Nenek Tua di Sekolah Agama

Assalamualaikum kepada admin dan semua pembaca. Kali ini aku nak ceritakan pengalaman aku membantu mangsa histeria.

Peristiwa ni berlaku dalam tahun 2006 macam tu. Masa tu aku masih mngajar di Melaka. Biasalah bila dah tinggal sorang2 kat tempat orang ni, kena ada tempat bgantung jadi ada satu keluarga Pak Aji dan Mak Aji ni ambik aku jadi anak angkat diorang.Rumah dan kedai makan Pak Aji ni dekat dengan sekolah aku mengajar. Masa tu aku bujang lagi, jadi memang boleh dikatakan hari2 aku makan kat kedai Pak Aji ni. Pak Aji ni pulak ada anak perempuan bernama Fikah, masa tu dia belajar kat sekolah agama dalam tingkatan 2 rasanya.

Pada satu hari tu, aku dah abis mngajar. Masa dok tengah tunggu nak punch card tu, tetiba Mak Aji call mintak aku datang rumah diorang secepat mungkin. Bila dah cakap sambil menangis tu aku dah agak mesti ada benda tak kena.

Masa aku sampai depan rumah Pak Aji tu aku dengar bunyi mengerang macam lembu kena sembelih. Masuk je dalam rumah aku tengok Pak Aji tengah pegang Fiqah. Fiqah ni pulak badan dah terkejang2, mata terbeliak pandang ke atas, mulut berbuih2 halus dan yang paling aku kesian bila tengok bibir dan kuku2 dia dah warna ungu dah. Bagi aku yang tak berpengalaman ni, aku ingatkan Fiqah ni keracunan. Aku cadangkan kat Pak Aji bawa Fiqah ni ke hospital. Masa kat dalam kereta, Fiqah dah stabil cuma dia tidur sepanjang perjalanan, penat barangkali. Kalau tengok keadaan dia masa tu, dah macam mayat sebab muka dia pucat sangat2. Dalam perjalanan tu, Pak Aji bagitau masa dia dok meniaga tadi, ustaz kat sekolah Fiqah call suruh datang ambik Fiqah sebab dia pitam masa tengah belajar dalam kelas. Bila sampai kat rumah Fiqah terus terkejang2. Tu yang terus dia suruh Mak Aji call aku.

Masa kat wad, Fiqah diberi ubat penenang. Doktor masukkan air macam pesakit lain. Dipendekkan cerita, bila Fiqah sedar je dari tidur dan keadaan pun dah stabil, Pak Aji mintak dia cerita macam mana dia boleh pitam dalam kelas. Aku pun nak tau puncanya sebab doktor cakap Fiqah takder sakit apa2 dan yang aku pelik doktor tu boleh suruh Pak Aji berubat cara tradisional.

Fiqah cerita pada hari kejadian tu lepas rehat dia terus masuk ke kelas. Masa mengajar tu, dia dok tengok ke luar kelas. Masa dok tengok2 barisan kereta cikgu kat ruang parking tu dia terpandang ada seorang nenek tua rambut mengerbang berdiri sebelah kereta cikgu dok tengok ke arah dia. Nenek tu senyum dengan senyuman yang menyeramkan sambil melambai2 ke arah dia. Apa yang buatkan dia pitam adalah, bila dia tengok badan nenek tu hanya separuh dari pinggang ke atas saja yang terapung2. Lepas tu, tetiba nenek tu terbang laju ke arah dia, terus dia pitam. Sedar2 jer dah ada kat wad dah.

Itulah pertama kali aku berdepan dengan mangsa histeria. Aku percaya apa yang Fiqah cerita sebab sekolah dia bersebelahan dengan sekolah rendah aku mengajar sebelum ni, sekolah yang aku ceritakan tentang peristiwa “kelas malam” tu dan tapak sekolah tu dulu asalnya hutan dan berbukit. Jadi tak mustahil banyak gangguan yang berlaku, ye lar kalau rumah atau kampung korang kena ceroboh, korang pun marah kan macam tu juga makhluk dari alam sana.

Sekian, Assalamualaikum…

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *