Nenekku Seorang Pengamal Ilmu Hitam

Assalamualaikum w.b.t FS serta pembaca, kali ini aku nak story sikit pasal nenek aku. Bukan nak buka aib tapi ambillah yg baik sbg pedoman, yg buruk jdkan teladan.

Alkisahnya aku dr kecik dijaga oleh nenek bagai menatang minyak yg penuh. Kiranya out of 60+ cucu nenek, aku lah her favourite granddaughter. Dan aku mmg syg sangat2 dengan nenek. Allahu nak nanges tulis ni, admin.

Tapi nenek aku ni penuh misteri. Banyak pantang larang. Itu xboleh ini xboleh. Tapi anggapan korang salah, nenek tak bela saka. Cuma…

Nenek menuntut ilmu awet muda. Bayangkan nenek dh umur 50-an tapi masih macam 30-an? Kalau nak susuk cucuk muka, orang kampung akan datang kat nenek. Satu lagi, nenek boleh jadi penanggal. Ye penanggal, tapi tempat aku orang panggil balan-balan. Bagi yang tak familiar, balan-balan ni bukan makhluk halus, tapi pengamal ilmu hitam. Selalunya pengamal ni perempuan, tapi ada jugak lelaki. Penuntut ilmu ni selalunya nak sentiasa cantik, atau nak jaga rumah. Ramai orang anggap pengamal ilmu ni ada pendamping atau saka, tapi not necessary. Tapi tetap syirik. Nenek tak perlu menurunkan ilmu kepada keturunannya cuma boleh dituntut kalau mahu. Kalau nak tuntut kena buat macam-macam perkara syirik. Berdosa.

Aku masih ingat ladi dekat dapur ada satu tempayan besar, sentiasa ditutup. Aku memang diharamkan oleh nenek utuk buka penutup tempayan tu. Katanya benda berbahaya. Waktu aku besar sikit baru aku tahu tu sebenarnya tempayan cuka. Untuk awet urat-urat perut ketika kepala keluar dari badan.

Suatu malam, aku terjaga dari tidur dalam pukul 2 pagi. Waktu tu umur 10tahun. Aku terjaga sebab haus, aku pun kejutkan nenek sebab takut ke dapur malam-malam. Kampung aku ni banyak burung hantu. Lagipun dapur separate dari bilik tidur. Kiranya not under one roof. Waktu nak kejutkan nenek, aku nampak nenek tidur sambil tutup muka dengan bantal. Aku goyangkan badan nenek, nenek tak bangun. Dah haus sangat, aku goyangkan banyak kali. Tak jugak bangun-bangun. Jadi aku pun angkat lah bantal tu dari kepala nenek. Seperti yang korang sangka, nenek tak berkepala! Badan nenek lemah longlai atas katil dari leher ke kaki sahaja. Aku tak berapa ingat ada d***h ke tak sebab terkejut sangat-sangat. Aku pun apa lagi meraunglah sebab ingat nenek dah m**i. Aku lari ke luar rumah, ingat nak pergi rumah mak cik nak bagitau nenek dah takde. Rumah mak cik sebelah rumah sahaja tapi ada semak belukar di antara rumah nenek dgn rumahnya. Waktu nak merentasi semak tu aku nampak cahaya putih. Sebab silau aku pun terjatuh. Lutut dengan dagu berdarah dan berparut sampai sekarang.

Tiba-tiba aku terdengar suara nenek panggil tanya aku nak ke mana malam-malam buta. Aku tengok nenek sempurna sifat datang ke arahku dan memelukku. Nenek pujuk dan pimpin aku ke dapur, dan bagi air. Lepas minum aku macam kena pukau dan terus tertidur.

Serius, aku tak ingat benda-benda ni sehingga umur aku 20 tahun. Orang cakap suppressed memory mungkin sebab trauma, atau air yg aku minum malam tuh.

Nenek masih hidup sampai sekarang, umur 86 tahun masih sihat walafiat. Aku rasa, nenek dah stop buat aktiviti2 dia waktu malam, especially bila bulan mengambang. Tapi aku slow-slow suruh nenek kembali kepada Allah, buang susuk dia. Alhamdulillah nenek pelan-pelan solat 5 waktu, baca Al-Quran. Nenek bidan terkenal di kampung, perempuan-perempuan yg bersalin selalunya akan jadi lebih cantik dan ramping kalau ikut pantang dia. Aku harap semuanya ikut petua orang-orang lama, bukan sebab ilmu hitam. Wallahualam. Hari-hari aku doa nenek kembali ke pangkal jalan

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 15 Average: 5]

15 thoughts on “Nenekku Seorang Pengamal Ilmu Hitam”

  1. Alhamdulillah kerna opah ko dah balik kpd pangkal jalan, kini dah solat dan mengaji al quran pe bagai, umur nenek ko dgn opah belah bapak ak beza 3 tahun jer.. eh over pulak aku. ok apepun ko as a very good n nice grandaugter to ur grandmom please keep prayin for her bless. ak pun sy opah aku, baik belah bapak maupun mak.. semoga nenek ko dan kedua dua opah aku masuk ke syurga ameen allahumma ameen..

    Reply
  2. Aku jealous dengan kau yang dapat kasih sayang nenek huhu.Semoga nenek kau kembali ke arah jalan yang benar.Aamiin.

    Reply
  3. yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan… bukan baik jadi pedoman buruk jadi teladan… sudah tukarkah… maaflah…

    Reply
  4. penulis nie pun x cakap penanggal @ balan2 nie hantu… ianya pengamal ilmu hitam tulisnya… apa laa mcp nie…

    Reply
  5. Hui.. Meremang.. Klau aku yg nmpk bnda tu.. Bkan lgi buka lngkah 1000… lngkah 100,000 pun aku snggup..
    Sbab dh takut tahap b**i hutan..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.