#shizu. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada peminat peminat FS. Nama aku Ju. Dan aku lelaki. Ni cerita kedua aku selepas “Lata Kekabu”. Kisah yang bakal aku ceritakan ni bukan lah sepenuhnya kisah benar. Hanya diolah dan ditambah agar penceritaan jadi lebih lancar seperti mana kisah yang pertama. Harap semua terhibur.
Pagi yang hening seperti biasa aku termenung di bangku meja makan sambil menghirup udara segar serta meneguk secawan kopi panas. “Kau menung apa lagi tu Ju? Pegi mandi cepat. Hari ni kita nak jumpa client”, Wan memekik dari dalam bilik. Wan merupakan rakan sekerja aku. Dia juga berasal dari Perak dan sekampung dengan aku.
“Aku takda mood la bhai nak kerja harini, kalau bos tanya cakap aku ada emergency kena balik kampung”.
“Yelah yelah. Kau emergency ke kau nak balik jumpa Nurin? Kau jaga sikit Ju, makin hari makin lain kau ni aku tengok. Entah entah dia gunakan kau je, bukan main tunduk lagi kau. Aku sebagai kawan kau dari kecik cuma nak nasihat kan aje”, Wan membebel.
Aku buat tak dengar. Ibarat masuk telinga kiri dan keluar juga telinga kiri. Selesai sarapan aku pun mula kemaskan barang. “Klingg”. Whatsapp daripada Nurin. “Awak jadi kan balik harini? Saya tunggu awak ambil saya dekat rumah ya”. Sebelum gerak balik ke Perak sempat lagi aku layan movie sampai tertidur. Sedar sedar saja jam menunjukkan pukul 4 petang. Dengan kelam kabut aku terus capai kunci kereta dan kunci pagar rumah serta pintu. Aku singgah di 7 Eleven beli kopi panas dan teguk di situ juga. Haa baru segar sikit mata. Maklum lah nak hadap 3 jam perjalanan berseorangan. Sepanjang perjalanan aku asyik tersenyum saja. Menyanyi, macam orang dah nak kahwin.
Dua jam kemudian aku berhenti di sebuah RnR di Perak dan menapak ke tandas awam. Aku tengok jam, dah pukul 6.30 petang. Keluar saja dari situ sambil menyedut asap rokok, aku ternampak seorang pakcik lingkungan 60an berkopiah ketuk tingkap kereta aku.
“Pakcik, ada apa ye? Ni kereta saya”, aku menyapa.
“Maaf pakcik nak mintak izin tumpang kamu ke Ipoh boleh? Tadi pakcik naik bas berhenti di sini, bila pakcik keluar tandas je tengok bas dah tak ada. Nasib baik beg pakcik satu je dan pakcik jinjing”.
Dia memperkenalkan diri sebagai Pakcik Man. Aku pun tanpa memikir panjang setuju dengan permintaan pakcik tu. Yelah kesian aku tengok, sekurang kurangnya boleh hilangkan rasa bosan aku sepanjang perjalanan. Semasa dalam kereta pada mulanya senyap saja. Hanya radio yang bersuara.
“Kamu ni kerja di mana?”, pakcik tu mulakan perbualan. “Saya kerja kat Damansara achik, ni nak balik kampung kejap cuti hehe”, jawab aku.
Dia tunduk sambil dahi berkerut kerut. Tangannya pegang tasbih. Aku tengok muka dia seakan boleh mengesan kehadiran sesuatu. Dalam hati aku kata pakcik ni hebat orangnya. “Pakcik okay ke ni? Kalau pakcik merokok ambil la rokok saya tu, jangan malu malu hehe”, aku pelawa dia. Dia cakap dia okay dan tak merokok.
Pakcik rasa kamu yang tak okay ni, takpelah macam ni. Hari pun dah nak maghrib ni elok jelah kamu tidur kt rumah pakcik bila sampai nanti, pakcik rasa tak sedap hati nak bagi kamu balik sorang”.
Pada mulanya aku menolak pelawaan pakcik tu tapi memandangkan berkali kali dia ajak akhirnya aku akur. Dalam perjalanan ke rumah Pakcik Man aku ada nampak dua blok deretan kedai yang terbiar. Tengok ‘signboard’ Kampung Kepayang. Setibanya aku dirumah Pakcik Man kami disambut oleh anak perempuan dan isteri dia. Ila dan Makcik Nun. Nampak dah riak wajah mereka yang risau akan Pakcik Man.
“Ni Ju, dia yang tumpangkan abah”, Pakcik Man kenalkan aku kepada anak dan isteri dia.
“Wahh besar betul rumah pakcik, tinggal tiga orang je?”. Kelihatan rumah papan dua tingkat tersergam indah. Rekaan klasik. Katanya rumah pusaka dan tingkat atas dia hanya gunakan pada hari ada orang datang berubat saja. Baru aku tahu yang Pakcik Man sebenarnya pandai berubat. Jam menunjukkan pukul 8 malam aku menenangkan diri sambil merokok di meja luar rumah dia. Bunyi cengkerik menyeramkan suasana malam disitu. “Klingg !” Whatsapp dari Nurin. “Awak nak datang pukul berapa? Saya dah siap ni”. Entah macam mana aku boleh terlupa dengan si Nurin ni. Aku dah janji nak ambil dia malam ni.
“Sorry sayang, saya ada emergency malam ni. Esok saya ambil awak ye”, aku balas.
Tengah sedap menyedut sambil berfeeling angin malam tiba tiba “huwargh” pakcik Man sergah aku dari belakang sambil ketawakan aku. Bergurau pula orang tua ni.
“Ilaaa, bawak air tu ke sini dengan cawan. Biskut tu sekali”, Jerit Pakcik Man. Ila datang bawak dulang yang melapik seteko air kopi dan biskut.
“Kamu nak jumpa sapa sebenarnya malam ni?”, tanya Pakcik Man. Tak sempat aku buka mulut nak jawab handphone berbunyi. “Nurin” aku jawab panggilan tu dan pergi sedikit jauh dari meja tu.
Sambil menyandar di pokok menghadap ke hutan aku dengar dia soal “awak sebenarnya pegi mana? Kenapa tak jujur dengan saya? Siapa perempuan tu?”. Aku pada mulanya menyangka bahawa Nurin ni cuba nak tuduh melulu tapi lepas tu dia tambah lagi. “Siap hidangkan air bagai, sediakan tempat tidur untuk awak”. Pada masa tu aku tak terkata apa. Sehinggalah aku ternampak sepasang mata merah sedang perhatikan aku dari dalam hutan tu. Aku dengar suara Nurin dari celahan pokok di situ menangis diselangi ketawa. Ketawa panjang. Aku berganjak ke belakang dan cuba panggil Pakcik Man. Bila Ila dan Pakcik Man berlari ke arah aku mata tu dah hilang suara pun dah tak ada. “Takpa takpa kita masuk rumah dulu, Pakcik cuba pagar rumah kalau dia berani masuk jugak maksudnya dia berani lawan pakcik”, tegas dia.
Sebenarnya dari mula Pakcik Man jumpa aku dia dah perasan ada benda yang ikut aku. Masuk je ke dalam rumah aku nampak suasana rumah tu seakan suram dan sunyi. Aku duduk di ruang tamu rumah tu. Lebih kurang 15 minit macam tu, Ila keluar dari bilik dan hulurkan sejadah kat aku “ni untuk persediaan kalau ayah mintak karang”, katanya. Aku hulurkan saja tangan aku “pak pak” tingkap kayu diruang tamu terbuka luas. Angin deras menerjah muka aku. Aku rasa badan aku makin lemah seram sejuk. Kedua tangan aku menerkup muka. Rumah tu rasa macam digoncang sekuat kuatnya dan aku nampak papan rumah jatuh satu persatu.
“Aku nak keluar aku nak keluar rumah nak runtuh ni”. Ila datang dari belakang, “sabar Ju bawak mengucap, istighfar banyak banyak semua mainan benda tu”. Aku tepis tangan dia. Pakcik Man bergegas dari luar masuk ke rumah. “Ya kau dah masuk”. Lepas tu aku dah tak sedar. Pakcik Man cerita malam tu dia bertarung dengan aku. Katanya benda tu datangnya dari Nurin. Sebab tu aku sanggup buat apa saja untuk dia. Malam tu aku tak boleh tidur. Hanya terbayang apa akan jadi pula lepas ni. Sambil baring termenung sesekali aku ternampak seakan asap hitam melintasi ruang udara dalam bilik tu. Aku punya angau sampai tak takut benda tu sebab aku anggap tu Nurin nak perhatikan aku saja.
Lebih kurang pukul 3 pagi aku terdengar bunyi benda berjalan atas bumbung. Yelah bumbung zink mesti bunyi kuat. Aku cuba pejamkan mata. Tiba tiba terasa ada yang mencuit hujung kaki aku. Saat aku buka mata nahh aku nampak Nurin jenguk aku dari ruangan antara bumbung dan dinding atau lebih tepat di bahagian alang rumah. Kepala nya hanya masuk sekerat leher. Entah dari mana datang nya dia kat sini.
Tersenyum lebar, “awak bila nak balik? Saya tunggu awak sepanjang malam ni”. Aku jerit panggil Pakcik Man. Benda tu hilangkan diri tapi dia sambung pula berjalan atas bumbung. Aku dengar orang ketuk pintu bilik. Kuat macam nak roboh. Aku buka. Aku nampak Nurin. Berkebaya, cantik. Dia rapatkan diri dengan aku. “Mari la ikut saya balik, rumah awak bukan dekat sini”. Dia usap muka aku macam nak pujuk aku ikut dia.
Aku nampak Pakcik Man depan pintu di ruang tamu, mengatur langkah macam silat. Tapi dia pejamkan mata. Dia bacakan ayat ayat suci dan beberapa surah. Aku tolak Nurin dan dia terjatuh terduduk bersimpuh. Dia tunduk dan ketawa. “Hihihi kenapa susah sangat”, katanya. Dia angkat je muka dia nahh buruk ya amat. Mata dia semua hitam, tak ada putih. “Kau pergi dari sini sebelum aku b***h kau!” jerit Pakcik Man. Sebelum pergi dia sempat terkam aku sambil mulut terbuka, d***h menitik nitik dari mulut dan hilang menembusi dinding belakang aku. Terduduk aku dibuatnya.
Keesokan harinya lepas sarapan, sebelum aku bersiap nak balik kampung aku Pakcik Man pesan benda tu bukannya ganggu aku atas arahan Nurin. Tapi benda tu jaga Nurin atas sebab asal usul keturunan dia.
“Kamu jangan salahkan dia seratus peratus, kalau ada masa tu bawak Nurin datang jumpa Pakcik. InshaAllah Pakcik boleh tolong”, katanya. Mungkin saka atau hantu raya yang berasal dari keturunan nenek moyang dia. Aku pun mengangguk tanda faham. “Terima kasih banyak banyak pakcik, Ila, Mak Nun. Nanti saya datang lagi ya. Ila free whatsapp ya. Hehe”. Mereka tersenyum.
Pagi tu terus aku pegi rumah sewa Nurin. Dia masih belajar di sebuah IPTS di Perak. “Assalamualaikum”.
Nurin buka pintu “kejap orang nak siap” dia masuk semula. Selang beberapa minit kawan Nurin keluar berlari anak datang ke arah aku.
Dia cuba berbisik “kau jaga sikit, tengah malam tadi aku nampak Nurin dah bakar gambar kau dalam bilik sorang sorang. Mulut dia terkumat kamit baca apa benda entah lepas tu gelak sorang sorang”, katanya.
Kemudian Nurin keluar, terus masuk kereta. “Awak kita nak pegi jumpa mak awak kan? Singgah kedai makan dulu. Saya nak beli makanan untuk kita makan kat rumah”. Kebiasaannya kalau dia nak datang rumah mak aku memang dia akan beli apa apa untuk mak aku ataupun pesan awal awal supaya tak payah masak. Dia akan beli dekat luar. Siap beli semua kami terus menghala ke Gerik. Sampai saja di rumah. Handphone aku berbunyi. Aku tengok tak ada nama. Hanya nombor.
Aku jawab. “ Assalamualaikum Ju. Pakcik Man ni. Pakcik nak pesan makanan yang Nurin beli tu kamu jangan makan. Pesan kat mak kamu sekali. Ada ‘benda’ tu”.
“Baik pakcik. Terima Kasih”.
Sepanjang hari tu tak ada yang pelik pun aku perhatikan gelagat Nurin. Baik saje dengan mak aku. Mungkin lebih banyak lagi benda yang aku perlu tahu tentang dia. Sekian. Nanti sambung lagi. Tak balik lagi ni sanggup stayback kat office. Haihh. *tutup lampu
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
sambung wei
sambung secepatnya plzzzzzzz……………
Sambung cepat-cepat. tak sabar nak baca smbungan 😀
Menarik. sambung…tertanya-tnya jadi apa pulak pas ni
Weyhh..tgh2 syok bacaa ni..cpt skit smbung
Lahaaaaiiiii….
Akk baru nk start berdebar meremang tup2 sambung pulaaaakkkk…
Sambung wei, sambuuunngggg…!!!
HAHAHAHAHA biasanya begitulah
Cepat sambunggggg….
Kg kepayang? Spg pulai eh?
oi… jgnla stop! ???
hang gerik tang mana weh?
Lawin ?
Part pakcik tu huwargghhh .memang aku pun akan terkejut..siot jer..haha..kes termakan tu..sama mcm kes family aku.satu family kena..paling teruk kakak aku sampai x ada rezeki nk timang cahaya mata .kes hantu raya gak kakak aku kena. Bertabah je lah..