Nenek kepala hitam

Assalamualaikum dan salam sejahtera,korang boleh panggil aku syu,kalau tersilap tatabahasa atau salah ejaan harap maaf,maklumlah baru pertama kali menulis dalam blok fs ni(hihihi)umur aku ,aku terpaksa rahsiakan atas sebab2 tertentu,ok jom kita mula.untuk maklumat aku ni jenis yang ada sixsense lebih kurang macam tu la.

Nenek kepala hitam:

Ok kisah ni terjadi masa aku umur dalam darjah 5,masa tu abah aku kerja sebagai pembawa lori tar jalan, abah aku ni dah umur 40 tahun,sepatutnya dengan umur macam tu bos abah aku bagi kerja 2 hari balik rumah ,setiap 2 hari mesti balik rumah tapi satu hari nak di jadikan cerita abah aku terpaksa pergi terengganu,keluarga aku masa ni duduk kat kedah(jauhkan)aku dengan mak lepastu lagi 5 orang lagi adik beradik aku ni macam mana kan?bukan sehari abah aku kena pergi dalam 3 minggu jugak la.

Kitorang dah cuak masa ni.mak aku pujuk abah aku tu suruh bagi orang lain je job tu,tapi abah aku ni jenis yang tak lepaskan rezeki la bak kata aku.abah aku pun nekad dengan keputusan tu terus packing baju baju semua lepastu pergi tinggalkan kitorang untuk 3 minggu tu,

Gangguan ni terjadi masa abah aku balik,masa abah aku balik tu dah pukul 3 lebih dah ,masa ni cuti sekolah seminggu sebab cuti deepavali rasanya,aku standrd la bebudak kalau dah cuti tak reti nak tidoq dah,aku layan la cita kat astro,
Tengah syok dok layan hagemaru aku dengar sayup sayup dari jauh motor abah aku,masa ni best tak kira la aku abah aku balik.

Sampai je depan rumah bunyi gedegang!!!kuat gila abah aku ketuk macam nak roboh pintu kayu tu.aku apa lagi bukak cepat cepat la pintu tu,yang aku pon masa tu tau je yang abah aku kata sapa sapa pon nak masuk rumah mesti assalamualaikum dulu kan tapi masa ni aku tak terpikir langsung pasal tu,main bukak pintu je,nasib abah aku.
Tapi malam tu abah aku bawak balik satu makhluk yang tak diundang,benda tu macam nenek tapi muka dia je macam nenek, badan dia punyalah tinggi sampai sentuh kipas syiling tu.tangan dia pulak batu batu warna hitam berdiri belakang abah aku.

Aku pun jerit la
“Ya allah!!abah abah abah apa bende belakang abah tu?!!!” nenek tu macam tahu aje aku cakap pasal dia,nenek tu pandang aku pastu dia bagi senyuman yang paling menakutkan la masa tu lepastu dia jalan kat aku pelan pelan datang kat aku
Aku jerit
“Allah hu akhbar!!” kuat kuat tapi nenek ni tengok je tua tapi kuat dia ni ,tu orang kata jangan pandang rupa luaran je hihihi melalut rata pulak ok sambung..
Abah aku masa tu berdiri kaku je, aku pelik la abah aku ni kenapa
Abah!! Aku jerit la lagi sekali
Abah aku macam baru tersedar dari mimpi je.. terus dia azan kuat kuat sampai mak ngan adik berdik aku terbangun yang nenek tu pulak still tersengih tapi muka dia dah jadi hitam legam sampai tak nampak rupa.

“Abang balik dah ka?awat la?” tanya mak aku dalam keadaan separuh sedar abah aku suruh tido dulu esok cite.aku?aku berdiri terpacak la pandang nenek tadi keluar kot tingkap mungkin sebab takda rupa agaknya.
Esok tu abah aku bukak cite yang malam masa dia balik tu lalu satu titi ni dia nampak dari jauh dekat pokok buluh satu makhluk. Bila abah cerita ciri ciri makhluk tu, memang sebijik macam yang aku nampak. Abah aku apa lagi pulas minyak tak pandang dah nenek tu tapi malang nasib abah aku sebab tiba tiba nenek tu melompat lompat bukan lompat macam “gula gula”tu tau tapi dia lompat macam lumba lari tu seiring dengan motor abah aku sambil tu tersengih macam tanda moto abah aku tu tak setanding  dia. hmm

Ok la tu je cerita seram aku kalau nanti fs terima cerita ni aku cerita pulak pasal aku dengan keluarga aku kena sihir dan hampir kemalangan maut sebab sihir tu.. Ok bye
Assalamualaikum dan salam sejahtera sekali lagi..

SYU

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]

1 thought on “Nenek kepala hitam”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.