Nasib Sial

Aku Kirana, bukan nama sebenar. Berasal dari Sarawak dan ini kisah yang bukan dialami sendiri akan tetapi diceritakan oleh kawanku beberapa tahun dahulu. Ianya tidak lah seram tetapi boleh dijadikan pengajaran buat kita. Kisah ini benar-benar berlaku, cuma nama sahaja ditukar sikit ya.

“Girl. Kesian aku tengok si Robin tu. Dah break ngan sorang. Break lagi dengan sorang. Bila la dia nak kahwin lagi kan..” ujarku memulakan perbualan petang itu. Girl hanya berdiam dan menggelengkan kepalanya.
” Engkau tak tahu kisah dia Mang.. Kesian dia tu…tapi mungkin dah takdir dia macam tu” balas Girl padaku.

“Kenapa Girl??? Aku tak tau kisah korang kat sini.. Muka hensem…kulit putih..muka baik suci jer…walaupun dah tua..tua tapi hensem!”

Girl memulakan ceritanya..

ROBIN.. Nama yang tidak asing lagi di kalangan orang-orang di daerah kecil itu. Siapa tidak mengenalinya di Saratok. Kerja bagus, kereta ada, rumah pun ada, rupa apalagi. Cerah dan suci wajahnya. Robin yang berusia lewat 20an telah mengahwini Naja. Naja seorang gadis desa yang bekerja di ibu negeri – Kuching. Juga berasal dari Saratok. Perkenalan Naja dan Robin membawa ke hubungan cinta dan direstui oleh kedua belah keluarga dan berakhir di jinjang pelamin.

Bahagianya rumahtangga mereka di tahun 2010 sehinggalah 2 tahun kemudian ianya berantakan kerana hadirnya orang ketiga. Di mana-mana pasti akan wujud dugaan untuk menguji iman.. Perkahwinan mereka retak dek Robin menjalinkan hubungan sulit dengan gadis yang dikenalinya ketika berkursus ke Kuching. Percintaan 3 segi ini telah membawa kepada perceraian antara Robin dan Naja.

“Tak apa lah , apai.. Biarkan Robin dengan hidup dia.. ” kata Naja kepada bapanya. Tubuhnya kurus, pipinya cengkung, gayanya tidak terurus. “Bagaimana kau mahu hidup begini, anak? Kau makan tidak lalu..hidup kau tak macam dahulu.. Dari kau cantik manis ke rangka tulang sekurus ini wahai anak..”..
“Aku tak mengapa , apai.. Asalkan Robin bahagia” jawab Naja. Naja jatuh sakit semenjak perceraian itu. Betul kata orang, patah hati membawa m**i. Naja meninggal dunia pada tahun 2013, sehari sebelum Gawai. Hancur luluh hati orang tuanya. Manakala Robin sedang lena diulit mimpi indah bersama kekasih hatinya..

Disember 2013
“Ah! Malas aku hendak melihat muka kau Robin! Meluat aku melihat kau!” bentak Melissa, kekasihnya si Robin. Dia menepas tangan Robin yang cuba menahannya daripada pergi keluar dari kereta mereka. Robin kehairanan mengapa Melissa sebegini perangainya. Selalu marah2 sahaja kepadanya.
“Kau sudah benci dan boring dengan aku kah, sayang?” Kata Robin kesedihan.
” Aku memang benci kau lah setan. ” balas Melissa ringkas sambil scrolling down laman Facebook nya. Berderai air mata Robin. Biadabnya dia berkata begitu katanya dalam hati. Namun kerana sayang dan cinta, dia bersabar sahaja.

Beberapa minggu kemudian, Melissa meninggalkan Robin. Tak tahan katanya dengan Robin. “Apa salah aku , Melissa?? “.
“Maaf Robin. Aku sudah ada pilihan hatiku sendiri.. Aku rasa kita tidak sesuai bersama Robin. ” Ayat terakhir dari mulut Melissa.

Robin semenjak ditinggalkan oleh Melissa, tidak nyenyak tidurnya, tidak berselera makannya. “Mungkin karma ini ya. Dulu pernah aku tinggalkan isteriku kerna perempuan ini. Arghhh, bodohnya aku!” marah Robin kepada diri sendiri sambil dia melutut di dalam chapel. Suasana hening seketika membuatkan seribu kenangan bersama mendiang isterinya kembali menerpa.
“Naja… I miss you so much…” berguguran air matanya jatuh ke lantai. Robin pulang ke kampungnya, hatinya meronta ingin menziarahi pusara bekas isterinya namun dia dihalang oleh penduduk-penduduk rumah panjang mendiang Naja.

” apa kau nak lagi? Dia dah m**i! Tak ada guna kau nak pergi tengok – tengok kubur dia! Pergi kau sebelum kami pukul kau!” Marah uncle-uncle rumah panjang itu dengan bengisnya. Beberapa kali Robin ingin bertemu bekas mertuanya untuk meminta maaf namun tidak juga kesampaian, malahan dia dihalau dan diugut. Sebak dadanya, betapa menyesalnya dia akan kekilafan masa lalunya. Janji-janji cintanya kepada Naja seringkali mendatangi fikirannya.
“Rindunya aku dengan kau Naja. Maafkan aku , sayang.”

” engkau menangis juga tiada guna, nak.. Menyesal tidak pernah dahulu. Itu bodoh kau!” Marah ibu Robin.
“Ya aku bodoh, mak. Aku bodoh. “.

Februari 2015
Robin cuba mengatur kembali hidupnya. Dia aktif membantu di gereja-gereja dan di rumah kebajikan di sekitar Kuching. Usianya kini 32 tahun. Rakan-rakan sekerja dan sahabat handai dan taulannya sudahpun mempunyai anak-anak, anak-anak mereka inilah yang menghiasi dan mewarnai kehidupan Robin. Dia inginkan anak namun acapkali dia ingin mengambil anak angkat pasti akan bertemu kesulitan. Proses pengambilan tidak berjaya lah dan macam-macam lagi. Sebetulnya dia kesunyian tanpa isteri dan anak-anak. Dia juga menginginkan zuriat.
Akan tetapi hatinya masih tertutup untuk berpacaran lagi. Bukan senang hendak mengenali perempuan katanya.

Sehinggalah dia berkenalan dengan Tiara, admin staff baharu di pejabatnya. Tiara, secantik namanya, manis orangnya, baik tingkahlaku dan menawan. Masih muda, lebih muda daripada Robin. Baharu sahaja berusia 26 tahun.

Kecantikan dan personalitinya memikat hati Robin untuk mengenalinya. Bercintalah mereka berdua ini seperti burung merpati dua sejoli. Setelah berkenalan beberapa bulan, Robin mengambil keputusan untuk melamar Tiara.

” Will you marry me???” sambil dia melutut dan menyarungkan sebentuk cincin ke jari manis si Tiara. Alangkah bahagianya!

September 2015
Robin dan Tiara busy melaksanakan dan memperlengkapi persiapan untuk wedding mereka. Kad dah print? Ulang alik ke bridal. Pre wed photoshoot. Bahagianya mereka berdua. Senyuman manis jelas terukir di bibir Robin. Akhirnya dia kembali gembira kata hatinya. Syukur kepada Tuhan.

Di tengahari yang mendung dan awan hitam berarak melindungi cahaya matahari, bumi Kuching ditimpa hujan yang lebat dan kilat pancar memancar. Dentum-dentam guruh kedengaran. Tiara bergegas keluar dari office kerana ada temujanji dengan photographer untuk pre wed photoshoot mereka. Jam menunjukkan pukul 3PM. Lega hatinya kerana time off nya diluluskan.

“Dapat lah rehat awal malam kelak. Penat nya aku ” kata Tiara. Kereta Myvi nya meluncur perlahan-lahan menuju ke pusat bandaraya. Hujan yang lebat menyukarkan penglihatannya. Namun dia teruska juga memandu perlahan-lahan dan berhati-hati. Selalu dia ingat akan pesanan bakal suaminya itu “jangan drive laju..drive safely..biar lambat asalkan selamat okay”
Tiba di sebatang jalan… “skreeeeeetttt…..!!!”………

“Helo? Mr.Robin Jawa bercakap ke? “. Suara itu serius sahaja tetapi tenang. “Ya saya bercakap. Siapa ni??” Jawab Robin selamba. ” Mr.Robin, kami dari IPD. Saya Inspektor Ishak. Kini berada di Sarawak General Hospital, kami cuba menghubungi encik beberapa kali tadi tetapi gagal ya. Encik mengenali Miss Tiara Merikan?”. “Ke..kenal encik. Kenapa ya??” Jawab Robin terketar-ketar, degupan jantungnya laju.

” Mr.Robin, kami meminta encik datang ke unit forensik/ mortuary/rumah mayat SGH untuk mengecam mayat. Miss Tiara terlibat dalam accident di Jalan Central petang tadi dan telah m**i on the spot. Please come as soon as possible to SGH “.

Jatuh telefon bimbitnya dek jari jemarinya terketar-ketar selepas mendengar apa yang diperkatakan suara itu. Dunianya berpusing, lututnya lemah longlai dan dia tersungkur menyembah bumi.

“Rubin! Kenapa kamu ni???” Goncang ibunya. Robin membuka mata. Dia pengsan lalat. Berpeluh sejuk dahinya, muka nya pucat. Apakan daya ini katanya.
“Mak, Tiara m**i accident!!” jeritnya sekuat hati. Dia menangis.
Sehinggalah ke SGH untuk pengecaman mayat. Ya, ternyata itu mayat Tiara. Sudah tiada rupa seperti bakal isterinya sudah mayat itu. Muka itu jauh berbeza. Berlumur d***h dan terkoyak. Hancur nya hati Robin. Perlanggaran kereta Tiara dengan Range Rover yang hilang kawalan dari arah bertentangan telah membawa maut kepadanya. Perkahwinan yang diimpikan musnah. Hancurnya hati Robin seperti kaca terhempas ke batu.

* “panjang nya cerita cinta Robin ni Girl..lepas tu??? Sampai sekarang dia tak berbini” kata aku kepada Girl.
“Yela..semua tu dah takdir kot…”

Sehinggalah kini Robin masih mencari teman sejatinya, teman hidupnya. Kerap kali bertukar pasangan kerana ada sahaja yang menjadi halangan di dalam setiap perhubungannya.
” Pok..bagus engkau pergi mandi bunga ke..pergi tilik kat bomoh ke… I sense something wrong ni pok” kata Jack kepada Robin semasa mereka dalam perjalanan pulang ke kampung – Saratok.
Robin hanya berdiam. Bertahun-tahun dia merasakan sesuatu yang ganjil, namun dia diam sahaja kerana imannya kepada Tuhan dan agama sangat kuat. Dia tidak percaya bomoh dan yang sewaktu dengannya.

Entah mengapa hatinya tergerak pula untuk menemui bomoh pada hari itu. Apa mungkin benar kata Jack. Ada sesuatu yang menyebabkan semua kesialan yang terjadi kepadanya bertahun-tahun ini. Mana tidaknya.. Dari seorang girlfriend ke seorang girlfriend, bertukar pacar beberapa kali kerana ada sahaja halangan dan rintangan untuk bersama.

“Aku dah insaf, Tuhan. Aku juga sudah berubah. Malah aku simpan diriku ini untuk wanita yang berhak ” doanya..

Mengalir air matanya menuruni pipinya yang cengkung itu. 34 usianya kini. Siapa kata usia hanya sekadar angka? Dia tidak segagah waktu muda-mudinya, tetapi yang pasti dia semakin matang.

Kereta mereka berdua meluncur laju memasuki kawasan pedalaman di Saratok. Berbukit dan bengkang bengkok jalan ke destinasi mereka – iaitu rumah sang bomoh. Kata orang, bomoh ini pandai tilik, pandai ubat, bukan calang orangnya. Empawie, nama yang sering dicanang orang kampung jikalau ada yang terkena buatan orang, sakit-sakit, jayau ( love potion) dan banyak lagi kehebatannya, kononnya ya.
“Apu..! Hebat Empawie itu! Laki aku gila sama perempuan Indon di ladang sawit, pun dia dapat tolong aku! Dia tolong aku ambik bik laki aku. Haa! Aku tau pompuan indon tu sekarang sedang merana. Bisa ya ilmu Empawie!”. ” memang benar! Dia menuntut ilmu juga di negara seberang! Bukan sebarang pawang dia ini, anak”.
Begitulah cerita dan rumors orang-orang kampung.

Robin dan Jack tiba di rumah Bomoh Empawie sudah lewat, jam 6 PM sudah. Nasib juga hari belum gelap. Lambat pula matahari tenggelam pada hari itu. Seakan memberi peluang kepada Si Robin meneruskan perjalanan agar sampai ke destinasinya.

Setibanya di rumah bomoh Empawie, mereka disambut oleh Empawie dan isterinya, Duka. Biasa sahaja rupa mereka berdua, kelihatan sangat normal. Tiada rupa pun seperti bomoh yang seram!

“Aku tahu kedatangan kau ke sini.. ” kata Empawie memulakan perbualan.
“Eh..bagaimana pak cik tahu??”.
“Aku tahulah. Akan tetapi ini salah engkau juga dahulu, anak. Aku hanya mampu menolongmu untuk menilik sahaja. Selebihnya itu urusan Tuhan dengan mu.” Kata Empawie..
Robin masih tidak mengerti akan kata-kata bomoh tua itu.

” Bini kau kedua-duanya dah m**i. Kan? Kasihan kau,anak..” kata Empawie sambil menggulungkan rokok tembakaunya.
“Ya..pasti kau pernah mendengar orang menyebutnya.kan?” Balas Robin.
“Aku tahu, anak.. Kau bercerai dengan bini pertama kau. Bini kedua kau m**i ngeri. ” jawab Empawie.

“Hm..jadi? Apa kena dengan aku kalau pak cik betul-betul tahu..” balas Robin.

” beginilah anak.. Ini sudah takdir anak.. Terima sahajalah dan bersabar. Pengajaran untuk kau juga. Ia juga dugaan buat kau. ” kata Bomoh Empawie.
“Aku tak faham, pak cik!!!”. Marah Robin..

“Kau dah b***h anak perempuan orang. Pasti orang sangat marah dengan kau, anak. Bini pertamamu m**i kerana kau. Bapanya berdendam sama kau. Dicarinya cebisan kain dari pakaian mayat orang. Entah siapa punya mayat, tiada siapa tahu. Lalu dibakarnya cebisan itu dan diberinya kau makan abu dari cebisan itu.entah bagaimana. Kemungkinan kekasihmu juga yang melakukan itu”. Kata Empawie.

“Haaaa??? Pa kau cakap ni?? ” bilang Robin.

” percaya atau tidak. Terpulang pada kau lah anak.. Aku memberitahu kau. Satu2nya cara kau untuk membuang sial yang menimpa kau ini adalah dengan mencari empunya mayat itu. Dan kau gali lah kuburnya, kau carilah mayat itu. Apabila kau menemui mayat itu, kalau kau bernasib baik, iya akan masih ada berkain, ada berbaju. Kalau kau tidak bernasib baik, maka baju dan badan mayat telahpun dimakan tanah. Itu sahaja lah anak. Ini saja dapat aku bagitau kau “..

Terpaku si Robin…

“Aku juga tidak tau itu mayat siapa , anak.. Kalau aku tahu.pasti aku telah menolongmu”….
Terkedu Robin, begitu juga Si Jack. Angkara dendam bekas bapa mertuanya, dia merana. Memang salah dirinya kerana memperlakukan anak orang begitu. Menyesal pun tiada guna.

“Bagaimana harus aku mencari tuan punya kain itu pak cik??” Kata Robin sambil teresak-esak menangisi nasibnya.

“Itu aku tidak dapat membantu, anak. Itu antara engkau dengan Tuhan, apa urusan telah engkau lakukan di dunia ini, Tuhan selalu nampak. Dia tidak pernah tidur, anak. ” jawab Bomoh Empawie.

“Bapa mertuamu dahulu sangat sedih atas kematian bini engkau. Kerana engkau memilih perempuan lain juga. Kerana kau juga anak dia m**i. Itu satu-satunya anak dia kan. Maka dia mahu engkau sebatang kara di hari tua. Tiada isteri, tiada anak, tiada zuriat. Bersabar sahaja lah kau, anak. ” kata bomoh itu.

“Apabila dia mengambil kain itu dari badan mayat lalu dibakarnya dan abu dari kain itu diberinya makan kepada kamu. Melalui apa dia memberi makan abu itu kepada kamu, itu tidak bisa aku tilik..” sambung bomoh Empawie lagi.

Sedih pilunya hati Robin. Keluar air mata d***h sekalipun dia tidak akan dapat menebus kesalahannya itu.
“Bini engkau juga jangan kau tidak tahu, anak. Dia m**i bunting (mengandung). Akulah yang menguruskan pengkebumian dia dahulu.” Kata Empawie lagi.

“Kau tahu bila dia m**i, kukunya semakin panjang, wajahnya bertukar cantik berseri. Ibu dan bapanya kerisauan pada ketika itu. Takut-takut kalau dia menjadi hantu puntianak. Lantas mereka meminta bantuan aku. ” kata bomoh Empawie lagi sambil menghembus asap rokok tembakau nya..

* Pada malam kematian Naja, bekas isteri Robin. Rata-rata penghuni rumah panjang merasakan ketakutan semasa upacara kematiannya. Memang benar, kuku Naja menjadi semakin panjang kata orang-orang tua yang menjaga kerandanya. Wajahnya menjadi mulus berseri. Mereka tidak berani hendak membuka sanggul rambut Naja yang kaku berada di dalam keranda kayu itu. Bau busuk semakin kuat dari mayatnya, walhal dia baharu sahaja m**i 2 hari.

“Kau tahu. Marahnya bekas bini engkau sehingga badannya dikuasai roh jahat! Malah ada janin di dalam badan nya..” kata Empawie lagi.
” Naja! Pergi kau! Ini bertih jagung..sudah ku goreng… Jangan lah engkau bangkit selagi bertih-bertih jagung ini tidak berubah menjadi pokok jagung! Jangan engkau bangun selagi bertih-bertih jagung yang kutelah goreng ini tidak tumbuh di tanah ini! Jangan kau berani bangkit! ” kata bomoh Empawie menceritakan semula, berkronologi tentang kematian Naja, bekas isteri Robin.

“Jangan bangun engkau Naja! Ada itu anak bersama engkau di dalam kain hitam di tepi engkau itu. Gendong lah dia.. Pergilah engkau berjalan ke “sebayan”( dunia selepas kematian bagi kaum Iban). ” kata Empawie semasa keranda Naja ditanam.
“Selepas dia dikuburkan. Juga masih Naja kelihatan di sekitar rumah panjang menggendong anak dalam kain hitam. Cantik nya dia kata orang ” ujar Empawie lagi.

Berderaian air mata Robin jatuh membasahi pipi nya turun ke lehernya.

“Apakan daya saya, pak cik? Apa boleh saya buat sekarang? Saya inginkan kehidupan bahagia bersama pasangan, ada anak, ada keluarga. Saya sudah berubah, pak cik!” Kata Robin.

“Entahlah, anak. Dulu kau punya anak, kau b***h. Dulu kau ada bini, kau b***h juga. Kau b***h bini engkau dengan cara menyakiti hatinya. ”

“Maka bapa mertuamu inginkan kau bernasib sial, anak. Kain dari mayat yang telah dibakar itu sudah dia sumpah. Sesiapa yang mendampingi engkau pasti tidak akan berkekalan bersama engkau, anak. Ia juga menutup pintu rezeki engkau untuk memiliki zuriat.” sambung Empawie sambil menggelengkan kepalanya memandang ke luar tingkap.

“Sampaikan begitu dendam bekas mertuamu dan keluarganya. Bersabarlah engkau, anak. ” kata Empawie lagi.

* Aku dan Girl masih memerhatikan Robin dari bangku di bar di tepi jalan itu. Jam menunjukkan pukul 12AM. Tiada sesiapa yang menemani Robin. Semakin lama apabila melihat wajahnya, seolah-olah wajahnya kelam tidak berseri, hilang manisnya, hilang auranya.

Pernah juga klien Chinese yang berjumpa dengan Robin di office menegur , ” are you bringing your wife and your child along ah? They are waiting for you outside ley.. She seems so angry at you until she follows you here! Haiyaaa. Spend some time with family ar , bro! Dont work , work and work only!” Kata uncle Chinese itu.

Sampai sekaranglah Robin selalu bertukar ganti pacar namun tiada seorang pun yang kekal bersamanya..

Semoga cerita ini menjadi pengajaran buat semua. Yang baik, kita ambil. Yang buruk, kita buang ya. Cerita ini juga berunsur kepercayaan karut, minta maaf ya para pembaca.
Maaf jikalau cerita ini membosankan dan tidak menyeramkan. Sekian TQ

 

Kirana

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.8]

5 thoughts on “Nasib Sial”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.