nyctophobia_large

Nyctophobia

Salam warga FS. Amacam? Saintifik tak tajuk cerita aku kali ni. Nyctophobia. Itulah masalah yang aku alami sejak bertahun yang lalu. Kalau korang tak tau apa dia, korang boleh google. Nyctophobia adalah orang yang takut dengan kegelapan disebabkan otak mereka ligat memikirkan apa yang ada dalam gelap dan apa yang bakal belaku pada mereka ketika berada di dalam kegelapan.

Ya, aku adalah salah seorang yang mengalami masalah ni. Sehinggakan, aku akan sentiasa buka lampu ketika tidur. Semuanya terjadi apabila aku diganggu sesuatu ketika aku di bangku sekolah menengah dulu.

Kisahnya berlaku ketika aku di tingkatan 3. Masa tu abang aku baru masuk ke universiti. Rumah aku ada tiga bilik je. Satu untuk parent, satu untuk aku dan abang sulung, satu lagi untuk adik aku dua orang. Aku biasanya akan tidur satu bilik dengan abang aku. Bila dia dah masuk U, aku tidur sorang la. Pada mulanya aku boleh je adapt, tido dalam gelap macam biasa.

Pada suatu hari, kami pindah rumah. Malam pertama kami sekeluarga di rumah baru, tak ada apa-apa pun. Tapi, masuk malam kedua, aku diganggu sesuatu. Ada benda berlari atas syiling. Aku just nak sedapkan hati, aku anggap tu tikus. Tapi, tak lama lepas tu aku dengar bunyi macam merengus “grrrrrr” macam tu. Aku terus bangun dan tekan suis lampu. Bunyi tu terus hilang. Bunyi tikus berlari tu pun hilang. Lama aku tunggu memang langsung tak muncul-muncul. Bila aku tutup semula lampu, rebahkan badan ke katil (queen size), aku dengar almari baju aku bergoyang-goyang dari dalam. Aku bangun, aku duduk bersandar dekat kepala katil.

Dalam samar-samar gelap tu, aku nampak dengan jelas almari tu bergoyang. Bunyi mengerang grrrrr tu muncul lagi. Aku tak lengah, aku terus bukak lampu. Terus berhenti bergoyang almari tu. Perlahan-lahan aku berjalan ke almari, aku bukak. Aku tengok apa yang ada kat dalam. Tak ada apa-apa. Kain baju aku je la. Aku tutup balik. Mengucap panjang aku apabila ada lembaga kat dalam cermin. Bentuk macam orang tapi semua hitam. Aku menjerit lari ke arah pintu. Pintu terkunci pulak dah!! Aku ketuk-ketuk pintu, aku menjerit panggil mak ayah aku. Aku dengar mak aku panggil nama aku. Aku jerit makin kuat sebab takut sangat. Tak lama lepas tu pintu pun boleh bukak. Elok je aku bukak pintu tu, lembaga hitam dalam cermin tadi ada kat depan pintu. Dia nganga mulut luas-luas nak gigit muka aku.

Aku tersentap, aku terjaga dari tidur. Cis! Mimpi rupanya. Peluh mengalir kat dahi. Aku lega sebab tu hanya mimpi. Dalam mamai tu, aku tengok sekeliling bilik yang gelap tu. Nothing yang menyeramkan. Abang aku pun tidur nyenyak sebelah aku. Aku sambung tidur. Baru beberapa saat aku nak lelap, otak aku terus proses satu info iaitu, abang aku mana ada kat rumah sekarang. Dia dekat U. Jadi, siapa kat sebelah aku ni? Bulu roma aku meremang satu badan masa tu. Menggigil badan aku masa tu. Rasa nak nangis pun ada. Entah macam mana aku ada keberanian nak pukul benda yang ada kat sebelah tu tapi benda pertama yang tangan aku ni tersentuh adalah TARING. Benda tu ada taring! Aku terus melompat turun dari katil meluru ke pintu nak lari sambil menjerit. Alhamdulillah pintu tu tak berkunci macam dalam mimpi aku tadi.

Bila Berjaya keluar dari bilik, kat luar, aku nampak mak aku terperanjat tengok aku tiba-tiba meluru keluar dari bilik sambil menjerit. Mak aku tengah gosok baju sekolah adik-adik aku pagi subuh tu. Mak tanya kenapa? Macam mengigau je. Aku cerita la kat dia aku mimpi ngeri. Lepas tersedar dari mimpi, aku nampak ada benda menyerupai abang aku tidur kat sebelah. Bertaring! Macam biasalah mak bebel cakap aku tidur tak basuh kaki, tak baca ayat kursi ngan tiga kul. Memang betul pun. Hahahah. Cerita aku kena kacau tu tersebar dekat kampung. Sepupu sepapat semua tahu. Pastu suruh ayah aku buat majlis tahlil kat rumah baru tu. Lepas tu dah tak ada dah gangguan apa-apa. Tapi, kejadian tu berbekas kat aku. Sejak dari hari tu, aku mula tidur dalam terang. Bagi aku benda tu tak boleh muncul dalam terang. Kalau muncul pun, aku tahu aku nak buat apa, pukul ke, lari ke. Aku tahu kat mana posisi barang dalam bilik yang aku boleh capai untuk gunakan sebagai senjata. Kalau dalam gelap, aku rasa aku lemah.

Walaupun dah tak ada ganggguan-gangguan kat rumah tu, aku sentiasa berhalusinasi nampak sesuatu. Ada satu hari tu aku rasa macam aku nampak makhluk bermuka babi dekat luar tingkap bilik padahal tak ada pun. Ada jugak aku macam ternampak bayang-bayang berbentuk bungkusan pocong dari sebalik langsir ruang tamu. Bila aku mengadu dekat mak aku, mak aku panggil ustaz. Ustaz tu cakap rumah kitorang tu bersih. Aku terlalu banyak fikir sampai benda tak ada dirasakan ada. Ustaz tu terangkan macam mana pun, aku still rasa ada benda memerhati. Aku masih takut dengan gelap. Masih tidur sambil bukak lampu.

Masa berlalu pantas, aku masuk matrik dekat selatan tanah air. Habit tidur dalam terang tu aku tak boleh buang sampaikan aku sanggup beli lampu meja dan hidupkan kat tepi katil aku je supaya rakan sebilik boleh tidur dalam gelap. Tapi, langit tak selalunya cerah. Satu hari, aku kena grounded tak boleh keluar dari matrik atas satu kesalahan yang aku malas nak cerita. Kena pula dengan masa tu member sebilik aku semuanya balik kampung minggu tu. Tinggal aku seorang kat bilik. Kolej kediaman aku pulak, rule dia ketat, tak boleh bukak lampu bilik lepas 12 tengah malam.

Malam tu entah macam mana lampu meja aku tu rosak pulak. So, malam tu aku berjaga je sebab takut nak tidur. Nasib baik esoknya Sabtu, so takpe la aku tak tido ni. Aku qada’ tido aku ni siang esok je la. Aku bukak pintu bilik supaya lampu dari koridor masuk ke dalam bilik. Nampak tak betapa aku benci gelap. Tapi, aku ni manusia biasa, siang tadi penat pergi kelas, tak mungkin malam ni aku mampu overnight. Aku buat macam-macam. Tengok movie kat laptop, dengar lagu kat phone. Semua tak mampu halang rasa mengantuk aku. Akhirnya aku tertidur. Dalam keadaan pintu bilik terbukak. Imagine that. Kalau ada lah budak kolej tu nak datang masuk curi barang, macam tu je aku buka pintu rezeki haram diorang.

“Bamm!!” pintu bilik aku tiba-tiba tertutup. Aku terjaga dari tidur. Sekeliling gelap tapi masih samar-samar ada cahaya masuk dari celah bawah pintu dengan dari luar tingkap. Takut punya pasal aku terus berlari bukak pintu bilik. Nasib baik boleh. Terus segar mata aku tengah malam buta tu. So, aku decide nak sambung tengok movie kat laptop. Aku nak gi cuci muka. Aku pun keluar la pergi ke bilik air. Bilik air kat luar, tak jauh pun dari bilik. Ada orang tengok basuh baju kat tempat basuh baju. Lega la aku ada orang kan. Student matrik asuh baju malam minggu macam ni memang normal je. So, aku tak fikir macam-macam la. Aku masuk satu toilet ni. Kunci pintu. Lepaskan hajat kecil. Flush.

Pammm!! Aku dengar ada benda jatuh atas siling. Dan time tu juga tiba-tiba satu kolej kediaman tu blackout. Bergelap la aku dalam toilet tu. Terus meremang satu badan. Cepat-cepat aku keluar. Aku basuh tangan dekat singki. Kat singki ni la orang tadi basuh baju. Dia pun masih gigih basuh baju walaupun blackout. AKu kenal dia tu. Member atu course dengan aku jugak. Dia pakai boxer je. Tak sejuk ke pagi-pagi buta ni. Matrik aku ni tepi gunung, pagi memang sejuk gila. Aku tegur la dia “Nizam, kau tak sejuk ke basuh baju pagi-pagi buta ni?” Dia geleng je tapi perlahan. Tak pandang muka aku langsung. Aku blah lepas tu. Masa aku keluar dari pintu bilik air tu, aku si Nizam, baru sampai ke bilik air dengan bakul kain penuh baju yang dia nak basuh. Terperanjat beruk aku tau tak! Jadi siapa yang tengah basuh baju tadi?

Aku terus berlari masuk bilik. Aku jadi serba salah nak tutup ke tak pintu bilik tu. Kalau aku bukak, dibuatnya “benda” basuh baju tu datang jenguk kepala depan pintu karang, naya aku. So, aku decide untuk tutup. Laptop aku bukak. Aku naikkan kecerahan skrin laptop kepada paling maksimum. Buat macam lampu la senang kata. Memang bilik terang jugaklah dengan lampu skrin laptop tu. Kurang sikit takut aku tu. Aku bukak kuat sikit volum movie yang aku tengok tu. Nak bagi hilang takut. “Boleh slow sikit tak, aku nak tido ni!!” member katil seberang marah aku. Istighfar panjang aku. Terus aku tarik selimut, berselubung bawah selimut sampai pagi. Ayat kursi aku tunggang langgang. Dalam hati aku berdoa jangan la benda tu duk datang dekat.

Semester dua di matrik berlakunya sesuatu yang cukup menyeramkan. Juga berlaku pada malam minggu. Masa tu, aku dan tiga lagi rakan sebilik tengah rancak berborak pasal apa entah tapi, riuh semacam. Gelak tak ingat dunia. Kan orang selalu cakap, gelak beriya sangat nanti ada la tu benda tak elok berlaku. Pada mulanya warden dah jerit dari bawak “Bilik sekian sekian, diam sikit!!”. Diam la dalam 5 minit lepas tu riuh balik. Tengah duk riuh tu, tiba-tiba ada motor pakcik guard lalu sebelah tingkap pastu marah kitorang “dah tengah malam ni tak tau nak tido ke? Tau la esok cuti. Dah, tido semua!” dia marah. Apa lagi melompat kitorang semua dari katil berlari keluar bilik, ada member sebilik aku dah menjerit dah. Ada budak-budak bilik lain keluar dari bilik diorang tanya kenapa. Menggigil kitorang cerita ada pakcik guard datang kat luar tingkap marah kitorang bising. Kita kan kat tingkat 3 sekarang ni!!

Bila aku berjaya menjejakkan kaki ke universiti. Aku libatkan diri dalam persatuan kembara. Dan aku sertai satu perkhemahan. Salah satu aktiviti yang aku perlu lakukan adalah night walk. Malam tu, kami semua kena tutup mata guna kain lepas tu akan dibawa ke tengah hutan dan dibiarkan seorang diri. Bila dapat arahan melalui pembesar suara suruh buka kain penutup mata, masing-masing kena cari jalan menuju ke tapak perkhemahan. Malam tu tak la gelap sangat. Cahaya bulan terang. Kat dalam hutan pun banyak daun, lumut dan pokok-pokok yang bercahaya. Siapa pernah pergi khemah dalam hutan tau la. Aku ni memang takut gelap. Memang menggigil la satu badan. Kejap-kejap aku dengar ada benda melompat dalam semak. Nak toleh aku tak berani.

Aku laju je langkah ke depan ikut papan tanda yang diorang dah buat siap-siap. Langsung tak toleh ke belakang. Laju punya laju, aku tersadung akar kayu. Terbungkam aku ke depan. Tiba-tiba ada benda tarik kaki aku. Tak nampak apa-apa tapi kaki kena tarik. Aku jerit la. Tak lama lepas tu aku nampak fasi yang handle perkhemahan tu datang berlari-lari dua tiga orang. Dengar la jugak diorang duk azan apa semua. Lepas tu, benda tarik kaki aku tu terus hilang. Nak tau tak kat mana benda tu bawak aku. Atas busut!! Busut tu tak tinggi pun tapi sumpah busut tu nampak scary.

Bermacam-macam kejadian pernah aku rasakan dalam gelap. Sebab tu aku fobia terhadap kegelapan sampai sekarang. Masa aku tulis ni pun, aku tulis dalam gelap. Takpe, adik aku teman aku tidur malam ni. Tapi kan..aku terpikir jugak. Betul ke tu adik aku? Bukan ke dia kata nak pergi tengok midnight movie ke malam ni? Damn!

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *