Nenek

Assalamualaikum..
Nama aku Man . Kisah yang akan aku sampaikan ini merupakan pengalaman aku yang tidak dapat aku lupakan sampai hari ini .
Kisah ini bermula sewaktu aku dan keluarga aku pindah ke rumah nenek kami yang bertempat di kedah, kami berpindah ke rumah nenek untuk menjaganya yang sudah uzur.

Sebelum ini , ibu saudara aku yang menjaga nenek selepas kematian atok . Sekarang dia tidak lagi menjaga nenek aku yang merupakan ibunya sendiri atas alasan yang kami anggap tidak munasabah. Oleh sebab itu, aku dan adik aku lisa terpaksa tukar sekolah. Ayah juga perlu mencari kerja baru walaupun dia sangat sayang akan kerjanya. Apa boleh buat, kasih kepada ibu mengatasi segalanya. Jika kami tidak menjaga nenek siapa lagi yang nak jagakan.

Semuanya biasa sahaja pada mulanya. Aku dan adik daftar kesekolah baharu setelah dua hari bercuti . Ayah pula mencari kerja, macam biasalah baru pindah. Kami perhatikan Nenek aku ni memang suka bercakap sorang diri kadang kadang dia menyebut Mawar kepada seseorang. Kami tidak hiraukan sangat pasal tu, maklumlah nenek pun sudah lewat usia dan mungkin nyanyok.

Tapi semakin lama kami tinggal dengan nenek kami perasan yang dia tidak nyanyok kerana dia masih ingat perkara yang dia lakukan bahkan dia masih bertanya adik aku tentang barang yang dia bagi sewaktu hari pertama kami sampai ke rumahnya. Biasanya orang yang nyanyok tidak akan ingat walaupun perkara yang baru saja dia lakukan. Kami sekeluarga pelik dah hairan tapi kami biarkan saja.

Pada satu malam aku pergi ke tandas, aku tengok Nenek sudah tidur . Aku boleh melihat nenek kerana katil dia ditempatkan di ruang tamu. Setelah selesai hajat aku ditandas, aku pun keluar. Aku perasan nenek sedang bercakap dengan seseorang, lantas aku pergi ke katil nenek untuk menjenguknya. Tergamam aku apabila melihat bayang yang sangat tinggi berdiri di sebelah aku. Aku terus menjerit dan lari ke bilik ayah aku. Ibu menenangkan aku dan ayah pergi ke nenek dan membuka lampu. Ketika itu nenek tersenyum dan berkata “kawan pun hang takut, dia mai mintak barang ja” ayah tersentak dengan kata kata itu dan yang tidak terkata aku meminta untuk tidur bersama ayah dan ibu . Setelah itu ayah pergi menjenguk lisa (adik aku) di biliknya. Akan tetapi dia tidak berada di biliknya.

Sekali lagi nenek bangun dan senyum dia berkata “dia pinjam sat ja satni dia bagi la”. Ayah memanggil-mangil nama adik dan aku memberanikan diri keluar dari bilik . Ayah menyuruh aku untuk buka semua lampu . Aku yang masih takut terpaksa memberanikan diri kerana ayah memberitahu aku bahawa Lisa hilang. Ibu keluar dan pengsan setelah melihat nenek. Ayah segera mengangkat ibu dan meletakkan diatas katil .

Setelah itu , aku dan ayah mencari adik di dalam rumah tetapi dia masih tidak dijumpai. Selepas beberapa ketika, kami mendengar ketukan pintu dan nenek berkata “tu dia dah hantar”. Terkejut kami apabila melihat lisa berdiri di depan pintu dengan berpakaian serba putih dan bunga mawar diselit di telinga. Dia berpaling kearah nenek dan menjerit dengan kuat. Setelah itu Lisa pengsan , nenek ketawa ” berani jerit kat tuan” kata nenek.

Aku berasa sangat takut dan ayah mengangkat lisa masuk. Kami berempat di dalam bilik. Lalu aku disuruh tidur oleh ayah. Aku hanya memejamkan mata dan mendengar ayah menelefon kawannya. Setelah beberapa jam kawan ayah datang dan memberi salam lantas aku mengikut ayah keluar menjemput kawannya. Nenek sekali lagi ketawa dan berkata “kuat dah ka tu suruh dia balik” . Kami tidak hiraukan kata kata nenek dan segera membuka pintu.

Angin yang sangat kuat melintasi kami, nenek tidak lagi berada di katilnya. Segera kawan ayah membaca surah dan doa doa nya. Setelah itu nenek muncul di belakang kawan ayah dengan berwajah muda. Nenek dan kawan ayah berlawan tenaga batin . Aku masa tu memang tidak terkata melihat mereka seakan akan cerita goku. Selepas berhempas pulas kawan ayah berlawan, nenek menjerit dan terbang lalu nenek pengsan dan jatuh lantas ayah pergi pada nenek ketika itu nenek tidak lagi bernafas. Innalillah Wainna Lillahi Rojiun..

Terasa kesedihan apabila mengetahui nenek meninggal dalam keadaan sebegitu. Semoga arwah nenek ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Hanya doa yang mampu diberikan..

Keesokkannya nenek dikebumikan dengan selamat ( Alhamdulillah). Kawan ayah meminta barang kepada adik yang merupakan barang perjanjian nenek yang diberikan pada adik. Semua barang itu aku kurang pasti apa kaitan sebenarnya. Mungkin saka, belaan atau ilmu yang ingin diturunkan. Sekarang semuanya sudah selamat , semua barang yang tidak sepatutnya sudah diambil oleh kawan ayah. Kami pula kembali kerumah lama dan meninggalkan rumah nenek yang diwariskan kepada ibu saudara aku.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

1 thought on “Nenek”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.