Assalammualaikum hai. Terima kasih Fiksyen Syasha sekiranya confession ni dipilih untuk dikongsikan. hari ni aku pun rasa nak share benda yang lebih kurang sama. Aku menaip jam 1.50 pagi kot. Cuak beb.
Alkisahnya, mak aku ada lima beradik, empat beradik semua duduk dekat2 kawasan rumah sendiri. Maknanya, empat2 ni rumah diorang dekat dekat, satu daerah satu negeri. Dekat jugak dengan rumah moyang aku dan sepupu sepapat yg lain. Kire sebelah mak aku ni semua duduk dekat2 lah. Memang tiap2 hari boleh jengah sesama sendiri. Cuma mak aku je yang duduk jauh, kire kalau nak balik kampung tu lebih kurang 5/6 jam dari rumah kami. Kami duduk berhampiran rumah opah sebelah ayah.
Ceritanya bermula bila moyang perempuan aku sakit.. Disebabkan family kami duduk jauh dari kampung mak aku, jadi tak tahu sangat lah hal-hal kecik yang jadi kat kampung sebab takkan lah makcik aku nak cerita semua kan. kisahnya bermula bila moyang perempuan aku sakit. Kami ingat sakit2 biasa lah almaklum umur dah 100 something tapi tak cecah 110 lagi la. Jadi adatlah orang tua kan.
Satu hari tu makcik aku call bagitahu moyang perempuan dah takda harapan. moyang perempuan aku ni duduk dengan anak dia, aku panggil dia Tok Perempuan nie Dah berusia 80 . Kira berdua je dalam rumah. Tok aku ni mana lah larat nak jaga moyang perempuan since doktor suruh bawa moyang perempuan balik. Jadinya, dia upah sepupu sepapat aku jaga moyang kat rumah tok. Tok ada lah sekali tapi yang suap nenek makan, basah2 lap2 kan nenek sepupu sepapat aku. Sebab diorang duduk dekat kawasan2 situ je senang. Tapi diorang jaga moyang dan tido rumah moyang. Seminggu diorang jaga, bagi makan guna tube semua. Lepas seminggu moyang pergi menghadap Illahi. Kami sekeluarga tak sempat pun nak balik. Sebab masa tu hari sekolah tambahan pulak mak ayah aku keje. Weekend baru kami balik. Mula2 dapat tahu tu aku tengok reaksi mak aku biasa , takde beria bising2 nak balik kampung. Macam pelik sikit kenapa ye taknak balik sebab tu moyang dia. Aku diamkan je.
Weekend tu kami balik. Mak aku ni ada sorang je adik perempuan. Lain semua lelaki. Jadi, segala info di kampung makcik aku ni lah yang akan cerita. Kami sampai jumaat malam. Sabtu pagi tu aku join sekaki makcik dan mak aku beborak. Kami borak diam diam kat dapur sebab taknak bagi orang lain dengar. Tak nak aib kan sesiapa . Sampai sekarang dalam adik beradik, aku je tahu cite ni.
Alkisahnya, masa moyang sakit, Doktor cakap kalau ikot keadaan moyang, sebenarnya dah lama moyang takde. Maksudnya dah meninggal lah sepatutnya tapi pelik sebab moyang masih hidup. Hidup pun macam mayat hidup. Faham tak? Maksudnya tak boleh buat apa. Terlantar je. Jadinya bila sampai seminggu keadaan moyang macam tu jee, anak2 moyang aku ni termasuk makcik aku pakat2 nak panggil ustaz lah tengok kan moyang. Sebab kesian macam seksa dia pulak.
Bila ustaz sampai, tengok keadaan moyang. Ustaz tu terus panggil makcik aku dengan beberapa anak moyang, dia tanya moyang ni membela ke?. Makcik aku memang tak tahu bab ni, anak2 moyang pun tak mengaku. Pelik je kan takkan tak tahu. Lepas tu ustaz cakap, takpelah.. ustaz suruh anak moyang ambik kan daun dekt belakang rumah moyang (tp aku lupa nama daun nie) sebab ustaz kata tu je cara nak selesaikan masalah.
Lepas tu, daun tu direbus dan bagi moyang minum , dalam bilik hanya ada makcik, aku dan anak2 moyang sje. Orang luar semua tak boleh masuk . Sebelum bagi minum, ustaz suruh buka atap bilik hmm makcik aku dah cuak dah. Rupanya baru tahu moyang membela. Aku tak pasti keturunan punya ke atau memang sejak azali dari moyang. Lepas je minum air tu, moyang hembuskan nafas terakhir.
Kalau korang nak tahu, aku memang tiap kali balik kampung akan pergi rumah moyang. Cuma aku tak boleh duduk lama, macam cacing kepanasan. Sama jugak dengan adik2 aku. Cuma aku tak cakap, mak aku pun kalau pergi umah moyang tak duduk lama. Memang ziarah kejap2 je. Nak tido? Memang tak. Aku rasa mak aku macam dapat2 rasa moyang aku membela kot.
Muka moyang aku tak ubah spt nenek kebayan . moyang aku bongkok dan muka dia a bit scary bagi aku. Korang pernah tak tgk cerita nenek kebayan bertongkat? Haaa macam tu lah weyh. Menakutkan sikit. Sama juga dengan anak moyang yang duduk dengan moyang tu tapi Tok tak bongkok. Bila aku korek2 dengan mak aku, barulah tahu cerita.
Dia kata, dulu Tok (anak nenek) aku ni mengaji bagus, tiap malam mengaji, siap berlagu lagu lagi. Tapi ada satu hari tu, mak aku ternampak Tok baca Quran terbalik. Lepas tu, mak aku pulak pernah nampak ada bayang2 berdiri kat kepala Tok aku, masa tu tengah tido ramai2 atas toto. Tido style kampung lah, mana ada katil. Sejak tu mak aku macam tak berapa rapat sangat dengan Tok dan moyang . Sebab banyak benda2 pelik mak aku nampak tapi aku tahu dia tak cerita dekat makcik aku tu. Yelah, makcik aku duduk dekat area umah moyang , nanti dia takot pulak.
Cuma sekarang rumah moyang tu, Tok tinggal sorang je. Kalau aku balik kampung, ada lah jengah tapi memang macam cacing kepanasan lah tambahan pulak aku takot sikit tengok muka Tok, terbayang muka moyang aku . Kalau pergi, aku akan ajak sepupu sepapat aku join sekali. Jadinye bila ramai2 takde lah aku takut sangat walaupun family aku ada je tapi saja meramaikan orang.
Itu jelah kisah aku. Nak kongsi cerita benda bela bela ni bukan boleh buat main. Nak meninggal pun susah sebab benda tu taknak lepas. Sekarang, aku takpasti benda tu hilang terus atau apa. Aku harap hilang terus lah, walaupun aku macam rasa beralih pada Tok. Aku harap tak sebab makcik aku cerita, memang takda siapa ambil. Tapi tak tahu lah. Mak aku siap pesan kat makcik aku jangan sesekali cuba cuba nak ambik walau terpaksa. Sejak kisah tu, makcik aku pun tak bagi anak2 dia jengah rumah moyang tanpa dia. Maksud, nak pergi kena ramai2 supaya takda benda tak diingini berlaku..
p/s: Tok anak moyang tu bukan atok aku taw, kira adik beradik atok aku lah. Peristiwa ni berlaku masa tu atok aku dah meninggal dah pun.
Cucu moyang
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Konpius..mula2 cerita ckp x smpt blk masa moyang meninggal, tp kt perenggan bwh tu ckp sama2 ada dgn mak & makcik2 masa ustaz tu ubat n bg minum air, pastu baru moyang meninggal?
Same la confuse
Kejap moyang kejap nenek
nenek moyang kot..mungkin lupa nak letak ‘moyang’
Tak boleh beza ke moyang dgn nenek? Nenek tu anak moyang. Tu je. Takde apa yg salah pun dkt cerita tu. Salah baca mungkin
Pebende ntah. Sakit pale otak nak baca. Moyang lah tok lah nenek lah. Bahasa tunggang langgang. Baiki penulisan lain kali
Fyi, this is me talking nicely to avoid confusion. I think she wrote it clearly. You just have to figure out who is moyang, who is tok and nenek.. this whole story is about moyang.. tok and nenek is just another person. I dont understand why people condemn others meanwhile they are the one who cant read and interpret things. So loathing
tak faham
byk ckp x faham…malas aq nak baca
Tahniah kepada penulis.. takpe.. jangan putus asa, dulu orang cipta kapal terbang bukan boleh terus terbang kan,.. lantaklah orang nak cakap apa. relek relek aje.. diorang pon bukan pandai sangat..
Hahha.. i can easily understand the story.. what’s with the confusion? If you guys read it betul2 from the beginning, everything will fall in line.
C’mmon guys. If u dont understand, re-read the story carefully.
saya faham je apa yang penulis ni sampaikan. Baca dengan mata hati. kihkihkih
kepada penulis, tahniah & teruskan menulis
Faham je. Bukan complicated sgt. Thank you, ms/mr author for sharing the story.