#Ns Kakakku

Assalamualaikum pembaca tegar FS. Terima Kasih admin FS siarkan kisah aku 🙂 (sekiranya disiarkan) sejak aku terjebak dengan page ni, aku pun terasa excited nak cerita kisah aku & aku dapat sokongan dari sahabat karib aku. First time aku share ni. Cerita aku ni tak laa berapa seram tapi ianya merupakan pengalaman baru dalam hidup aku sekeluarga..

Kejadian ni berlaku 4 tahun lepas ketika aku masih bersekolah dan kakakku baru tamat pergajian dan baru nak start bekerja..

Cerita bermula apabila aku & keluargaku didatangi oleh seorang hamba Allah (Syam- bukan nama sebenar) yang memberitahu bahawa Kak aku (nana-bukan nama sebenar) telah ditumpangi dan mesti diubatkan dengan segera. Macam mana boleh jumpa Syam tu? Kak aku (Nana) ada pergi rumah member dia untuk buat kerja dioranglah menggunakan internet disebabkan member kak aku ada masalah internet sikit.

Kebetulan pada haritu Syam tu datang nak ubatkan si maklong membe kak tu. (Si maklong tu tak silap aku sakit dah lama tapi tak lega, mungkin ada kaitan dengan saka ka wallahualam) then tetiba Syam tu hairan ada something tak kena. Syam tu bertanya la di antara mereka berdua yang mana malam² tak leh tidur or ada sakit lenguh bagai, kiranya dia nak tahulah tanda² ada gangguan ke tak. (tapi dia dah tahu saja buat² tanya sebab dia ada kelebihan untuk melihat makhluk halus ni dan berubat).

Membee kak sorang ni penakut sikit dengan selamba ja dia cakap “ehh, aku malam² boleh tidur ja tak dak apa pun kacau sambil mngundur diri ke belakang. Haha kalau tengok muka ni mesti cuak gila. Kak aku (Nana) lah yang jujur bagitau ada something tak kena dengan diri dia tapi dia pun tak tahu kenapa. Then Syam tu explain laa apa yang dia nampak ada benda dok tumpang dekat kak aku tu dan kalau tak diubati dengan segera boleh memudaratkan diri..

Balik dari rumah membe kak tu. Kak aku(Nana) pun bagitau dekat mak ayah. Kitaorang mesti laa terkejut dan tak sangka benda ni berlaku dalam family sendiri. Start malam tu aku lari tidur di luar bilik tak pun aku pi tidur dengan adik². (bukan apa, kami dah tau benda tu ada risau dia marah mengamuk)

Actually aku pun rasa lain dengan perangai kak aku ni sebab kami tidur sebilik. Malam² tidur mesti ada dengar dia meracau cakap benda mengarut. Aku pun tak faham. Ada satu malam tu aku terjaga dia mcam sembang dengan sapa entah aku terus marah dia. (“ishh bising laa aku nak tidoq”) aku taktau laa dia dengar ke tak, aku pun terus tidur je laa. Dan aku pun ada pengalaman kena tindih.

Ada satu malam tu aku tidur mcam biasa laa tetiba aku terjaga terasa ada satu benda hempap aku punya badan sampai tak boleh bernafas. Dalam hati Allahuakbar. Dah rasa mcam nak mati tapi Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur aku. Dalam dok sesak nafas tu terus terdetik dalam hati baca ayat al-kursi tapi mcam tersekat ja taktau kenapa tapi aku gagah jugak baca sampailah terasa ringan dan boleh bernafas. Mengucap panjang aku. Ini semua mungkin tanda² adanya gangguan jin.. Aku ni kadang search lah cari maklumat yang berkaitan macam cara² nk elak dari kena tindih lagi. Tak mau benda yang sama berulang laa. Serik wehh. Kekadang malam mesti aku pasang ayat² suci al-quran guna phone sampai la esok pagi tak pun sampai phone mampus sendiri (bateri kong) tapi tak sangka benda tu dah lama ngorat kak aku..

So bila kak balik cerita ada benda tumpang dia memang aku terkejut berukk (bayangkan muka beruk mata terbeliak mulut ternganga) Bila dah bincang satu family kami tekad untuk menyuruh Syam mengubati Kak aku (Nana). Syam pun bersetuju dan bersedia untuk membantu. Aku melihat sendiri Syam mengubat. Aku ingatkan ada laa adegan nak pegang kak aku ni takut dia bertindak diluar jangkaan (pengaruh dok tengok orang berubat kat tv) tapi anggapan aku meleset sama sekali.

Syam membacakan ayat² suci al-quran dan menarik benda tu keluar lalu memasukkannya ke dalam botol. (beraninya aku tengok depan mata hahaha tapi dalam hati segala ayat aku baca takut benda tu melompat kat aku) (benda tu dah lama jadi payah sikit kiranya benda tu kuat sampai la aku tengok Syam penat bertarung). Benda yang tumpang kak aku tu bukan satu tapi lebih dari satu.. Parahh ni..

First nenek kebayan wajahnya hudoh sangat tumpang dekat kak aku ni dan dah lama benda ni tumpang nak dekat 2 tahun. What? Dan ada lagi 2 benda (jin) yang tumpang kak aku ni. Sekoq jin jantan & betina. Uishh. Jin pun berjantina.. Ye laa jin pun sama macam manusia cuma mereka di dunia lain dan kita lain.. (dan jin pun banyak jenis pulak mcam hantu raya, cik ponti tapi Syam tak bagitau detail biarlah tau sikit² dah) Macam mana boleh kena? Kak aku ni memang badan lemah so mudah lah benda ni nak kacau dan tumpang dia.

Dekat mana kena tu aku pun tak sure tapi mungkin nenek kebayan tu tak dak tempat tinggal dan bertuan pastu dia nak cari tuan baru la kan then kak aku mangsanya. Kalau jin tu pulak salah satu sebab dulu kawasan kampung ada satu pokok besar ni tapi dah lama ditebang jadi penghuni² situ takdak tempat tinggal. Haa dia pun merayap sakan sampai terjumpa kak aku. Benda tu pun ikut balik.. (sebab tu nak msuk rumah kena bagi salam dan bacalah doa msuk rumah -Allaahumma innii as-aluka khairal muulaji wa khairal mukhraji. Bismillaahi walajnaa, wa bismillahi kharajnaa wa ‘alallaahi tawakkalnaa-..)

Dan satu lagi sebab tu berkemungkinan ada yang hantar benda ni. Kiranya nak hantar dekat orang lain tapi kak aku jadi mangsa. Kak tak pernah laa nak kacau orang sampai dia kena macam ni. Kak pun tunjuk segala barang yang pernah orang bagi dan salah satunya adalah patung teddybear. Sejak dapat teddybear tu kak tak pernah bukak tidur sekali ke apa. Biar je duduk dalam bungkusan hadiah tu. Aku pun tak suka tidur dengan teddybear ni lebih baik tidur dengan kucing tak pun bantai busuk lagi best kan. Hehe.. (pengaruh cerita patung Annabelle, -dok bayang patung tu bergerak haishh haha.. Lagipun tak elok ada patung dalam rumah kan) (Tedyybear tu Syam ambil mungkin tolong buangkan.. Tak laa besar sangat bear tu mcm besar kucing dewasa ja..)

Tetiba Syam tu cakap nak tengok dak rupa dia macam mana? Ya Allah cuak gila aku masa ni. Syam tu suruh tangkap gambar botol yang dia masukkkan benda tu dekat tempat gelap tapi camera phone mesti ada flash. Abang aku yang tangkapkan. Pastu dia tunjuk rupa benda tu dekat gambar yang diambil. Benda tu kalau dia nak tunjuk diri dia, dia akan muncul tapi time tu aku tengok laa sikit ada laa rupa nampak macam mata tapi sebelah ja gigi bertaring tapi tak lengkap wajah dia.

Kalau yang perempuan tu or betina boleh la nampak rambut dia yang panjang. Arhhhh sudahhhh.. Tak nak aku tengok lelama. Terus aku suruh abang delete!! Gila ka nak simpan cari penyakit. Lagipun Syam pesan jangan simpan. Memang dak laa nak simpankan. Kenapa aku tak kena tumpang? Aku tidur sekatil dengan kak aku kot sebelah² tapi Syam cakap aku ok jee. Alhamdulillah. Setiap orang ada bezanya macam kak aku ni muka nampak garang tapi dalaman lemah macam aku pulak muka nampak penakut kira tak garang laa tapi dalaman Alhamdulillah hanya kepada Allah aku berserah. Ni Syam yang bagitau sendiri dan dia nasihatkan segala apa yang patut..

Semuanya berjalan lancar. Urusan mengubati kak pun dah selesai. Sekarang kak dah kembali seperti biasa dan muka dia sekarang pun dah lain. Time kena tumpang tu serious bengis ja aku tengok terutama area mata. Dia punya mata tu selalu nampak lebam & letih padahal ada hari dia ok jee.. Lepastu suka marah adik dia. Aku lah selalu kena hihihi (kami dua ja perempuan mau tak berperang) alaa gaduh gaduh sayang. Tapi sekarang dah berseri tak nampak dah muka bengis ala nenekkebayan tu.. Selepas berubat seriously boleh nampak perubahan dekat kak aku ni. Dan aku sekeluarga mengambil peristiwa ni sebagai satu pengajaran dan satu titik perubahan ke arah yang lebih baik lagi dalam hidup kami..

Sebelum tidur jangan lupa amalkan 3Qul, al-kursi dan rajin-rajinlah dekatkan diri kepada Allah.. Semoga kita semua dilindungi oleh Allah swt. 😉

 

Loading...

8 comments

  1. huhuhu.. bacaan masuk rumah bnyk doa ke?.. saya baca bismillahi walajna wa bismillahi khorajna wa ala robbina tawakkalna..amin
    cakap kat syam saya nak buka hijab
    suruh dia baca dari jauh.. semoga dipermudah dan diperkenang..amin3

    1. dah cukup hebat ke ilmu didada nak tengok segala benda yg dihijabkan?Jangan minta sesuatu yg ko x boleh hadam dengan penglihatan ko…Nanti susahkan orang lain pula…Silap haribulan boleh jadi gila…
      Ni nasihat aje…
      (Kalau dah rasa hebat sangat tunggu malam bulan mengambang,kalau ada anjing hitam menyalak pada sesuatu ambil airmata anjing tu kesat kat keliling mata…Kalau berani cuba lah…) 😛

      1. Nak sangat hijab terbuka, kau pegi tmp berhantu, duduk situ satu malam sorang2.. Confirm bila sekali kau dah nampak, berkali2 la kau nampak. Jgn menyesal pulak

    1. cuba kencing pastu amik air kencing tu sapu kat keliling mata kau.meluat pulak aku baca komen kau ni.nak bukak sgt pergi la jumpa ustaz.menyalak kat sini buat apa.dah bukak sok jgn mngada nak kecut telur tutup balik.

  2. Gi kubur atau masuk hutan tebal sorang2….tak yah buka hijab pun ko leh nampak mcm2 kat situ…gi sana selepas 12 malam….atau gi tempat2 mcm Villa Nabila kat JB tu ke…Mimaland ke…rumah2 kosong/terbiar ke…..tak pun ko nyanyi lagu Lengsir Wengi yg dikatakan utk seru cik ponti…kat u tube ada lirik lagu tu…selamat mencuba…tp kalau kesurupan jgn salahkan orang lain pulak…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *