Aku tengok dah ramai yang share story pasai UUM. And aku pun nak join jugak share story kat tempat yang sama. Kahkahkah. Benda ni jadi masa aku masih seorang pelajar Asasi Pengurusan kat UUM, and masa aku tengah sambung degree ni pun dia ada kacau jugak. Biasalah, dia bosan takda kawan, dia cari lah kawan. Biasa tu biasa.
Benda ni jadi masa aku sem 3, before aku habis asasi lah. Masa ni aku ditempatkan di DPP TNB paras 3 blok apa entah yang dekat bawah kat cafe area masuk DPP tu. 1D kot. (hikhik) Number bilik malaslah kabo sekarang, nak habis cerita nanti aku kabo. Aku ni satu semester duduk sorang. Roommate aku yang mula-mula dulu tu masuk 3 hari je, habis orientasi dia blah masuk IPG. So terpaksalah aku hadap loneliness tu untuk satu semester.
Masuk semester 2, classmate aku mintak nak tukar masuk bilik aku. Aku pun ONNNNNNNNNNN! Taklah aku sunyi sangat sebab dia pun havoc, kalah aku. Seronok kawan dengan orang macam dia. Hiks. So dia pun pindah masuk bilik aku dari sem 2 tu sampai habis asasi. Things went well sampailah satu hari tu result exam sem 2 keluaq. Aku failed satu subjek, terpaksa resit untuk subjek tu. Aku failed subjek tu sebab sebulan tak datang kelas, terpaksa kena operation. Alang-alang dah taktau apa tu, lecturer aku buat kelas khas untuk students yang failed subjek dia. Kami asasi habis kelas pukul 3.30 petang lah mostly, so kelas khas tu start dari pukul 4 sampai 5.30 petang.
Ada satu hari tu, aku penat sangat-sangat. Sebab malam before aku takleh tidoq. Sampai ja bilik around 5.45 petang macam tu, aku terus tidoq. Tak sempat dah nak mandi. Masa tu roommate aku ni ada. Yang ni aku pasti sebab aku masih waras time tu. So aku tidoq sampai pukul 7 petang lebih kurang. Bangun ja tidoq, aku menghadap dinding and membelakangkan roommate aku. Aku tanya dia, “weh jam pukul berapa?”. Dia pun jawab, “7”. Sepatah je, sedih la jugak 🙁
Aku pun dengaq-dengaq kata time tu dah pukul 7, aku terus bangun straight tak toleh kiri kanan ambik towel terus pergi mandi. Settle semua, aku balik bilik. Time tu aku tengok roommate aku tengah sandaq kat dinding sambil duduk, tangan atas bantal, and dia dok usha lantai. Aku pelik lah sebab dia ni mana pernah jadi macam ni. Selalunya kalau dia takda kerja apa nak buat pun, dia akan main handphone tak pun otp dengan pakwe. Aku syak dia ada masalah lah time tu. So aku biaq.
Aku duduk atas katil aku, berhadapan dengan dia. Sambil keringkan rambut, sambil tu aku raba katil cari handphone. Tengah-tengah scroll mesej apa semua, dapat mesej dari roommate aku. Aku pandang rommate aku, dia still dok pandang lantai. Aku dok syak dia nak pekena aku. So aku pun bacalah mesej tu, “Kau nak makan apa apa tak? Aku kat bawah ni”.
Aku malas tunggu lama dah, aku terus lempar tuala aku. Aku lek lek capai tudung, buat buat hembus hujung tudung tu sikit, fuh fuh bunyi dia. Aku sikit pun tak usha roommate aku tu. Aku nak kena pi ambik kunci aku atas meja, so terpaksa lalu depan dia. So sambil lalu tu aku zikir alif ba ta alif ba ta. Sampai je depan pintu, aku terus bukak, keluar, blah. Tak sempat kunci balik. Aku lari macam Ussain Bolt pergi bilik member. Esok tu aku demam sehari. Lusa mak aku datang tengok anak dia hidup lagi ke tak.
Masa degree ni pun dia dah start kacau aku balik. Ni jadi dekat DPP MAS, hehehehehehehehe. Time tu ada pakwe dah, so malam memang otp kejaplah dengan pakwe. Kebetulan time tu roommate aku tidur bilik member kitorang tapi dekat aras yang sama. So aku terpaksalah tidur sorang.
So malam tu lepas habis sembang kat WhatsApp, aku call pakwe aku. Kami sembang sembang 2,3 jam apa semua sampai pukul berapa entah. Tetiba laci besi bawah katil aku bunyi. Macam ada orang tarik. Aku dah start pelik. Tapi aku biaq sebab baru sekali dengaq. Sembang-sembang lagi, dia tarik lagiiiiiiiiii laci bawah katil aku tu. Aku biaq lagiiiiiiiii. Dalam hati dah mula kata dah, “lapaq habaq la, jangan curi makanan aku, satgi aku lapaq cemana?”
Tak lama lepas tu, dia main cuba-cuba bukak locker. Okay, that’s it. Aku terus kabo ke pakwe yang aku nak gi toilet, basuh muka. Sebab aku dok rasa macam aku tengah mamai. Balik ja dari toilet tu, laci bawah katil aku kena tarik, locker aku terbukak. So aku pun bukak habis semua lampu, dan tidur dalam cahaya malam tu. Esok tu aku bangun, semua benda dalam keadaan yang tersusun. Lampu pun tertutup. Padahal time tu roommate aku tak balik bilik lagi pun sebab aku kunci dua-dua selak dekat pintu tu. Kalau dia balik, aku kena bukak selak dulu.
And benda ni suka kacau aku kat toilet. Aku tengah berhajat pun dia boleh cakap ‘hai’. Tak reti sabar ke apa entah. Tunggu lah habis hajat dulu. Time tengah basuh muka kat tempat wuduk tu, dia bukak pili air sebelah aku. Suka membazir betul dia ni. Setakat ni itu je lah yang dia berani kacau. Taktau lah lepasni dia nak kacau dengan cara macam mana lagi.
Oh by the way, bilik aku kat TNB dulu bilik 302. Hiks
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Apa ke garit bebeno ngaco orang ye….he’ehh!!!
Suke membazir ekkk…
Betollah tu…
Membazir kan amalan syaitonirajim…
Kang klu berjimat2 kena pulau ngan kaum kerabat setan plak…
Hehehheehe…
Uum… mcm2 cerita mistik. Akak batch 1997-2000. Dulu org panggil kolej. Skrg DPP.. Akak pun dok kolej Mas. Penah zmn akak ada kwn jumpa ‘kak pon’ kt parking kheta. Ralit dok usha skali dah dpn muka dia muncul. Demam dibuatnya hamba Allah tu.
Dlu dpanggil kolej..pastu dtukar kpd DPP.. Laa ni depa tukar jd INASIS plak… Hantu pon nek pning skali.. Ko tbah la ye dik…akak2 ni dh byk kena..dh bole hfal dh gelagat makhluk2 ni..
Hooh…dulu kolej, pastu dpp. Skrg panggil inasis pulak..xtaw lpas ni panggil apa.hehe
Yang masa dia msj tu yang takut tu..orang sebenar duk kat bawah jelmaan boleh pulak tayang muka sambil duk usya lantai buat muka sedih??? tapi still serammm
mmg tabah betol ko nih penulis, klu ak ler..mintak tuka blk dah..bkn apa, smpai ke jamban pon kacau nya…mmg p****g stim pulak tu..nak melepaskan hajat pon termasuk balik..kihkihkih
Aku ex kolej Perwaja dari 2002 – 2005. Alhamdulillah tak ada apa apa serius yang berlaku. Cuma ada sekali tu je. Masa tu aku ada perangai suka selubung katil aku dengan kain. Aku kepitkan kain batik keliling katil dengan cara selit kain tu kat katil atas. Taknak cahaya luar masuk kononnya sebab roomate aku suka studi malam. Kira siang ke tengah hari buta ke katil aku akan gelap je. Syahdu tidor beb. Masuk maghrib aku mandi. Aku duduk sorang sebab roomate aku kat kampung lagi. Bila aku habis mandi aku masuk je bilik, dengan jelas aku nampak ada kaki terjulur keluar dari celah kain katil aku. Cepat cepat dia tarik masuk. Tu mesti roomate aku nak sergah aku la tu. Aku pun dengan selenga buat bodo, bersiap depan cermin, nyanyi lagi. Bila dah setel, aku terus ke katil aku. Dengan rakus aku sentap kain yang menutup katil aku sambil pekik “Hah!!!”…. Tapi takde orang beb. Okay fine.. aku pun ntah gila apa buat dek je, terus main game Doom 3 (game top masa tu)…Sekian…
dia nak makan juga tu…tu dia main bukak laci