Nenek Santubong

Assalamualaikum dan Salam satu Malaysia peminat peminat FS. Nama aku Ambarsari. Sebelum aku start cerita ni, aku memang tak percaya benda ghaib ni wujud. Dari kecik, aku dididik supaya tak percaya benda ghaib macam ni sebab parents aku tak nak aku takut dengan benda ni. Sebab aku ni jenis yang terbawa bawa sampai tak dapat tidur. So dorang tanam dalam kepala aku, hantu ke, pantang larang ke, semua anggap karut dan tak logic. Zaman pun dah semakin maju, jadi aku rasa benda macam tu dah tak wujud.

Tapi, tuhan maha adil. Dia tunjuk kat aku makhluk ghaib yang satu ni. Kisah Yangtze telah menghantui aku sehingga kini mengambil tempat di Santubong, Kuching, Sarawak. So ade satu cuti semester ni, aku berpakat dengan cousin aku, kiteorang pergi pantai kat Damai Beach, Santubong. Santubong ni kira tempat paling hujung sekali kat Kuching, Sarawak. Lebih kepada alam semulajadi, sunyi, aman je. Very beautiful place kalau nak pergi bercuti atau nak hilangkan stress.

Tujuan sebenar kteorang pergi sini, saja nak jalan jalan kat pantai. Bukan nak check in kat resort situ. Aku ni jarang dapat jenjalan lewat macam ni sebab parents aku memang strict. Pukul 6 petang, aku mesti dah ada kat rumah. Walaupun umur aku sudah mencecah angka 2 di hadapan, aku mesti ikut peraturan dorang since aku masih duduk bersama dorang. Time ni aku keluar pun aku sneak out dengan cousin aku.

Family aku sebelah abah memang berasal dari Santubong. Nenek aku dah banyak kali pesan, kalau boleh jangan lalu jalan tu time senja atau malam. Dia dah banyak jumpa benda tu. Ade yang takde muka la, ade yang macam nenek la. Aku tak tau kenapa hari tu aku tak ingat pesan nenek, aku main redah je. Jadi aku bawak la cousin yang sama keras kepala dengan aku. Yang tak peduli pantang larang macam aku.

Cousin aku ni, Abel dan itu bukanlah nama dia yang sebenar, memang sekepala dengan aku dari kecik. Semua benda gila gila, dia ni la partner aku haa. Dari main mercun dalam rumah, sampai la bawak basikal dalam longkang. Dia ni la geng setan. Tapi bila masuk U, kteorang terpisah. Dia uitm, aku pulak poli. So masa ni je kteorang ade masa nak keluar sesame.

Around pukul 5 petang macam tu, kteorang bertolak dari Kuching pergi ke Santubong. Jadi kteorang lalu satu jalan ni, yang lalu Kubur Sultan Brunei. Siapa yang duduk Sarawak, korang akan faham yang Santubong ni adalah satu tempat yang penuh dengan misteri dan kisah mistik. Sepanjang perjalanan, ditemani pokok dan hutan pada kiri dan kanan. Area ni memang sunyi sangat. Masa perjalanan kteorang pergi sana, Abel ni pun tanya kat aku,

“Bukan area tok keras kah” (bukan area ni keras ke).

Dia pun bawak kereta slow slow sambil buat tarian, “Duhai roh puteri santubong, dampinglah kau bersama ku”.

Aku toleh muka dia yang tengah drive, sambil cubit tangan die. Mulut setan ni,

“Mulut jangan celupar gilak kau” (mulut kau jangan celupar sangat).

“Eh? Kau mok juak kah? Sikhal sikhal puteri sejinjang ada (Kau nak jugak ke? Takpe takpe puteri sejinjang ada) Puteri Sejinjang, berdampinglah kau bersama dia”.

Habis tu, dia tiup kat muka aku. Ya Allah T_T apalah nasib aku dapat saudara macam ni. Aku punya takut, dia main seru lagi. Keberanian pahlawan belah mana dia ambik, aku pun tak tau la. Aku pergi nak cari tenang tapi dia cari bala. Aku pukul tangan dia supaya dia berhenti gurau macam tu. Dia pun gelakkan aku sebab aku takut benda tu. Aku tak la percaya sangat tapi seram sejuk jugak la dengar.

Masa kteorang sampai kat Damai, kteorang pun tak ingat lagi dah benda tu. Pergi makan, jalan tepi pantai, ambik gambar sambil sembang. Maklumlah, lama tak jumpe kan. Akibat gelak sakan tak ingat dunia, kteorang tak sedar rupanya dah hampir maghrib. Aku pun ajak si Abel ni balik. Orang pun dah sikit kat pantai. Time kteorang nak menuju ke kereta, tempat parking dah hampir kosong. Aku hairan sebab Damai ni kira tumpuan orang. Lagi awal kot tapi aku malas la nak persoalkan. Letih kan kaki jenjalan kat pantai. Tanpa melengahkan masa, kteorang bertolak dari pantai tu. Masa otw balik, kteorang bukak radio kuat kuat sambil bukak tingkap. Nyanyi sekuat hati.

Masa ni aku pun tak tau kenapa aku buat macam tu. Bak kata nirvana, teen spirit gitu. Aku pun stress dengan assignment bagai, tu yang terbabas sikit perangai. Lepas tu, kteorang ternampak seorang nenek pakai baju kurung kedah dengan kain batik, bawak bakul. Masa tu, sumpah aku tak terfikir maybe tu makhluk ghaib tau. Takut pun takde. Atas dasar kesian, aku pun suruh Abel tanyakan nenek tu kalau nak kteorang tumpangkan. Sebab kesian kan? Tengok nenek terbongkok bongkok jalan masa senja macam ni. Lagipun perjalanan lagi jauh kalau nak sampai ke kampung yang seterusnya. Abel pun berhentikan kereta kat tepi nenek tu. Sambil bukak tingkap, Abel tanya nenek tu,

“Nek kitak nak ke sine tok? Mok kamek numpang sik?” (nenek nak ke mana ni? Nak saya tumpangkan tak?).

Nenek tu pun mengangkat muka dan senyum,

“boleh juak, nak. Anta kau sampe depan kampung cukup lah” (boleh jugak, nak. Kau hantarkan aku sampai depan kampung cukuplah).

Abel pun turun, dan membukakan pintu kereta untuk nenek tu. Disebabkan kteorang guna kereta Hilux, memangla Abel perlu tolongkan die naik. Selepas itu, kteorang terus perjalanan. Aku pun main handphone sebab aku ni bukan jenis ramah sangat. Aku tak pandai nak start conversation. Abel pun try nak cakap dengan nenek tu,

“Kitak orang sine, nek?” (nenek orang mana).

Nenek tu pun jawab, “aku orang sitok juak” (aku orang sini jugak)

Aku pun menoleh belakang masa nenek ni bercakap. Masa dia bercakap, seluruh badanku meremang. Macam ade angin yang meniup. Sejuk semacam je. Aku perhati je nenek tu. Normal je aku tengok. Tapi ape yang tak kene ni? Aku pun kecikkan temperature air con kereta. Sebab makin lama, makin sejuk pulak dalam kereta tu. Tak lama lepas tu, azan di radio pun berkumandang. Handphone Abel pun ada apps azan. Tak sampai beberapa saat lepas tu, radio pandai off pulak. Mula mula kteorang tak hiraukan sebab kat situ takde line kot. Tiba tiba, azan kat handphone Abel pun pandai off sendiri. Abel suruh aku check handphone die. Hairan kan kenape pandai off. Aku cuba on, tak dapat. Habis battery kot. Lepas tu aku check handphone aku. Takde line langsung. Memang kat sini takde line kot. Tapi time perjalanan pergi Damai tadi okay je.

Tak lama lepas tu, kteorang sampai kat depan kampung. Kteorang perhati kiri kanan, memang gelap (For those yang tak pernah duduk Sarawak atau tak tahu, kat sini memang cepat gelap. Hehe). Selalunya lampu kat situ berfungsi tapi hari tu, takde satu pun menyala kat depan kampung tu. Tak sampai hati pulak aku nak biar nenek tu jalan kat sini. Aku tanya la nenek tu mana rumah die.

“Nek sine rumah kitak?” (kat mana rumah nenek?).

Kteorang hairan kenapa nenek ni tak menjawab, kteorang pun tengok kat seat belakang.

Kosong.

Aku terlopong, sambil genggam tangan Abel. Abel pun terdiam kat tepi aku. Lepas tu, kteorang tak tau nak teruskan perjalanan nak balik ke tak sebab dua dua dah takut and hari pun dah gelap. Tangan aku pun berpeluh sebab nervous. Abel cakap,

“Call lah abah kitak, mintak tolong nya ambik kita sitok” (call la abah kau, minta tolong die ambik kite sini).

Aku terus menggeleng, tidak setuju. Aku kenal abah aku. Abah aku tu garang orangnya. Cakap kat asrama tapi keluar diam diam pergi pantai. Dahla perempuan berdua je. Kalau aku cakap aku kat Damai masa tu, esok dah boleh jemput datang makan tahlil kot.

“Kau gila kali nak? Ko mok aku call abah? Aku rasa mun sia kubur Sultan Brunei, tepi yajak abah ngubur aku, tauk ko?” (kau dah gile ke? Kau nak aku call abah? Aku rasa kalau kat situ kubur Sultan Brunei, tepi tu je abah kuburkan aku, ko tau?).

Bincang punye bincang, kteorang teruskan perjalanan sebab nak patah balik Damai memang tak la. So sepanjang perjalanan tu, kteorang sembang non stop untuk isi sunyi. Kalau boleh tak nak satu detik pun sunyi. Tengah kteorang syok sembang, kteorang perasan ada macam dentuman kat belakang kereta. Seolah olah ade benda menumpang kat trunk belakang. Masa ni aku tutup mata dan telinga. Abel yang try nak bertenang pun cari siaran radio yang mainkan surah. Cun la radio mainkan surah Yaasin. Ya Allah kau imagine je betapa seramnya masa tu. Kiri kanan jalan, hutan dan pokok je. Gelap. Abel pun nasihatkan aku supaya buat tak tahu. Aku pun kuatkan radio supaya bacaan tu dapat menghalau benda tu.

Sangkaan aku untuk benda tu pergi, jauh meleset. Tak sampai 5 minutes lepas tu, die main on off lampu. Aku syak die rasa tercabar. So Abel pun maximum-kan volume radio. Selang beberapa minutes, keadaan macam dah tenang. Aku pun dah bukak mata dan tengok sekeliling.

“Ya Allah Alhamdulillah”

Click. Semua lampu dia off. So masa tu tak nampak satu apa pun. Baru je aku nak jerit, Abel dah tekan minyak dan drive tanpa lampu. Time tu aku menangis disambung dengan jeritan Abel. Aku genggam tangan die dan letak semua kepercayaan aku kat die. Termasuk nyawa aku haaa. Alhamdulillah, sampai je satu jalan tu, dah ade lampu balik.

Sampai je kat area town, kiteorang dah lega. So Abel ajak pergi makan sebelum balik rumah. Lepas singgah makan, perasaan takut pun dah hilang dan jiwa pun dah start tenteram. Syukur alhamdulillah, kteorang sampai kat rumah family angkat Abel. Pastu aku pun keluar nak bukak gate. Time aku tengah bukak gate, aku ternampak macam ada lembaga duduk kat seat belakang dalam kereta. Betul betul belakang Abel. Nampak macam lembaga hitam, berambut panjang. Aku syak tu nenek tadi tau sebab die belum turun kereta lagi. Abel hairan tengok aku tercegat kat gate, pergi hon aku. Eh bodoh ke ape die ni. Aku pun ambik handphone dalam handbag. Aku call die sebab aku tak berani nak masuk kereta lagi. Ikutkan hati, nak je aku lari

Abel marah kat aku tanpa soal, “apa tunggu kau? bukak la gate ya. Aku kepak tok do” (kau tunggu ape? Buka la gate tu. Aku letih ni do).

Aku pun geleng dan isyaratkan dia supaya keluar dari kereta. “Off engine. Bagus kau keluar kereta kinek” (off engine. Lebih baik kau keluar kereta sekarang).

Mata aku tak putus perhatikan lembaga tu. Kaku je kat belakang Abel. Mungkin Abel sedar dah ade yang tak kena dan tengok aku dah lain semacam. Dia pun keluar kereta terus. Lepas tu , kteorang berlari masuk rumah terus. Keesokan harinya? Kteorang demam. Aku balik rumah, mama pun hairan kenapa demam aku teruk sangat. Meracau time malam. Lepas tu, takde lagi aku buat hal macam tu.

Sampai hari ni, hal ni, aku dengan Abel je tahu. Dan sampai hari ni, kteorang tak jejak Damai disebabkan hal tu.

Jadi anak anak, jangan lah tipu parents. Kalau tak, jadi macam aku la. Em derhake sungguh. Assalamualaikum

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]
Ambarsari

10 thoughts on “Nenek Santubong”

  1. Rasa kmk la mun pgi tmpt mcm ya mulut mok jaga juak kali..jgn celupar glak.. sbb dh bseru2 masa otw pegi ya… ya nyuruh benda ya ngaco.. slamak kmk pegi damai, Alhamdulillah belum juak nemu pelik2. even balit masa maghrib juak ari ya ngembak miak kecik.. tp kmk x juak mintak la.. sbb pg sia mok santai2 jak nak…

    apa2 pun best cerita ktk.. mun ada cerita lagik, cerita jak..hehhehe

    Reply
  2. AKU SUKA BACA PART BAHASA SARAWAK TU.. HEHEHE.. DAPAT BELAJAR SIKIT2 GITU.. JARANG KAT SEMENANJUNG NAK DENGAR BHASA SARAWAK NI

    Reply
  3. Part nok last ya jangan tipu parents. Waima ku dah lamak stay sawarawak dari jaman study sampei kerja belom sampei hajat mok ke damai ya. Penah juak asa mok ke sia, tapi ya lah hehehe. Insyallah, nice story and pengajaran 🙂

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.