#nana- Misteri Tingkat 13 (Part 2)

– MISTERI TINGKAT 13 -(PART 2)

Assalamualaikum pembaca fiksyen shasha. Ini part 2 untuk kisah sebelumnya. Harap sudi baca sambungannya…..

…………………………………………….

Sabtu – 3.00 pm

Laju kereta Safwan menuju ke lot parkir di bangunannya bekerja. Petang itu Safwan bergegas ke bangunan pejabatnya yang berada di tingkat 7. Walaupun hari itu adalah hari Sabtu, bukan waktu bekerja tetapi dia harus datang juga ke pejabat memandangkan ada sesuatu yang berharga telah tertinggal di dalam pejabatnya. Jadi terpaksalah Safwan kembali ke pejabatnya pada petang Sabtu itu.

Keluar sahaja dari kereta, Safwan terus menuju ke lift. Sedang ralit menunggu pintu lift terbuka, tiba-tiba muncul seorang lelaki cina dalam lingkungan separuh abad berada di sebelahnya. Mengurut dada Safwan dek kerana terkejutkan kehadiran lelaki cina itu.

“Terkejut aku….” menolong Safwan.

Lelaki cina itu berpaling kepada Safwan, seolah-olah mengerti apa yang Safwan sedang fikirkan.

“Sorry…, buat lu terperanjat…” sambil tersengih kepada Safwan.

“Tak apa, tak apa. Saya ok. Sikit je saya terperanjat…”

Buka sahaja pintu lift, Safwan dan lelaki cina itu pun masuk.

“Ada kerja ka…?” Tiba-tiba lelaki cina itu mula bertanya kepada Safwan.

“Tak… Saya mahu ambil barang. Tertinggal semalam, lupa nak ambil…” Safwan

Safwan menekan butang tingkat 7. Safwan memandang lelaki cina itu.

“Uncle mahu naik tingkat berapa..? Saya boleh tekankan…” Sapa Safwan mesra.

“Tak apa, tak apa. Saya boleh tekan sendiri…”

“Oh…, ok..” Safwan tersenyum.

Didalam lift masing-masing hanya diam sahaja. Safwan hanya memerhati nombor lift. Safwan mulai perasan, kenapa lelaki cina itu masih lagi tidak menekan butang lift. Berlegar-legar persoalan yang berada difikirannya. Tidak pernah sekali pun dia melihat lelaki cina itu di bangunan tempat dia bekerja itu. Tingkat berapa dia harus naik…? Adakah sama tingkat dengannya…?

TINGGG……

Pintu lift terbuka di tingkat 7. Safwan melangkah keluar tanpa sempat menoleh ke arah lelaki cina itu.

Selepas sahaja pintu lift kembali tertutup, sengaja Safwan tidak berganjak dari depan lift. Kerana dia mahu melihat, tingkat berapa lelaki cina itu akan naik. Tetapi…..

Lift di hadapannya seperti tidak bergerak naik ke atas mahupun ke bawah. Kerana nombor di atas pintu lift itu langsung tidak berganjak. Tetap ke angka 7. Safwan masih lagi terpaku di situ. Sebagai mana Safwan begitu jugalah dengan lift tersebut, masih tetap stabil di tingkat yang sama.

“Kenapa dengan lift ni…? Lelaki cina tu masih tidak tekan butang lift ke…? Peliklah…?” Bertalu-talu soalan yang menerjah di fikirannya.

Lalu Safwan menuju ke pintu lift sambil menekan- nekan butang buka pintu lift. Namun dalam beberapa kali dia cuba menekan, pintu lift tetap tidak terbuka.

“Hhmm… Apa agaknya lelaki cina tu buat kat dalam tu. Pengsan ke…?” Safwan mengeluh.

Akhirnya dia terpaksa mengalah. Membiarkan lift itu dalam keadaan begitu. Mungkin dia perlu menghubungi sekuriti di bangunan itu jika lift tersebut masih lagi berkeadaan begitu.

…………………………………………

Safwan mencari-cari di dalam laci mejanya. Mencari sesuatu yang berharga. Akhirnya…..

“Alhamdulillah…., jumpa juga akhirnya…”

Meleret senyuman Safwan apabila menjumpai cincin pertunangan untuk bakal tunangnya Hasnizah yang baru dibeli petang Khamis kelmarin. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia terlalu cuai sehingga barang berharga sebegitu boleh tertinggal didalam pejabatnya.

Lalu Safwan keluar dari pejabat dan menekan nombor kombinasi log keluar pintu pejabatnya.
Sambil berjalan menuju ke lift, sempat Safwan menghubungi Hasnizah tunangnya.

“Sayang, abang dah jumpa cincin kat office. Nasib baik jumpa, kalau tidak masaklah abang nak jawab dengan emak abang….” Safwan mula membayangkan saat bahagia bakal menjadi tunangan orang kelak.

“Syukur alhamdulillah… Nanti datang rumah terus ok…” terdengar suara Hasnizah di hujung talian mengucapkan syukur.

Sedang ralit Safwan berbual dengan Hasnizah di dalam talian. Tiba-tiba langkahan kaki Safwan terhenti di hadapan pintu lift tadi.
Pintu lift itu terbuka sendiri tanpa ada yang menekan butang lift. Safwan terkejut sambil matanya melilau memandang kiri dan kanan.

“Aku tak tekan pun butang lift lagi, takkan dah buka…?” Gumam Safwan sendiri.

Safwan melangkah perlahan menuju ke lift sambil mengintai ke dalam perut lift. Kosong. Tiada apa yang kelihatan.

“Pelik…..?” Getus Safwan sendirian.

………………………………………..

Sabtu – 6.25 pm

Hasnizah masih menanti Safwan di muka pintu rumahnya. Kehulur kehilir Hasnizah menunggu Safwan dengan perasaan gelisah. Sesekali jam di dinding dikerling. Waktu sudah mengenjak ke pukul 6.30 petang. Sepatutnya Safwan sudah dijangka tiba di rumahnya saat ini. Namun sehingga sekarang batang hidung tunangnya masih tidak kelihatan. Memandangkan hari ini Safwan sudah berjanji akan membawanya menonton wayang selepas mengambil cincin tunang yang tertinggal di dalam pejabat Safwan, dia tetap bertahan menanti Safwan di muka pintu.

Dalam menanti Safwan dengan penuh sabar, Hasnizah mula mengingati saat-saat perkenalannya dengan Safwan. Hasnizah dan Safwan bekerja di bangunan yang sama, tetapi di aras yang berlainan. Safwan di tingkat 7 manakala dirinya di tingkat 5. Pertemuan singkat di dalam lift membawa kepada sebuah persahabatan, seterusnya keperingkat bercinta hinggalah membawa ke alam pertunangan. Kini dia dan Safwan mengharapkan hubungan mereka hingga ke alam pernikahan pula. Hasnizah tersenyum sendiri mengimbas detik-detik manis itu. Namun……

“Hhmmm…….” Hasnizah mengeluh.

Sepatutnya hari ini dia dan Safwan akan keluar makan di tempat istimewa, kemudian akan menonton wayang seperti yang dijanjikan Safwan demi untuk meraikan setahun perkenalan mereka tepat pada hari perkenalan mereka.

Tiba-tiba handphone di tangannya berbunyi. Tertera nama Safwan di screen handphonenya.

“Hello…, kenapa tak sampai-sampai lagi….?” Hasnizah semakin hilang sabar untuk menunggu.

“Maaf sayang, kereta abang rosak ni. Dari tadi nak start enjin tak mahu hidup. Sudah nak dekat satu jam abang duduk dalam kereta ni. Tak pernah-pernah dia buat hal…!!”
Bentak Safwan di hujung talian.

“Habis tu macam mana..? Jadi tak kita nak tengok movie malam ni…?” Hasnizah seakan sudah merajuk.

“Jadi la…., tapi sayang mesti datang sini bawa kereta sayang. Kereta abang dah tak mahu hidup ni. Nak kena bawa bengkel tengok apa yang tak kena. Sayang ambil abang dekat lot parking ni, kat tempat biasa abang parking tu……” Safwan mengharapkan tiada bantahan dari Hasnizah.

“Ok…., tunggu tau. Bye…..” terus sahaja Hasnizah bersetuju tanpa ada bantahan darinya.

Talian handphone di matikan. Lantas dengan segera Hasnizah mengambil kunci kereta dan terus keluar dari rumah sewanya menuju ke kereta.

Sepanjang memandu, Hasnizah fokus dengan pemanduannya menempuh jalanraya yang sibuk, hinggalah sampai ke destinasinya. Kemudian terus sahaja dia ke lot parkir di tempat kebiasaan Safwan meletakkan keretanya seperti selalu. Kereta Perodua My Vi di pandu perlahan sambil matanya melilau mencari kelibat Safwan.

“Alhamdulillah…, ada pun keretanya….” Hasnizah berasa lega apabila melihat kereta proton Persona Safwan ada di parkir. Tetapi….

“Mana pulak abang Safwan aku ni…? Kereta ada, orangnya tak ada….” melilau Hasnizah mencari Safwan.

Kemudian Hasnizah mengambil keputusan untuk memakirkan keretanya di sebelah kereta Safwan. Mengharapkan si empunya proton Persona itu muncul.

Tiba-tiba Hasnizah melihat kelibat Safwan masuk ke dalam lift yang tidak jauh dari keretanya. Bulat mata Hasnizah apabila melihat tunangnya meluru sahaja masuk ke dalam lift tanpa menoleh ke arahnya.

“Takkan tak nampak. Kereta aku yang color biru terang macam ni pun tak nampak. Sebelah kereta dia je pun….” rungut Hasnizah.

Lalu Hasnizah keluar dari keretanya dan menuju ke lift yang lagi satu. Masuk sahaja ke dalam perut lift, Hasnizah mulai teragak-agak hendak menekan tingkat nombor berapa. Dia sendiri tidak pasti tingkat berapa Safwan sedang naik.

“Tingkat berapa dia naik….?” Hasnizah mula menyoal diri sendiri.

“TINGKAT 13…….!!!!!”

Alangkah terperanjat Hasnizah mendengar suara garau yang tiba-tiba muncul dari belakangnya.

Menoleh sahaja dia ke belakang, terlihat Hasnizah satu makhluk berambut panjang hingga ke kaki dan berbaju putih lusuh dengan wajah yang hodoh sedang tersenyum padanya dan hanya mempunyai sebelah mata yang hampir terkeluar, sambil tangannya yang mereput itu menghulurkan sebiji bebola matanya yang hampir lumat dikunyah.

“Ha ha ha ha ha……!!!!!!!”

Kemudian makhluk itu terus hilang dari pandangan Hasnizah sambil meninggalkan gelak tawanya yang bergema di dalam lift.

Hampir pengsan Hasnizah apabila melihat makhluk hodoh itu secara langsung di hadapannya. Namun, dalam keadaan cuba untuknya mengawal panik, lift yang dinaiki Hasnizah secara tiba-tiba seperti laju naik ke atas, seolah-olah tidak dapat dikawal. Ia terus bergerak laju sehingga bergegar-gegar Hasnizah yang berada didalamnya. Kemudian Hasnizah yang sedang ketakutan itu terus duduk bersandar di dinding lift sambil menyebut….

“ALLAH… ALLAH… ALLAH… Tolong hamba mu ini ya ALLAH…….!!!!!” Sambil memejam mata.

Akhirnya…, lift yang sedari tadi bergerak laju naik ke atas mulai berhenti di tingkat 13 dan pintu lift terus terbuka.

TINGG….

Hasnizah tergamam. Dia mulai berteka-teki. Sama ada mahu keluar atau pun tidak di tingkat berhantu itu. Ya…, Hasnizah sendiri sudah tahu tingkat 13 itu sememangnya berhantu. Dari dalam lift Hasnizah sudah melihat kesuraman dan kegelapan tingkat 13 itu. Ini menambahkan keseraman yang berganda-ganda di hatinya.

Tiba-tiba…..

“SAYANGGG…., KELUARLAH SAYANGGG….. SAYANG TAKUT YEEE….. ABANG SAFWAN SEDANG TUNGGU NIII…. KELUAR SAYANG….
SAYANG NAK ABANG MASUK KEEE…….?”

Buntang mata Hasnizah mendengar suara seseorang yang mirip seakan suara Safwan. Bagai hendak luruh jantungnya apabila mendengar suara dari luar lift itu. Kali ini Hasnizah benar-benar terkena serangan panik yang melampau. Mencungap-cungap Hasnizah menahan takut yang mula menguasai diri.

“ABANG DATANG YEEE……”

Terperanjat Hasnizah mendengar suara itu lagi. Wajahnya semakin pucat apabila mendengar derapan tapak kaki dari luar lift seperti semakin menghampirinya. Namun dengan sedikit keberanian yang ada, Hasnizah cuba menekan butang tutup lift selaju mungkin. Mengharapkan pintu lift segera tertutup. Berkali-kali dia cuba menekan butang tutup lift itu, tetapi pintu lift masih lagi terbuka.

Hasnizah mulai mengalah….

Tetapi….

Pintu lift itu tertutup sendiri juga akhirnya dan seperti ada pergerakan sedang menurun yang Hasnizah dapat rasakan. Ya…. Lift sedang menurun sekarang.

Hasnizah menarik nafas lega sambil menyapu wajahnya yang berpeluh itu dengan tudung bawal ungu yang dipakainya.

Tiba-tiba…..

Tengkuk Hasnizah seakan di cengkam dengan kuat dari arah belakang. Hasnizah tersentak dan terperanjat…!!!

“KAU INGAT KAU BOLEH SELAMAT….!!!!”

………………………………………

Sabtu – 9.15 pm

Dua orang pengawal keselamatan berbangsa Nepal sedang berjalan untuk memantau keadaan didalam bangunan dan juga di luar bangunan.

Sedang mereka melalui di hadapan lift itu, kedua-dua pintu lift terbuka sendiri apabila mereka melaluinya. Alangkah terperanjatnya pengawal keselamatan warga Nepal itu apabila melihat lift pertama terdapat mayat seperti seorang lelaki seperti tersepit ditengah-tengah pintu lift. Separuh badan melekat di pintu lift dan separuh lagi beserta kepalanya tidak pasti tersangkut di tingkat berapa.

Manakala lift kedua terdapat mayat seorang perempuan yang bertudung bawal dengan perut terkoyak sehingga menampakkan ususnya yang terburai dan di simbahi d***h merata-rata di lantai dan dinding lift. Kepalanya…? Seakan dipulas kebelakang.

Mengeletar kedua-dua pengawal keselamatan itu, apabila melihat mayat yang mengerikan di dalam kedua-dua lift tersebut.

Salah seorang pengawal keselamatan itu mengeluarkan handphone di poket seluarnya.

“Hello…., polis…..”

……………………………………

Didalam wad hospital di ibu kota……

Sabtu – 8.00 pm

“Mr Lim…., macam mana lu boleh masuk hospital. Bukan saya tengok lu sihat ke masa kita breakfast pagi tadi…..?” Kumar pelik melihat keadaan Mr Lim yang dikatakan pengsan di dalam lift petang tadi oleh pengawal keselamatan warga Nepal itu.

“Hai yaa… Ini first time saya tengok hantu. Rasa macam mau m**i wooo…..” berkerut- kerut dahi Mr Lim menceritakan kisahnya bertemu dengan hantu.

“Nasib baik lift tu turun, banyak kali saya tekan itu butang lift mahu naik tingkat 9, tapi lift turun pula….”

“Mr Lim…, lu cerita la sama saya….” Kumar berminat mendengar kisah itu daripada Mr Lim.

Sebelum bercerita, sempat Mr Lim membetulkan duduknya di atas katil hospital. Sambil itu dia mencapai air kosong di atas meja sebelah katil untuk membasahkan tekak.

“Begini ceritanya….. Sebab kita dah berjanji mahu jumpa di Genting ini petang kan Kumar. Saya terus cepat pergi office nak ambil saya punya laptop. Penat saya lari ke lift sebab mau cepat, takut lewat sampai ke Genting. Ada seorang lelaki melayu, terperanjat dia tengok saya. Dia kata mahu ambil barang. Tapi tak pa… Masuk saja saya dan lelaki melayu tu dalam lift, ada juga saya tanya sikit-sikit dekat dia. Masa saya dan dia sembang-sembang, saya terperanjat tiba-tiba saja ada perempuan rambut panjang masuk dalam lift. Takut saya maaa…., tengok muka perempuan tu pucat macam orang m**i. Rambut dia panjang sangat….., sampai kaki wooo….. Perempuan tu berdiri betul-betul sebelah lelaki melayu tu. Lepastu kepala dia pusing 180° pandang saya. Mahu pengsan saya…!!! Nasib baik bukan saya seorang dalam lift tu. Tapi saya pelik sama itu lelaki melayu. Apa…., dia tidak nampak ke perempuan tu ada disebelah dia. Itu yang saya fikir, mungkin dia tidak nampak bila perempuan tu pusing kepala dia kebelakang tengok saya. Lelaki tu mahu tekan butang lift untuk saya pun…, saya takut mahu cakap…..”

Menganga mulut Kumar mendengar cerita dari Mr Lim.

“Lepastu, lepastu….”

“Lepastu…., sampai tingkat 7 lelaki melayu tu keluar. Hantu perempuan tu pun ikut keluar. Masa tu saya fikir lega sedikit. Sebab hantu perempuan tu sudah ikut lelaki melayu tu keluar. Tapi…., bila pintu lift tutup sahaja. Saya mahu tekan tingkat 9. Lift tak mahu gerak maaa…. Saya tekan banyak kali. Tak boleh juga. Lepas tu saya terkejut ada suara di belakang saya, dia cakap……..”

Terbeliak mata Kumar tatkala ingin mendengar sambungan dari Mr Lim.

“Suara siapa….?”

“Aiyaaa…., suara hantu la Kumar, apalagi…!!!”

“Ok, ok, ok…Dia cakap apa sama lu Mr Lim….?”

“Dia cakap….. MAHU TURUN TINGKAT BERAPA UNCLE…? Haiyaa…… Mau pengsan wooo…., dengar itu suara….!!!”

“Itu pasallah Mr Lim pengsan dalam lift. Nasib baik guard Nepal jumpa you lah Mr Lim…….”

…………………………..

Didalam sebuah rumah…..

Isnin – 7.30 pm

Faridah seperti membakar sesuatu di dalam sebuah bekas. Sesekali mencucuk-cucuk bekas yang dibakar itu dengan pisau belati.

Dia tersenyum puas. Puas apabila misinya berjaya. Izan sudah di tumpaskan. Kini…, Safwan dan Hasnizah juga sudah ditumpaskan. Dendam menjadikan dia kejam…

Faridah melihat bekas yang di bakar itu sebagai satu kepuasan dan kemenangan. Bekas yang berisi gambar-gambar dan rambut milik Izan, Hasnizah dan Safwan sambil membelek-belek cincin di jari manisnya….

– tamat –

#hasilkarya
#cerpenuntukfiksyenshasha
#suhanamatlazim
#nana

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

NANA

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

35 thoughts on “#nana- Misteri Tingkat 13 (Part 2)”

  1. Nana…
    Pasni kasi pnjang sikit citer boleh x ? Hehehe
    Baru nk ase debaran nye.. tetibe termati di tgh2 lautan jiwa..
    Aduhaaiii.. ??

    Ape2 pun cerita mang bestttt… 10/10 hambi kasikk..

    Reply
  2. Nana. Knpa faridah berdendam dgn izan, safwan dan hasnizah? Yg rambut pjg tu memang hantu belaan faridah or faridah sendiri yg jd hantu?hehe

    Reply
    • Dah baca. Still xpaham ape dendam faridah kt dieorg semua.
      Cite byk tergantung. Buat aku xkeruan.
      Ko dh bg chantek part 1, tibe part 2, ko buat aku tergantung sepi…. dibiarkan begitu saja, terikat namun xbertali,mencuba menyimpulkan kembali namun terputus jua….
      5/10

      Reply
    • Dh baca dh nana. Yg last sekali kat part 1 tu awk cerita pasal izan dh m**i kan. Masa tu faridah dan safwan yg jumpa. Lepas tu, bersambung. Bagi pencerahan sikit nana. Klu x pun, awk smbg blk part 3. Hehe. Crta pasal dendam faridah plk. Knpa dia berdendam dgn izan, safwan dan hasnizah. Bole??

      Reply
  3. Alaaarrr…
    Nape x mention nape Faridah berdendam bebenor smpi 3org skali gone…????

    Iye iye ingtkan uncle Cina tu yg antu, rupenye die pn kena kaco gaaakkk…
    Antu punye hantu…

    Reply
    • Tulaa pasal…
      Mati2 ingt uncle tu hantu…
      Safwan ingt uncle tu x tekan button, yg si uncle ni plak tekan button x gerak2…
      Hahahahhaadoiii…

      Reply
  4. Faridah punya keje ghopenyee…
    Ape yg buat faridah ni bdendam ngn 3org ni??
    Ada kaitankah dgn kematian kak aziah nasi lemak?
    Atau… Cinta tak berbalas??
    Adakah faridah ni seorang yg psiko??

    Jangan biar hidup anda diselubungi…. misteri~~ ?

    Reply
  5. apa ni?.. siapa faridah? aku wonder mcm mna la rupa bangunan tmpt drng kerja ni..
    diorang ni pun satu.. da tau tmpt tu berpuaka kenapa x panggil pakar agama ke.. opis aku dlu pun mula2 ada ganguan.. sekarang da x de da.. Lagi satu gerpren c safwan ni kenapa memandai naik lif sedangkan dia x tau safwan kerja tingkat brapa.. x psal2 m**i katak..

    ** nana walaupun sblm ni kau ckp setori kau biasanya cuma ada 2 part je.. tp yg ni aku rasa yg ini kena ada special part.. x lengkap hari aku sbb asyik fikir pasal setori ni..

    8/10 (2 point tu aku p****g sebab kecuaian gerpren c safwan ngan ketidakjelasan ttg faridah.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.