Nurhan: Putera Dari Langit (akhir)

Nurhan: Putera Dari Langit Part 3 (Penamat)

Juhana masuk ke dalam kamar Dani. Menatap sayu wajah kekasih hati yang masih tidak sedarkan diri sejak malam semalam hingga ke pagi. Dani di jumpai pengsan di sekitar hutan oleh seorang Pak Cik yang kebetulan melalui kawasan itu.

Juhana pandang pula ke arah cahaya mentari petang yang menerobos masuk ke dalam kamar Dani. Dia terpaku. Lalu mula mendekati lebih rapat ke arah lengan Dani yang terkena cahaya mentari. Lut sinar, itulah yang berlaku kepada tubuh Dani walau tidaklah begitu ketara.

“Pak cik Hamza.. Mak Nab..” Laung Juhana dengan gelisah.

Serentak Keduanya muncul.

Pak Cik Hamza, lelaki yang membawa Dani pulang ke rumahnya semalam. Dia mendekati tubuh Dani yang terbaring di atas katil. Lalu tanpa sepatah kata Pak Cik Hamza berlari keluar. Juhana pula cuba menghubungi doktor keluarga mereka.

“Usah kamu hubungi orang lain, apa kamu mahu mereka ambil Dani jadi bahan uji kaji lagi?”

Pak cik Hamza menegur, muncul tiba-tiba sambil tangannya memegang beberapa kuntum melur dan mawar. Entah dari mana dia ambil. Mungkin di sekitar rumah-rumah orang kampung. Pantas dia menuju ke arah Dani. Tangannya menampar pipi Dani. Lelaki itu tetap jua tidak sedarkan diri.

“Tubuhnya kian bertukar. Hatta makin lemah. Bau bunga boleh membantu kembalikan tenaganya.” Kata Pak Cik Hamza.

Lalu Pak cik Hamza melayangkan beberapa kuntum bunga hadapan hidung Dani.

“Siapa Pak cik sebenarnya?”

Pak cik Hamza memandang Juhana tanpa kata. Terus berlalu keluar daripada bilik.


Dani memandang nasi lemak di hadapan. Dia sudah tiada nafsu dengan makanan manusia. Dia memandang pula ke tangan, adanya dua kuntum mawar kampung. Lalu di sedutnya bau wangi itu masuk ke dalam rongga pernafasan. Seolah mat bunga kemaruk cinta. Rasa bertenaga sedikit.

“Ya Danil, bagaimana keadaan mu?” Panglima Hamza yang berupa manusia, berjanggut dan berkopiah muncul dari belakang.

Dani mengangguk. Jiwanya tak dapat di tafsir dengan kata. Buat kali pertama dalam hidupnya, baru dia tertanya dengan diri sendiri. Apa tujuan hidupnya. M******h manusia berhati hitam atau???

“Kita di cipta untuk beribadah kepada dia sebagai hamba. Untuk mentaati dan mengingati bahawa dia tuhan sekalian alam.. Allah maha besar.” Ujar Panglima Hamza bagai dapat membaca fikiran Dani.

Dani merenung tajam wajah Panglima Hamza.

“Tidak kira engkau siapa, tidak kira siapa kita. Kita tiada hak menyoal untuk apa dia mencipta sekian-sekian makhluk. Hanya dia lebih tahu, kerna ilmu Allah itu terlalu luas, tak terjangkau. M******h manusia sesuka hati itu berdosa Dani. Jangan mengambil alih tugas izrail. Yang berhak menghukum adalah Allah. Aku dapat rasa kebencian kau terlalu tinggi kepada manusia wahai Dani.. itu sebab syaitan terlalu inginkan mu. Mahu mempergunakan dirimu.”

Dani diam. Telinga mendengar kata-kata Panglima Hamza dan fikiran pula bergelora penuh tanya.

“Manusia itu, mereka di berikan akal untuk berfikir dan membuat pilihan. Mereka di beri kitab suci kalam Allah, Al-quran. Namun Dani.. ujian makhluk bernama manusia itu berat. Yang mengekori mereka adalah nafsu, turut serta benih syaitan yang di letakkan kepada mereka saat mereka lahir ke dunia. Kemudian muncul pula jin-jin laknat hamba syaitan mengganggu manusia. Lagi.. manusia di uji lagi dengan godaan dunia. Terlalu banyak. Kaum kita sendiri belum tentu mampu. Itu sebab manusia beriman darjatnya tinggi. Hatinya wangi. Manusia yang berhati busuk belum tentu selamanya busuk wahai Dani. Kerna saat Allah memilihnya untuk beroleh cahaya hidayah, maka saat itu tiada siapa mampu memadamnya lagi. Di sebabkan itu jangan engkau akhiri hidup mereka seolah engkau izrail. Boleh jadi sebelum tiba ajal itu, mereka mendapat hidayah Allah. Sempat mereka bertaubat.”

Dani menunduk sayu. Kedengaran bunyi keluhan. Manusia.. manusia.. benci atau kagum?

Tiba-tiba bunyi tiupan ganas sang beliung menerpa telinga. Pokok-pokok kelapa sekitar halaman hampir menunduk ke lantai tanah. Buah-buah kelapa jatuh bertaburan. Kuat bau hamis menusuk masuk ke dalam hidung. Bergema jeritan tentera iblis. Dari langit terbang turun. Bersedia menyerang.

“Allah hu akbar..” Laung Panglima Hamza lalu meniup trompet berbentuk tanduk. Memanggil pahlawannya datang. Serentak pakaian Panglima Hamza berubah menjadi baju perisai hitam.

“Mereka datang mahukan dirimu, Dani.” Ujar Panglima Hamza.

Dani masuk ke dalam rumah mencari Juhana dan Mak Nab. Sempat memandang di luar perkarangan. Tentera jin kafir juga turut sama mengepung sekeliling rumah.


Bergema bunyi pedang Panglima Hamza bertarung dengan tentera syaitan. Dani pula sedaya upaya menghalang jin kafir masuk ke dalam rumah dengan hanya bersenjatakan kuku hitamnya yang tajam.

Dari dalam bilik kedengaran suara Juhana dan Mak Nab membaca surah Yasin. Di ulang baca tanpa henti. Segala barang elektronik pula tidak dapat di guna. Bagai ada medan tenaga yang menghalang.

Bau kesturi muncul. Seolah berlawan dengan bau hamis tentera iblis. Lapan pahlawan Nura’il turun. Ikut sama bertarung. Ada yang menyerang dengan busur panah dan ada pula menggunakan pedang. Tiga pahlawan lagi datang memerangi jin kafir bersama Dani. Salah seorang menghampiri Dani. Lalu memberi busur panah berwarna emas yang terukir tulisan jawi, kalimah ‘Allah maha besar’.

“Ya tuan Danil, gunalah senjata ini memerangi jin laknat. Milik bonda mu.”

Dani terkelu.
“Bonda? Siapa bonda?” Soalnya dalam hati yang tiba-tiba bergetar tatkala perkataan bonda di sebut.

“Allah hu akbar..” Laung pahlawan serentak. Terus menyerang tanpa takut.

Dani mendongak ke langit yang kelam.

Puting beliung ciptaan sang iblis kian membesar. Makin menghampiri mereka. Keadaan sekitar rumahnya bagai terasing daripada kawasan perumahan lain. Dari jauh kelihatan Rizalman dan adiknya serta seorang gadis buta bagai tidak jumpa jalan masuk ke rumahnya. Mereka nampaknya keliru, meronda sekitar kawasan. Seolah tidak nampak, ada pertarungan sedang berlaku.

Sesekali Dani memanah ke arah jin kafir. Tatkala busur panah menikam tubuh maka terbakar lah mereka hingga abu. Mujur Juhana dan Mak Nab tidak lelah membaca yasin. Sekurangnya jin kafir tidak mampu memasuki rumah mereka. Selamatlah Juhana dan Mak Nab.

Bergetar nadi Dani. Tangannya terketar-ketar. Tidak mampu lagi menahan rasa gila membuak. Bau hamis itu lebih busuk dari hati manusia yang hitam berkeladak. Jiwa seorang pembunuh bangun. Kedua matanya kini sepenuhnya jingga. Sayapnya yang dulu cuma wujud bagai bayang mula menjelma nyata.. Hitam berkilat.

Laju Dani menyerang. Tanpa di ajar bagaimana mahu bertarung. Dia seolah-olah sudah tahu selok belok serangan. D***h keturunan Raja Nura’il sepenuhnya mengalir dalam tubuh. Bangunnya pahlawan Nura’il yang telah lama tidur.

Sekejap dengan bantuan Dani. Mereka berjaya. Sang beliung turut sama lenyap selepas mereka beramai-ramai melaungkan azan. Tentera iblis dan jin kafir habis hangus terbakar. Sekelip mata lapan pahlawan terbang naik ke langit dan Panglima Hamza serta Dani pula bertukar rupa menjadi manusia.

“Assalamualaikum..” Rizalman memberi salam.

“Walaikumussalam.. Rizal.”

“Aku datang melawat kau dan Ju. Dengar kata Ju tak sihat. Ha, ni kawan adik aku. Baru ambil mereka dari sekolah.”

Sempat mata Rizalman memandang ke arah Panglima Hamza.

Bau harum semerbak menusuk kalbu Dani. Bagai orang terpukau, Dani menghampiri gadis buta yang berdiri di sisi Anida. Sambil menghirup bau, sambil Dani tersenyum.

“Ni kawan Anida ye? Wangiii hati dia.” Ujar Dani sambil tersenyum manis.

Anida mengangguk senyum. Sempat memandang bayang sayap milik Dani dan Panglima Hamza. Siapakah mereka?

“Jom masuk..” Jemput Dani.


Mentari pagi menyinar. Burung-burung riuh berkicau.

Juhana memandang wajah Dani. Sejak sekian lama wajah itulah yang selalu muncul dalam mimpinya. Mengharap satu hari Dani terbuka hati. Turut sama mencintai dia. Tapi kini.. sayu.

“Perlu ke along tinggalkan semua ni? Siapa nak jaga Ju nanti?” Soal Juhana.

“Tempat aku bukan di sini. Allah akan jaga kau dan tak usah risau, aku akan datang melawat kau. Jaga hati kau, moga selalu mewangi.” Ujar Dani dengan senyuman lalu mula terbang ke langit. Serentak bau kesturi menyapa hidung Juhana.

Air mata gadis itu mengalir. Jika itu takdir cintanya. Dia akur.


Negeri Nura’il.

Udaranya segar. Wangi dengan bauan kesturi yang lembut. Kebanyakan penduduknya berpakaian putih suci, sama warna dengan sayap mereka yang putih. Sepenuh masa di habiskan dengan beribadah. Manakala panglima, pahlawan dan rajanya bersayap hitam. Kerja mereka berperang.

Dani memakai baju perisai. Mengepak sayapnya yang hitam berkilat. Tatkala cahaya mentari menyuluh sayapnya. Muncul warna-warna pelangi. Dani bermata jingga, berkuku hitam. Bangun sambil memegang pedang. Semboyan telah berbunyi. Memanggil jiwa yang sedia bertempur.

Putera dari langit, Putera Danil. Datang memerangi tentera Azazil.

Dalam hatinya, rindu bau hati manusia beriman yang mewangi.

-TAMAT-

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

53 thoughts on “Nurhan: Putera Dari Langit (akhir)”

  1. “Tempat aku bukan di sini. Allah akan jaga kau dan tak usah risau, aku akan datang melawat kau. Jaga hati kau, moga selalu mewangi.”

    Amboiii.. macam lagu akim. Biarkan dirimu mewangi selamanyaaaaaa~ hehehe

    Nice storyyyyyyy! 10/10 tip top!

    Reply
  2. Okay gua kena baca balik dari part1. Terbaca dan baru terperasan bersambung2. Anyway best part terakhir ni cuma aku nak kena baca semua part part lain.

    Reply
  3. Nice..soalan..nie fiksyen atau bukan..sbab first time nampak cite nie..maksud aku x pernah nampak part yg lain..? terus trang ckp..aku mmang x layan kisah fiksyen..tp cite nie best..

    Reply
  4. best citer ni…aku suka x kisah lah fiksyen pun..terbayang novel RAM pulak..manusia bersayap dari banjaran himalaya…hahahahahaha
    untuk citer ni aku bagi 5 bintang

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.