Nana

Assalammualaikum para penggemar FS. Di sini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman kawan saya yang hijabnya terbuka. Pekara ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada kawan saya dan juga saya. Hal ini kerana, bila sesuatu itu menyedari dirinya diketahui atau boleh dilihat. Dia mula tertarik untuk ikut orang itu pulang dan mengganggu orang itu serta mereka yang berada disekelilingnya. Sebelum itu, terima kasih kerana admin sudi siarkan kisah terdahulu saya dan sekarang.

Aku sekarang masih menuntut di salah sebuah IPTA di pantai timur. Untung bagiku apabila setiap semester aku ditempatkan di hostel. Pada tahun ketiga pengajian aku, aku duduk bersama 2 orang roommate iaitu Nana dan Azi. Nana merupakan roomate aku yang hijabnya terbuka. Aku tiada masalah mulanya kerana aku bukanlah seorang yang penakut. Malah aku gemar mendengar dan membaca kisah-kisah seram walaupun berseorangan dibilik.

Nana selalu mengadu padaku, ketika kami tiada dibilik dia selalu terdengar orang bercakap-cakap dibilik. Bila dijenguk jelas tiada sesiapa. Selalu juga dia kata tingkap sebelah katilnya selalu diketuk jam 3 pagi. Jumpa “gula-gula” setinggi syiling. Aku mulanya sukar percaya kerana hal itu tidak pernah terjadi pada aku selama aku duduk dibilik tersebut sampai lah pada suatu malam.

Aku sedang bercerita dengan Azi dan Nana mengenai kisah-kisah seram yang aku pernah terbaca dan Nana juga tidak ketinggalan menceritakan pengalaman sebenar dia.

***
Nana jalan masuk ke dalam bangunan falkulti untuk menghantar assignment nya. Seketika kemudian dia melihat sesuatu yang hitam berbulu sedang berjalan disebelah seorang lelaki. Pada mulanya dia ingat benda tu sengaja ikut lelaki itu tetapi yang lebih mengejutkan adalah apabila lelaki tersebut bercakap dengan benda hitam itu secara berbisik. Sedang dia memerhati benda tersebut, lelaki itu memandang tajam pada Nana. Nana segera pusing dan terus berlalu.

Pekara tersebut tidak tamat bergitu sahaja. Malam tersebut dia didatangi benda hitam tersebut ketika dia sedang tidur dan menindihnya sehingga dia sukar bernafas. Pada ketika itu, aku masih belum tidur. Nana cuba untuk panggil aku tetapi tidak berjaya sehingga aku terdengar bunyi mengerang. Aku bergerak ke arah Nana dan menyentuh tangannya yang sangat sejuk waktu itu. Serta merta bulu roma aku meremang dan Nana tersedar dalam keadaan tercungap-cungap

***

Sedang kami leka mendengar cerita dari Nan,a tiba-tiba tingkap kami seperti dilanggar sesuatu sehingga bergegar. Bilik kami di tingkat 3. Mustahil ada orang yang langgar. Angin kot. Tak cukup dengan itu. Baju yang Nana gantung di tepi almari juga turut jatuh.

“Baik kita berhenti dari bercerita. Dia tak suka kita cakap pasal dia lah tu”, Nana memberi amaran.

Kami sebilik sememangnya akan mengaji selepas solat maghrib. Tetapi pada satu malam, aku tak boleh solat. Nana pula tiada kerana ada program di Kuantan. Tinggal lah aku dan Azi di dalam bilik. Selepas Azi solat aku dengar Azi mengaji. Sayup sahaja kedengaran. Aku buat seperti biasa kerana perkara tersebut memang perkara biasa dilakukannya. Antara katil aku dengan katil Azi terlindung dengan almari jadi aku tak nampak apa yang sedang Azi buat cuma dengar sahaja.

Sedang aku leka bermain telefon sambil mendengar Azi mengaji tiba-tiba pintu terbuka. Muncul Azi dengan berpakaian lengkap bertudung seperti baru pulang kelas. Aku sedikit terkejut. Serta merta bunyi mengaji tadi berhenti. “Eh Azi nak pergi mana?”, tanya aku walaupun aku tahu mustahil secepat itu Azi tukar baju sambil mengaji dan keluar. “Apa kau ni. Aku baru balik.” Sudah. Siapa pulak aku tengok sembahyang dan mengaji tadi. Tapi aku positif je. Mungkin dia tumpang nak solat lah kot.

Kejadian seterusnya berlaku ketika exam final. Kebetulan waktu dan tempat aku exam sama dengan Nana iaitu dalam dewan besar. Sedang aku bertungkus lumus menjawab paper hari tu, pen yang aku pegang terjatuh seolah-olah ditolak. Aku ambil semula dan jawab balik. Tapi kali ini pen aku ditolak dengan lebih kasar dan tercampak sehingga ke meja sebelah. Dari takut aku jadi marah sebab buang masa aku je. Dah lah masa dah nak habis. Aku kemudian cuba bertenang. Baca ayatul kursi, 3 qul dan aku hembus dikiri dan kananku.

Dalam hati aku berkata, “aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku. Kau pergi kacau orang lain.” Kedengaran agak selfish tapi aku memang tengah tahan marah masa tu. Kemudian aku ambil pen lain, dan sambung jawab exam sampai waktu menjawab tamat. Balik dari exam aku pulang seiring dengan Nana. Dia kata dia nampak benda tu kacau aku. Rupanya lepas aku kata pergi kacau orang lain benda tu pergi kat Nana. Masa tu nak gelak ke nak takut ke nak bersalah pun aku tak tahu. Ye lah agak lawak la bila benda tu dengar cakap aku. Aku pulak pergi tanye Nana macam mana rupa benda tu. Nana kata badan dia panjang. Macam ular berkepala manusia. Rambut serabut panjang. Lidah dia panjang di libas-libas. Patut lah pen aku tercampak. Main libas-libas rupe nya.

Korang mesti rasa aku ni berani kan. Tak takut. Gila kau tak takut, takut kot cuma buat-buat je tak takut. Nanti benda benda tu lagi suka. Dan aku percaya Allah tahu aku ni tak kuat macam Nana sebab tu dia tak buka hijab aku. Banyak sangat aku nak cerita pasal kejadian seram aku sebilik dengan Nana ni tapi nanti lah aku sambung. Tu pun kalau admin publish la citer aku ni. Plus ade yang berminat. Ok. Tq FS.

Kaki Seram

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

2 thoughts on “Nana”

  1. Eeiiii jijiiikkkk dok bygkan lidah die tu libas2 kena tgn+pen tu…
    Mesti airliur die merecik recik sna sni…
    Errrkkkkk….

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.