#NFFA- Siapakah Mia?

N F F A — S I A P A K A H  M I A ?

        Assalamualaikum. Salam sejahtera. Apa khabar? Sihat? Cerita ini agak panjang. Jadi, kalian boleh lah sediakan cikencop, lemcop, popcorn sambil membaca cerita ini. Nama aku Fitri. Aku seorang yang gemar melayari laman sosial terutamanya facebook kerana aku seorang yang suka berkawan. Kiranya aku seorang yang peramah. Hehe. Aku mempunyai 5 orang kawan iaitu Ijja, Ana, Liya, Nor dan Mia di mana aku mengenali mereka melalui laman sosial facebook. Izinkan aku bercerita bagaimana aku mula mengenali mereka. Ready? Go!

— J A N U A R I  2 0 1 7 —

        Pada suatu hari, sedang aku asyik melayan video Daebak King – Hidayah & boyfriend 3 minutes di facebook, aku mendapat notifikasi 5 friend requests. Kesemuanya adalah perempuan. Tanpa berfikir panjang, aku menerima ke semua requests tersebut hanya kerana untuk menambah jumlah rakan di facebook ku. Kawan tahun baru lah katakan. Setelah menekan approved, bermula lah kerja aku untuk menjengah facebook kelima-lima nya. Maklumlah, perempuan kan? Perempuan dan sifat ingin tahu tidak dapat di pisahkan. Ok lets stalk!

        Pertama, nama nya Ijja. Gambar nya memakai baju kurung dan bertudung bawal. Terdapat sedikit editan di muka nya. Sedikit kabur. Mungkin dia tidak mahu menayangkan wajah nya yang sebenar. Kedua, nama nya Ana. Seorang yang gemar melakukan aktiviti mendaki gunung kerana gambar nya kebanyakan di atas gunung. Sungguh indah pemandangan nya. Ketiga, nama nya Liya. Gambar profile memakai jubah hitam dan bertudung labuh tetapi muka nya di edit menggunakan emoji monyet. Sudah bagus di kurniakan menjadi manusia, tetapi nak jadi monyet jugak ke camne? Patutlah perangai pun serupa monyet. Ok gurau. Keempat, nama nya Nor. Dia yang paling tua antara kami. Dah kahwin tetapi perangai macam budak lagi. Orang nya kecil molek, senang untuk di gusti tetapi mempunyai suara yang lantang. Kalau dia membebel, siap sedia untuk tutup kedua dua belah telinga. Bingit! Haha. Dan yang kelima atau terakhir, nama nya Mia. Hm. Susah sikit nak describe budak ni. Gambar profile nya hitam. Tiada gambar. Tiada muka. Sudah puas aku mencari gambar nya di profile facebook nya, ternyata satu gambar diri dia pun tiada! Posting di fb nya hanya lah di penuhi dengan kata-kata (quote) sama ada jiwang, sindir, sedih dan marah. Ok complete pasal kelima lima mereka!

       Persahabatan kami semakin hari semakin akrab. Walaupun belum pernah bersua muka, tetapi perasaan tu dah macam lama kenal. Mungkin di sebabkan oleh perangai masing-masing yang membuatkan kami semakin akrab. Bermula berhubung di facebook, kini kami beralih di Whatsapp. Aku buat group whatsapp supaya kami senang berhubung. Setiap hari, ada saja topik yang kami bual kan. Dari bangun pagi sehingga lah waktu tidur pada malam nya. Ohh indahnya mempunyai sahabat seperti mereka. Hidup aku sangat bahagia bila ada nya mereka berlima. Maklumlah, takde boyfriend macam aku ni memang hidup di penuhi dengan kawan-kawan je. Nak bahu~

        Suatu hari, Ana meluahkan hasrat nya untuk bersua muka dengan kami semua. Maklumlah, sudah hampir 4 bulan usia perkenalan kami, tapi kami belum pernah berjumpa. Memandangkan kami berlima tidak senegeri, jadi aku memberi cadangan untuk pergi melancong bersama-sama di Borneo. Baru adil kan semua beli tiket? Aku memang bijak! Haha

Ana : Weh! Jom lah jumpa. Aku teringin sangat nak jumpa dengan korang semua. Buat ape kawan lama-lama tapi tak pernah jumpa? Lepak ke?

Liya : Hm. Susah lah, Ana. Aku duduk jauh.

Aku : Haa.. Apa kata kita pergi melancong?

Ijja : Nak pergi mana? Oversea ke?

Ana : Eh. Aku mana dapat pergi oversea. PTPTN aku sangkut lagi. Haha.

Aku : Hm. How about Sabah? This coming August?

Ana, Ijja & Liya : On! Ok set!

Nor : Maaf. Aku tak dapat ikut. Laki aku tak kasi lah. Hm.

Aku : Mia? Kau nak join ke?

Mia : Hm. Boleh lah. Aku ikut.

        Itu je jawapan ko, Mia? Hampeh betul. Mia seorang yang tak banyak cakap. Kiranya dia pendiam lah dari kami semua. Jika di tanya, baru dia akan berbunyi di group. Gambar whatsapp pun dia letak hitam je. Kau memang takde muka ke? Pelik aku dengan budak ni. Antara kami, Mia paling rapat dengan Liya. Semua benda dia cerita dekat Liya. Personally! Dia takkan pernah bercerita dalam group. Kalau aku tahu jadi macam ni, takdan aku nak add kau dalam group, Mia. Maaf, teremosi kejap. Tapi, apa boleh buat nama pun dah kawan kan? Kita kena redha~

        Jadi, Ana di tugaskan untuk menempah tiket penerbangan ke Sabah selama 3 hari 2 malam untuk kami berlima termasuk penginapan dan pengangkutan di Sabah nanti. Semua dia yang uruskan. Tugas kami yang lain hanya sediakan duit je. Haha. Kesian Nor, suami dia tak izinkan dia pergi melancong dengan kami. Takut bini dia hilang agaknya. Maklumlah, badan Nor kecik je macam budak sekolah. Salah pandang je boleh terus lenyap agaknya. Ok gurau. Hidup berumah tangga ni kena dengar cakap suami kalau tak nak jadi isteri derhaka. Betul tak, Nor? Tanya je. Haha.

        Saban hari menunggu, kini sudah tiba masa yang di nantikan! Yeayyy! It’s holidayyyyy!Aku bersorak keriangan. Perasaan gembira membuak-buak di hati ku tidak sabar nak berjumpa dengan sahabat alam maya ku! Its became reality! Dream come true! Sungguh aku tak sangka aku dapat bertentang mata dengan mereka. Seperti yang di rancang, kami berkumpul di McDonald KLIA sebelum terbang ke Sabah. Pertama kali bersua muka, kami berpelukan dengan perasaan yang sangat teruja! Ijja berperwatakan sempoi je, tinggi sikit dari aku dan mempunyai rambut paras bahu je. Eh. Mana tudung dia? Dalam fb kemain pakai tudung, baju kurung bagai. Mana lah aku tahu. Aku pun baru pertama kali jumpa dia. Huhu. Ana? Comel je bertudung bawal. Liya? Ohh ini rupanya Liya. Ingatkan sama macam gambar di facebook beremoji monyet. Ok gurau. Liya macam ala ala ustazah bertudung labuh. Mia? Wow! Mia berniqab! Yes! Dia pakai niqab. Nampak mata dan kening je. Pakaian dia takde lah macam ustazah. Tapi ok lah pakaian longgar tak nampak aurat. Sumpah aku memang tak sangka. Patutlah takda gambar di facebook, rupa-rupanya personaliti dia macam ni. Kami mengambil gambar bersama-sama sebagai tanda pertama kali kami berjumpa. Sudah pasti gambar tersebut akan di upload ke dalam media sosial dengan pelbagai caption. Hehe.

        Penerbangan kami mengambil masa selama 2 jam 40 minit dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. Tepat jam 10.30 pagi, kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Wow! Welcome to Sabah Di Bawah Bayu~ Pakcik kereta sewa bernama Pakcik Mie sudah menunggu kami di balai ketibaan untuk menyerahkan kunci kereta. Kami menyewa sebuah kereta Bezza berwarna merah. Merah menyala weh! Teruja aku. Haha. Kami terus bertolak ke hotel yang terletak di tengah-tengah bandar Kota Kinabalu. Suasana di Sabah sungguh aman dan tenteram. Ohh nyaman nya! Sampai je di hotel, kami semua terus melompat ke katil untuk melepaskan lelah. Aku dan Mia duduk bersama di sofa sambil aku membuka tudung. Tapi, yang pelik nya Mia langsung tak buka tudung dan niqab nya. Eh? Apahal minah ni? Gumam ku di dalam hati.

Ijja : Eh. Mia, asal kau tak buka tudung? Tak panas ke?

Ana : Yelah. Lama lagi kita nak keluar ni. Lepas zohor nanti baru kita keluar cari makan.

Mia : Hm. Takpe lah. Alang-alang sangat dah ni. Kejap lagi masuk Zohor. Kat sini kan Zohor awal. Nanti aku malas nak pasang balik. Hehe.

Ijja : Kau malu eh dengan kami semua? Tak payah malu lah. Kitorang sama je perangai. Kadang-kadang macam setan gak. Hahahahaha.

Aku : Amboi kau, Ijja ~ Mulut kau di alam maya dengan dunia realiti sama je kan? Puaka! Haha.

Mia : Hehehehe. (nada perlahan)

        Bila aku dengar dia gelak macam tu, aku terus menggigil. Macam seram je dia gelak. Dahlah tak tahu rupa dia macam mana, tambah lagi dia gelak macam tu. Psiko ke? Ataupun gila? Eh. Maaf. Aku berfikiran positif sahaja. Cuma perasaan ku saja agaknya. Sedang kami seronok sembang, kami pun terlelap melepaskan penat sehingga azan berkumandang menandakan telah masuknya waktu Zohor. “Allahuakbar.. Allahuakbar..”. Kami pun bangun untuk menunaikan solat Zohor. Rasa agak janggal bila solat pada pukul 12 tengah hari. Selalu di semenanjung, Zohor jam 130pm. Semasa kami hendak menunaikan solat berjemaah, kami hairan Mia tak ada! Eh. Mana budak tu pergi? Habis je solat, kami terkejut tengok Mia duduk bersila di atas sofa sambil memerhati kami solat. Eh. Bila masa pulak budak ni datang?

Liya : Mia dah solat ke? Kalau belum, pergi lah solat dulu. Sementara tunggu Mia solat, kami siapkan diri.

Mia : Hm. Mia tak boleh solat. Uzur. Heee ~

Ijja : Betul ke kau uzur? (Senyum sinis)

Mia : Nak aku tunjuk bukti ke? Kau nak aku tepek d***h kat muka kau ke supaya ko percaya? Hehehehe

        Sekali lagi aku dengar dia gelak macam tu. Kau memang takde cara gelak yang lain ke? Selesai je habis berkemas. Kami pun menuju ke Imago Mall untuk makan tengah hari dan berjalan-jalan. Boleh tahan besar mall ni. Orang pun ramai. Ijja mengajak kami untuk masuk ke dalam rumah hantu yang berada di tingkat satu. Katanya, dia hendak menguji tahap ketakutan kami. Baca kisah seram di Fiksyen Shasha je korang berani, takkan masuk sini tak berani kot? Perli Ijja. Amboi budak ni mulut dia memang boleh tahan. Aku rasa macam nak cili je mulut dia tu. Memang takda insurans! Tiba sudah giliran kami untuk masuk ke dalam rumah hantu ini. Boleh tahan seram jugak lah. Sesiapa yang lemah semangat, di ingatkan jangan sesekali untuk mencuba masuk ke sini. Boleh kena histeria weh!

        Kami menjerit sakan bila kena kacau dengan hantu manusia ni. Yang paling over menjerit ialah si Ijja. Haa itu lah berlagak lagi cakap tak takut konon. Ambik kauuuu! Padan muka. Kami berpelukan kerana takut kecuali Mia. Haih? Mia berjalan di belakang sekali. Dia diam je. Macam takde perasaan. Satu patah perkataan pun takda keluar dari mulut dia. Menjerit pun takda. Eh. Kau tak takut ke? Ke kau sama spesis dengan mereka? Para hantu pun tak kacau dia. Eh. Dah kenapa kau hantu? Kitorang kemain kau kacau sampai sakit anak tekak aku menjerit, tapi si Mia kau langsung tak kacau? Pelik. Memang pelik. Aku perhati je kau, Mia~ Hari pertama kami di Sabah kami hanya menghabiskan masa di shopping mall saja. Suria Sabah, 1 Borneo, Imago Mall, dan Centre Point Sabah. Sehari saja sudah banyak gambar yang kami ambil bersama. Fuh! Penat!

        Setelah penat berjalan, kami pulang ke hotel. Seronoknya dapat berjalan bersama-sama dengan mereka! Semua jenis yang sekepala. Perangai sama je kadang-kadang macam setan jugak. Haha. Selepas menunaikan solat Isyak, kami pun merehatkan diri nak tidur awal sebab esok kami nak ke pulau. Semasa menunggu mata pejam, aku nampak Mia keluar dari bilik air. Oh, baru lepas mandi agaknya. Fikir ku di dalam hati. Apa yang membuat aku pelik dengan budak ni, niqab dia sentiasa di pakai. Eh. Dah kenapa dalam bilik pun nak pakai niqab? Kitaorang semua perempuan kot. Jangan-jangan dia lelaki? Eh. Tak mungkin lah. Huhu.

Ana : Mia, ko memang sejenis yang pakai niqab 24jam ke? Aku tak pernah nampak lagi ko bukak niqab.

Ijja : Yelah. Dah kenapa kau malam malam pun nak pakai niqab? Kita semua perempuan kot dalam ni. Ataupun, ko lelaki? Geng sajat? Musykil aku dengan ko ni.

Mia : Tak lah. Mak aku cakap kita takkan tahu bila kita akan m**i. Dalam tidur pun, Allah boleh cabut nyawa kita. Jadi, kita kena bersiap sedia sentiasa sebab kita tak tahu bila Allah akan cabut nyawa kita. Hehehe.

Ijja : Allahu. Deep nya. Weh Fitri, esok aku pinjam tudung kau satu eh. Aku rasa aku dah insaf lah lepas dengar kata-kata seorang niqabis ni. Haha.

Aku : Hampehhhhhhh!

Liya : Dah lah korang. Pi tidur. Mia tidur dengan Liya eh? Biar mereka bertiga tidur sama.

Mia : Baik, Liya.

        Amboi.. Kemain sopan bebenor mereka berdua berkomunikasi. Siap pakai nama lagi itu. Ini lah baru di katakan kawan baik dunia dan akhirat. Haha. Pada malam itu, aku susah untuk melelapkan mata walaupun aku berasa sangat mengantuk. Di tambahkan lagi dengan bunyi dengkuran dari Ijja, makin susah lah aku nak lelap. Memandangkan aku susah nak lelap, aku menyelubungi diriku dengan selimut. Kalau orang nampak, pasti mereka berfikir aku sudah pun tidur nyenyak. Aku memasang earphone di telinga dan mula melayan video Hidayahanat di facebook. Sedang aku asyik menonton video tu, tiba tiba aku ternampak bayang-bayang hitam mundar mandir di kaki katil. Takkan Mia kot? Sebab Mia je yang pakai tudung labuh dan niqab serba hitam. Aku perhati je jejak langkah bayang-bayang itu. Tiba-tiba, dia berhenti betul-betul di hujung kaki Ijja. Haih. Dah kenapa ko berhenti kat situ? Aku dah cuak dah masa ni. Tak berani aku nak gerakkan badan.

        10 minit berlalu, bayang-bayang itu pun hilang. Fuh! Lega. Aku pun melelapkan mata dan tidur sampai ke pagi. Subuh menjelang menandakan hari kedua kami di Sabah, Liya mengejutkan kami semua bangun.

Ana : Eh. Mana Mia? Dah bangun ke?

Liya : Entah lah. Aku bangun je, dia memang dah takde kat sebelah. Mandi kot.

Ijja : Awal betul dia mandi. Weh, Fitri! Bangun lah. Liat betul lah ko ni nak bangun.

Aku : Hm. Yelah yelah. Bangun lah ni. Kecoh betul lah ko, ja. Eh Ijja, malam tadi aku dengar kau mengigau. Ko cakap apa eh? Hahahahahahahahaha. Sorry, TERgelak. Haha.

Ijja : Nanti lah aku cerita kat ko. Huhu.

        Selesai mengemaskan diri, kami pun bertolak ke Jesselton Point. Beli tiket boat. Ambil pakej student paling murah. Dapat pergi 3 jenis pulau. Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sapi. Yeayyyy! Snorkelling! Aktiviti yang paling aku suka. Seronok dapat main air. Pulau pertama di pergi ialah Pulau Manukan. Ambil gambar banyak-banyak buat kenangan. Wow! Cantik sangat! Air sangat jernih. Boleh nampak ikan yang berenang-renang. Indahnya ciptaan-Nya.

        Aku, Ana dan Liya memang suka aktiviti macam ni. Dapat release stress katanya. Ijja hanya berenang di kawasan yang tidak terlalu dalam. Dia tak berani nak berenang jauh-jauh. Harap perangai je gangster, tapi penakut. Huh! Mia hanya duduk di bangku saja sambil menikmati keindahan laut yang jernih ini. Fobia katanya. Aku, Ana dan Liya sudah jauh di tengah lautan, menyelam menikmati permukaan dasar lautan. Cantik! Ada ikan nemo, penyu, baby shark pun ada. Semua comel. Macam aku. Eh? Haha.

        Pulau kedua, kami pergi ke Pulau Mamutik. Di Mamutik, kami bermain banana boat dan parasailing. Seronok sangattttt! Mia macam biasa. Dia taknak main. Aku pun pelik dengan dia. Buat apa ko beli tiket mahal-mahal nak ke sini tapi ko taknak manfaatkan aktiviti yang ada? Memang pelik lah. Selesai je semua aktiviti, kami bercadang untuk ke pulau yang terkahir iaitu Pulau Sapi. Tapi, Mia taknak ikut. Dia cakap dia sakit kepala nak balik hotel rehatkan diri. Kami pun akur dengan keputusan dia. Pandai lah dia jaga diri sendiri.

        Kami pun bertolak ke Pulau Sapi. Pulau ni sunyi sikit daripada pulau yang lain. Tenang je takde ramai orang. Kami bercadang untuk duduk santai je sambil pekena coconut shake. Sesuai sangat dengan cuaca panas ini. Seronok bersantai, tiba-tiba aku teringat dengan bayang-bayang semalam. Aku pun memulakan topik untuk di bualkan. Aku menceritakan apa yang aku nampak tentang bayang-bayang hitam itu sehinggalah ia hilang di pandangan mataku. Sepanjang aku bercerita, aku nampak Ijja diam je. Selalu nya, dia lah yang paling kecoh. Pelik.

Aku : Ijja, asal kau diam je? Aku nak tanya ni, asal ko mengigau semalam? Berdengkur pulak tu. Aku nak kejutkan ko, tapi aku takut kalau bayang-bayang tu muncul balik.

Ijja : Aku mimpi ngeri lah beb. Aku mimpi Mia. Hm.

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

CERITA IJJA (AKU DI DALAM CERITA INI ADALAH IJJA)

        Aku tak tahu nak mula macam mana. Hm. Korang ingat tak semalam aku perli Mia pasal dia tak solat tu? Dia cakap dia uzur kan? Ingat tak dia ada cakap dia nak tunjukkan bukti kat aku? Siap nak tepek d***h itu kat muka aku lagi? Pengotor sungguh. Tapi kan, korang perasan tak dalam bilik air takde pun kesan yang dia uzur. Maksud aku, tong sampah kosong je. Ok lah. Aku positif maybe dia cuci terus dan flush. Malam tu, aku kan tidur awal. Sedang nyenyak aku tidur, tiba-tiba aku dapat satu mimpi ni. Aku pergi dekat satu tempat, macam tasik lah. Tapi, yang pelik nya, air tasik tu warna merah! Lepastu, aku nampak seseorang serba hitam sedang berdiri menghadap tasik tu. Tengok dari arah belakang, macam Mia. Jadi, aku pergi lah tegur.

Ijja : Weh Mia. Apa ko buat kat sini sorang diri?

Mia : Saja. Ambil angin. Aku nak tunjukkan kau sesuatu ni, Ja.

Ijja : Apa dia? Ko nak tunjukkan wajah kau ke?

        Mia mendiamkan diri. Lama dia berdiam. Tiba-tiba, dia membuka niqab nya. Dia menunjukkan wajah nya yang sebenar. Aku terkejut! Wajahnya pucat macam takda d***h. Sesekali dia tersenyum kepadaku. Senyuman yang lebar sampai ke telinga. Macam joker. Haha. Pada masa ni, aku dah cuak lantas aku tercium sesuatu yang hanyir macam bau d***h. Rupanya bau itu datang nya dari tasik tersebut. Tiba-tiba, Mia berpaling memandang aku. Mata nya tepat memandang ku tanpa berkelip walaupun hanya sesaat. Aku takut weh. Aku nak panggil Fitri dan Ana, tapi aku tak mampu. Seolah-olah aku tak dapat nak gerakkan badan aku sendiri. Semakin dekat Mia mendekati ku, semakin aku mengundurkan diri daripadanya sehingga lah aku terjatuh ke dalam tasik berdarah itu. Aku menjerit meminta tolong. Tetapi, Mia langsung tidak mempedulikan pertolongan dari ku.

Ijja : Miaaaaa! Tolong aku, Mia. Tolonggggg ~

Mia : HAHAHAHAHAHAHAHA! Padan muka kau! Inilah balasan untuk kau yang bermulut puaka! Mandilah kau dengan d***h kotor aku! MUAHAHAHAHAHAHA!

Ijja : (Setan nya gelak kau).. To.. To.. Tolong… Akuuuuuu ~

Mia : Kau nak sangat tengok wajah aku yang sebenar kan? INILAH WAJAH AKU! MUEHEHEHEHEHEHE. (Mia tersenyum puas menampak gigi nya yang tajam dan rongak.)

Ijja : Allah!

        Aku rasa aku dah lemas sehingga lah aku terdengar azan Subuh dari hanphone Liya. Alhamdulillah. Semuanya hanya sekadar mimpi. Ngeri weh! Sumpah ngeri! Aku takut sangat. Korang tahu tak air dalam tasik tu air apa? Bukan air tapi d***h h**d! Geli! Yalah kan. Aku perli dia sebab dia tak nak solat. Hati tisu ke budak tu? Tadi, lepas aku berenang di Manukan, aku pergi lah ke tempat meja kita sebab aku nak minum air dan ambik handphone untuk selfie. Korang tahu dia cakap apa kat aku?

SERONOK TAK BERENDAM DENGAN D***H H**D AKU? MUEHEHEHEHE ~ “

        Tersembur air yang aku minum! Faham tak perasaan aku macam mana ketika itu? Nak nangis weh! Tambah lagi dia gelak hanat camtu. Lepastu, aku terus bagi alasan aku nak sambung berenang. Aku terpaksa berada di air sementara menunggu korang balik ke darat. Tak nak aku nak duduk berdua dengan dia kat situ.

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

        Jam sudah pun menunjukkan hampir pukul 2pm. Kami pun bergerak untuk balik ke hotel. Sesampai di hotel, Mia tiada di bilik. Pelik. Tadi kata nak rehat, tapi bayang pun tiada. Dah kemana budak ni pergi? Aku perhati je~ Seram. Setelah selasai membersihkan diri dan solat Zohor, tiba tiba Mia datang.

Aku : Ko dari mana, Mia? Kepala kau dah ok? Sakit lagi ke?

Mia : Aku pergi 7 Eleven tadi. Beli panadol. Ijja, kau ok? Hehe.

Ijja : Haa? Aku? Hm. A..ku…ooo..kay…

        Ijja hanya menundukkan diri tidak berani untuk bertentang mata dengan Mia. Mungkin masih trauma dengan mimpi yang di alaminya semalam. Kami hanya merehatkan diri di hotel akibat terlalu penat bermain air di pulau. Sambil berehat, sempat juga kami face time dengan Nor. Bermacam cerita kami kongsikan dengan Nor. Terserlah kecemburuan di wajah Nor. Nanti kita jumpa tau, Nor? Ko kena pujuk laki ko supaya dia suruh ko ikut kami melancong lepas ni. Haha. Selepas solat Asar, kami bercadang untuk pergi ke waterfront sambil melihat matahari terbenam. Wuuu syok~ Menjelang Maghrib, kami pergi ke Masjid Terapung untuk menunaikan solat Maghrib. Macam biasa, Mia menghilang. Asal masuk waktu solat je, mesti dia hilang. Dia akan muncul kembali sewaktu kami menunaikan rakaat yang terakhir. Hm. Lantak ko lah. Janji ko tak kacau aku je.

        Hari berganti hari, tiba lah sudah hari terakhir kami di Sabah. Awal pagi lagi kami sudah check out dari hotel. Kami menuju ke Kampung Air (Water Village) untuk membeli cenderamata sebelum terbang kembali ke Kuala Lumpur sebagai kenang-kenangan. Suasana sangat meriah dengan suara para penjual dan pembeli. Kami pun seronok lah merambangkan mata untuk membeli pelbagai barangan. Tiba-tiba, aku di sapa oleh seseorang iaitu kawan lama aku sewaktu belajar di Uitm dulu. Namanya Azfar. Berwajah kacak, tinggi, rambut sikat tepi (pakai pomade agaknya) dan innocent. Orang sabah semuanya memang kacak semulajadi kan? Sumandak Sabah pun cantik. Insecure kejap~

Azfar : Aihh? Macam kenal jak ni. Ko si Fitri ka? Hai!

Aku : Eh. Hai. Kau Azfar? Kau buat apa di sini? Bukan kau di Sandakan ke?

Azfar :Aku tolong2 mama ku ni berjual sementara menunggu dapat panggilan kerja. Hehe. Ko tengok ni aku jual apa. Selipar sama kasut. Haha.

Aku : Ohh. Makin tagap kau ye. Abang Hadzar kau mana? Sampaikan salam aku sama Abang Hadzar kau ya. Hahahaha. Eh lupa pula ni, kawan2 aku.

Azfar : Bole bah kalau ko~ Hehe. Santik kawan2 kau, Fit. Hm. Hai semua. Aku Azfar. Empat orang jak kamu, Fit?

Aku : Hah? Empat? LIMA lah, Far. Kami berlima ni. Perkenalkan ini Ijja, Ana, Liya dan Mia.

Azfar : Okay Fit. Sebelum ko balik, nah aku hadiahkan ko selipar sebagai kenangan. Haha. Pink gitteww. Bebulu pula tu. Hahahaha.

Aku : Terima kasih, Far. Ko dari dulu lagi memang baik dengan aku. Hehe. Aku pergi dulu. Gerak lu pape roger.

Azfar : Bah. Palan² ko. Hati². Haha.

        Aku pergi meninggalkan Azfar. Aku perasan riak wajah nya berubah selepas aku mengatakan kami berlima bukan berempat seperti yang dia nampak. Aku taknak ambil peduli pasal tu semua. Mungkin dia salah kira. Positif saja bah. Haha. Selesai membeli-belah dan makan tengah hari, kami pun bertolak menuju ke lapangan terbang. Jam menunjukkan pukul 2pm. Penerbangan kami ke Kuala Lumpur pada pukul 4.45pm. Ada 2 jam lebih lagi sebelum terbang. Lama lagi lah nak boarding. Gumam ku di dalam hati. Kami pun masing-masing melakukan aktiviti sendiri. Ijja, macam biasa kerja nya hanya berselfie. Ana dan Liya membaca novel. Rajin betul lah mereka berdua ni. Aku? Layan video Hidayahanat lah di facebook. Hehe. Sedang aku gelak sakan dengan si Hidayah ni, tiba-tiba aku menerima satu notifikasi dari Azfar melalui Whatsapp.

Azfar : Fit, kau suda terbang ka?

Aku : Belum lagi. Flight aku pukul 4.45pm. Kenapa, Far?

Azfar : Betul ka kamu orang berlima? Bukan berempat saja ka?

Aku : Lima lah, Far. Kenapa kau ni? Pelik semacam je.

Azfar : Fit, ko dengar apa aku mau bilang sama kau ya. Mungkin kau tidak percaya sama aku. Sumpah! Aku hanya nampak kawan2 ko hanya ada 3 orang saja. Ijja, Ana dan Liya. Siapa Mia? Tadi, ko ada sebut nama Mia. Tapi, aku tak nampak kawan ko yang bernama Mia tu bah. Aku dapat merasakan sesuatu yang aneh antara kalian. Ko hati2 sana, Fit.

        Seen. Bluetick. Tanpa balasan. Aku mendiamkan diri. Tidak mahu menceritakan apa yang berlaku kepada mereka. Sebelum boarding, kami mengambil gambar bersama-sama buat kali terakhir di Sabah. Sedihnya berpisah dengan mereka. Perjalanan kami ke Kuala Lumpur mengambil masa selama 2 jam 40 minit. Alhamdulillah, kami selamat mendarat. Sebelum berpisah, kami berpelukan sesama sendiri sambil meluahkan perasaan masing-masing. Mengalir air mata ku berpisah dengan mereka. Semoga kita berjumpa lagi, sahabat. Kenangan yang cukup bermakna dalam hidup ku! Kami pun menuju ke tempat masing-masing. Merehatkan diri sebelum bermulanya rutin harian pada keesokan harinya. Berakhirlah sudah kisah kita~

        Selesai menunaikan solat Isyak, aku hanya menghabiskan masa di atas katil sambil melihat gambar-gambar yang di ambil sepanjang di Sabah. Alahai, rindu Sabah ~ Sedang aku asyik melihat gambar satu per satu , aku menangkap satu gambar kami berlima. Eh. Jap? Lima? Tapi, kenapa ada empat orang je dalam gambar ni? Aku perhati dengan teliti. Checkmate! MIA TIADA DI DALAM GAMBAR! What? Aku tak puas hati. Aku tengok lagi gambar yang lain termasuk gambar yang aku dah upload di instagram dan facebook. Its true! Aku terkejut! Betul ke apa yang aku nampak? Jadi, apa yang di katakan oleh Azfar adalah betul? Omg! Terlopong kejap tak tahu nak cakap apa. Huhu.

        Aku buka group whatsapp. Aku cek member list. Nama Mia tiada di dalam list! Aku cek balik contact phone aku, memang sah tiada contact orang yang bernama Mia. Wow! Meremang bulu roma aku. Aku masih tidak puas hati. Aku buka facebook. Aku tengok friends list aku dan mencari akaun fb yang bernama “Mia Ahmad”, apa yang aku dapat? Result not found! Goosebump weh! Speechless aku. Mungkin benar apa yang di katakan oleh, Azfar. Aku buka group whatsapp kami lagi, aku hantar gambar kami bersama. Aku tanya mereka “Sila perhati betul-betul apa yang pelik di dalam gambar ini?”

Ana : Miaaaaaaa?? Takde dalam gambar?? Seram wehhh.

Ijja : Serammmm! Setan betul lah budak tu. Huh! Siapa dia sebenarnya weh?

Liya : Wait! Selama ni aku berwhatsapp personal dengan siapa? Bukan Mia ke? Jap. Aku cek balik conversation kami.

Nor : Korang borak apa weh? Dah lah aku sejenis yang lemm ~

Liya : Ok guys! Conversation kami hilang! Satu pun tiada. Ya Allah! Macam mana boleh jadi macam ni?

Aku : Guys, betul apa yang member Sabah aku cakap ari tu. Dia ada cakap yang dia tak nampak Mia sepertimana apa yang kita nampak. Jadi, maksudnya Mia tak wujud ke?

Krik krik krik krik ~ -,-”

        Jika di ingatkan kembali, Mia tidak pernah menunjukkan wajahnya, Mia tidak pernah solat, Mia tidak bermain air bersama kami. Sewaktu di rumah hantu di Imago Mall, para hantu tidak menakutkan Mia di sebabkan mereka tidak nampak Mia. Tiket yang di beli oleh Ana juga menunjukkan bahawa Ana tidak pernah membeli tiket untuk Mia. Lagi? Orang sekeliling tidak nampak Mia kecuali KAMI kami sahaja yang nampak! Kesimpulannya? Pening aku.

        Beberapa bulan telah berlalu. Sehingga kini, kami masih tidak menemui jawapan siapa sebenarnya Mia. Puas sudah kami menjejaki di manakah Mia. Nombor telefon dia pun tidak pernah wujud bila di hubungi. Siapakah dikau, wahai Mia Ahmad? Hm. Adik beradik Faz Ahmad ke? Eh. Ok gurau. Maafkan aku. Perempuan berniqab yang penuh misteri~

        Alhamdulillah, persahabatan kami ‘berempat’ masih utuh sehingga sekarang. Semoga persahabatan kita kekal sampai bila bila. Mia? Aku tidak tahu di mana kau berada sekarang sama ada kau manusia ataupun kau memang betul2 tidak wujud di muka bumi ini, aku harap kau baik baik saja. Itu je.

        Terima kasih admin sekiranya cerita aku di terima. Segala baik buruk datang nya dari diri kita sendiri. Minta maaf sekiranya ada terkecik hati, terkasar bahasa, dan tersilap langkah. Semoga kita berjumpa lagi di lain waktu.

Persoalannya, Siapakah Mia?

Best Regards,

N F F A

Teh? Hehe.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 4.7]

118 thoughts on “#NFFA- Siapakah Mia?”

    • Maaf semua andai komen ini membuat kalian rasa annoying. Aku sekadar melunaskan janji kepada penulis.

      🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈
      🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈
      🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈
      🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈
      🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈
      🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈
      🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈
      🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈
      🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈
      🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈
      🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈
      🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈
      🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈
      🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈
      🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈
      🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈

      Reply
  1. Done baca!!!

    aku tak rate tau cik Fitri. Nice storyline. Berbaloi menunggu. Dah boleh submit buat buku dah ni walaupun orang ada-ada tak baca nukilan picisan pendatang baru. (sekadar gurauan).

    SIAPAKAH MIA??? misteri betul budak Mia ni kan?..muehehehehe

    Reply
  2. hahahahahahahaha. weh. asal buruk benor perangai si ijja tu? mulut puaka, senyum sinis. kelakarlah wehh~ kaw2 ko bagi. Siapakah Mia? Jeng jeng jeng~ hahaha

    nanti kita jumpa tahun depan kat Sabah ye? hihi

    Reply
    • babun..kalo rasa cerita ni merosakkan hujung minggu ko, ko g la baca cerita lain..

      kalo ko rasa cerita ni tak bagus ko boleh bagi komen yg membina sikit..bg semangat sikit kt writer..next story die blh improve lg..x salah kan nak bg komen murni2 sikit ujung minggu ni..hihi..

      **ni bukan kecam..ni ayat penyata je..huhuhu

      Reply
    • hm. memang jenis yg buat kerja separuh ke? patutlah rosak hujung minggu, rupanya baca sekerat je. huhu. lain kali baca sampai habis tau. baru lah kau tahu jalan cerita nya macam mana.

      Reply
  3. Wow..terbaik lah..seram² cite nie..kepada yang bernama mia..sila jelas kan siapa ka anda..

    Aku baca cite sambil makan chopstick
    🏃

    Reply
  4. Tak dapat bayangkan mndi dalam d***h h**d… hishh. nasib baik mimpi..

    Tapi apesal gambar tu? Lahaii… da macam bukak page seramedi pulak..huhuu

    PpalangS : cakap kat azfar aku nak selipar pink jugak 👉👈

    Reply
  5. Mysterious..
    X seram sngt tapi still bole hadam..
    Patut korang baca la doa2 kat bilik hotel tu.. Tiup2 sikit kat budak mia tu.. Kot2 tebako..

    Kipidap writer 8/10

    Reply
  6. Mia..jin sepi y nak merasa bergaul dgn manusia..dah byk dah kisah jin2 sepi ni..tp biasanya xlama dia mix pastu pegi.
    Sbb jin plg baik pun jahat jugk compare gn mnusia,no wonder emo lbh bila ijja kecikkan hati dia..

    Reply
  7. BEST!🤗

    Teruskan berkarya!

    Cerita yang menarik!Tak sangka F.F yang tulis cerita ni.Cuma ada satu je pertanyaan,Kisah benar atau rekaan?

    Reply
  8. sampai sekarang aku tak tahu lagi siapa mia yang sebenarnya? hmm. mana ko pegi mia? huhu. selamat berpuasa mia.. malam nanti jangan lupa masuk dalam mimpi ijja okay? hahahahahahaha

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.