#nana – Misteri Tingkat 13 (Bhg. 1)

  • MISTERI TINGKAT 13 – ( PART 1 )

Assalamualaikum pembaca fiksyen shasha. Ini hanya sekadar cerpen. Sesiapa yang tidak berminat membaca cerpen, tak mengapa abaikan sahaja. Selamat membaca…

…………………………………………………

Hari ini sememangnya Izan bercadang hendak pergi awal ke tempat kerja. Lebih awal dari kebiasaan. Pukul 6.00 pagi dia sudah keluar dari rumah, untuk mengelak dari kesesakkan jalan raya. Mungkin disebabkan dia sudah berjanji dengan kak Aziah hendak bersarapan dengannya di pejabat. Sebagai orang bujang Izan tidak kisah untuk bersarapan di mana- mana, asalkan tuntutan perutnya perlu di isi dahulu sebelum memulakan tugas. Dia baru sahaja mengenali kak Aziah dua minggu lalu, cleaner baru di tingkat 7 pejabatnya. Dia sendiri tidak pasti boleh menjadi rapat dengan kak Aziah walaupun baru dua minggu mengenalinya. Sementa itu jugalah kak Aziah bersungguh-sungguh mengajaknya untuk bersarapan bersama. Jadi untuk tidak menghampakan kak Aziah, Izan menerima pelawaannya.

Sebaik sahaja dia memakirkan kereta. Dia ternampak kak Aziah terlebih dahulu sedang masuk ke dalam perut lift. Tanpa membuang masa, dia terus menuju ke lift yang sama di mana dia ternampak kak Aziah masuk tadi. Butang tingkat 7 ditekan. Sempat juga dia membetulkan tudung ala Neelofanya yang baru di beli secara online di facebook.

Sampai sahaja di muka pintu pejabat, terus sahaja dia menuju ke pantry. Namun tidak di sangka tersembul kak Aziah di balik pintu pantry, sambil menghulurkan sebungkus nasi lemak kepadanya.

“Nasi lemak sambal sotong…” sambil tersengih kepada Izan.

“Terima kasih kak Zie. Akak belanja ya….?” soalan pura-pura tidak tahu yang terpacul keluar secara tidak sengaja.

“Ya…, akak belanja. Esok-esok kau pulak belanja akak Pizza Hut….” sempat lagi kak Aziah menunjukkan risalah Pizza Hut kepadanya.

“Macam tu ke…? Akak belanja saya nasi lemak. Saya belanja akak Pizza Hut….?” Sempat Izan membalas ayat berbaur perli kepada kak Aziah. Tetapi bukan bermaksud Izan hendak menyakitkan hati kak Aziah. Hanya sekadar gurauan di pagi hari sebelum memulakan tugas.

“Maaflah… Itu sahaja yang akak termampu. Izan pun tahukan gaji cleaner macam akak ni, berapa sen sangatlah jika hendak di bandingkan dengan Izan….” ada keluhan kecil disuarakan oleh kak Aziah.

“Kak Zie, saya berguraulah. Tiada niat pun nak buat akak tersinggung. Sumpah kak….” sambil mengangkat sebelah tangan umpama seperti sedang berikrar tanda rasa bersalah.

Kak Aziah tersenyum hambar.

“Izan…, kalau nak tahu nasi lemak yang akak beli tu istimewa….” Kak Aziah kembali tersenyum.

“Istimewa…? Betullah baru cium bau dah terangkat….” Sambil menghidu bauan nasi lemak yang sudah terhambur di rongga hidungnya yang sedari tadi sudah di buka bungkusannya.

“Sedapkan baunya…. Makanlah….”
Pelawa kak Aziah sambil merenung tepat ke wajah Izan.

Lalu Izan menyuap nasi lemak sambal sotong dengan penuh berselera.

“Betul cakap kak Zie, sedap gila. Eh! Akak tak makan sekali…?”
Terbeliak mata Izan apabila melihat kak Aziah hanya memandangnya tanpa menjamah sedikit pun nasi lemak.

“Akak tengok Izan pun dah cukup. Sudah cukup buat akak rasa kenyang. Lagipun akak dah selalu makan nasi lemak ni….”
Dengan bersahaja kak Aziah menjawab sambil tersenyum.

Terperanjat Izan melihat Kak Aziah tersenyum kepadanya. Nasib cawan yang digenggam tidak terlepas.

Tiba-tiba….

TOK.. TOK.. TOK….

Pintu pantry di ketuk oleh seseorang. Izan terus memandang kearah pintu pantry.

“Kak Aziah….?”

Ternganga mulut Izan apabila memandang kak Aziah berada di pintu pantry sambil membawa sesuatu di dalam plastik.

“Cepatnya kamu sampai Izan…? Maaf Izan akak lambat sebab hantar anak sekolah dulu…”

Izan masih lagi terpaku dan kaku memandang kak Aziah yang berada di hadapan pintu pantry tanpa mampu berkata apa-apa.

“Izan…? Kau kenapa…?” Kak Aziah mulai pelik bercampur risau melihat keadaan Izan yang sedari tadi tidak lepas matanya memandang padanya.

Kemudian Izan menoleh semula di atas meja. Kosong. Tiada langsung baki-baki nasi lemak yang dijamahnya sebentar tadi yang telah dibawa oleh “kak Aziah” tadi. Apa yang terlihat di atas meja hanyalah cawan yang berisi air kosong.

“Apa yang aku makan tadi…? Mana kak Aziah yang tadi….?” Izan mula bermonolog. Izan mula berpeluh-peluh menahan perasaan takut. Baru sebentar tadi dia duduk di hadapan “kak Aziah” yang memberi senyuman yang menakutkan padanya tadi. Tiba-tiba muncul pula kak Aziah yang lagi satu di hadapan pintu pantry.

“Bukan mimpi….” Izan gumam sendirian.

“Apa yang bukan mimpi…? Pelik akak tengok kau ni Izan. Macam nampak hantu…..” Kak Aziah tersenyum.

“Hantulah kut….” Izan tersenyum kelat sambil menekup muka.

“Siapa…? Akak ke…..?” kak Aziah bertanya sambil tertawa kecil.

“Tak……..”

Terpandang sahaja dia ke wajah kak Aziah, terus sahaja dia hampir rebah apabila melihat satu mahkluk yang sudah tidak menyerupai kak Aziah. Rambutnya yang panjang mengerbang sehingga mempamerkan wajahnya yang mengerikan dengan sebelah bebola matanya yang hampir terkeluar dan sebelah lagi rompong dan kosong. Sambil mulutnya yang lebar membelah pipi itu seperti mengunyah sesuatu.

“NAKKK…….. Ha ha ha ha ha ha…….” makhluk itu mengambil sesuatu di dalam mulutnya yang berbau hanyir d***h sambil menghulurkan kepada Izan.

“Waaa….!!! MATAA…….!!!!!” Nampak sahaja bebola mata yang sudah di kunyah oleh makhluk itu, Izan terus pengsan di situ juga.

……………………………………………….

Izan membuka matanya perlahan-lahan. Disapu wajahnya yang seperti kebasahan. Kemungkinan di sapu air oleh seseorang. Encik Zainal, Safwan dan Faridah sedang berada di hadapannya.

“Apasal kau pengsan…?” Faridah yang sedang berada dihadapannya bertanya.

“Aku nampak hantu….” Izan menjawab dalam kebingungan.

“Pagi-pagi nampak hantu..? Agak-agak la…” Terhambur ayat perli dari Safwan.

Namun Izan masih berdiam. Malas hendak membalas kata kerana masih trauma dengan wajah “kak Aziah” tadi.

“Hantu kak Aziah ke….?” Encik Zainal dapat menduga perkara yang berlaku.

Terbeliak Izan apabila mendengarkan kata-kata dari mulut encik Zainal.

“Mana encik Zainal tahu…?” Izan menerpa ke arah encik Zainal.

“Cerita lama. Saya pun tak tahu sangat. Dapat tahu pun dari pekerja lama. Diorang bagi nama kat hantu tu. KAK AZIAH NASI LEMAK…”

“Kenapa pulak… Takde nama lain ke….?” seakan mahu tergelak pula Faridah apabila mendengar nama hantu itu.

“Dulu ada akak cleaner namanya Aziah selalu jual nasi lemak secara sambilan kepada staf-staf kat bangunan ni. Tapi ada satu pagi tu, seorang staf dari tingkat 13 sampai awal ke tempat kerja. Dia ternampak pejabat tingkat 13 sudah terbakar dengan mayat kak Aziah terlentang di dalam pejabat tu. Nasi lemak dalam plastik habis berterabur. Polis classified sebagai m**i di b***h. Pejabat kat tingkat tu pun sudah tidak digunakan lagi. Mereka biarkan macam tu sahaja….”

Terpegun Izan, Faridah dan Safwan mendengar cerita dari mulut Encik Zainal.

“Dah kena tangkap ke pembunuhnya….?” Perasaan ingin tahu Safwan semakin membuak-buak.

“Sudah….” Encik Zainal umpama memberi rasa debar di hati tiga staff juniornya.

“SIAPA…..!!??” Secara serentak mereka bertiga bertanya soalan yang sama.

“AKULAH…….. HA HA HA HA…..” suara encik Zainal tiba-tiba bergema.

Dengan serta merta lampu terpadam, keadaan di dalam pantry menjadi gelap gelita. Izan menjerit dalam kegelapan.

“Aaaaa…….!!!!!!!”

Pap…!!!

Lampu kembali bernyala. Izan memandang sekeliling. Kosong..!! Tiada sesiapa berada dengannya sekarang. Ke mana perginya encik Zainal, Safwan dan Faridah….? Izan yang terduduk di lantai kotor kembali bangun. Bilik pantry yang normal dan cantik pada pandangannya kini kelihatan seperti bilik kotor yang kosong dipenuhi dengan debu dan habuk serta dinding yang hitam kesan dari terbakar. Lalu dia bingkas bangun menyapu habuk yang melekat di kain kurungnya.

Tiba-tiba irama dari handphonenya berbunyi. Lalu handphone di beg tangannya di ambil.

“Hell….llo…..” Izan menjawab dalam ketakutan.

“Izan…, dah pukul berapa ni…? Kenapa kau tak sampai lagi….? Kau mc ke…?” Bertalu-talu suara dari pamanggil itu dihujung talian.

“Beb, datang sini ambil aku….” Izan seakan mahu menangis mendengar suara Faridah yang sebenar. Kemudian dia terus berlari keluar lalu menuju ke lift.

“Kau kat mana sekarang….?” suara Faridah yang kuat dan lantang itu seakan ingin memecah screen di handphone.

“Aku kat tingkat 13…. Aku tunggu depan lift. Cepat ambil aku…!!” sehingga terketar-ketar Izan menjawab panggilan sambil melihat nombor tingkat 13 yang tertera di hadapannya. Bulat matanya apabila melihat tingkat 13 yang kini dia berada sekarang.

“Bagaimana aku boleh berada di tingkat 13….?” Izan seakan pelik. Bagaimana dia boleh berada di tingkat 13, sedangkan dia sendiri menekan tingkat nombor 7 apabila dia berada di dalam lift tadi.

“AKU YANG BAWA KAU…..!!!!!”

Sejurus itu muncul makhluk yang di kenali “kak Aziah” tadi tiba-tiba berada sebelahnya dengan tangan sebelahnya masih lagi menggenggam bebola matanya yang sudah dikunyah lumat.

Melihatkan makhluk itu yang tiba-tiba muncul begitu sahaja di sebelahnya, Izan terus tidak sedarkan diri.

…………………………………………….

Faridah menekan tingkat nombor 13. Jam ditangan menunjukkan sudah ke angka 10 pagi.

“Kau biar betul Faridah, Izan ada di tingkat 13…!?” Safwan seakan tidak percaya dengan kata-kata Faridah.

“Dia yang kata, masa aku call dia tadi. Itu yang aku suruh kau temankan aku. Tingkat 13 kan sudah lama di biarkan kosong semenjak kes kebakaran dulu…” Faridah semakin cuak.

TING……

Pintu lift tingkat 13 terbuka. Safwan dan Faridah menjenguk keluar lift. Kelihatan suram di tingkat itu walaupun matahari semakin menjengah diri.

Faridah memaut lengan Safwan.

“Siang-siang mana ada hantu…” Safwan menarik lengannya yang di paut Faridah. Segan pula dirinya diperlaku sebegitu walaupun hanya aksi spontan dari Faridah.

“Aku takutlah. Siang pun tempat ni masih nampak gelap….” Sempat Faridah memberi alasan untuk menutup perasaan malunya terhadap Safwan.

Mereka cuba berjalan lebih jauh ke dalam sambil memandang sekeliling untuk mencari kelibat Izan. Namun tiada.

Kemudian…..

“Wan……!!! Tu…tu…tu…Izan…!!!!” Faridah menjerit memanggil Safwan sambil menunjuk ke arah di mana Izan berada.

Alangkah terperanjatnya mereka apabila melihat hanya tubuh kaku Izan yang dipenuhi d***h segar, terbaring dilantai dengan perutnya yang terburai sehingga bertaburan usus perut di sekitar jasad Izan.

“IZAN…..!!!!!!!”

#hasilkarya
#cerpenuntukfiksyenshasha
#suhanamatlazim
#nana

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

NANA

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

63 thoughts on “#nana – Misteri Tingkat 13 (Bhg. 1)”

  1. Pehh bertubi tubi Izan ni kena. Aku baru nak tarik nafas part Encik Zainal tu muncul, rupanya Encik Zainal version 2, tersekat nafas dibuatnya ha. Nana, i waiting bhg 2 okay. #kipidap

    Reply
    • Kaaannn…
      Memule akk mcm dh lega, pastu terkejut smle…pastu mcm dh reda, tup2 berderau lagi…pastu mcm dh selamat, tup2 udah m**i…
      Adeehhh…
      Senak perot akk bace weeiii…

      Reply
          • Iyolaahhh…
            I am a lady…
            Soo the ladyness already inside me eventho its sooo deep inside, hahahahahha…
            Terlalu deep smpikan mse study dlu ade geng2 lelaki ckp yg akk ni mase dlm kandungan sebenornye lelaki tp tetbe lahir jd pompuan…
            Sooo kelelakian tu lebih byk dr gen kewanitaan…
            Kuajaaaaqqq…!!!

  2. adehh.. jantung aku nk tecabot la.. kuat menjawab setan tu.. kalau orang da aku hntar nenek kebayan untuk penyapukan dia.. kipidap nana

    7/10

    Reply
  3. Ni ar pestaim cerita BERSAMBUNG tp akk x frust atau hangen sbb akk rasa cerita ni tergantung dgn baik…
    Xde persoalan yg menyakitkan hati nk kena tggu smbgnnye…
    Gud…gud…

    Reply
  4. eh ko ni nana mati2 atuk ingatkan tiga org ni si Zainal, Safwan dan Faridah ni pun antu yg m**i terbako ghupenye x. saspen betul ko buat jantung atuk ni nak. ini boleh mendatangkan tinggi d***h ni!

    Reply
      • biadap kamu cu!! kelakor hangguk ko!!! aku pelesing ko skali kan.. tu lidah tu apekehenye dok terjelir?? atuk tarikk kang ko bru tahu…..

        Reply
          • hah mcm ni atuk suka. atuk suka org perasan atuk grang… ini tidak dipanggilnya atuk kelakorr!!! ingat atuk ni tv3 ke hape!!!!!!! ahh si normah tu skang dah masyur mana nak ngaku kenal atuk ini pulak nak mengaku atuk ni ex ia. erm………………………………………………………………….

          • nenek ko tu mengejar glemer naw! mana atuk tahan dgn peel nenek ko yg tak ubah ubah sejak azali!!! nak disebat org tua!!! hei serba salah tul aku dibuatnya!!!!

    • wahh laki nenek da join komen dahh.. atok sihat ke? pampers jgn lupa pakai tok.. tak pasal terbang kang menjejeh kencing kat kepala cu mami ni.. letih nak cuci.. hancing petai pulak tu..

      Reply
  5. kak mami da la hidung terbau nasik lemak je ni.. kau pulak tulis story pasal nasik lemak.. nasik lemak kat shah alam ni kak mami tak jumpa lagi betul2 power mcm kat kampung asben.. a. kak mami enjoy story nana ni.. cepat sambung tak sabar ni..

    Reply
  6. Byk bebenor saspennyeee… Awal2 bca komen je sbb bz ade hal… Then, bila bca komen mbuat lg tertarik nk baca… Ape yg saspen sgt tuhhh… Kipidad nana… Awaiting for da next story…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.