Assalamualaikum semua. Kisah yang aku nak cerita ni terjadi kat kawan aku. Kalau jadi kat aku tak tahu lah nak cakap apa. Sebab aku ni penakut dan aku selalu doa agar aku tak pernah jumpa benda-benda ghaib ni (hantu). Ok berbalik kepada cerita kawan aku ni. Aku menyewa rumah dekat seksyen 7 manakala kawan aku ni aku namakan dia Ana menyewa dekat flat pkns. Bila nak buat assignment group ke apa dan melibatkan group sekali biasanya kitorang akan stay up kat mcd seksyen 2 (student uitm pya port biasa utk lepak n bt group assignment) huhu…
Malam tu seperti biasa kitorang stay up dekat mcd untuk buat group assignment. Memandangkan esok xde kelas pagi, dalam pukul 3pagi camtu baru kitorang balik. Aku balik ke rumah aku tanpa ada apa2 jadi. Esok pergi kelas seperti biasa, aku hairan sebab Ana absent. Sedangkan malam tu aku tengok dia sihat walafiat je xde sakit kepala atau apa2 lah. Aku mesej dia tak reply. Aku buat keputusan untuk pergi rumah dia dengan 2orang housemate aku, Nina dan Lili. Nina dan Lili ni pun sekali satu group dengan aku. Mana2 pergi memang kitorang akan pergi bertiga guna kereta aku. Malam yang aku stay up tu aku bertiga manakala Ana ni drive seorang diri (berani betul).
Sampai rumah Ana, kitorang bagi salam. Dalam beberapa minit, housemate Ana yang bukak pintu. Kita namakan housemate dia ni Ros. Kami pun terus bertanyakan Ana. Ros cakap Ana ada kat dalam bilik demam panas tak boleh bangun lepas balik dari mcd semalam. Sekarang baru makan ubat sebab Ros baru balik dari kelas dan sekali belikan ubat untuk Ana. Kami bertiga pelik sebab semalam Ana langsung tak menunjukkan tanda-tanda macam nak jatuh sakit.
Kami bertiga pun masuk ke bilik Ana. Badan dia sangat panas dan mukanya sangat pucat. Sebelum tu Ros ada bagitahu selepas balik semalam Ana menangis tak henti2 sambil menutup muka dan cakap “jangan ikut aku” berulang kali. Dia yang dah tidur terus terjaga dengar Ana menangis dengan kuat. Bila ditanya Ana hanya menggelengkan kepala dan ulang cakap “jangan ikut aku” berkali2.. Selepas tu tetiba Ana pengsan. Ros dah kejutkan housemate lain untuk bantu papah Ana masuk dalam bilik dia. Malam tu Ros tidur sekali dengan Ana. Kata Ros semasa tidur dia macam bermimpi seorang nenek tua berada kat kaki Ana duk tengok je kat Ana. Ros sendiri tidak pasti samada itu betul2 ataupun mimpi.
Kami buat keputusan untuk bawa Ana ke hospital. Mak ayah Ana kami sudah hubungi dan mereka memang minta tolong kami untuk bawakan anak mereka ke hospital dahulu sementara mereka datang dari kampung. Ana tetiba menjadi pendiam. Mungkin sebab dia tak larat. Sampai hospital dah masuk kat emergency semua, lepas tu Ana dipindahkan dekat wad sebab demam yang terlampau tinggi cecah 40 darjah celcius. Malam tu mak dan ayah dia sampai. Ana masih lagi diam tak nak buka mulut. Kami minta izin untuk balik rumah dulu sebab esok ada kelas.
Lepas 3 hari warded, Ana dikeluarkan dari hospital. Ana buat keputusan untuk extend sem. Terkejut besar kami semua dibuatnya. Tak kan lah sebab demam panas terus nak extend sem. Ana juga cakap dia nak pindah rumah tak nak duduk dah kat flat pkns tu. Kami dah macam pelik kenapa sampai macam tu. Tapi tak boleh buat apa sebab tu keputusan dia. Keputusan dia secara tiba-tiba je. Selepas kemaskan apa yang patut, dia terus ikut mak ayah dia pulang ke kampung. Katanya dia akan datang lagi untuk uruskan hal extend sem selepas betul2 sihat dan pulih semangat. Yang peliknya mak ayah dia sikit pun tak menghalang keputusan dia.
2 minggu selepas Ana balik ke kampung dia datang balik ke uitm untuk uruskan hal extend sem dia tu. Lepas tu dia kol aku nak jumpa dekat Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang. Aku pergi lah jumpa dia sekali dengan Nina dan Lili. Masa ni kitorang dah nampk dia sihat tak pucat dah seperti hari tu. Dia pun barulah start bercerita dekat kami bertiga. Katanya dia disampuk hantu flat pkns.
Malam balik dari mcd tu, dia drive seperti biasa. Sampai je dekat selekoh nak masuk ke perkarangan flat pkns dia dah start rasa lain macam. Rasa meremang. Dia cuba buat tak tahu tapi tetap tak boleh kontrol rasa tu. Dia parking tempat biasa dekat dengan pokok. Masa ni lah dia tetiba ternampak kelibat nenek tua yang dah bongkok berjalan ke arah dia.
Nina tanya macam mana rupa nenek tu. Dia cakap rambut panjang sampai kebawah, jalan bongkok tiga dan memang menuju ke arah dia. Dia dah cuak masa tu habis semua ayat dia baca dah berterabur. Cari pulak cd yassin dalam kereta tak jumpa. Dia dah start nak nangis. Dia try nak kol Ros nak minta tolong turun bawah dengan housemate lain tapi henfon plak tetiba xde line. Nenek tu dah semakin dekat dan dia pejamkan mata tak berani dah nak tengok. Tiba2 dia rasa bumbung kereta dia macam dihempap kayu besar.
Mesti kerja nenek tu. Samada dia duduk je dalam kereta tu ataupun dia keluar lari laju2 masuk dalam rumah. Tapi gangguan nenek tu semakin menjadi2.. Sekali sekala dengar dia mendengus, lepas tu ketawa… Akhirnya terketar2 dia keluar dari kereta dan terus lari laju mendaki anak tangga.. Rumah Ana pulak kat tingkat 4. Masa tangga kat tingkat tiga nenek tu tiba2 ada kat depan dia sambil gelak macam menyindir (kau nak lari mana lagi hah). Sambil tunjukkan mukanya yang sangat hodoh tu.. Dia terus lari dan lari sambil cakap jangan ikut aku banyak kali.
Sampai depan rumah sekali lagi dia nampak nenek tu dekat hujung tangga menyeringai dan sekali lagi dengar suara yang annoying tengah gelakkan dia. Dia terus masuk rumah dan menangis sambil sebut benda yang sama berulang kali. Dan dia terus pengsan. Esok pagi dia terjaga pukul 9pagi sebab terlampau letih. Semua housemate dia dah keluar. Ada pergi kerja dan ada yang pergi kelas pagi. Tinggal dia seorang kat rumah. Bila terjaga dia rasa sangat pening dan terasa sangat panas badannya. Tambah lagi masa tu dia period (tengah dalam keadaan kotor). Badan lemah + kotor lagi senanglah setan iblis nak dekat ye dak.
Dia nak bangun tak larat. Bilik dia gelap sebab tak ada tingkap. Lampu pula tak buka. Dia cuba bangun untuk buka lampu tapi tak boleh bangun. Kepala dia terasa sangat berat. Dan sekali lagu dia diganggu. Tiba2 katil dia bergoncang kuat macam gempa bumi. Dia dah pelik. Secara tiba2 dia rasa ada yang menindih badannya. Dia serta merta rasa lemas. Dia meronta2 tapi tak dapat lepas. Dia dengar ada suara gelak halus. Dia cam suara tu. Tu suara nenek semalam yang main kejar2 dengan dia.. Dan masa tu juga dia boleh rasa tangan nenek tu yang dah berkerutu dengan kuku tajam duk usap badan dia.
Sekali lagi dia pengsan sebab ketakutan yang teramat sangat. Dia sedar tak sedar bila Ros balik rumah dan kejutkan dia untuk makan ubat. Dia sangat lega bila nampak Ros balik. Selepas tu nampak kami bertiga datang. Dia bertambah lega bila dengar kami mahu bawa dia ke hospital. Sebenarnya dia memang tak suka pergi hospital tapi sebab akhirnya boleh keluar dari rumah tu dia berasa yang teramat lega. Tapi waktu tu mulut dia seakan terkunci untuk ceritakan apa yang terjadi. Mungkin sebab dia dah terlalu lemah.
Kat hospital dia dah ceritakan segalanya dekat mak ayah dia. Sebab tu mak ayah dia tak membantah keputusan dia. Katanya lebih baik dia extend sem daripada nanti exam dia banyak xleh score subject n paling penting dia memang xkan boleh fokus untuk study dengan gangguan dari nenek tu. Dia yakin nenek tu akan terus ganggu dia. Sekian cerita kawan aku. Siapa2 ada cerita seram kat flat pkns bolehlah share kat komen sebab memang dengar kat situ keras sikit.
Huhu.. Salam semua.
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Suke bace citer ni sbb gaya penceritaannye sgt cara bercerita mcm face to face, simple mudah hadam…
Dan lg suke akk tau/familiar tempat2 yg die mentionkan tu…
Heeheheheh rindu UiTM Shah Alam Di Hatiku…
den nak tanya ni ..hakak blaja sana ke kojo sana?
Deduo apid…
Memulo belajar…
Pahtu kojooo…
Hahahahaha…
straight to the point, thumbs up! 🙂
La La la laa..3x
Mula Mula mula ku happy
Tiba Tiba dia sakitkan hatiku
Tak Apalah terima kasihlah jadi kekasihku
Satu Dua tiga ku cintamu
Kau Hanya satu menjadi kekasihku
Berjanjilah Padaku sayangku
Kau Akan setia
Aisyah
Jangan Ragu-ragu dengan cinta ini
Jangan Kau ragu-ragu ku jadi kekasihmu
Percaya Padaku
Ku Akan jadi yang terbaik untuk cintamu
Aisyah
Aku Sayang kamu aku rindu kamu
Tidur Malamku sentiasaku mimpikan kamu
Kau Hanya milikku untuk selamanya
Aku Sayang ku rindu aku cintamu
Mula Mula mula ku happy
Tiba-tiba Dia sakitkan hatiku
Tak Apalah terima kasihlah jadi kekasihku
Satu Dua tiga ku cintamu
Kau Hanya satu menjadi kekasihku
Berjanjilah Padaku sayangku
Kau Akan setia
Aisyah
Jangan Ragu-ragu dengan cinta ini
Jangan Kau ragu-ragu ku jadi kekasihmu
Percaya Padaku
Ku Akan jadi yang terbaik untuk cintamu
Aisyah
Aku Sayang kamu aku rindu kamu
Tidur Malamku sentiasaku mimpikan kamu
Kau Hanya milikku untuk selamanya
Aisyah
Jangan Ragu-ragu dengan cinta ini
Jangan Kau ragu-ragu ku jadi kekasihmu
Percaya Padaku
Ku Akan jadi yang terbaik untuk cintamu
Aisyah
Aku Sayang kamu aku rindu kamu
Tidur Malamku sentiasaku mimpikan kamu
Kau Hanya milikku untuk selamanya
Aku Sayang ku rindu aku cintamu
La La la laa..3x
Aku Sayang ku rindu aku cintamu
promote ke hahahaha
Hahahah. Gigih ko menaip @ meng-copy&paste lirik lagu tu ye. ??
Wuhuu..kak yulie is back..bt come back ke kak.. lamo bonar menyepi..
Hi kak yulie
ok ni
Kirim salam dekat kawan tu
Masa sem 1 UiTM pon aku fail 1 subject sebab demam kena kacau Hantu Raya! Sama la nasib kita.. tak pasal2 GAGAL! tak dapat 4 flat. nasib UiTM ada konsep tampung, Huhu
T_T
Bagus, bagus. Straight to the point. Tp tercapai keseramanannya. Mungkin sbb bila tang seram, storyline punch bertubi-tubi, mcm ngah tgk adegan seram dlm movie. Terbaik.
Blok brapa yang berhantu ni? Aku dulu masa study then sambung keja kt shah alam, dh 8 taon penah stay sana. Pastu kawen aku pindah. So far alhamdulillah xpenah la kena kacau lagi. Tp since pencerita ni ckp bilik dia xdak tingkap, aku syak blok2 seblah skolah rendah tu la kot. Sbb masa study dulu aku oenah stay blok area situ. Tp dok bilik master room la. Alhamdulillah xpnh kena kacau. Huhu.