah katil kayu tu pergi check plug. Tanya dekat Whatsapp group bilik “bau tak?” A reply “aku ingat kau yang pakai minyak gamat sebab mula-mula ingat bau benda terbakar tapi aku check plug takda apa pun” dengan selambanya aku cakap “mana ada aku pakai. Kita dua mana ada minyak gamat. D (katil seberang) ada la”. Sebabkan rasa macam takut sikit aku pun berfikiran positif “maybe dia sakit kot so dia ambil sikit minyak gamat D and nak keluar ikut tingkap. Mungkin sebab tu la aku dengan A je bau”

Part4,5,6 takda lah benda yang menyeramkan jadi pun. Kalau setakat bunyi heret kerusi main guli pagi-pagi buta tu normal kot? Tapi jarang lah sebab ada ustazah cakap kalau dengar orang main guli tengah-tengah malam tu means bilik kau tu tak pernah baca quran. Wallahualam.

So far ni la yang aku rasa. Banyak je kisah seram dekat Jengka tu lagi-lagi bila ada kes budak kena rasuk and macam-macam lagi. Tapi malas nak cerita pasal orang lain punya cerita. So far walaupun ada benda-benda macam ni I still survived 3 years dekat Jengka. Alhamdulillah.

Korang belajar la dekat mana-mana pun still semua tempat ada “benda” tu. Macam tempat belajar aku sekarang ni pernah je terjaga setiap pukul 2.59 pagi and rasa macam ada benda dekat dengan kau. Tapi macam aku cakap kalau kau tak kacau dia buat apa dia nak kacau kau kan. So nasihat aku, rajin-rajinkan lah baca al-fatihah, 3 kul dengan ayat kursi before tidur InsyaAllah Allah lindung.

Tips : kalau kau rasa takut sangat kau sentuh kawan kau (kira macam recharged lah) sebab lecturer kakak aku cakap (tak tahu la betul ke tak) “benda” tu nampak kita as sesuatu cahaya. Bila “dia” nampak cahaya tu malap “dia” suka la kacau sebab dia tahu kau lemah. Bila kau sentuh kawan kau (ibarat macam kau transfer ion dari badan kawan kau ke diri sendiri) so cahaya kau jadi terang. Takde la “dia” berani kacau. Wallahualam.

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]
A

12 thoughts on “Nak cerita Jengka juga”

  1. Stakat ni prnh juga dgr2 housemate kena. Nasib baik I tkpernh kena. Cuma prnh dgr suiz lampu bilik air ada org main jee.

    Reply
  2. uitm jengka…penuh kenangan…dpt roommate yg setiap jam 12 pagi kene rasuk…satu uitm black out Mase nak pergi dapatkan die yg dirasuk dekat library lame tu…Mase tu ingat aq nak selamatkan die je…takot???Allah je tau betape takotnye Mase tu..

    Reply
  3. diri kita dan rumah kita mmg kena diterangi oleh AL Quran…so baca Quran hari2…lagi afdal semua ruang rumah ada org baca Quran setiap hari contoh di ruang tamu/semua bilik tido…seseorang yg tidak mengaji dan rumah yg tiada orang mengaji Quran didalamnya mmg rumah tersebut akan nampak kelam/malap…dan jin setan mmg suka org yg hatinya malap atau umah yg kelam malap tanpa ada bacaan Quran…orang kuat mengaji juga bila m**i kuburnya akan terang benderang hingga kiamat…kerana bacaan Qurannya semasa didunia akan menjadi lampu baginya di dalam kubur…

    Reply
  4. adik SPM mohon adik baca Quran setiap hari supaya dpt ubah hati awak yg suka maki kat orang lain…nak dekat exam ni bawak2 la perangai buruk tu ya….hati awak sakit…dan salah satu ubat hati mengaji Quran…kesian betul mak bapak dpt anak mcm ni…kalau mulut suka maki orang…doa pun susah nak makbul…

    Reply
  5. Uitm jengka..byk kisah mistik kat sana..hihi..teringat kene kacau 3ari bturut2 kat blok A tun fatimah..semua da jd kenangan..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.