NYAWA

Assalamualaikum korang, harini aku nak story morry dengan korang tentang kisah roommate aku. Kisah ini memang menyeramkan bagi aku.
Ria merupakan roommate aku sepanjang satu semester. Aku dan Ria ni sebenarnya tidak mengenali satu sama lain walaupun kami dalam fakulti yang sama cuma berbeza kos. Ria merupakan keturunan Orang Asli yang berpegang pada agama Kristian walaupun begitu dia tidak berasa tergangu andai aku mengaji ataupun solat dibilik. Setelah beberapa minggu tinggal bersama, kami berdua mula rapat dan sering bertukar-tukar cerita serta pendapat….

Sepanjang kami sebilik, sekali pun aku tidak pernah merasa kurang senang dengan nya. Dia sering bercerita kepadaku tentang pantang larang mereka. aku pun jenis yang melayan saja. Kami banyak melakukan aktiviti bersama sehinggakan pergi ke kuliah juga bersama.

Study week merupakan minggu yang sangat stress bagiku kerna minggu ni minggu terakhir sebelum final paper. Sedang aku sibuk mengelola buku, Ria sedang asyik mentelaah telefon nya, aku kebinggungan. Aku menyapa.
Aku: Wey, hang duk kalut main phone kenapa? Nak final dah ni.
Ria: Sorry2, aku jadi planner utk budak kelas aku. Diaorang plan nak pergi air terjun jumaat ni.
Aku: Gila ka apaa,aduii..
Suasana kembali sunyi, tiba-tiba Ria berkata bahwa dia sebenarnya kurang setuju dengan rancangan kawannya itu tapi dia terpaksa ikut kerana semester ini merupakan semester terakhir kami. Aku menyuruhnya berfikiran positif sahaja.

(*PIHAK RIA)
Sepanjang perjalanan, kami semua gembira. Setibanya dia air terjun. Kami terpaksa menempuh beberapa air terjun sebelum sampai ke tingkat paling atas. Setiap tingkat yang kami lalui, kami terpaksa meredah air yang teramat dingin dan berbatu-batu. Apa yang pelik, setiap air yang kami redahi terdapat beberapa ekor ikan yang sangat besar. Aku berpesan kepada rakan-rakan yang lain untuk tidak memijak ikan-ikan tersebut.

Sesampai di tingkat paling atas, kami meletakkan beg ditepi sungai. Kami tidak menghiraukan apa yang berada disekeliling kami kerana terlalu asyik bergelak ketawa. Tetapi dalam hatiku terdetik satu perasaan untuk tidak terlalu gembira tapi apakan daya semua itu hilang tatkala melihat teletah kawan-kawan yang lain. Ada yang melompat dari batu besar, ada yang berenang, ada yang menyelam dan ada juga beberapa kawanku sedang menangkap gambar kami sebagai kenang kenangan.

Betul lah kata pepatah ‘ku sangka panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengah hari’. Tiba-tiba salah seorang kawanku datang kepada kami sambil membawa bangkai seekor ikan. Katanya dia terjumpa saat dia menyelam di kawasan air terjun. Suasana tegang seketika, kami berpandangan. Kami bertanya kepada dia samada dia terpijak ikan tersebut atau tidak dan jawapan darinya membuat kami tidak senang duduk. Dia mengatakan bahwa dia kawanku melarang kami untuk berfikiran negatif, anggap saja ikan tersebut m**i kerana ajal nya bukan kerana dipijak kawanku. Kami meneruskan kegembiraan kami dengan menyanyi, berjoget dan bergambar disekitar air terjun. Tepat jam 5.30 petang kami semua turun ke bawah untuk menyalin pakaian. Perjalanan turun mengambil masa 15-20 minit, jadi kami agak lewat untuk keluar dari kawasan air terjun. Hatiku terdetik sesuatu, tapi aku hiraukan.

Setelah hampir 1 jam kami bersiap untuk pulang, aku perasaan akan salah seorang rakanku. Gerak geri nya bukan seperti dirinya, dia kelihatan sangat pucat dan sangat kaku. Aku menegurnya tapi dia hiraukan. Dari air terjun ke institusi kami mengambil masa 3jam perjalanan tapi tidak aku rasakan kerna semua kawanku ketiduran kepenatan kecuali kawanku itu. Kami tidak singgah dimana-mana kerna takut lewat sampai ke asrama.

(*PIHAK AKU)
Jam menunjukkan pukul 10.25 malam, aku terdetik dihati tentang keberadaan Ria. Aku menelefonnya tapi tidak diangkat jadi aku menunggu saja sambil melayan youtube. Beberapa minit kemudian, pintu bilikku diketuk beberapa kali tapi tiada sahutan. Aku pelik, siapa yang datang. Kalau itu Ria masakan dia tidak membawa kunci bilik tapi kalau kawanku yang lain kenapa mereka tidak memberi salam. Sedang aku berfikir tiba-tiba pintu bilik dibuka dari luar, rupa-rupanya Ria yang membukanya. Aku melarang Ria jejakkan kakinya kebilik, aku menyuruh dia mencuci kakinya terlebih dahulu.

Malam itu, Ria tidak seperti biasa. Dia hanya diam membisu. Sehinggalah RIa menjerit saat dia sedang tertidur, jantungku berdegup kencang saat itu. Aku keluar dari bilik dan tumpang dibilik kawan, aku biarkan Ria sendiri dibilik malam itu. Selepas solat subuh, aku masuk kebilik untuk bersiap ke dewan peperiksaan dan saat itu Ria masih tidur tetapi apa yang pelik tangannya dipenuhi dengan calar-calar halus. Dalam fikiranku mungkin itu bekas-bekas calar akibat mandi sungai semalam.

Tibalah kemuncak cerita yang bagi aku sangat ngeri saat keluarga Ria datang untuk mengambil barang-barang Ria. Gap antara subjek ke subjek lain agak jauh jadi Ria menyuruh keluarganya mengambil barangnya terlebih dahulu manakala dia pulang dengan bas setelah habis peperiksaan nanti. Petang itu Ria sangat sugul dan tiada senyum walaupun ketika itu keluarganya dalam perjalanan kesini, dia seolah-olah tidak mahu pulang. Dan pada ketika itu jugalah, aku merasa tidak selesa/seram berada bersama Ria sedangkan sebelumnya aku sangat selesa bersamanya.

Keluarga Ria sampai sesudah maghrib, jadi aku menyuruh keluarganya berehat sebentar sebelum pergi ke hotel yang ditempah mereka. Ditengah perbualan kosong kami, tiba-tiba Ria bersuara dalam dialek orang asli yang bermaksud (aku tidak sengaja, bukan aku yang buat). Aku ketakutan, tanganku secara automatik memeluk adik Ria yang berada disebelahku. Ibu Ria bertanya kepadaku tentang aktiviti Ria sebelum ini dan aku menceritakan semuanya kepada mereka. Nenek Ria memandangku dengan pandangan yang sangat seram, dia seolah-olah tidak mempercayaiku. Ibu Ria menerangkan kepadaku tentang nenek Ria yang sebenarnya pandai dalam ilmu ghaib, nenek Ria mampu berkomunikasi dengan mereka yang berada di alam ghaib.

Ria dibawa pulang untuk berubat dan ibunya menasihati aku untuk tidak takut. Sepanjang Ria pulang kerumah, aku menumpang bilik kawanku. Hehehehe takut. Tiada kejadian aneh sepanjang ketiadaan Ria, aku juga sering menelefon Ria untuk bertanya khabar. Hari berganti hari dan akhirnya Ria kembali ke asrama, aku gembira tapi aku sedikit takut untuk berdepan dengan Ria. Yelah apa yang jadi sebelum nya belum aku lupakan. Ria datang dengan senyuman yang rindukan, dia tahu aku sebenarnya kekok dengannya tapi kerapkali memberitahu bahawa dia sudah sihat.

Jadi malamnya aku bertanya kepada Ria apa yang sebenarnya berlaku. Okay sampai sini korang kena faham betul-betul ya sebab agak rumit…..
Situasi pertama: Ria mimpi tentang air terjun dan melihat sebuah keluarga diatas batu sambil menangis, manakala seorang lelaki memandang tepat kearah Ria dengan wajah yang sangat marah.
Situasi kedua: Kawan Ria (perengan 8) bercerita ketika dia ingin mengambil beg untuk mandi, dia melihat salah seorang kawan mereka duduk didalam bas sendirian. Dia menegur kawannya itu tetapi alangkah terkejut nya dia saat kawannya menoleh kearahnya apa yang dilihat cuma lah sesosok muka tanpa wajah.
Situasi ketiga: Didalam mimpi Ria bertemu dengan seorang lelaki dan lelaki tersebut memarahi nya kerana kawan Ria telah memijak salah seorang anaknya (ikan) ketika mereka leka bermain di air terjun tempoh hari.
Situasi keempat: Nenek Ria berkomunikasi dengan ‘Mereka’ dan ‘Mereka’ meminta nyawa sebagai ganti atas kematian anaknya itu. ‘Mereka’ meminta kawan lelaki Ria (yang pijak ikan) untuk datang ke air terjun tersebut untuk memberikan nyawa nya kepada ‘Mereka’. Tetapi neneknya sudah membuat perjanjian dengan ‘Mereka’.*perjanjian dirahsiakan.
Situasi kelima: Kawan lelaki tersebut acapkali bermimpi bahwa dia telah m**i dan sering bermimpi seolah-oleh dia berada di air terjun tersebut….

Aku menelan air liur keseratus juta kalinya. Ria bercerita bahwa dia sendiri juga terkejut dengan apa yang terjadi. Ria dijadikan perantaraan. Alhamdulillah kondisi Ria dan kawan-kawannya sudah membaik dan rahsia perjanjian tersebut cukuplah diketahui oleh neneknya sahaja. Aku tidak berani untuk bertanya lebih. Neneknya menasihati Ria untuk tidak terlampau bersuka ria ketika berada diluar kawasan atau di kawasan yg belum pernah didatangi dan sentiasa ingat bahwa bukan kita sahaja yang berada dimuka bumi ini.

Sekian sahaja cerita aku saat ini, cerita ini merupakan cerita nyata dari seorang sahabat aku. Tiada ubahan cerita sama sekali. Terima kasih…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Kilaa Fazli

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 3.1]

1 thought on “NYAWA”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.