Nana Kenapa Nie

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Aku dah buat 3 cerita tapi tak masok-masok pon hahahahaha sedih rasanya. Tapi takpelah bukan rezeki cerita tu nak disiarkan.

Aku nk cite pasal sorang member aku. Aku masih belajar lagi masa tu. Walau pon cite nie da bertahun tapi aku masih ingat lagi ape yang berlaku. Aku duduk asrama dalam bilik tu ade 4 orang. Okey nak dijadikan cite time tu cuti jadi kami semua duduk bilik je x kemane . Ade setengah pelajar balik kampung. Kiteorang pulak tak balik sebab rumah jauh cuti cuma dua hari je. Masa tu aku perasan sorang nie name dia Nana.

Dia nampak gelisah sangat macam tak menentu. Pada mulanya aku buat tak tahu je. Tapi makin lama makin pelik aku tengok dia tergaru sana sini. Kehulu kehilir. Aku ingt aku sorang je perasan rupenye Mira dengan Ain pon perasan. Cuma depe buat-buat x nampak je. Bile kiteorang tengok dia makin pelik, si Ain nie pon beranikan diri pegi tanye. Yelah kalau Ain tak tanya rasa nye tak jadi cerita iyedak . “Woi Nana ko kenapa, okey ke? Putus cinta ke pon da macam tak betul je aku tengok”. Langsinye mulut Ain nie tak padan dengan kecik. Tapi Nana buat tak tahu tetap dok garu-garu. Ain nie tak puas hati dia tarik tangan Nana. “Ingat aku tunggul ke? Kalau ade kutu ha meh aku tolong buang kan aku pon bosan takde keje.

Niat Ain nie nak bergurau nak ceria kan suasana. Tapi malang betul Ain nie. Time tak kena. Nana pandang tepat anak mata Ain ( Ain yang bagitau ) dengan tak senyumnya Nana pegang balik tangan Ain. Aku pon malas nak ambik tahu aku main lah fon balik. Yelah aku tak tahu pon si Nana nie kena rasuk. Buat bodoh jelah malas nak masok campur. Tapi rasa nak tergelak masa Ain suruh Nana lepaskan tangan dia. “Wey wey sorryy lepas la lepas laa aku gurau jee”. Macam nak nangis aku tengok. Mula tu memang aku dengan Mira gelak. Tetiba nana ikut gelak sekali. Terdiam semua. Nyaring gile gelaknye . Aku dengan Mira lari kelua bilik. “Woiiii jangan tinggal akuu”. Masa tu Ain Jerit kuat gile dengan nak nangis nye.

Aku pon dengan Mira pegi bilik yang tak jauh cari bilik kiteorang. Tu je pon yang dekat ada orang. Mira pon bagitahu dieorang yang Nana nie macam da orang tak betul. Bile dieorang pegi tengok, nasib ade sorang nie berilmu name dia Ikin. Dia suruh Mira dengan sebilik dia panggil ustaz kalau ada laa ustaz. Si Ikin nie pulak tolong tenangkan Nana . Baru la Nana lepaskan tangan Ain. Mase tu Nana berlembut lagi. Dia cakap “AKU CUMA NAK RASA TUBUH BADAN DIA KEJAP JE TAK LAME!!” mendayu-dayu suaranye. Aku dengan Ain tak takut sangat sebab ade Ikin. Tapi aku rasa nak tampar je mulut Ain nie . Dia bole pulak cakap “eh kau kalau ye pon nak masok dalam Nana tak payah pegang aku sakit kot” . Dia berani la petang macam nie kan. Dengan Ikin ada.

Nana pandang Ain tepat dengan aku aku sekali pandang Ain. “Ehehh takk aku cume nak bagitahu je”. Gagap Ain cakap lepas semua pandang dia. Lepas brape minit Nana menjerit sebab Ikin tengah bace ayat. Aku dengan Ain pon tolong Ikin pegangkan Nana. “Panasss! Arghh diaamm! Diam! Apa yang ko buat nie?! Pergi, pergi!” jerit Nana. Tibe-tibe Nana pengsan. Ingatkan benda tu da keluar. Rupenye benda tu pura-pura dah keluar. Nana bukak mate dia cakap kenapa nie ape pegang-pegang. Aku pon ingt da okey.

Rupenye tak. Bile Ikin picit ibu jari Nana, menjerit dia sakit sangat kot. Dia tendang Ikin, dia tolak aku dengan Ain. Dia lari keluar. Tak sempat kiteorang nak pegang dia da keluar. Sakit jugak la dia tolak . Mase tu jam da pukul 5 lebih. Mira bagi tahu ustaz dekat rumah otw datang. Nasib rumah ustaz tak jauh. Kiteorang pon berpakat dengan budak asrama yang ade pergi cari Nana. Walaupun tak ramai hanya 17 orang je kan. Alhamdulilah semua baik tolong cari ade yang takut sebab hari makin gelap. (Skip skit ye panjang sangat)

Cari punya cari ade kumpulan nie jumpa Nana dekat belakang asmara tengah duduk mencangkung macam nak berak. Semua pon pergilaa dekat situ. Kalau ramai takde la seram sangat. Ade yang bagi cadangan jangan berpecah takut benda lain yang jadi. Jadi semua cadang pergi ke dewan. Bile semua da kumpul dekat dewan ade la 5 pelajar nie takut sangat sampaikan histeria. Nasib mase tu ada pakcik tukang kebun dia arahkan semua bace surah selawat zikir kalau takut lawan. Pakcik tu pon panggil budak laki. Budak laki cuma ade 4 orang je tu pon deme terpaksa stay sebabkan takut ape-ape jadi. Dewan da bising dengan bunyi nangis menjerit gelak. Jam pon da masok pukul 7 lebih. Ustaz pon da sampai. Budak laki dengan ustaz pon tolong pulihkan budak perempuan yang histeria tuu.

Tapi bile part Nana susah sangat. Ustaz tanya apa yang kau mahu . Benda tu cuma cakap aku nak Nana bertanggungjawab. Rupenye Nana dengan budak-budak histeria tu ganggu tempat benda tu. Benda tu marah. Nana makin ganas. Dia tendang budak laki  dan dia tolak. Dia panjat da macam monyet. Memang degil benda tu nak keluar. Bile da sampai tahap Nana tu pergi panjat bumbung dia nak lompat. Semua da menjerit. Ustaz ckp jangan menjerit, istighfar banyak-banyak. Ustaz cuba pujuk benda tu. Tapi benda tu lompat dari atas. Ustaz pon suruh ramai-ramai pegang Nana. Ustaz pon bace bace sambil berserah pada Allah, dan akhirnye Nana sedar. Tapi, tangan Nana patah . .

Akhirnya, semua pun berakhir. Semua balik bilik sendri tido dengan penat sebab cari Nana .

abila

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

3 thoughts on “Nana Kenapa Nie”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.