# Nury : Chandramukhi

‘’ ALLAHU AKBAAAR ‘’
Tiba-tiba terdengar jeritan nyaring seorang wanita lantang membelah suasana petang yang damai itu. Sebelum dia tiba-tiba sahaja tidak dapat mengawal seluruh tubuhnya yang telah mula bergolek–golek diseluruh ruang tamu rumah usang milik orang tuanya. Bercucuran airmatanya mula membanjiri wajahnya. Entah kenapa sedang dia duduk-duduk saja diperkarangan ruang tamu itu, tiba-tiba sahaja tangan dan kakinya lurus dan melekap rapat. Sebelum akhirnya tubuhnya mula bergolek dengan laju kesetiap ruang yang ada. Menyebabkan kepalanya terhantuk-hantuk dilantai dan tubuhnya terhempas-hempas berguling-guling kesana dan kesini. Bagaikan seekor ular yang sedang melarikan diri dari dipalu bertalu-talu.

Beberapa malam sebelum kejadian.

‘’Ija..! Ni abah ada minta kawan abah sampaikan pasal Ija kepada seorang Ulama tersohor diluar negara. Maulana pesan Ija jaga amal dan sentiasa isbatkan diri dengan ALLAH. Sabar dan redha. Ni Maulana kirim dekat Ija bunga cengkih. Makan sebiji sehari sewaktu ingin tidur. Maulana pesan kunyah terus telan. Jangan minum air, makan ataupun bangun dari pembaringan. Lepas makan terus tidur.’’ Kata bapa ija sambil mengusap-ngusap kepala anak perempuan kesayangannya itu. Bermula dari saat dia melangkahkan kakinya keluar dari alam perkahwinannya itulah, anaknya mula diuji tidak berhenti-henti. Seolah-olah ada yang membenci.

Yang benar-benar mendendami. Sehingga hidup anaknya itu, bagaikan boneka yang diperlakukan sesuka hati. Sehingga sumber rezeki pun disekat berkali-kali. Akhirnya anaknya cuma meneruskan saja pelajarannya keperingkat yang lebih tinggi. Tetapi itupun terhenti. Memang benarlah syaitan itu tidak pernah mengerti, dan tidak ingin merasai. Akan siksa derita hati. Anaknya yang disini. Melihat anaknya hidup sebegitu. Sememangnya merenggut tangkai hati tuanya. Telah bertahun-tahun anaknya menderita, tidak tahu punya siapa angkaranya.

Walau hanya satu nama yang terbit dari mulut anaknya disaat dia kesurupan, tetapi dia tetap tidak ingin menuduh. Baginya itu mungkin fitnah syaitan yang cumanya hanya ingin melaga-lagakan manusia. Akan tetapi bila dia memikirkan keadaan yang terjadi dengan logik akal, rasanya bagaikan ada benarnya. Namun entahlah.. dia pun agak pening kepala memikirkan apa sebenarnya yang terjadi. Kesana sini dia mengusung anaknya untuk mencari penawar. Namun tiada pernah dia ketemu.

‘’ Ya ALLAAAH..’’ Ija cuma mampu merintih sayu. Bunga cengkih yang sedang dikunyahnya. Dirasakan bagaikan api yang membara. Membakar kesemua yang ada didalam mulutnya. Ingin saja dia mengeluarkan semula akan bunga cengkih yang telah diruqyahkan itu, namun bila dia terkenangkan akan kata ayahnya. Maulana itu adalah seorang ulama yang pernah memberikan kuliah agama kedalam masyarakat AL-JAN maka dipaksanya untuk terus menelannya. Dan membaralah didalam perutnya pula, selepas bunga cengkih yang telah lumat itu mendarat diususnya.

Malam selepas kejadian.

‘’ ssssssssss…. Sssssss……. Ssssss….
Lidah mula memanjang terjulur keluar dari mulut ija.Sebaik saja ia berdesis. Meliuk-lentuk menari-nari, terjelir-jelir persis lidah dimulut sang ular. Badan ija pun mula meliuk-lentuk bagaikan tubuh siCHANDRAMUKHI disaat terdengar serunai dilagukan. Ya… sememangnya ija persis chandramukhi didalam filem Hindustan yang tersohor itu. Dengan matanya yang semakin membulat dan tajam menikam. Ditambah pula dengan senyuman menyeringai yang dilemparkan. Dengan berdesis yang tiada henti. Menambahkan rasa yang berlainan disetiap hati yang memandang.

Sang Ustaz memandang geram
Sang manusia memandang seram

Manakala yang punya hati memandang dengan simpati. Ustaz yang dipanggil dimalam hari, akibat kejadian dipetang hari. Mengukuhkan genggamannya dikepala ija. Agar tubuh ija tidak lagi menyusur diruang tamu rumahnya, seperti kejadian dipetang hari. Begitulah keadaan ija sehingga sesi ruqyah itu hampir diakhiri. Barulah ija terduduk lesu. Tertunduk pilu. Tiada kedengaran sebarang kata, disepanjang sesi ruqyah itu. Namun yang terdengar hanyalah ssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss……………………

Keesokkan pagi selepas subuh.

Ija yang telah pun sudah menunaikan solat subuhnya mula membaringkan tubuhnya yang masih lemah itu. Namun entah kenapa hatinya merasakan akan sesuatu yang tidak enak. Lekas-lekas dia mengangkat akan lapik tidurnya itu. MA SYA ALLAAAHH… tergeletek disitu akan seekor anak ular halus berwarna hitam. Sedang terkial-kial tidak tahu entah kemana. Lekas-lekas dia memanggil akan bapanya supaya segera menghampiri. Ayat kursi pun berkumandang disusuli oeh satu ayat. ‘’ Keluarlah kamu dari rumah ini sebelum kamu d*****h.’’ Oleh kerana anak ular itu tidak berganjak dari situ. Maka bapa ija pun memutuskan untuk membunuhnya disitu juga. Namun sebelum itu ija disuruh menjauhi dari tempat itu. Maka duduklah ija jauh dari situ. Mengadap dinding dan membelakangkan tempat kejadian. Namun tiba-tiba

‘’ Aaarrgghh…. Aaaaaaarrrrrrgggghhh… ija meraung-raung kesakitan dengan tubuhnya menggeleding dan menggeliat-geliat seolah-olah bagaikan ular dipalu. Serentak dengan kayu yang dipukul bertalu-talu oleh bapa ija keatas tubuh halus si anak ular yang bagaikan cuma menyerah untuk ditamatkan riwayatnya begitu sahaja. Bukan sekali kejadian seperti itu berlaku untuk beberapa hari selepas itu tetapi tiga kejadian seumpama itu ya.. tiga kali. Dengan tiga ekor anak ular hitam halus yang berbeza, tetapi sama dan serupa bentuknya. Kejadian yang ketiga kali berlaku apabila ija sedang mengangkat sebuah bakul kain untuk disidai diampaian.

‘’ Aaaarrgghh…. Aaaarrrggghh….
Terhempaslah bakul kain ditangan ija. Menggeleding dan menggeliat-geliat badan ija sekali lagi. Rupa-rupanya didalam rumah batang kayu itu dihayun lagi. Sengaja dirahsiakan dari ija kerana keluarganya ingin melihat apa pula reaksi tubuh ija jika dia langsung tidak mengetahuinya. Benarlah ija sememangnya tidak pernah berpura.

Beberapa bulan selepas kejadian

Ija yang sedang memandu pulang dari pasar tiba-tiba menekan brek dikakinya. Kelihatan seekor ular sedang melintas jalan. Namun tiba-tiba ada rasa aneh menjalar ditubuhnya. Tanpa dapat dikawal tubuhnya mula bergerak mengikut alunan irama dihujung ekor ular itu yang sudah pun hampir ghaib didalam semak berhampiran jalan yang dilintasinya.

# Kisah benar yang diolah semula
# Nury Irfan

Nurulhafiza

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

6 thoughts on “# Nury : Chandramukhi”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.