Nenekku

Assalamualaikum pembaca FS. Panggil aku cika. Aku selalu baca je cerita-cerita dekat FS ni. Tapi harini tergerak nak cerita pasal diri sendiri. Tak seram tapi nak share juga. Sebagai pengalaman. Thanks FS kalau cerita aku tersiar. (Maaf, lebih senang bahasakan diri aku)

Aku ada seorang nenek. Belah ayah. Dia je nenek aku (atok dah takde). Belah mak pun, dua-dua dah takde. So kadang-kadang mcm nk tumpang kasih sayang lah. Oh ya, nenek aku baru je meninggal dunia seminggu raya haritu. Kisah ni bukan nk bukak aib siapa-siapa tapi cuma hanya ingin bercerita, share. Okay. Berbalik kepada arwah nenek aku.

Nenek aku orang johor. Atok aku orang bugis (aku tak pernah jumpa atok aku). Nenek aku ni dulu masa-masa muda sangat aktif. Puteri UMNO. Mesyuarat sana sini so dia jarang ada dekat rumah. Dia selalu ke luar kawasan (org putih ckp outstation). Ayah aku cerita dulu atok aku yang masak, buat kerja rumah. Nenek aku cuma mengarah. Sampai aku lahir dan besar, nenek aku masih begitu. Kadang-kadang best balik kampung, kadang tak. Ada certain perkara yang aku kurang berkenan dengan nenek aku. Salah satu dia, dia pilih kasih. Dulu masa ayah kahwin dengan mak aku. Dia cukup tak suka. Kira bukan menantu pilihan lah. Dia nk suruh kahwin dgn orang lain, ayah aku tak nak.

Sebelum nenek aku jatuh sakit, 3 tahun lepas rasanya (aku lupa, maaf). Nenek aku ni sihat sangat. Masa tu umur 91 tahun. Dia sihat, boleh ulang alik KL Johor tiap-tiap bulan even kadang-kadang tiap-tiap minggu. Kuat lagi arwah masa tu, siap boleh naik bas ekspress sendiri. Tapi more ikut pakcik aku lah. 1 hari, dia sakit. Kitaorang pun tak tau dia sakit apa. Tetiba je terlantar. Sakit mengejut. Berjalan pun orang kena pimpin. Nak pergi toilet, mandi semua kena pimpin. Time nenek aku sakit, takde siapa tanya keadaan dia. Mak aku dengan makcik aku lah gilir-gilir jaga dia. Even dulu dia cukup tak suka mak aku.

Masa turn mak aku jaga, aku lah yang selalu tolong mak aku lepas aku balik kerja. Pimpin nenek aku, pergi toilet semua sebelum tidur. Then aku letakkan dia atas katil tp ada 1 hari tu, dia tak nak tidur atas katil. Dia kata biar dia atas wheelchair. So aku biarkanlah then aku naik atas bilik aku. Kebetulan aku nk turun ambik air, aku ni jenis mmg buat keje senyap means takde bunyi pintu atau tapak kaki, turun je separuh tangga, aku nampak nenek aku atas wheelchair tengah kedepan kebelakang. Dia tolak guna kaki dia. Laju jugak. Macam budak-budak first time jumpa wheelchair. Main-main. Kau bayangkan selama aku hantar dia pergi toilet dia kata kaki dia sakit tak boleh pijak, tak boleh diri lama. Tapi skrg ni dia tengah main wheelchair. (haha aku nk gelak ke nk seram ke aku confuse).

Rupanya mak aku pun perasan then mak aku kata dia selalu dengar nenek aku cakap sorang. Mcm tengah berbual. Rancak. Padahal masa siang ada kitaorang nenek aku ni tidur je tau. tak bersembang dgn kitaorang. Mak aku cerita dekat ayah aku, tapi ayah aku tak percaya. Ayah aku ni kurang sikit bab-bab mistik ke apa ke semua ni. Sampai lah 2 minggu lepas tu, makcik aku datang ambik. Sbb turn dia. Mak aku cerita dkt makcik aku dengan sepupu aku. Rupanya lagi, sepupu aku pun pernah nampak. Nenek aku ni berjalan. Haaaaaa. Kau bayangkan. Hahaha (gelak sedapkan hati)

*aku rasa macam kena ada Part 2. Sebab panjang sangat. Kalau admin siarkan cerita aku ni. Aku akan sambung Part 2 sampai habis. Insha Allah

#cikaroka

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

15 thoughts on “Nenekku”

  1. benda apa kau tulis ni setan…….kau belajar penulisan ke tak kat sekolah…ni tak cukup patah perkataan..kalau aku cikgu, aku kasi kau F

    Reply
    • hahahahaha sorry. m**i-m**i ingat dah panjang masa tgh type tu. aku sambung asap. tp cerita x menarik pn. just nk share pengalaman.

      Reply
  2. UUUIIII PANJANGNYA CERITA AWAKKK..
    SAYA AMBIL MASA 34 HARI NAK BACA..
    NI BARU SEPARUH SAJA HABIS BACA NI..
    SAMBUNG LAH LAGI CERITA PANJANG PANJANG MACAM NI

    Reply
  3. Nenek ko berlakon me kot sbb nk attention..mcm nenek aq lh jgk kdg2.. btw, aq tggu cte seterusny..jgn pendek2 sgt kot ye pon nk bt smbungan..sian kteorg readers ni..rse dipermainkan..?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.