#nusaza: Rumah Hujung Kampung

Hai Assalamualaikum pembaca tegar FS. Terima kasih pihak FS kalau sudi siarkan cerita aku. Aku perkenalkan diri aku sebagai #nusaza. Family aku ni berasal dari Kelantan, tapi menetap di Perak. Kami tinggal di satu perkampungan di Simpang Pulai. Kampung mana, biarlah rahsia okay! Aku nak cerita lah pengalaman aku masa tinggal kat rumah tu. Tak pastilah bagi korang menakutkan ke tak. Tapi bagi aku kalau di kenang-kenang kan balik, seram weihhh!

Ok lah, nak intro sikit psl rumah yg aku dok tu. Rumah tu terletak di dalam kawasan kebun durian, manggis, rambutan & beberapa pokok yang aku pun tak tahu pokok apa. Haha. Tapi rumah aku tu memang boleh di katakan hujung kampung. Rumah aku di apit oleh rumah kosong kiri & kanan. Rumah yg terdekat yang ada penghuni ada lah lebih kurang 100-200 meter dan kena melalui kebun dulu baru sampai rumah aku. Senang citer, kiri kanan depan belakang rumah aku tu hutan tebal. Biawak, babi, monyet, musang selalu jer ada kat area rumah tu.

Kami tinggal sekeluarga termasuk nenek aku sebelah ayah (dah arwah dah, mohon sedekahkan Al-fatihah). Sebab nenek aku tu jatuh bilik air masa dia tinggal di Pondok kat Kelantan (Pondok ni bukan lah pondok cam reban ayam tu, dia adalah kawasan perkampungan kecil yang terdiri daripada rumah yang bersaiz kecil supaya senang orang2 tua yang tak larat mcm nenek aku senang nak uruskan diri. Dapur, toilet tak jauh & mudah dia nak uruskan diri sendiri. Saje jer aku explain kang korang ingat kami kurung dia dalam pondok mcm reban ayam tuh pulak! Haha)

Masa memula nenek aku datang, kami pun sedia kan lah tempat tidur untuk nenek aku. Rumah aku 2 tingkat dan bilik2 semuanya kat atas. Nenek aku dah tak larat nak panjat tangga, lagipun tangga rumah aku tu agak cerun dan tinggi. Lagi la bahaya untuk dia. Maka kami prepare lah katil untuk beliau. Katil tu terletak kat celah-celah almari baju, supaya kalo dia nak tuka baju ke ape terlindung lah sikit. Konon nya almari tu lah membentuk bilik nenek aku ni. Harap korang boleh lah imagine ye.

Lepas dah sediakan katil tu, aku tidur kat bawah lah temankan nenek aku. Tapi aku tido kat ruang tamu. Rumah aku sebelah bawah ni dari pintu jumpa ruang tamu dulu, kemudian pintu ke dapur tu sebelah kanan nya dapur dan sebelah kiri almari2 dan kawasan katil nenek aku. Panjang pulak intro kan. Kang tak explain korang xleh imagine pulak! Hehe. Harap faham la yeh! Oh ya, bapak aku ni pulak peminat tegar jam Gradfather clock tu. Alaaa…yang tiap kali cukup jam akan bunyi. Boleh di katakan setiap tiang seri kat rumah tu akan ada 1-2 bijik jam tu. Memang penuh rumah & kalo bunyi memang laa bersahut-sahutan. Korang bayangkan la jam12 tgh malam, dah la nak habiskan 12 dentingan tu lama, Jam pulak banyak! Orang yg 1st time datang rumah aku confirm tak lena tido sbb terkejut bunyi jam setiap jam! Haha.

Selang beberapa hari nenek aku cakap xnak dah tido kat katil, panas kata nya. Walhalnya, rumah kami ni lansung xde kipas. Sebab kawasan hutan kan, sentiasa sejuk. Pokok2 penuh sekeliling, mana nak panas. Kalau siang hari, tingkat atas rumah aku memang panas lah. Tapi kalau malam, sejukkkkk sangat! Kalah cameron tau. Tapi masa nenek aku xnak tido situ kami xdelah syak pape sampailah satu hari aku volunteer nak tido kat situ. Aku ni tahap ignorance masa dulu-dulu boleh tahan gak lah. Sebab nya bilik aku kat atas which is dekat sangat dengan bumbung. Boleh dikatakan tiap2 malam aku dengar bunyi cakar2 kat bumbung tu. Berlari la, cakar bumbung, gedegung-gedegang, bunyi macam orang nangis sume tuh. Mak aku cakap tuh musang dok berlari, bunyi sebab cari makan so aku pun lantak lah. Terima jer la bulat2 ape yang mak aku cakap tu. Plus malam2 tak koser la ko nak keluar check pulak. Dalam kebun pulak memang macam2 binatang penah jumpa, jadi logic lah jugak bunyi2an tu kan!

Berbalik pada cite tadi, malam aku tido katil nenek aku tu aku kene kacau. Katil aku kene goyang! But me being me, ignorance tahap tertinggi aku boleh tido balik lepas aku tersedar katil kene goyang tu. Aku siap boleh bangun mamai2 berdiri jap kat katil then tido balik. Masa nak tido balik tu aku terperasan nampak bayang2 bentuk apa aku tak ingat, tapi aku terfikir hantu ke ni? Tapi dah mengantuk sangat aku sambung tido situ sampai esok pagi. Apapun, aku bersyukur sangat tak kena tindih or nampak sebarang entiti. Tak nak jumpa lansung nauzubillahiminzalikh! #sistakuad

Esoknya nenek aku tanya aku, ok ke tido situ. Aku kata ok jer (sebab tak pernah terfikir itu adalah gangguan, aku ingat aku mimpi earthquake haha) Dashyat tak dasyat ignorance aku. Tapi sekarang ni dah meningkat dewasa ni and baca2 kisah pengalaman kat FS baru lah aku boleh relate. Ape ke slow sangat aku nih kan! :p

Mak aku pun selalu citer ternampak bende macam beruk cangkung atas meja study aku. Huwaaaa!!! Mak aku ni lemah semangat sikit. Dia selalu lah kena tindih/kacau kalau pegi memane. Kat rumah kalau bapak aku xde & dia kena tido sorang, dia akan tido peluk kain yang bapak aku dah pakai & belum basuh! Haha. Yang adik laki bongsu aku pulak selalu kena penyakit kulit gatal2 mcm ezcema camtu. Bawak g macam2 klinik still tak baik2. Habis badan dia gatal2 berparut. Ada sekali tu bawak g berubat kampung dia bagitau tak serasi dengan rumah. Apakah…

Sorang lagi adik aku (aku ada 1 abang, 2 adik laki & aku sorang pompuan) dia biasanya dok asrama. Yang pelik tiap kali dia balik rumah selalu dia mengadu sakit kepala sampai kena buat spec. Bawak g berubat kampung pun orang tu cakap benda yang sama, tak serasi dengan rumah. Hmmm…tapi alhamdulillah la kami tinggal situ agak lama jugak and recently kami dah pindah stay kat kawasan perumahan. Kes pindah tu pun sebab arwah nenek aku tu sakit, ambulance xnak nak masuk sebab hutan tebal sangat & dorang takut terlanggar wayar2 eletric. Jadi nya pindah la cari rumah di kawasan ipoh so senang la kalo ambulance nak datang.

So, itulah pengalaman aku tinggal kat rumah tu. Aku paling cuak bila kene g angkat kain time maghrib sebab ampaian aku betul2 sebelah rumah tinggal sebelah kanan. Rumah tinggal sebelah kiri tu pulak bapak aku jadikan tempat parking kete. Kalo memalam aku kene g amek kete memang habis surah aku baca. Takut ok! Dah la gelap dalam hutan lampu jalan pun ada 1 jer. Mana la nak terang sangat kan. Apapun aku sayang sangat kat rumah tu 1001 memori kami. Now rumah tu pun dah kena roboh sebab kayu2 pun dah mula mereput. Tak tahulah tuan rumah nak buat apa kat situ.

Maaflah kalo cite aku tak seram. Ni kali pertama aku menulis. Harap segala kekurangan di maafkan lah ye. Kalo tak best, aku tak nak post dh lepasnih (tu pun kalau berjaya disiarkan la)…Jangan risau k. Hehe.

Btw, aku nak amik kesempatan nak tny kat korang yang lebih berpengalaman. Macam mana nak tau ciri2 org yang terbuka hijab sejak dari kecik ni eh? Aku syak anak buah aku ni macam boleh nampak sesuatu (btw, sebelum ni dia pernah la kene kacau sebab ada “benda” nak kawan dengan dia dah buang dah bende alah tuh) Anak buah aku umo 3tahun, cakap pun tak betul lagi. Dia cukup takut kalau nampak kain berwarna gelap. Melompat dia patah balik kat aku. Then ada satu malam tu dia tunjuk kat atas pastu dia sebut “hitam…hilang” 2 perkataan tu je aku dapat tangkap. Hmmm….normal ke macam tu?

Sekian, Terima Kasih
#nusaza

#nusaza
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.