-NOVEL HITAM- PART 2
Hujan diluar semakin menggila lebatnya. Sesekali Hakeemi merenung keluar tingkap sambil melihat taburan kasar manik hujan. Nescafe panas dihirup perlahan. Didalam bingitnya bunyian semula jadi hujan, terasa ada kedamaian di jiwanya. Segar dan menyejukkan. Lalu menyandarkan tubuhnya di kerusi untuk melepaskan lelah setelah seharian penat bekerja sebagai kelindan lori roti didaerah Shah Alam. Saat sepi beginilah Hakeemi akan meneruskan minatnya sejak dari bangku sekolah lagi iaitu menulis cerpen. Hanya untuk mengisi kekosongan yang ada, menghilangkan kebosanan apabila berseorangan di dalam bilik. Tidak ada niat untuk menulis novel ataupun meraih populariti dimedan facebook, mahupun blog miliknya. Itupun minatnya timbul setelah kehilangan ibu tercinta akibat cancer payudara semasa dia disekolah menengah lagi. Sesekali dikerling jam di dinding. Sudah mengenjak ke angka 11.00 malam. Hakeemi mula ligat menaip papan kekunci di laptop.
Namun Hakeemi berhenti sejenak. Dia mula terfikirkan sesuatu. Empat buah novel yang diterimanya petang semalam. Apa yang menariknya, dia telah membeli novel-novel itu di dalam facebook. Salah seorang dari rakan facebooknya ingin menjual sebahagian novel-novel milik arwah suaminya. Selebihnya untuk dijadikan kenangan abadi. Selain hobinya menulis cerpen untuk disimpan didalam blog peribadinya, Hakeemi juga adalah pembaca dan pengumpul tegar novel-novel seram. Hanya sekadar minat padanya. Kebetulan ketika itu dia sedang melayari facebook, tiba-tiba Hakeemi terpandang beberapa gambar novel terpakai yang hendak dijual lalu di wall facebooknya. Hakeemi mula melihat gambar profile serta nama pemilik novel-novel itu.
“Asmah Azhari…..”
Namun…., matanya tertacap pada satu nashkah novel berwarna hitam tanpa gambar atau ilustrasi menarik di kulit novel itu. Hatinya seakan ditarik-tarik untuk membeli novel tersebut. Sedangkan ada banyak lagi novel-novel yang hebat dengan tajuk dan ilustrasi yang lebih menarik berada di dalam gambar yang dipostkan oleh siempunya novel itu.
“NOVEL HITAM…., aku nak belilah, macam menarik je…..”
Lalu Hakeemi terus menghantar mesej melalui messenger.
“Assalamualaikum kak, maaf mengganggu. Saya berminat nak beli novel akak…..”
Hakeemi menanti balasan dari siempunya novel tersebut, Asmah Azhari. Sebelum mendapat balasan sempat dia melihat beberapa buah gambar novel yang bakal dibelinya nanti. Kebanyakkan yang dipilih Hakeemi adalah novel seram. Tidak lama selepas itu……
“Waalaikumsalam…., maaf dik akak lambat reply. Novel yang mana adik nak beli ye…?”
Hakeemi berasa lega kerana mesejnya dibalas.
“Saya nak beli empat. Ada diskaun tak….?” Hakeemi tersenyum sendirian, dia mula memikirkan diskaun yang akan diberi Asmah nanti.
“Sebenarnya, novel-novel ni semua harta kesayangan arwah suami akak. Tapi akak terpaksa jual sebab novel dia terlalu banyak. Akak jual bukan sebab duit, tapi novel-novel ni mungkin boleh digunakan oleh orang lain untuk membacanya. Kebanyakkan novel-novel ni novel lama, sudah tidak di publishedkan lagi..”
“Macam tu…..” Sedikit perasaan simpati dari Hakeemi.
Segala urusan jual beli novel yang dipilih Hakeemi berjalan lancar seperti yang diharapkan.
Hakeemi bingkas bangun mendapatkan novel-novel yang baru dihantar petang semalam. Buku-buku yang sudah dibuka pembalutnya dibelek satu persatu. Bersemangat Hakeemi apabila melihat buku idaman berada digenggaman. Ada empat buah novel seram berada dihadapannya. Namun Novel Hitam tetap menarik perhatiannya.
“Nipisnya buku…. Aku ingatkan tebal. Novel apa nipis gila…!! Patutlah murah….!!”
Novel Hitam itu di teliti, lalu novel itu di buka dan di baca. Ada perkataan pertama di muka surat pertama yang menggamit perhatiannya.
MOHON JANGAN DIBACA NOVEL INI……
Baru sahaja Hakeemi memasuki perenggan pertama, tiba-tiba pintu biliknya diketuk oleh seseorang.
TOK..!! TOK..!! TOK..!! TOK..!!!!
“Masuklah……” Hakeemi seperti sudah mengagak siapa yang mengetuk pintu biliknya.
“Ayah….. Lambat ayah balik? Sibuk sangat ke….?” Ayat berbaur perli terhambur dari mulut Hakeemi.
“Kawan-kawan ajak ayah minum kat mamak. Takkan ayah nak tolak….” Haris tertempan dengan soalan anaknya.
“Nasib baik hari ni saya balik awal. Kalau tidak tak tahu apa jadi kat nenek. Balik je ayah takde. Biarkan nenek seorang diri dekat rumah……”
Hakeemi berasa sedikit risau dengan keadaan neneknya ditinggalkan seorang diri oleh ayahnya. Segala tanggungjawab menyara keluarga kini digalas Hakeemi, sementalah dengan keadaan kaki ayahnya yang hanya tinggal sebelah sahaja. Ayahnya terlibat dengan kemalangan jalan raya dua tahun lalu semasa pulang dari bekerja dengan menaiki motosikal sehingga kehilangan sebelah kaki kanan yang kini hanya bergantung dengan kaki palsu.
“Nenek dah makan…?”
“Sudah. Ayah…., tadi saya tengok nenek mengigau lain macam, masa dia tidur lepas maghrib tadi….” Sambil merenung ayahnya dengan wajah kerisauan.
“Mengigau….? Biasalah mengigau, apa yang pelik pulak….?”
“Dia meracau-racau. Semalam demamnya dah kebah tapi tadi naik balik suhu badan dia. Dia macam takut…..” Hakeemi semakin risau dengan keadaan neneknya yang semakin uzur malah langsung tidak diperdulikan oleh anaknya sendiri.
“Dia meracau-racau, macam takutkan sesuatu. Sampai tangan Keemi pun dia genggam kuat…..!”
Sambung Hakeemi sambil menunjukkan pergelangan tangannya yang digenggam neneknya.
“Dia ada sebut apa-apa ke masa dia meracau tu….?” Ada kerisauan di hati Haris.
“Ada…., entahlah tak berapa jelas nenek cakap apa. Cuma dengar, DIA DAH KEMBALI, DIA DAH KEMBALI…. Itu je yang dia sebut…”
Hakeemi cuba menjelaskan, tetapi dia tidak dapat tangkap akan maksud yang disebut oleh neneknya.
“Tak apalah nanti ayah jengok nenek. Tu…, novel baru ke…..?” Sambil memuncungkan mulutnya menghala kearah novel yang baru di beli Hakeemi.
“Ya, petang semalam sampai. Beli online……”
“Mahal ke novel tu semua…..? Cukup ke gaji dengan hanya jadi kelindan lori….?”
Pada Haris menulis cerpen mahupun membeli novel-novel hanya perbuatan sia-sia dan membuang duit. Dia paling tidak gemar dengan hobi anaknya itu yang pada pendapatnya amatlah membosankan. Sementalah dengan gaji yang tidak seberapa sebagai kelindan lori.
“Novel ni semua murah je ayah. Novel terpakai. Dulu saya nak sambung belajar ayah tak bagi. Suruh tolong ayah tanggung keluarga. Jadi….., ayah kena terimalah kerja saya. Zaman sekarang kalau nak hidup, tak boleh pilih kerja. Apa yang lebih penting halal nak bagi ayah dan nenek makan…….”
Sakit benar hati Hakeemi dipandang rendah oleh ayahnya terhadap pekerjaan yang dilakukannya. Namun Hakeemi tetap bersabar melayan setiap karenah ayah dan neneknya.
“Tak apalah…., ayah nak jengok nenek. Jangan tidur lewat pulak, esok nak kerja……”
Haris terasa malu dan tersinggung dengan kata-kata anaknya, namun perasaan itu cuba diselindungkan. Untuk mengelak dari bertelagah, Haris terus berlalu meninggalkan Hakeemi sendirian semula di dalam biliknya.
“Ya, ya…. Nak tidurlah ni…….”
Akhirnya Hakeemi membatalkan sahaja niatnya untuk membaca Novel Hitam malam itu.
…………………………………………………
Sebaik melihat anaknya, Haris menuju kebilik ibunya. Pintu bilik dikuak perlahan.
Sebaik pintu bilik terbuka Haris terkejut apabila melihat ibunya duduk bersandar di katil sambil tercungap-cungap.
“Kenapa bu……?”
Haris duduk disebelah ibunya, lalu bertanya kepada ibunya sambil tangannya meletak lembut didahi ibunya untuk mengetahui kesihatan ibunya.
“Ibu takut…. Dia sudah kembali Ris…, dia dah kembali…. Ibu langsung tak boleh nak lelapkan mata, dia pasti muncul dengan wajahnya yang mengerikan tu…….”
Hasyimah memaut lengan Haris sambil meratap ketakutan.
“Siapa yang dah kembali bu…. Hakeemi pun dah risau dengan keadaan ibu. Ibu ni macam-macamlah…..!”
Sebolehnya Haris malas hendak melayan karenah ibunya yang dianggapnya seperti budak kecil yang hanya inginkan perhatian.
“SERI……, Haris….!! SERI….!!! Seri sudah kembali……!! Dia nak b***h ibu….!! Dia nak b***h kamu….!! Walaupun hanya mimpi, tapi macam bukan mimpi yang ibu rasa. Dia kata…, dia dah semakin dekat…. Ibu takut Haris, ibu takut…….!!!!”
Semakin deras air mata Hasyimah beritahu akan mimpinya itu kepada anaknya, Haris.
“Ibu boleh diam tak….!!! Nanti Hakeemi terdengar. Ibu jangan nak mengarut boleh…!!! Itu cuma mimpi je. Mainan tidur….!! Lagipun Seri dah lama m**i. Kejadian tu dah 25 tahun berlaku…..!!!”
Haris semakin rimas dengan perangai ibunya yang terlalu mudah percayakan mimpi.
“Tapi mimpi tu benar-benar menakutkan ibu. Macam mana kalau mimpi tu betul. Selama ni hidup kita aman tanpa ada gangguan. Tapi…., bermula semalam….., hati ibu tiba-tiba jadi tidak tenteram. Selepas maghrib ibu tertidur, ibu dapat rasakan rambut ibu bagai direntap kuat. Kemudian terasa ada kuku panjang cakar muka ibu sehingga terkoyak kulit ibu…. Kemudian ibu terdengar suara perempuan ketawa sambil berkata, AKU SUDAH KEMBALI….., AKU SUDAH KEMBALI………”
Hasyimah menceritakan kembali mimpinya.
“Dah lah ibu, tidurlah…. Dah jauh malam ni. Ibu sudah makan ubat….?”
Haris sedikit kendur apabila melihat ibunya bersungguh-sungguh menceritakan mimpinya itu.
“Sudah, ibu dah makan. Tapi…., macam mana kalau dia datang lagi dalam mimpi ibu…..?”
Hasyimah kembali bertanya. Semakin takut untuk dia memejamkan mata.
“Nah baca ni……” Sambil menghulurkan senaskah surah yassin.
Lalu Haris bangun membiarkan ibunya terkulat-kulat diatas katil sambil memegang surah yassin.
………………………………………………..
Haris duduk di sofa yang terletak di ruang tamu. Lalu kaki palsunya ditanggal dan diletakkan secara bersandar berhampiran sofa. Dia mula termenung jauh sambil menyedut rokok. Mula memikirkan yang bukan-bukan tentang mimpi ibunya. Terngiang-ngiang suara ibunya menceritakan perihal bertemu arwah Seri di dalam mimpi sebentar tadi. Sehingga mengeletar tangannya apabila mengenangkan semula mimpi itu. Puntung rokok yang masih berbaki itu terus dilenyek sekuat hati ke dalam ashtray.
“Sial….!!”
Haris merengus marah sambil menggenggam buku lima. Akhirnya termakan juga Haris akan mimpi ibunya. Saat ini perasaannya berada ditengah-tengah, tidak terus percaya tetapi dalam masa yang sama berwaspada.
Dia mula mengimbas peristiwa yang berlaku 25 tahun yang lalu. D***h mudanya membuak- buak ingin sekali merasai nikmatnya tubuh remaja Seri. Seri yang masih belasan tahun diratah secukupnya atas kepentingan hawa nafsunya. Walaupun Seri meronta dan menjerit minta diri dilepaskan, namun tubuh Seri tidak mampu hendak melawan tubuh lelaki Haris yang lebih kuat tenaganya. Terlebih melawan perut Seri akan dipijak-pijak sehingga tidak berdaya untuk Seri bangun mempertahankan diri.
Sudah beberapa tahun mereka anak beranak hidup berpindah-randah selepas kejadian itu. Tidak lama selepas itu dia berkahwin dan mempunyai seorang anak. Hakeemi sahajalah satu-satunya anak yang Haris ada bersama arwah isterinya.
Haris menarik nafas sedalam-dalamnya sambil mengusap-ngusap kaki kanannya yang kudung ke paras betis. Dia semakin gelisah mengenangkan peristiwa itu. Terlalu jauh Haris mengelamun memikirkan hal Seri.
Tiba-tiba……
PPRRRAAANGGGG…….!!!!!!
Terdengar seperti bunyi periuk jatuh dari lantai.
Haris terperanjat. Dengan serta merta jantungnya berdegup kencang. Peluh dingin mula membasahi dahi. Dalam perasaan was-was itu Haris cuba bangun dengan kaki sebelah tanpa menggunakan kaki palsu, lalu menuju ke dapur untuk melihat apakah yang terjatuh ke lantai. Sampai sahaja di dapur, suis lampu dipetik. Tiada apa kelihatan, kosong. Lantai juga kelihatan bersih dan kering. Haris berasa pelik. Bunyi sesuatu yang jatuh tadi terlalu kuat dan bergema keruang tamu sehingga membuatnya terperanjat.
Haris menuju semula ke ruang tamu. Terjengkot-jengkot dia berjalan dengan perasaan yang bercampur aduk. Haris kembali duduk di sofa kegemarannya. Wajahnya diusap perlahan, mengelap peluh dingin yang mengalir laju dengan tapak tangan kasarnya. Kini matanya terlalu berat untuk terus berjaga dan akhirnya dia mengalah dengan pujuk rayu simata yang minta untuk beradu. Niatnya kini hanya terus ke bilik tidur.
Haris bangun lagi dengan kaki sebelah. Sementara itu tangannya cuba untuk menggapai kaki palsu yang telah disandarkan ditepi sofa sebentar tadi dalam keadaan suasana samar diruang tamu.
Tetapi……..
“Eh…!! Mana kaki palsu aku….!!?”
Haris panik melihat kaki palsunya tiada disitu. Dia benar-benar pasti, bahawa disitulah dia meletakkannya tadi. Puas dicari merata sofa dan disekitar ruang tamu. Namun tiada. Kemudian dicarinya di bahagian dapur, juga tiada. Haris bersandar di dinding melepaskan lelah sebentar.
“Mana perginya kaki aku. Takkan berjalan sendiri…..?” Haris buntu.
Kemudian dia berjalan perlahan menuju ke bilik ibunya untuk mencari kaki palsunya, juga tiada. Kelihatan hanya ibunya sahaja yang tidur lena sambil memeluk surah yassin yang diberinya tadi. Haris menghampiri ibunya yang masih lena, kemudian dahi tua ibunya dicium. Ada genangan air mata dikelopak matanya. Namun air mata segera diseka perlahan. Ada perasaan kesal dihatinya apabila menengking secara tidak sengaja pada ibunya tadi.
“Maafkan Haris bu….”
Sesudah puas mencari dibilik ibunya, kini bilik anaknya pula cuba untuk dicari. Sebaik pintu bilik Hakeemi di kuak, alangkah terperanjatnya Haris apabila melihat kaki palsunya berada di dalam bilik anaknya.
“Pelik….? Bila masa pulak kaki aku dalam bilik Keemi ni…? Bukan aku letak kat tepi sofa ke tadi……?”
Haris semakin bingung dengan misteri yang sedang dialaminya ini. Menjadi bertambah pelik pada Haris apabila terlihat ada tiga cakaran dikaki palsunya dan…., kaki palsunya terletak betul-betul bersebelahan dengan Novel Hitam yang berada diatas lantai.
Lalu Novel Hitam itu di ambil. Haris meneliti novel tanpa ilustrasi itu.
“Buku macam ni pun kau beli….”
Sambil mengerling ke arah Hakeemi yang sedang lena. Kemudian kaki palsunya diambil bersama dengan novel hitam yang sudah berada digenggamnya.
………………………………………………..
Haris duduk kembali di sofa. Matanya yang sedari tadi mengantuk itu kembali segar selepas aktiviti mencari kaki palsunya itu berhasil. Kini niatnya untuk membaca Novel Hitam milik Hakeemi.
“Aku nak cuba baca. Entah apalah yang menariknya buku novel yang kau beli ni nak…..”
Haris mula membaca….
MOHON JANGAN DIBACA NOVEL INI…!!!
Sehelai demi sehelai isi novel itu dibacanya. Haris seperti mengetahui siapakah yang menulis novel ini. Semakin jauh Haris membaca, semakin takut Haris akan kebenaran yang tertulis di depan mata.
Akhirnya Haris sudah hampir ke muka surat terakhir. Terkejut dan terkedu Haris apabila membaca coretan terakhir Seri.
**17/7/1992- 8.00 malam
Ibu….,makcik nak lacurkan Seri malam ini. Seri bukan pelacur….!!!!! Makcik kata Seri dah rosak. Tapi Seri dirosakkan oleh anaknya sendiri….!!!!!
Maafkan aku, aku sudah tak mampu. Biar darahku menjadi saksi…. Aku bersumpah sesiapa yang membaca buku catatan ku ini, maka berakhirlah hidup mereka….!!!! Aku bersumpah….!!!!!!
Sumpah ku ini akan berakhir selepas buku ini sampai kepada makcik dan Haris, dua durjana, anak beranak iblis…!!!! AKU BENCI MEREKA…!!! AKU BERSUMPAH BIAR D***H KU MENJADI SAKSI…….!!!!!!**
Sehinggalah ayat terakhir di muka surat terakhir………
SUDAH KU KATA, JANGAN BACA NOVEL INI…!!!!
“Seri…..? Mustahil. Siapa pulak yang tulis buku ni…..? Takkan ini buku catatan Seri yang aku dan ibu cuba nak ambil tu….? Bukan sudah hilang dalam sungai ke buku catatan ni. Bodoh punya penulis….!!!”
Haris tidak mahu percaya akan catatan yang tertulis dalam Novel Hitam itu. Padanya mustahil diari milik Seri yang hilang dalam sungai selama 25 tahun dahulu boleh muncul semula dalam bentuk novel. Mustahil…!!!
Tiba-tiba…..
Bulu tengkuknya mulai meremang. Kemudian lampu di ruang tamu terpadam sendiri secara tiba-tiba. Haris mulai mengelabah bangun mencari lilin dan lighter. Tangannya meraba-raba di dalam gelap.
Dalam pencariannya mencari lilin dan lighter itu, Haris seakan terpegang sesuatu. Kain labuh jenis kapas yang sedang di pegangnya kini dan Haris merasakan ia betul-betul sedang berada di hadapannya. Namun Haris masih tidak pasti, apakah itu…
Tiba-tiba lampu di ruang tamu kembali menyala. Alangkah terperanjatnya Haris apabila melihat satu mahkluk yang menakutkan sedang berada dihadapannya sambil menyeringai kepadanya dengan matanya membulat semerah saga sedang memandang tepat ke anak mata Haris. Lalu…., tanpa sempat Haris berbuat apa-apa, mahkluk itu terus menerkam Haris……
“HARIS…..!!!!! AKU NAK KAU M**I…..!!!!!!!”
…………………………………………………
Keesokkan malam…..
Kereta yang di pandu Hanum, dibawa selaju mungkin meredah kepekatan malam. Kedua-dua anak kembarnya Laila dan Laili, telah di hantar kerumah pengasuh. Hanya dia bersendirian memandu kereta menghala ke rumah Asmah. Malam semalam dia bermimpi yang sesuatu yang tidak baik. Arwah Firman hadir dalam mimpinya membawa buku berwarna hitam, buku itu dipenuhi dengan d***h sambil menghulurkan kepadanya. Ada perkataan yang terkeluar dari bibir Firman yang pucat itu.
“NOVEL HITAM INI ADA SUMPAHAN…., JANGAN BACA SAMPAI HABIS…., JANGAN BACA SAMPAI HABIS….., HANUM…..!!!!”
Hanya sebentar sahaja mimpi itu hadir, tetapi cukup untuk membuat Hanum mengerti akan maksudnya.
Berbekalkan ingatannya pada mimpi arwah Firman itu, Hanum bergegas ke rumah Asmah, balu arwah Annuar. Semasa hari pengkebumian Annuar, Hanum langsung terlupa untuk mengambil semula Novel Hitam itu. Termasuklah di hari pengkebumian anak saudara Asmah, Fareez korban ketiga Novel Hitam itu.
Sampai sahaja di rumah Asmah, pintu rumah Asmah diketuk.
TOK…!!! TOK…!!! TOK…!!!
“Assalamualaikum…. Assalamualaikum….”
Tidak lama selepas itu, muncul Asmah di muka pintu. Lalu Hanum di jemput masuk ke rumah.
“Asmah, siang tadi akak call tanya fasal Novel Hitam tu, dah jumpa ke belum….?”
“Sebenarnya buku tu saya dah jual. Maaf kak…., saya langsung tak tahu fasal Novel Hitam tu. Sorry ye kak….?”
Asmah menunjukkan wajah serba salahnya. Dia benar-benar tidak mengetahui buku itu milik Hanum.
“Takpelah…. Akak pun baru tahu. Sebenarnya, buku tu akak jumpa. Akak yang sepatutnya minta maaf pada Asmah. Sebab…., akaklah penyebabnya. Kalau akak tak ambil buku tu di tebing sungai, sudah pasti perkara ini takkan berlaku. Sudah tentu kamu tidak akan kehilangan Annuar dan Fareez….”
Seraya itu Hanum terus memeluk Asmah dengan linangan air mata tanda mohon maaf dan rasa bersalahnya di atas kehilangan dua insan kesayangan Asmah.
“Kak…, saya tidak penah salahkan akak. Saya anggap semuanya sudah suratan takdir. Lagipun Allah sudah aturkan semuanya. Kalau tidak kerana novel tu, mungkin mereka akan meninggal dengan cara yang lain pula…..” Asmah hanya menunduk sayu, cuba menyeka air mata dari terus mengalir deras.
“Tapi…, Asmah boleh tolong akak…? Tolong check balik siapa pembeli tu. Kita mesti cepat Asmah. Takut orang lain yang tidak bersalah menjadi mangsa lagi…..”
“Kejap saya check kat messenger…..”
Lalu messenger di buka. Sempat Asmah melihat satu persatu senarai pembeli novelnya.
“Kak….! Ni dia. Novel Hitam ni kan…? Nama pembelinya Hakeemi. Ini alamat rumah yang dia bagi…..” Asmah menunjukkan nama Hakeemi sebagai nama pembeli Novel Hitam itu kepada Hanum berserta alamat rumahnya.
“Ya,ya… Inilah novelnya. Malam ni jugak akak mesti pergi rumah dia…!! Nampaknya akak kena lakukan ini sendirian. Lagipun…., Asmah dalam iddahkan. Kalau apa-apa jadi pada akak……..” Hanum terdiam seketika, seakan tidak mampu menyambung ayat-ayat seterusnya.
“Apa dia kak…..?” Asmah memegang tangan Hanum, cuba untuk menenangkan Hanum.
“Kalau apa-apa jadi pada akak…., tolong tengokkan Laila dan Laili ya. Katakan pada mereka, akak sangat, sangat,sangat sayangkan mereka……” kelihatan manik-manik jernih mengalir lagi dikelopak mata Hanum.
“Ya Allah…., apa yang akak cakap ni. Akak tidak akan apa-apa kalau akak tak baca novel tu. Dapat je novel tu, akak mesti bakar. Kalau bakar rasanya hilang sumpahan tu…, InsyaAllah…, Allah pasti bantu kita…..”
Asmah kembali menenangkan Hanum yang semakin gelisah.
“Ok, akak pergi dulu ya. Asmah doakan akak berjaya….”
Hanum perlu bertindak segera untuk mengelakkan orang lain menjadi mangsa sumpahan novel hitam itu.
…………………………………………….
Hakeemi memeluk erat neneknya yang masih menangis dan bersedih atas pemergian Haris. Walaupun cuba untuk menenangkan neneknya yang sedang bersedih. Hakeemi masih lagi terkejut dengan kematian ayahnya. Dialah orang pertama yang menemui ayahnya yang dalam keadaan terbaring kaku dilantai.
“Nenek, jiran-jiran semua sudah pulang. Dah lewat malam ni, Nenek rehatlah dalam bilik dulu….” Sambil itu Hakeemi memapah neneknya masuk ke bilik.
“Ayah Keemi dah takde…..” Neneknya masih meratap sedih akan kehilangan anaknya sambil menyandar kepalanya ke lengan Hakeemi.
“Ye nek, kita sama-sama kehilangan dia….”
Sedang Hakeemi menyelimuti tubuh neneknya di atas katil. Tiba-tiba…..
TOK..!!! TOK..!!! TOK..!!! TOK..!!! TOK..!!!!
Pintu utama diketuk kuat oleh seseorang.
Hakeemi bingkas bangun menuju ke ruang tamu. Lalu pintu dibuka….
“Assalamualaikum….. Ini Hakeemi ke…?” tanpa berlengah Hanum terus memberi salam dan bertanyakan nama Hakeemi.
“Ya, saya Hakeemi. Puan ni siapa….?” Hakeemi berasa pelik dengan kehadiran seorang wanita datang ke rumahnya pada lewat malam ini.
“Saya Hanum. Ingat lagi tak Puan Asmah yang jual novel kat facebook pada kamu beberapa hari lalu. Ingat tak….?” Hanum cuba memperkenalkan dirinya.
“Ooo…, ingat. Puan Asmah yang jual novel-novel lama tu…. Kenapa puan……?” Hakeemi mula mengingati semula dalam masa yang sama timbul perasaan pelik dihatinya. Sejurus kemudian Hakeemi mempelawa Hanum masuk ke rumahnya.
“Jemput duduk puan Hanum…..” lalu mempersila Hanum duduk di sofa.
“Kamu tinggal dengan siapa….?” Hanum memandang sekeliling ruang tamu. Terasa suram suasana di dalam rumah Hakeemi. Hanum dapat merasakan kehadiran sesuatu di dalam rumah itu.
“Sepatutnya bertiga. Pagi tadi arwah ayah saya di kebumikan. Dia kena serangan jantung malam semalam. Dia terbaring kat area sinilah…..” sambil menunjuk kearah lantai dimana dia menemui ayahnya.
“Sekarang berdua dengan nenek jelah…..”
Sambung Hakeemi sayu.
Hanum terkejut mendengar ada kematian dirumah Hakeemi. Pada fikirannya, kemungkinan ada kena mengena dengan Novel Hitam itu.
“Hakeemi…, saya sudah tidak boleh berlengah lagi. Berikan saya buku Novel Hitam tu, nanti saya bayar balik duitnya…”
“Kenapa dengan novel tu….?” Hakeemi inginkan jawapan.
“Novel tu ada sumpahan. Sesiapa yang membaca novel tu sampai habis. Orang yang baca tu……, akan m**i…!!”
Kini baru Hakeemi teringat saat dia bertemu jasad ayahnya dilantai itu. Hakeemi berasa pelik kenapa Novel Hitam itu ada disebelah jasad ayahnya. Tetapi ketika itu, Hakeemi langsung tidak mengesyaki apa-apa.
Tiba-tiba…….
“ARHHHHHH……..!!!!!!”
Hakeemi terdengar suara neneknya menjerit dari dalam bilik. Hanum mengekori langkah Hakeemi dari belakang.
Apabila daun pintu bilik di kuak, Hakeemi melihat neneknya sedang berdiri di hujung katil. Dan lebih memeranjatkan lagi mereka, Novel Hitam itu ada diatas katil neneknya.
“Kenapa nek…..!!?” Hakeemi memaut neneknya yang seakan tidak berdaya untuk berdiri.
“Seri…….” sambil terketar-ketar jarinya menunding ke arah kepala katil.
“Nenek baca buku ni ke….!!?” Haris menunding ke arah Novel Hitam .
Namun dengan segera Hanum mengambil Novel Hitam yang berada di atas katil itu.
“Lepas tahlil tadi, masa kamu jamu makanan pada jiran kita tadi, nenek baring dalam bilik, buku tu sudah ada di sebelah nenek. Teringin pulak nak baca isi dalamnya. Nenek sempat baca separuh je. Bila nak tidur ni, nenek cuba nak sambung baca balik sebab mata nenek tak ngantuk lagi. Kalau pejam mata, asyik teringat ayah kamu je…..” sambil memandang sayu Hakeemi.
“Habis tu, nenek dah baca sampai habis ke….!?” Hakeemi mula meninggikan suara pada neneknya. Seolah-olah tertekan dengan masalah yang timbul.
“Hakeemi, jangan macam tu. Tak baik….” Hanum cuba menenangkan Hakeemi yang semakin gelisah.
Tiba-tiba……, dalam Hakeemi yang sedang kemarahan itu, lampu bilik terpadam. Bukan sahaja di dalam bilik bahkan lampu keseluruhan rumah juga terpadam, menjadikan keadaan di dalam rumah gelap gelita. Lalu Hakeemi cuba memapah neneknya untuk di bawa keluar dari bilik, sementara Hanum telah membawa Novel Hitam itu terlebih dahulu keluar dari rumah untuk di bakar.
Hanum mencampakkan novel itu ke tanah. Dalam keadaan terkocoh-kocoh ditambah pula dengan perasaan takut yang mula menguasai diri Hanum memberanikan diri cuba untuk membakar novel itu. Lighter yang sudah tersedia di tangan, mula di nyalakan. Akhirnya…., terbakarlah Novel Hitam itu di depan halaman rumah Hakeemi.
Hanum tersenyum puas. Apabila niatnya untuk mematikan sumpahan di dalam Novel itu membuahkan hasil.
Dari dalam rumah Hakeemi yang gelap terlihat samar-samar Hakeemi sedang memapah neneknya untuk di bawa keluar. Tidak sabar rasanya Hanum memberi tahu akan kejayaannya membakar novel hitam itu.
“Hakeemi…., akak dah bakar novel ni….”
sambil menunjuk ke arah api yang masih menyala. Novel itu kelihatan tenggelam di makan sang api.
Tidak sampai beberapa langkah Hakeemi dan neneknya di muka pintu…., pintu utama tiba-tiba tertutup dengan kuat seperti ada yang sedang menghempas pintu itu. Manakala Hakeemi dan neneknya terperangkap di dalam rumahnya yang gelap. Hanum yang sedari tadi menunggu di luar, berlari menuju ke pintu. Tombol pintu dipulas sedaya mungkin, namun ia seperti dikunci dari dalam.
BAM…!! BAM…!! BAM…!!!!
Terdengar dari dalam rumah, seperti ada yang menendang dari dalam.
“Hakeemi…, kau yang tendang ke….!!!?”. Hanum menjerit dari luar. Berpeluh-peluh Hanum cuba memulas tombol pintu itu.
” Ya…!! Saya yang tendang…!! Pintu tak boleh nak bukak…!! Takutlah puan Hanum, macam ada benda kat sekeliling saya dan nenek ni….!!!” kedengaran nada ketakutan Hakeemi dari dalam rumah.
” Benda apa….!!?”
“Ya Allah…, tak tahu….!! Saya tak nampak….!! Gelap kat dalam rumah ni….!!” Hakeemi mematikan soalan Hanum.
Dari dalam rumah, Hakeemi seperti terdengar suara seorang perempuan di setiap penjuru rumah.
“HA, HA, HA…… BERI DIA PADA KU……….”
Hakeemi menoleh ke kiri kemudian ke kanan namun tidak ada satu kelibat mahkluk pun yang kelihatan, yang ada hanya suara mahkluk itu sahaja yang bergema di setiap ceruk rumah.
“BERI KAU APA SYAITAN…..!!!?? JANGAN GANGGU KAMI….!!! PERGI….!!!!!’
Hakeemi menjerit kepada mahkluk yang tidak kelihatan itu. Dia tidak sanggup melihat neneknya pula menjadi korban sumpahan mahkluk didalam buku itu.
” BERI PEREMPUAN TUA ITU PADA KU….. HA, HA,HA… BERI DIA PADAKU……!!!!”
Kedengaran suara makhluk itu seakan marah.
“TIDAK…!! AKU TIDAK AKAN BERI DIA PADA KAU……!!!”
Kelihatan Hakeemi semakin berani walaupun perasaan gementar lebih banyak menguasai dirinya.
BAM…!!! BAM…!!! BAM…!!! BAM…!!!
Sekali lagi pintu di tendang. Sehabis tenaga Hakeemi cuba menendang pintu itu. Sudah habis ditendang tombol pintu pula dipulas dan akhirnya…..
“Bismillahirahmannirrahim…….., ALLAHUAKBAR…..!!!!!”
Setelah dalam beberapa minit berhempas pulas, akhirnya Hakeemi berjaya membuka pintu utama.
Buka sahaja pintu, terus neneknya di papah masuk ke dalam kereta Hanum. Tidak sanggup rasanya hendak tinggal walau seminit pun tinggal di dalam rumahnya sendiri.
“Hakeemi, malam ni kamu berdua tidur di rumah akak. Risau pulak tinggalkan kamu berdua di sini….”
Dengan segera enjin kereta dihidupkan, sempat Hanum memandang novel yang sudah dibakarnya di halaman rumah Hakeemi yang tinggal menjadi debu.
…………………………………………
Di dalam kereta, masing-masing hanya mampu terdiam. Hanya keletihan yang terpancar di wajah mereka. Sempat Hakeemi memandang neneknya yang sedang bersandar di kerusi belakang. Hanum melihat jam di tangan. Sudah mengenjak ke pukul 2.00 pagi.
“Kita dah bakar tapi…., kenapa dia masih mengganggu……?” tiba-tiba terpacul suara Hakeemi memecah kesunyian itu.
“Saya tidak ada jawapannya Hakeemi. Sebab kita dilarang baca novel tu. Kalau kita baca, kita m**i…….” Hanum tidak dapat memberi jawapan pasti kepada Hakeemi.
“Dalam rumah tadi…, saya terdengar suara perempuan nak ambik nenek. Dia suruh saya bagi nenek….. Ya Allah…., saya buntu. Dalam fikiran saya sekarang ni, asyik fikir entah apalah agaknya yang nenek dan ayah saya dah lakukan. Sebab malam semalam, saya mimpi tak elok fasal mereka…….”
“Tak usah diungkit kisah silam. Biarkan ia berlalu. Cuma…….”
Hanum seakan mengingati sesuatu. Sesuatu yang membuat dia hampir terlupa.
“Cuma apa puan…..?”
“Dik… Panggil akak je. Tak payah panggil puan….”
Hanum tersenyum memandang Hakeemi yang masih kecelaruan.
“Cuma…., akak rasa, akak tahu jawapannya…”
Sambung Hanum yang semakin pasti dengan apa yang difikirannya.
Hakeemi hanya memandang Hanum dengan pelbagai persoalan. Masih menanti jawapan Hanum yang tergantung itu.
“Buku yang asli. Buku yang akak jumpa ditebing sungai dekat dengan rumah mak akak. Sampai sekarang…., akak masih tak tahu mana perginya buku tu. Lagipun yang bakar tu cuma salinan sahaja…. Akak rasa buku yang asli tu masih ada. Sebab itu mahkluk tu mengganggu…..” Ada kesal diwajah Hanum. Namun…., sedang khusyuk Hanum dengan pemanduannya……
“Eh….!!!! Hakeemi kenapa tangan akak ni.!? Akak tak boleh nak control stereng ni….!!”
“Kak…., break cepat….!!!!” Hakeemi cemas.
Kereta yang sedang dipandu Hanum secara tiba-tiba hilang kawalan. Mujur Hanum dapat mengawal stereng keretanya semula lalu memberhentikan keretanya di bahu jalan. Berpeluh-peluh Hanum menahan takut. Bagai hendak luruh jantungnya saat itu. Hakeemi disebelah kelihatan pucat. Sempat dijengok neneknya yang duduk dibelakang. Ada kelegaan dihatinya.
“Akak rasa…., macam ada orang pegang tangan akak. Langsung tak boleh nak gerak. Nasib baik tak masuk dalam sungai tu…..!!”
Ada sedikit kelegaan dihatinya walaupun ketika itu nyawanya bagai telur di hujung tanduk.
” Hakeemi…, akak nak keluar kereta sekejap. Hakeemi boleh tolong pegang torch light. Tolong suluh. Akak rasa macam ada terlanggar sesuatu tadi….”
Lalu Hanum keluar dari keretanya dan diikuti oleh Hakeemi sambil menyuluh bahagian bawah kereta. Namun tiada apa yang kelihatan.
Sesekali Hakeemi menyuluh sekeliling dan hutan bersebelahan. Gelap dan sunyi. Hanya kereta mereka sahaja yang berada disitu. Ini menambahkan gerun di hati Hakeemi. Diusap-usap bulu roma dilengannya yang mula merinding.
“Gelapnya……” menolong Hakeemi.
Tiba-tiba…….
Sebaik sahaja Hanum dan Hakeemi sedang meninjau keadaan kereta dan sekeliling kawasan yang gelap itu. Secara tiba-tiba kereta Hanum bergerak sendiri secara mengejut menuju ke arah sungai berhampiran. Terus melanggar pokok-pokok renek dan semak samun tanpa ada sesiapa yang memandu.
Alangkah terkejutnya Hakeemi dan Hanum apabila melihat keadaan kereta bergerak sendiri itu. Dengan tanpa berfikir panjang, terus mereka mengejar kereta itu dengan tujuan untuk menghalang dari terjunam kedalam sungai. Namun usaha mereka itu hanya sia-sia. Tanpa dapat dihalang, kereta Hanum terus menjunam kedalam sungai.
Hakeemi semakin panik apabila tidak mampu untuk menghalang kereta dari terus masuk ke dalam sungai. Di fikirannya hanya ingin menyelamatkan nenek sahaja.
“Nenek…!!! Nenek…..!!! Ya Allah, nenek aku…!!”
Hakeemi cuba untuk terjun kedalam sungai, tetapi dihalang oleh Hanum.
“Hakeemi….., jangan….!! Bahaya. Kita tak dapat selamatkan nenek…. Kita sudah terlambat, kita tak boleh buat apa-apa lagi….”
“Kak…, macam mana ni. Nenek ada kat dalam kereta. Ya Allah…, apa aku dah buat. Nenek maafkan Keemi. Keemi tak mampu…..” Hakeemi menangis teresak-esak melihat neneknya tenggelam bersama kereta.
Sedang mereka berdiri di tebing melihat kereta Hanum secara perlahan ditelan sungai. Kelihatan nenek Hakeemi menangis sambil menepuk-nepuk cermin kereta mohon untuk di selamatkan. Sedang mereka memandang sayu nenek Hakeemi sedang tenggelam di dalam kereta, muncul sosok seorang perempuan duduk disebelah nenek sambil melambai-lambai kepada mereka seolah-olah mengucapkan selamat tinggal.
Hanum berasa bersalah kerana tidak mampu menyelamatkan satu lagi nyawa.
Sementara menunggu mentari mula menampakkan diri. Hanum dan Hakeemi hanya mampu duduk dibahu jalan menanti bantuan jika ada kenderaan yang lalu lalang waktu itu. Hendak memohon bantuan, hand phone juga berada di dalam kereta yang sudah tenggelam di dasar sungai.
Sedang Hanum kepenatan itu, sempat Hanum menadah tangan memohon kepada yang maha Esa…..
“Ya Allah….., ku pohon pada mu, lindungilah kami ya Allah. Jauh kan kami dari gangguan syaitan dan iblis. Ampunkan dosa-dosa kami ya Allah……….”
Sementara Hakeemi hanya memeluk tubuh memandang sayu ke arah sungai yang kembali tenang itu.
………………………………………………..
Ada seorang lelaki tua dalam lingkungan umur 50an sedang menyapu-nyapu sampah dan daun-daun yang berguguran di kawasan tanah perkuburan. Selesai menyapu, sampah dan daun-daun itu di kaut lalu dilonggokkan di satu tempat.
Berulang kali lelaki tua itu melakukan perkara yang sama tetapi berlainan tempat. Kemudian dilonggokkan ditempat yang sama. Begitulah rutin lelaki tua itu apabila terasa kawasan perkuburan itu semakin semak samun. Dia tidak diupah tetapi dia ikhlas melakukannya. Memandangkan kubur arwah isterinya bersemadi disitu.
Lighter dinyalakan lalu terus dihala ke arah longgokkan sampah. Kemudian api yang kecil terus menjadi marak membakar segala sarap dan daun-daun di kawasan perkuburan itu.
Sedang lagut lelaki tua itu melihat api yang sedang marak, terlihat lelaki tua itu sebuah buku terletak di atas pusara yang tidak bernama. Lalu pusara itu didekatinya. Diamati batu nisan yang sudah lama tapi tidak bernama.
“Milik siapa pusara ini……?” kata hati lelaki tua itu.
Buku yang sudah lapuk ditelan zaman yang berada di atas pusara itu di ambilnya. Lalu diselak helai demi helai buku lapuk yang berwarna hitam itu. Kosong. Tidak ada apa yang tertulis didalamnya….
Lalu buku hitam yang sudah lapuk itu di campak didalam api yang sedang membara…..
– tamat-
penulis bukan pilihan,
#nana
#cerpenuntukfiksyenshasha
#masihbarumenuliscerpen
best
Bestnya cite ni… sy suka!
So?Apa jadi pada hanum dan hakeemi ???atau lelaki tua yg kat kubur tu hakeemi?
diorg semua selamat sbb sumpahan tu dah tamat. pakcik tu tgk isi buku tu pun kosong je so dia x baca la
Best… Akhirnya sudah ada penamat, puas hati dengan endingnya.
prediction aku..hanum dan hakimi tu selamat and sumpah yg seri buat da hilang since 2 suspek utama dia da m**i… 6/10
p/s:seri tu patut kena tangan ngan kaki..ada ke patut semua orang dia nak b***h..b***h yo la yg salah tu..hantu yg x professional btul.
sebab sumpahan dia cmtu kn. siapa baca sampai abis mesti m**i sampailah buku tu pegi semula ke 2 org lahanat tu.
macam cerita ‘jangan baca novel ini’
cerita nana tak pernah tak best
seriauuuuu n best sgt
Best. Tapi kenapa mangsa yang tak bersalah pun kena
an dah ade amaran JANGAN BACE NOVEL TU, so sape yg bace akan M**I.