Assalamualaikum, kali ini aku nak cerita satu kisah, sedikit dari kisah benar dan selebihnya ada penambahan perisa supaya dapat melancarkan jalan cerita. Kisah ini berlatar belakang pertengahan tahun 90an. Dan ini kisahnya……
Malam itu selepas penat seharian bekerja di salah sebuah kilang elektronik di Shah Alam, seperti biasa Ilyas dan tiga orang sahabatnya(Firdaus,Pak Li dan Man) sedang leka bersembang di gerai burger Firdaus yang betul-betul terletak berhadapan dengan dewan orang ramai yang tidak berpagar itu. Seakan serius gaya perbincangan mereka mengalahkan menteri kabinet. Kemungkinan topik yang dibincangkan itu tentang kabinet dapur dirumah masing-masing. Kelihatan Firdaus sedang ralit mengemas segala barangan jualan burgernya. Sementara Man dan Pak Li sedang leka bermain karom sambil diperhati Ilyas dengan penuh tekun. Suasana sunyi dikala malam itu menjadi hingar-bingar apabila pemuda harapan bangsa itu mula berkumpul sambil berborak diport rasmi mereka walaupun jam sudah mengenjak ke angka 12 tengah malam. Ketika sedang leka bermain karom tiba-tiba Ilyas bersuara.
“Korang tau tak helmet yang arwah Faizal pakai masa kemalangan tu…,helmet aku…”
Sahabat yang lain terpana mendengar kata-kata dari Ilyas itu.
“Kenapa pula arwahnya pakai helmet engkau? Kenapa tak pakai helmet dia sendiri…?”
Daud bertanya mahukan kepastian dari Ilyas.
“Helmet dia hilang masa dia OT sampai pukul 8.00 malam, sebelum kemalangan tu. Entah dia terlupa letak dekat mana, agaknyalah. Dia tahu aku ada bawa dua helmet masa kat kilang malam tu, sebab aku hantar makwe aku pergi kerja sekali. Aku bagilah dia pinjam. Tak sangka pulak ajal dia malam itu. Dengan helmet aku sekali hilang kat tempat dia kemalangan tu, tak jumpa langsung..! Entah siapalah yang tergamak mengebasnya, mahal aku beli helmet tu….” Ilyas bersuara kesal.
Man hanya menggeleng.
“Siapa pulak yang nak ambik helmet orang kemalangan tu…? Nak buat nombor ke…..? Entah-entah tercampak kat mana-mana..?”
Ilyas hanya mencebik,tidak tahu hendak memberi jawapan yang bagaimana. Sedangkan dia sendiri masih mencari jawapan.
“Tapi…,malam arwah Faizal kemalangan tu, aku dapat panggilan misteri dari seorang perempuan kat kilang. Perempuan tu cakap helmet aku ada dekat dia. Sebab selepas arwah Faizal kemalangan tu…, puas jugak aku dan beberapa orang polis cari helmet aku kat area tu. Langsung tak jumpa, ghaib terus..!! Tak pelik ke…? Kalau kemalangan mesti ada melekat dekat kepala ke, tercampak kat sekitar situ ke…? Mesti ada dekat situ kan…? Korang tak rasa pelik ke? Pelikkan…?”
Pak Li merapati Ilyas sambil kedua-dua tangannya memegang bahu Ilyas seolah-olah bersimpati dengan kehilangan helmet Ilyas.
“Sedih aku dengar kisah kau…… Sudahlah….!!! Kau berkhayal je….!!! Perempuan mana yang nak ambik helmet kemalangan pecah berdarah kau tu…!!! Sudahlah…!!! Jangan nak kelentong kitorang…!!!”
Mengekek-ngekek Pak Li ketawa mendengar penjelasan daripada Ilyas sambil bersuara lantang memecah kesunyian malam itu. Pak Li sememangnya tidak percaya dan dia menganggap cerita yang disampaikan Ilyas itu suatu kisah yang mengarut dan tidak masuk dek akal.
Man juga turut bersetuju dengan kata-kata Pak Li.
“Kau lebih terkenangkan helmet dari arwah Faizal. Redha ajelah…,nak buat macam mana helmet kau nak hilang. Bukan kehendak arwah benda tu nak jadi. Lagipun engkau patut bersyukur,masih lagi bernyawa duduk dengan kitorang kat sini. Engkau hilang helmet, Faizal hilang nyawa. Mana lagi tragik…..!?”
“Man….ada tak kau dengar aku tuduh arwah hilangkan helmet aku. Aku cuma tertanya-tanya siapa gerangan mahkluk yang kebas helmet aku masa Faizal kemalangan malam tu. Aku cakap lain, kau melalut benda lain kenapa!? Sudahlah….,terpulanglah kat korang nak percaya ke tidak. Aku nak balik…! Dah malam…!” Ilyas kembali membalas kata Man dan Pak Li. Namun tidak diendahkan sahabat-sahabatnya yang lain. Justeru itu pulanglah Ilyas kerumah dalam keadaan tidak berpuas hati. Sakit benar hatinya apabila kisah seramnya dijadikan bahan lawak dan dituduh mereka cerita. Niat dihati hanya hendak bercerita akan kehilangan helmetnya tetapi disalah tafsir pula oleh sahabat-sahabatnya. “Terpulanglah….” Ilyas bermonolog sendirian.
……………………………………………………….
Imbasan di malam kejadian Faizal kemalangan……..
Ilyas disapa oleh Hairul, line leader dibahagian dia ditugaskan.
” Liyas….! Ada call untuk engkau. Pergi jawab kat bilik maintenance…..”
“Kenapa kat bilik maintenance pulak…?” Soal Ilyas.
” Kau ni agak-agaklah… Kau nyanyuk ke, malam-malam mana ada office bukak. Dah pukul 11 malam kan. Siapalah yang call kau agaknya….? Pergilah jawab….!” Tempikan Hairul membuatkan pekerja yang sedang ralit memasang komponen di conveyor beralih memandang Ilyas. Ilyas sedikit kecewa diherdik begitu oleh line leadernya.
“Orang tu yang call aku, bukan aku yang mintak…!!” Tempikkan dibalas dengan tempikkan, begitulah Ilyas jika dia diperlakukan begitu. Dengan segera Ilyas berlalu pergi ke bilik maintenance. Sampai dibilik tersebut, ganggang telefon dicapai…..
“Hello…?”
Sunyi…..,tiada tanda-tanda suara atau hembusan nafas dicorong talian.
“Hello…..,nak cakap ke tak nak ni..? Aku letak kang……!” Ilyas mulai panas hati. Sipemanggil itu hanya mendiam sedari tadi.
Sunyi lagi…., tetapi Ilyas cuba juga untuk berdiam mengikut rentak sipemanggil di hujung talian, ingin cuba mendengar setiap hembusan nafas siempunya suara misteri itu. Namun keadaan seperti tadi juga, sunyi dan sepi dihujung talian. Tidak lama kemudian, Ilyas mendengar satu suara halus sedang bersenandung shahdu sambil bergelak ketawa.
“Hmm….Hmm….Hmmmm…. He…He…He….”
“Saudara….. Sahabat saudara kemalangan. Helmet saudara ada dengan saya. Penuh dengan d***h segar…….hehehehe……..”
Terbeliak Ilyas mendengar suara seorang WANITA..! Lemak gemersik sungguh suaranya. Tetapi ketika dihujung talian Ilyas terdengar suara wanita itu tergelak kecil, gelak yang seakan menakutkan….HEE…HEE…HEE…HEE…
Gila perempuan ni….!! Ilyas mendengus sendirian. Ilyas berasa sedikit pelik, bagaimana wanita itu tahu helmet yang Faizal pakai adalah kepunyaannya. Dan yang lebih menggerunkan wanita itu mengatakan Faizal kemalangan dan helmetnya ada padanya, malah dipenuhi “d***h segar”.
Gulp! Ilyas menelan liur.
Baru sahaja hendak meletak ganggang telefon, terdengar pula bunyi bising dari luar bilik maintenance. Dengan segera dia keluar untuk melihat apa yang sedang berlaku.
” Kenapa…? ” Segera Ilyas bertanya untuk mendapatkan kepastian dari beberapa orang pekerja yang sedari tadi seperti dalam kecemasan.
” Haaa….,Liyas..!Kau kawan Faizal kan…? Aku nak beritahu ni, Faizal kemalangan kat Klang dalam pukul 9.00 malam tadi. Aku dengar dia kena langgar dengan lori pasir….”
Terkejut Ilyas saat diberi tahu perihal kemalangsn tersebut.
” Tapi….., dia dah takde. Dia meninggal kat tempat kejadian…..”
Sambung pemuda itu dengan wajah yang sugul. Terus Ilyas terduduk mendengar Faizal sudah tiada.”Faizal dah meninggal….?”
…………………………………………………………………
Sampai sahaja dirumah selepas puas bertapa digerai burger Firdaus, Ilyas membuka segala pakaian yang tersarung dibadan, tujuannya untuk mandi agar badan yang berlengas dek dibasahi peluh dapat disegarkan semula dengan kedinginan air dikolah. Selesai segala urusan rasmi dikamar mandi, dengan segera kain pelikat dicapai. Ilyas berteleku di birai katil difikirannya masih memikirkan gemersik suara pemanggil wanita misteri itu dua minggu lalu. Juga masih memikirkan helmetnya yang hilang. Segala semak ditepi jalan dan juga sepanjang jalan sudah dicari tetapi masih belum ditemui. Dikotak fikirannya juga memikirkan, kemungkinan helmetnya dicuri mat dadah dan juga berkemungkinan minah dadah.
“Dah perempuan yang telefon aku…,minah dadahlah…!” Ilyas bermonolog sendirian.
“Tapi…..,macam mana dia tahu nombor telefon kilang…? Macam mana juga dia tahu helmet tu bukan arwah Faizal punya…?”
Persoalan yang tidak habis dijawab olehnya sendiri. Kemudian didalam sarat dia memikirkan pelbagai persoalan tentang helmetnya, terdengar dia bunyi ketukan dari pintu utama rumahnya.
TOK…TOK…TOK…TOK…!!! Ilyas membiarkan sahaja. Difikirannya mungkin ibunya akan membuka pintu tersebut.
TOK…TOK…TOK…TOK…!!! Ilyas menunggu lagi, difikirannya masih mengharapkan ibunya membuka pintu utama. Kembali sunyi…..
TOK…TOK…TOK…TOK…!!! Ilyas semakin rimas.
Dengan segera dia keluar dari bilik. Ruang tamu rumahnya gelap gelita,hanya ruangan dapur sahaja yang sengaja dibiarkan terang. Ilyas memulas tombol pintu, melihat keluar. Sunyi dan suram suasana luar rumahnya. Tiada sesiapa yang kelihatan diluar rumah. Namun apabila Ilyas tertunduk kebawah, terkejut dia melihat hhelmet merah yang dicari-carinya selama dua minggu ini ada didepan pintu rumahnya.
“Eh…! Biar betul..? Macam mana helmet aku ada kat sini…? Siapa pulak yang menghantarnya…?” Ini menambahkan lagi kekusutan difikirannya. Lalu terus diambil helmetnya dan diamati setiap perinci helmet tersebut.
“Elok je,takde kemik langsung. Faizal ni biar betul, pakai ke tidak helmet aku ni….?” Melihatkan keadaan helmetnya yang kelihatan masih elok, malah tidak ada sebarang kemek atau pecah pun disebabkan kemalangan itu, menambahkan lagi kegusaran dihati Ilyas. Mana mungkin orang yang kemalangan motosikal berlanggar pula dengan lori pasir, helmet yang dipakai masih kelihatan elok lagi. “Nak hantar kebalai ke tidak ni…?” Ilyas berteka-teki. “Ah…,biarlah. Kalau aku hantar karang,takut polis tak percaya sebab masih elok lagi….. Hai helmet, nampaknya memang rezeki aku untuk miliki kau lagi…..” Kelihatan terukir senyum di bibir Ilyas.
Sudah puas membelek helmetnya, Ilyas bingkas bangun dan meletakkan helmetnya diatas almari baju. Kemudian terus dia melabuhkan badannya ketilam. Sengaja badannya diiring mengadap almari. Lalu matanya dikatup agar niatnya untuk tidur terlaksana. Namun sedang matanya mulai mahu terlena,muncul satu sosok tubuh manusia sedang duduk dipenjuru katil,betul-betul dihujung kakinya,juga mengadap almari tetapi kepalanya hanya tertumpu kearah helmet yang baru sahaja diletakkan oleh Ilyas tadi. Ilyas kaget…! Badannya terasa dikunci agar tidak dapat bergerak. Matanya hanya mempu memandang sosok dihujung katil itu.
Walaupun biliknya berkeadaan gelap, tetapi Ilyas masih lagi dapat melihat sosok tubuh manusia tersebut memandangkan dia melihat berpandukan kesamaran cahaya bulan yang memantul dari luar jendela. Kelihatan seperti seorang perempuan. Ya…!! Perempuan….!!
Tidak salah lagi. Tiba-tiba…,dalam keadaan Ilyas yang cuba memaksa badannya untuk bergerak terdengar suara perempuan itu merintih dan menangis sayu.
Hmm…hmm….hmm….hmm….hmm….
Ilyas hanya mampu membatukan diri. Matanya hanya tertumpu pada sosok tubuh perempuan itu. Memandangkan dia cuba melawan ketakutan yang sedang melanda diri,hampir lenjun keseluruhan badannya dek dibasahi peluh. Mahkluk perempuan itu masih lagi meratap hiba dihujung katil tanpa menghiraukan Ilyas yang sudah pun bermandi peluh.
Hmm…hmm…hmm…hmm…hmm….
Dihatinya cuba berani untuk menegur siapakah gerangan perempuan misteri yang tiba-tiba memunculkan diri duduk dihujung kakinya, sambil merintih hiba. Tetapi ia diluar kemampuannya kerana Ilyas langsung tidak berdaya untuk bersuara. Seperti badannya juga, lidahnya seperti telah dibeku. Kemudian…., didalam Ilyas cuba untuk menenangkan diri dan cuba untuk mengawal emosi ketakutan. Akhirnya dia mula terfikir, alangkah bagus jika dia cuba memejamkan mata, kemungkinan makhluk itu boleh hilang dari pandangannya dan juga KEMUNGKINAN ia hanya permainan minda bawah sedarnya, itu yang Ilyas FIKIR. Dan KEMUNGKINAN juga kalau dia buka matanya nanti mahkluk yang menyerupai perempuan itu AKAN HILANG dari pandangannya. Itulah juga HARAPANNYA. Lalu Ilyas cuba menarik nafas sedalam-dalamnya sambil memejamkan mata. Dalam beberapa minit berkeadaan begitu Ilyas membranikan diri cuba untuk membuka mata. Lalu dibilang di dalam hati…….
” 1…. 2…. 3….” matanya dibuka perlahan….
“AKU NAK KAU JADI PENGGANTIII…….!!!!!!!”
Mahkluk perempuan itu memandang tepat kewajahnya dengan kepalanya betul-betul mengadap wajah Ilyas dalam keadaan berpusing 180° kebelakang tetapi badannya masih lagi mengadap ke hadapan, sambil bersuara nyaring menjerit kepada Ilyas. Terbuntang mata Ilyas apabila melihat aksi akrobatik kepala mahkluk itu sehingga terasa berpinar-pinar kepalanya hendak pengsan……
…………………………………………………….
Ustaz Ammar dan Pakcik Jai baru sahaja sampai dirumah Ilyas. Terlihat Ilyas sedang duduk mencangkung ditengah rumah dalam keadaan matanya meliar memandang sekeliling rumah. Sesekali matanya tepat memandang ke wajah ustaz Ammar, kemudian diselang seli melihat wajah Pakcik Jai. Sesekali terdengar dia mendengus marah. Ibu dan ayahnya hanya duduk ditepi sambil memerhati gelagat Ilyas yang dalam kerasukan. Man, Firdaus dan Pak Li juga sudah ada dirumah Ilyas dan hanya mampu memerhati namun dalam keadaan berwaspada takut-takut kalau Ilyas mengamuk lagi seperti tadi.
“Bila dia start jadi macam ni….?” Ustaz Ammar mula bertanya pada ayah Ilyas.
“Baru lagi ustaz, dalam pukul 2.00 pagi ni. Saya bangun nak pergi dapur sebab dahaga, terdengar macam suara dia menangis kat dalam bilik. Saya bukak pintu bilik tengok dia tengah duduk bersila atas katil sambil menangis. Saya tanya, kenapa menangis…? Dia tengking saya. Dia suruh saya diam. Lepas tu dia cakap, AKU NAK DIA…AKU NAK DIA…Itu je ayat yang keluar dari mulut dia berulang kali. Itu yang saya suruh adik dia pergi rumah Man. Suruh panggil Man, Firdaus dan Pak Li datang sekali kerumah. Sebab malam tadi Ilyas ada bersembang dengan diorang. Mujur Man kenal ustaz dan Jai. Itu yang mintak Man jemput ustaz tu….” Panjang lebar penjelasan daripada ayah Ilyas.
Dipendekkan cerita bermulalah sesi merawat Ilyas. Sama seperti mengubat mereka yang pernah dirasuk, akan adalah sesi bersoal jawab antara mahkluk yang berada didalam tubuh manusia dan juga siperawat iaitu ustaz Ammar dan Pakcik Jai. Berpenat lelah dan sehabis daya ustaz Ammar dan Pakcik Jai berusaha mengubati Ilyas. Menurut kata ustaz Ammar, untuk pulih sepenuhnya memakan masa kerana mahkluk yang berada didalam tubuh Ilyas sukar memberi kerjasama dan payah untuk menghalaunya keluar dari tubuh kesukaannya. Didalam beberapa hari berulang alik kerumah Ilyas, Pakcik Jai ingin mencari punca. Namun apabila diamati oleh pakcik Jai “benda” itu tidak dihantar oleh sesiapa, ia memang datang sendiri. Namun apakah punca yang menyebabkan Ilyas jadi seperti itu. Puas Pakcik Jai mencari jawapan dan bersoal siasat Man, Firdaus dan Pak Li namun jawapan mereka hanya TIDAK TAHU sahaja. Lalu Pakcik Jai meminta izin kepada ibu Ilyas untuk masuk kedalam biliknya. Masuk sahaja Pakcik Jai kedalam bilik Ilyas, Pakcik Jai sudah menangkap satu bau yang sungguh hanyir dan meloyakan. Bau seperti D***H…!!
“Kamu tak tercium bau d***h ke masuk dalam bilik ni…?” Sambil Pakcik Jai menggosok-gosok hidungnya.
“Bau d***h..? Takde pun..?” Ayah Ilyas berasa pelik kerana sudah dua atau tiga kali dia masuk kedalam bilik Ilyas, tidak pula dia tercium bau d***h. Ibu Ilyas juga mengangguk tanda bersetuju dengan jawapan suaminya.
Setelah diteliti dan memerhati setiap ceruk didalam bilik Ilyas akhirnya Pakcik Jai sudah menemui jawapan. Pakcik Jai memandang ayah Ilyas sambil jarinya menunjuk ke satu arah diatas almari baju Ilyas.
“Tu….,cuba tengok atas almari baju tu….?”
Ayah Ilyas dan ibunya melihat kearah yang ditunjukkan oleh Pakcik Jai. Terkejut mereka apabila melihat ada satu helmet merah yang retak dan hampir terbelah dua terletak elok diatas almari. Lalu helmet merah yang retak itu segera diambil Pakcik Jai. Pakcik Jai cuba meneliti keadaan helmet yang sudah retak dan hampir masa untuk terbelah dua sahaja. Terdapat d***h kering yang masih melekat didalam helmet tersebut.
“Jadi inilah helmet yang di cerita kan tu….” Ayah Ilyas bersuara faham.
“Habis tu nak buat apa dengan helmet ni…?” Ibunya inginkan kepastian.
“Saya harap minta tolong puan basuh bersih-bersih helmet ni ye. Kalau boleh tanamlah helmet tu sekali. Jauh sikit dari kawasan rumah lagi bagus….” Begitulah arahan dari Pakcik Jai.
…………………………………………………….
Akhirnya Ilyas semakin pulih selepas beberapa sesi berubat dari ustaz Ammar dan barulah dia tahu akan kebenaran disebalik kemalangan yang meragut kematian Faizal. Setelah pulih dari diganggu oleh hantu perempuan itu, ustaz Ammar ada menceritakan kepada Ilyas tentang kejadian sebelum arwah Faizal kemalangan.
“Sebelum Faizal kemalangan, dia ada jumpa dengan saya minta tolong. Tak lama pun, dua hari sebelum kemalangan. Dia kata…,dia diganggu benda. Bila saya tengok, pontianak sebenarnya yang ganggu dia. Memandangkan arwah Faizal selalu kerja lebih masa, balik pulak malam. Entah mana pulak dia boleh terserempak dengan pontianak tu. Tapi tak sangka pula….,hari ketiga saya nak rawat dia….Hmmm, tak apalah sudah tertulis ajal dia saat itu.”
Tekun Ilyas mendengar penjelasan dari ustaz Ammar.
“Tapi…..,sungguh saya tak sangka. Pontianak yang ganggu arwah Faizal, sama dengan pontianak yang melekat di badan kamu. Semasa dalam tempuh saya merawat kamu, pontianak tu datang dalam mimpi saya. Marah sungguh dia pada saya. Dia kata kalau saya rawat kamu lagi, dia akan buat perkara yang sama pada kamu seperti yang dia buat pada arwah Faizal. Benda itu yang pegunkan tangan Faizal, sampai terbabas masuk kelaluan bertentangan sehingga bertembung dengan lori pasir. Sebenarnya arwah dalam perjalanan nak kerumah saya…..” Sayu ustaz Ammar menerangkan kedudukan yang sebenar.
“Pontianak yang ni degil pulak. Tak seperti yang saya pernah jumpa. Sampai nak kamu yang jadi PENGGANTI arwah Faizal. Sebab dalam tiga hari dia duk bertenggek kat badan Faizal, benda tu dah kenal dengan kamu. Biasalah syaitan kan….,macam-macam cara dia nak dekat dengan kita, nak sesatkan kita dan nak jauhkan kita dari Allah. Dengan cara duduk dalam badan kita sampai kita lupa siapa diri kita dan juga lupa siapa Tuhan kita. Macam tulah caranya…….”
Begitulah panjang lebarnya sambungan dari ustaz Ammar. Kini barulah Ilyas sedar akan kekilafannya selama ini yang dalam sedar mahupun tidak sedar. Dia menganggap apa yang berlaku terhadapnya ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku. Termasuklah tiga orang sahabatnya Man, Firdaus dan Pak Li, mereka percaya apa yang berlaku pada Ilyas selepas melihat sendiri kejadian Ilyas dirasuk pada malam itu. Terbit pula rasa menyesal dihati mereka kerana tidak mempercayai kata-kata Ilyas malah mentertawakannya pula.
Setelah terasa diri berasa sihat Ilyas mula bekerja seperti biasa. Sebelum memulakan tugas sempat dia ketandas untuk membuang hajat dipagi hari. Tiba-tiba bahunya ditepuk seseorang. Terperanjat Ilyas disapa begitu.
“Ha, kau Tajul… Kenapa.., terperanjat aku…!!”
“Nah….! Aku terpinjam helmet arwah Faizal. Tak sempat nak bagitau dia, aku ambik kat atas locker yang dia biasa letak tu. Rasa bersalah pulak sebab pinjam tak bagitahu dia….” Terpacul jawapan bersalah dari Tajul.
“Kau rupanya yang ambik…. Takpelah kau letak helmet tu kat atas KUBUR dia………” Ilyas berlalu pergi menyimpan geram dihati.
-tamat-
Penulis bukan pilihan,
#nana
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Best…agak seram ..
Lepastu apa jadi
Pak Li merapati Ilyas sambil kedua-dua tangannya memegang bahu Ilyas seolah-olah bersimpati dengan kehilangan helmet Ilyas.
“Sedih aku dengar kisah kau…… Sudahlah….!!! Kau berkhayal je….!!! Perempuan mana yang nak ambik helmet kemalangan pecah berdarah kau tu…!!! Sudahlah…!!! Jangan nak kelentong kitorang…!!!”
tergelak pula bila baca ayat ney kah kah kah..
mmg hagin aku kalo jnis amik brng org tak reti nak bg tahu tak kesah lah nak pjam pn..
ape motis kakponti tue sebenarye?