Nenek Berbatik Biru

Salam warga FS. Aku malas nak intro panjang-panjang. Biar aku terus kepada cerita.

Kisah ni berlaku pada tahun 2010. Masa tu aku dan keluarga tengah sibuk melayan tetamu di majlis perkahwinan abang aku. Suasana cukup meriah. Ramai sahabat handai abang dan akak ipar aku datang. Nasi sampai berapa kali tanak dah. Alhamdulillah memang aku puas hati tengok kemeriahan hari tu. Terima kasih kepada semua orang kampung sebab bergotong-royong menjayakannya.

Tragedi hitam bermula bila adik aku, Zarra, tiba-tiba rebah dan terbaring atas tanah. Tengah-tengah orang ramai tu. Bayangkan la. Masing-masing adik beradik sedara mara berlari la dekat dia. Termasuklah abang aku dan kakak ipar pengantin baru. Aku pulak, hanya mampu pandang dari jauh. Aku macam terkedu sebab baru tadi aku gelak-gelak tepuk tampar dengan Zarra. Tak sampai lima minit, dia dah terbaring dekat tengah laman tu.

Aku tau apa masalah dia. Ni mesti dia nampak something ni. Sebab adik aku yang sorang ni paling lemah semangat dalam keluarga kami. Mata aku melilau pandang sekeliling dan, Astahgfirullah al-azim!! Aku nampak ada seroang nenek tua muka buruk gila tengah duduk mencangkung atas pokok sambil pandang adik aku. Nenek tua tu pakai kain batik biru dekat kepala dia tapi still boleh nampak muka dia yang buruk dengan hidung yang panjang tu.

Tak lama lepas tu, dengan lajunya nenek tu toleh ke arah aku dengan pandangan mata yang cukup marah dan bengis. Dia macam tau aku tengah tengok dia. Aku apa lagi, terus cabut berlari dekat orang ramai yang tengah angkat adik aku masuk dalam rumah. Bila aku paling lagi sekali ke arah pokok tu, nenek tu dah takde.

Kat dalam rumah, pada mulanya adik aku cuma terbaring, pejam mata tak bergerak macam orang tidur. Tapi, bila orang ramai mula start baca ayat-ayat suci. Adik aku bangun laju. Lepas tu marah-marah. Mata dia bulat gila macam nak tercabut biji mata tu. Aku dah lali dengan situasi ni. Sebab sebelum ni dia memang dah banyak kali pengsan dan histeria terutamanya dekat sekolah. Dia cakap, dia selalu nampak nenek tua duk lambai-lambai dekat dia. Nenek tu selalu muncul time ramai-ramai macam ni la.

Mak aku menangis tengok adik aku macam tu. Dia datang dekat, dia pegang kepala adik aku. Tak semena-mena lepas tu, mak aku pula yang pengsan. Lepas tu bangun marah-marah cakap, “jangan kacau dia!!” Dengan suara yang besar.

Bila mak aku pulak yang kena, adik aku lagi sorang, Janna dan kakak aku,Fazura pulak yang hilang semangat. Dia dua orang pulak duk meracau. Bayangkan la. Empat orang sekali gus dalam rumah tu tengah meracau-racau. Aku tak tau la nak berterima kasih kat orang kampung macam mana diorang handle kitorang satu family.

Aku cuba untuk tolong apa yang patut. Aku pegang kaki adik aku. Tu kesilapan besar dalam hidup aku. Dalam keadaan hati aku yang dah lemah masa tu. Aku patutnya duduk diam je. Mengaji kea pa. Tapi, aku bertegas jugak nak tolong. Ambik! Aku pulak yang kena. Dunia sekeliling aku jadi gelap. Macam mata aku dibutakan. Rasa nak marah aku naik membuak-buak. Aku pandang sekeliling cari cahaya, tak jumpa.

Lepas tu aku dengar bunyi suara perempuan tua gelak terkekeh-kekeh. Suara macam nenek kebayan. Kejap dengar kuat. Kejap dengar perlahan. Orang cakap kalau perlahan tu maknanya dia ada dekat. Aku libas-libas tangan aku nak pukul perempuan tua tu kalau dia ada dekat dengan aku. Tapi tak terasa. Kemudian aku rasa macam telinga aku kena jilat dari lidah yang cukup panjang. Aku menjerit dan menangis. Dalam keadaan “buta” tu, aku bangun dan berlari tanpa arah tujuan.

“Kejar dia!!” aku dengar suara orang menjerit. Lepas tu, mula aku rasa ada orang pegang kaki tangan aku. Aku meronta. Aku jerit minta dilepaskan. Dalam masa yang sama aku boleh dengar ada yang jerit “pegang dia kuat! Dia nak patahkan kaki adik dia tu!!”

Dari sebelum asar, bawak ke lepas maghrib. Punya lah lama aku dalam keadaan “buta” tu. Bila aku dah sedar, aku tengok kaki dan tangan aku kena ikat kat kaki kerusi. Aku tengok adik aku dua orang, mak aku dan kakak aku pun macam dah reda, dah ok.

Tapi, tu cumalah satu permulaan. Permulaan kepada semua benda mistik yang berlaku pada aku lepas tu. Sejak dari detik tu….hijab aku terbuka!

-Eli-

5 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *