#Nasa – Pulangkan Kepada yang Berhak!

#Thrillerikhtibar #CN #Real #Kisahdaripembaca

Salam semua!!

Kisah kali ini adalah kisah benar dari pembaca yang menghantar pada Nasa sendiri untuk dikarangkan sebab dia tak tahu buat ayat katanya, jadi Nasa akan letak hashtag –  #kisahdaripembaca

Setelah siap dan dia bersetuju bahawa cerita ini menepati seperti mana yang diceritakan, barulah story ini disubmit.

Kerana dia tidak mahu Fbnya di kreditkan, Nasa letak juga nama pendek panggilannya.

TQ untuk perkongsian ini, Azliana! Bagi aku, ianya sangat bermakna!!.

*********************************************

HUJAN LEBAT di luar. Amirah bersimpuh di beranda. Bersemut kakinya apabila lama sangat duduk. Dekat laman pula, kawasan depan tangga air hampir naik. Rumah dia cuma rumah papan, duduk pun paling hujung di sebuah perkampungan di Kuantan. Setiap kali hujan lebat selalunya mesti banjir.

Dari kejauhan sebuah kereta dipandu laju, terus behenti betul-betul di depan tangga rumah. macam kawasan rumahnya pula. Amirah terjengah kepala dari dalam.

“Rashidi!!! Rashidi!!!.” Seorang lelaki separuh umur keluar, tidak kisah hujan membasahi tubuh. Dari raut wajah memang lelaki itu sedang marah. Berumur dalam lingkungan 60-an, dia keluar dengan parang di tangan. Dadanya turun naik menahan baran.

Rashidi dari dalam bilik baru sahaja selesai solat asar. Dia menyingkap langsir tingkap, dan menampakkan kepalanya.

“Pak Samad. Masuklah…” Pelawanya sambil tersenyum. Tahu sudah niat lelaki itu, tapi kerana tidak mahu memanjangkan cerita, dia terpaksa berlembut.

“Tak payah nak buat baik dengan aku!!! Sekarang turun sini!!!.”

“Hujan ni Pak Samad, naiklah dulu…” Masih lagi Rashidi berlembut. Panas lawannya air, tapi entah kenapa walaupun Pak Samad tu sudah disimbahi hujan, tidak reda juga amarahnya.

“Aku tak nak!!!.” Parang ditangannya diangkat, digerak-gerakkan untuk mengugut dan menakutkan.

Rashidi yang berseluar track suit dan berbaju lengan panjang, terpaksa akur. Dia tidak turun di tengah hujan, tapi berdiri di tangga beranda rumah. Amirah pula mengikut dari belakang dengan cucu yang masih dikendung.

Kelihatan Pak Samad masih juga tidak reda marahnya.

“Aku tak nak kau pasang khemah tu dekat tanah aku!!.” Pekik Pak Samad marah.

“Satu hari je Pak Samad. Lagipun laluan tempat rumah arwah ayah tu kecik sangat, terpaksa juga khemah tu dipasang masuk sikit dekat kawasan Pak Samad.”

“Aku tak suka!!! Itu tanah aku!! Aku tak nak korang semua kacau tanah aku.”

“Kalau Pak Samad memudahkan urusan orang lain di dunia, maka Allah permudahkan urusan Pak Samad di akhirat.”

“Aku tak kira!! Aku tak pilih akhirat!! Aku pilih dunia. Aku tak nak langsung apa-apa yang ada kaitan dengan keluarga kau lagi!!!.” Pak Samad masih mengangkat parang.

Rashidi menghela nafas menoleh ke arah Amirah.

“Kalau kau buat juga macam tu, seluruh keluarga kau jadi mayat!!!.” Selesai melepaskan marah, Pak Samad terus masuk ke dalam kereta dan berlalu.

Rashidi dan Amirah melihat sahaja kereta itu meninggalkan rumahnya. Nampaknya malam ini mereka terpaksa membuat pertemuan keluarga bagi menyelesaikan masalah tanah yang diberitahu Pak Samad.

AMIRAH MENYEDIAKAN air di atas meja. Seramai lima orang keluarga berkumpul semua. Mereka adalah iparnya. Adik beradik suaminya Rashidi. Amirah sekadar mendengar, tidak mahu mencampuri.

“Tapi bang Shidi, bukankah tanah itu tanah kita?.”

“Biarlah, sampai bila nak berebut perkara yang sama?.”

“Masalahnya bang…”

“Razak… kita buat je majlis kahwin anak kau tu di dewan, tak perlukan khemah atau apa-apa yang menyebabkan kita terpaksa melalui tanah dia.”

“Dia pak long kita bang….” Ujar Razak.

“Bila berkaitan harta, berkaitan tanah dan urusan dunia. Mata dan hati yang buta tidak kenal mana satu musuh, mana satu keluarga.”

Kesemua mereka akhirnya diam, menunduk dan bersetuju dengan perancangan dari abang mereka. Tanah rumah arwah ayah dan ibunya bersebelahan dengan tanah Pak Samad. Kalau nak diikutkan dulu, masa arwah ayah mereka hidup lagi, itu bukan menjadi masalah.

Namun apabila arwah ayah mereka meninggal, segala urusan berkaitan tanah dan harta menjadi rebutan. Kalau nak kata tentang putus saudara, rasanya sudah bertahun Pak Samad tak terima keluarga mereka di tanah itu. Tanah yang sepatutnya dibahagikan itu diambil semua sekali oleh pak longnya.

Silap atok mereka, tidak ada wasiat yang ditinggalkan. Hanya sekadar pesanan sebelum kematian sahaja.

Arwah ayahnya mempunya tiga adik beradik lain, kesemua mereka tidak menuntut apabila abang mereka Samad jadi tamak tiba-tiba. Sampaikan kalau mereka datang untuk berbincang, parang yang dihidangnya.

Dan untuk kali ini, persetujuan itu masih lagi tidak berhasil.

Mereka terpaksa akur untuk tidak mengadakan majlis perkahwinan di kawasan rumah arwah orang tua mereka, sebaliknya terpaksa diadakan di dewan. Maka semua pasukan rewang kampung terpaksa ke dewan besar yang agak jauh, untuk urusan masak memasak – ianya menyusahkan penduduk situ.

RASHIDI MELIHAT ke arah pokok pisang di belakang rumah. Berbuah ranum.

“Dah boleh ambik ni.” Senyumnya. Hari ini dia akan bahagikan hasil buahan kepada adik beradik lain, yang selebihnya dia akan jual di pasar.

Plastik besar yang dibawa dari rumah, dibuka dan diletak di bawah, tangannya lincah mengambil buah pisang tadi. Tanahnya tidaklah besar. Sekadar dapat menempatkan beberapa baris pokok pisang sahaja, ada juga ditanam sayur tidak jauh. Cepat betul berbuah dan sayuran juga menghijau. Banyak sahaja yang diambil untuk dibuat lauk.

Rashidi menepuk kedua tapak tangan antara satu sama lain setelah selesai, membuang habuk. Dia meneguk air yang dibawa. Peluh menjejer membasahi tubuh.

“Rashidi!!!.” Tiba-tiba pak long nya menyergah. Dia yang terkejut hampir sahaja tersembur air dalam mulut. Tidak pernah pun sekali datangnya Pak Samad dimulai dengan memberi salam.

“Pak Samad?.” Rashidi berhenti memanggilnya pak long apabila lelaki itu sendiri yang melarang. Katanya mereka bukan saudara.

“Apa yang kau cakap pada orang kampung Shidi?!!!.” Lelaki tua itu bercekak pinggang. Matanya berurat merah, terjegil memandang pemuda itu.

“Apa yang saya cakap?.” Tanya Rashidi hairan.

“Kau burukkan aku! Kau cakap dengan orang kampung yang aku tak kasi keluarga korang buat majlis di rumah kan?.”

Rashidi malas melayan, dia mengikat plastik yang berisi buah tadi, mengangkut di bahu dan berjalan ke hadapan.

“Kenapa kau diam!!!? Cakaplah!! Takut??!!!.” Pak Samad berjalan mengekor di belakang.

“Saya tak perlu beritahu mereka apa-apa pun Pak Samad. Semua orang tahu tentang masalah kita. Pak Samad juga yang mengamuk dulu waktu majlis kahwin anak saya kan? Sekarng majlis kawin anak Razak pun, Pak long… Errr Pak Samad buat perkara yang sama.”

Pak Samad terdiam. Rumah tempat  adik beradik Rashidi menjalankan apa-apa majlis adalah rumah arwah ibu dan ayahnya. Rumah itu besebelahan dengan tanah Pak Samad, tanah mereka sempit, jadi kalau ada apa majlis terpaksa juga menumpang tanah kawasan pak longnya sedikit.

“Siapa yang cakap dengan Pak Samad pasal ni?.” Tanya Rashidi lagi

Masih lagi Pak Samad diam.

“Jangan lah cepat percaya pada mulut orang Pak Samad… Setiap manusia pasti akan membawa cerita yang berlainan apabila disampaikan dari mulut ke mulut.” Kepenatan membawa pisang tadi, Rashidi duduk berehat di pondok. Dia menyerahkan setandan pisang kepada pak longnya.

Namun Pak Samad menolak kasar dan berlalu dari situ. Dia merengus! Bagi Rashidi, dia malas lagi memanjangkan cerita, cukuplah putus saudara seperti sekarang sampaikan dia sendiri tidak baik dengan sepupu sendiri. Pak longnya Pak Samad terlalu berkeras.

HARI INI keluarga Rashidi dan adik beradiknya mengadakan jamuan ringan dan kecil-kecilan sebagai tanda syukur yang mereka mampu membeli tanah di tempat lain untuk didirikan sebagai tempat baru untuk mereka berkumpul menjelang raya.

umah yang di bina di tapak itu nanti akan dijadikan sebagai homestay dan sudah tentulah tiap bulan mereka akan dapat pulangan yang dibahagi sama rata antara kelima mereka.

Merupakan aset juga untuk masa depan.

Dan tanah tempat mereka tinggal sebelum ini diserahkan semula kepada Pak Samad kerana lelaki itu masih juga mengakui yang tanah itu tanah kepunyaannya. Boleh sahaja Rashidi rujuk kepada pihak berkuasa untuk urusan pembahagian secara sama rata dan adil.

Namun dia malas…

Malas kerana kisah itu akan berpanjangan….

Malas kerana tanah itu akan menyebabkan perkelahian…

Malas kerana sampai bila-bila pun tidak akan habis persengketaan…

Lalu ambillah….

Dia malas…

Dia biarkan…

Dunia hanya sementara, setiap yang dilakukan akan ada balasan. Walau sebesar mana pun kepunyaan, pada Allah juga nanti perkara itu berhak dan akan dipulangkan.

Urusan pembinaan rumah mereka berjalan lancar sehinggalah rumah homestay itu berjalan dengan sempurna. Hasil itu dibahagi sama rata dan Rashidi adik beradik lebih tenang menghadapi hari-hari mereka.

HARI INI, Rashidi selesai melihat dan mengemas homestay yang dijalankan oleh adik beradiknya.

Kawasan laman itu ditanam dengan pokok renek sebagai penyejuk mata. Ada kolam air kecil di depan rumah. Di kawasan belakang juga luas, dan dalam perancangan untuk membina lagi tiga rumah sebagai tambahan kepada homestay tersebut. Dia yang selalu banyak menjengah kerana adik beradik yang lain tidak balik. Masing-masing kerja jauh. Hanya kalau ada hal penting sahaja barulah pulang.

Rashidi seperti biasa amanah dalam menjalankan tugasnya. Daun-daun yang gugur disapu dan kawsan itu jelas kelihatan bersih.

Dari luar pagar sebuah kereta berhenti, ya! Seperti biasa Pak Samad lagi yang datang. Sebenarnya Rashidi tidak tahu apa lagi yang pak longnya tidak puas hati. Dia tidak lagi tinggal berdekatan dengan tanahnya malah sudah jarang berjumpa antara mereka.

“Kau ni memang biadap Rashidi!!!.” Tiba-tiba sahaja Pak Samad melibas parang di hadapan wajah. Nasib baik sahaja Rashidi sempat mengelak.

“Astagfirullah… kenapa ni Pak Samad?.” Terkejut benar Shidi melihat kelakuan lelaki itu.

“Kau dengki aku!!! Kau tak puas hati dengan aku, tanaman aku kau hancurkan habis!!!!.” Tanaman Pak Samad tidak menjadi langsung, malah tidak berbuah.

Terdiam Rashidi mendengar pertuduhan tersebut. Yang sebenarnya dia pun tidak tahu, kerana dia sudah lama tidak berkunjung melihat lelaki itu. Malah rumah lama arwah mak dan ayahnya juga tidak pernah dia menjejakkan kaki lagi.

Tapi ini juga bukan kali pertama Pak Samad menuduhnya sedemikian rupa.

Tiga bulan lepas Pak Samad datang bising-bising mengatakan yang Pak Samad  terlihat arwah bapa Rashidi, di kebun tempat tanamannya.

Tidak lama selepas itu pula, Pak Samad menuduhnya cuba menceroboh rumah yang diduduki, padahalnya Rashidi tidak pernah langsung pergi ke rumah Pak Samad. Anak-anak Pak Samad bekerja di Kuala Lumpur, Pak Samad hidup sendiri.

“Apa kau buat dekat rumah tu semalam???.”

Sekali lagi Rashidi tergamam. “Saya dah dekat setahun tak jejak tanah Pak Samad tu… kenapa ni?.” Terpaksa juga Rashidi mengulang ayat yang sama setiap bulan apabila Pak Samad mengamuk begitu.

“Ahh!!! Jangan tipu. Semalam malam aku nampak kau dan keluarga kau dengan adik beradik kau bersuka ria dekat rumah tu!!! Dengan mak bapak kau sekali!!!!.”

Bukan kali pertama Pak Samad terlihat perkara itu, dan ini kali keberapa entah  Pak Samad menyatakan hal sedemikian.

Setiap bulan Pak Samad akan terlihat mereka bersuka ria di rumah tinggalan tersebut. Malah Pak Samad turut melihat arwah ibu dan ayahnya Rashidi ada bersama.

Kadang-kadang mendengar cerita dari Pak Samad itu menyebabkan bulu roma Rashidi menegak juga. Mana tidaknya, sesungguhnya dia dan adik beradik yang lain tidak pernah menjejakkan kaki ke sana lagi. Setahun sudah lamanya. Semua gara-gara Pak Samad mengaku yang tanah itu juga merupakan tanahnya.

Rashidi menepak kebelakang. Dari tadi sahaja Pak Samad menujah-nujah parang itu menghampiri wajah. Dia menoleh sekeliling, mana tahu ada orang terdekat yang melintas. Lagak Pak Samad kadang- kala sudah macam orang hilang akal.

“Mana mak bapak kau?? Mana diaorang!!!!.” Parang itu diangkat tinggi.

“Mengucap Pak Long… mak dan ayah saya kan dah meninggal, lama dah… dah tujuh tahun…”

“Penipu!!! Mana kau sorokkan diaorang??? Diaorang nak rampas tanah aku!!!???.” Pak Samad terus melibas parang itu mengenai dada Rashidi. Kerana terkejut Rashidi berlari masuk ke dalam rumah. Dia menutup pintu. Bersandar di dinding.

Dadanya terluka. D***h pekat itu mengalir membasahi baju.

Pak Samad mengetuk beberapa kali. Dia menghentak pintu kayu itu dengan parangnya.

“Tolong!!! Tolong!!!!!.” Rashidi menjerit sekuatnya. Memang homestay itu tidak jauh dari rumah jiran lain namun tetap berjarak. Entah ada ke tidak jirannya sekarang.

Rashidi menuju ke tingkap, baru sahaja dia mahu membuka tingkap sliding itu. Sebilah parang sudah dilibas. Berdenting bunyi, saat bilah berlaga dengan jeriji besi.

Kerana takut, Rashidi terundur kebelakang. Dia memegang dadanya, jantungnya rasa seperti mahu pecah kerana terperanjat.

Entah kenapa dia tidak boleh ingat langsung untuk menelefon seseorang. Rashidi sudah memegang telefon bimbit, namun semua nombor hilang dari kepala. Jangan kata nombor isterinya, nombor balai polis pun dia tidak ingat langsung.

Menggigil tangannya saat ini. Pak Samad pula tidak sudah mengetuk tingkap dan pintu.

“Kau bawa ayah kau ke sini Shidi!!! Kalau nak ambil tanah tu mengadap aku dulu!! Aku tahu dia tak m**i lagi!!!.”

Rashidi terduduk di tengah ruang tamu. Dia kehilangan banyak d***h, kepalanya pening. Dan saat ini dia hanya mengucap Matanya terasa mengantuk.

“Rashidi!!!!!!!!!.”

Tersentak lelaki itu saat namanya dipanggil. Berderau darahnya.

“Buka pintu ni Shidi!!! Aku tahu kau dan bapak kau ada di dalam!!.” Entah apa sahaja yang dikata oleh Pak Samad sekarang ini. Berfikir pun seperti orang tidak waras.

Disebabkan Pak Samad menjerit tidak berhenti, suara bising itu didengar oleh orang yang kebetulan lalu melihat kejadian. Dia kemudiannya memanggil beberapa orang lagi di kawasan situ.

Pandangan Rashidi mula kabur, hanya sayup-sayup sahaja dia terdengar suara Pak Samad di luar menjerit pekik marah.

MELIHAT orang ramai mula berkumpul, Pak Samad melibas parang itu tidak tentu arah. Semua orang cuba menenangkan, namun Pak Samad tidak juga berundur. Dia tetap menyatakan yang Rashidi dan arwah bapanya mahu merampas semua harta yang dia ada.

Pak Samad menjerit tidak keruan, menarik rambut dan mahu m******h semua orang yang ada di situ, katanya mereka semua syaitan! Itu yang dilihat pada matanya.

Tidak lama kemudian kereta polis mula datang dan mereka terpaksa menyelesaikan masalah itu dengan agak kasar. Pak Samad masih mengatakan yang mereka semua adalah syaitan yang ingin menghancurkannya.

Hanya setengah jam selepas itu barulah Pak Samad dapat ditenangkan dan dia dibawa ke balai polis.

Inspektor Shah masuk ke dalam rumah, mengikut d***h yang menitik dari luar. Sebaik pintu ditendang, kelihatan seorang lelaki terbaring di ruang tamu berlumuran d***h. Telefon masih di tangan dan lelaki itu tidak sedarkan diri.

Pegawai polis itu cuba mengejutkan Rashidi, merasa nadi dan nafas, kemudian dia memandang anggotanya.

“Hidup lagi… Panggil ambulans.”

PAK SAMAD mengaku yang dia melakukan kesalahan dalam keadaan waras, dan keterangan yang diambil juga dalam keadaan waras. Ketika disoal siasat, Pak Samad lebih banyak menangis dari menjawab. Hukuman penjara keatasnya diringankan kerana Rashidi menarik balik laporan.

Sekarang kejadian itu sudah lebih dari tujuh tahun berlaku….

Tidak pasti apa yang dilalui oleh Pak Samad, namun dia sering menyatakan kekesalan dalam sikapnya, malu rasa untuk berjumpa anak saudaranya, tetapi sehingga hari ini tidak ada satu pun dari keluarga Rashidi mahupun Rashidi sendiri datang melawatnya.

Maaf?

Rashidi memaafkan lelaki itu, dan lelaki itu tetap pak longnya sampai bila-bila. Cuma untuk berjumpa?

Biarlah nanti bila Rashidi sudah bersedia….

Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu al-Zubair tatkala di atas mimbar di Mekah dalam kubtahnya, beliau berkata;

“Wahai manusia sekalian, Sesungguhnya Nabi S.A.W pernah bersabda, Seandainya anak keturunan Adam diberi satu lembah penuh dengan emas niscaya dia masih akan menginginkan yang kedua. Jika diberi lembah emas yang kedua maka dia menginginkan lembah emas ketiga. Tidak akan pernah menyumbat rongga anak Adam selain tanah, dan Allah menerima taubat bagi siapa pun yang mau bertaubat.”

(HR. Al-Bukhari No.6438)

 

Pak Samad?

Itu urusannya dengan Allah. Namun apa pun pengakhirannya, doakanlah yang terbaik untuk orang yang sepertinya. Berhenti mencaci, berhenti menghukum, kamu bukanlah tuhan selayaknya untuk mengadili manusia di mata kamu sendiri.

Kita sendiri tidak tahu apa pengakhiran hidup kita, tapi biarlah pengakhiran yang tidak seperti dia. Assalamualaikum sahabat pembaca semua.

 

-TAMAT-

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

 

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

84 thoughts on “#Nasa – Pulangkan Kepada yang Berhak!”

  1. BEST!🤗

    Teruskan berkarya!

    Cerita Nasa kali ini menarik dan menakjubkan kerana terdapat unsur pengajaran serta nasihat yang diselitkan.Terima kasih CN kerana sentiasa menulis cerita di FS!Terima kasih juga dekat Azliana sebab hantar cerita ni dekat CN untuk dikarangkan!

    #terimakasihpembaca #CNterbaik

    Reply
  2. kerana harta, hubungan keluarga pun boleh putus.. writer, sy faham perasaan anda.. begitu juga hubungan sy dgn makcik2 sy yg lain.. malah lebih teruk lagi sewaktu abah meninggal,, dpn jasad abah mereka boleh bertengkar mengenai harta.. allahurabbi.. aku maafkan perbuatan zalim makcik pakcik aku yg memakan harta anak yatim.. aku halalkan segala cacian dan hinaan mereka.. moga mereka berubah dan bertaubat..

    Reply
      • Kann aku pon seram tgok nama insaf aku. Time kasih cik skaratul maut… sebenarnya dunia ni xaman sekrang ni duit tu dh mcm nyawa dah… x tau nk cakap apa hurmm

        Reply
        • Terlalu cintakan keindahan dan kemewahan duniawi hingga lupa akan indahnya lagi di akhiran nanti
          INILAH DUNIA AKHIR ZAMAN
          Semoga kita dijauhkan di antara golongan mereka yang rugi

          Reply
  3. Apa lah tanah punya pasal longhat sampai org dah m**i pun nak dikaitkan. Apa pun cerita kak nasa tak pernah mengecewakan 🙂 5 bintang!

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.