#OCIK – MISTERI PAK LANG ( SUMPAHAN BUNIAN )

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca di FS. Terima kasih kepada admin FS kerana sudi mensiarkan cerita aku yang sebelum ni. Perkenalkan nama aku Ocik ( bukan nama sebenar ). Cerita aku kali ni tak seram mana pun, tapi ini mengisahkan pakcik aku, aku gelarkan dia Pak Lang. Semenjak dua menjak ni aku selalu membaca kisah-kisah mengenai bunian mahupun jin jadi aku tertarik untuk berkongsi cerita mengenai Pak Lang aku.

Cerita ini berkisah pada zaman

70an macam tu, semasa Pak Lang masih muda sekarang umur Pak Lang sudah mencecah awal 50an. Pak Lang aku ni masih belum berkahwin dan mempunyai sejenis penyakit kurang waras dengan kata kasarnya ‘gila’. Macam mana Pak Lang boleh dapat penyakit macam tu, menurut cerita daripada ibu aku ini ada kena mengena dengan alam lain mungkin juga alam bunian.

KISAH INI DICERITA OLEH IBU AKU

Dulu masa Pak Lang masih muda dalm lingkungan belasan tahun, Pak Lang pernah hilang seminggu. Masatu ibu aku dengan adik beradik dia termasuk Pak Lang main dekat kawasan kelapa sawit belakang rumah atuk main sorok-sorok. Bila dah nak senja ibu semua balik ke rumah nak mandi sebelum hari gelap.

Aku bagi gambaran rumah atuk aku dulu supaya mudah faham. Rumah atuk menghadap di depan jalan raya, belakang rumah ada kawasan kelapa sawit. Di belakang kawasan kelapa sawit ada satu kawasan tanah lapang yang luas macam padang bola sepak dan ada aliran air parit. Belakang tanah lapang ada hutan tebal dan pokok-pokok kayu balak. Sampai sekarang kawasan lapang tu masih ada dan sentiasa bersih seperti di jaga . Rumah atuk aku tinggi sebab tu kawasan tu masih boleh nampak sampai sekarang.

Sambung cerita pasal pakcik aku, jadi lepas ibu aku dan semua adik beradik dah masuk ke rumah baru mereka perasan Pak Lang belum masuk lagi. Malam tu semua cari Pak Lang, dekat seminggu juga Pak Lang hilang sebelum orang kampung jumpa dia terbaring dekat bawah pokok kelapa sawit yang berdekatan dengan kawasan lapang tu.

Lepas kejadian tu Pak Lang mula berubah sikap sebelum ni Pak Lang seorang yang periang, suka berkawan tapi lepas kejadian dia hilang tu terus jadi pendiam. Susah nak nampak dia bercakap, kalau bercakap pun bila dengan nenek je, itu pun sepatah. Tapi kadang-kadang ibu aku selalu dengar Pak Lang cakap sorang-sorang dalam bilik dia.

Lama kelamaan perangai Pak Lang semakin teruk lagi-lagi bila bulan mengambang. Bulan mengambang je dia mula jadi agresif, pada awalnya dia hanya merayap dekat kawasan kampung sorang-sorang tengah-tengah malam. Jadi bila orang kampung cari dia waktu siang selalu jumpa dia tidur bawah kelapa sawit. Tapi lama kelamaan Pak Lang jadi makin ganas bila dia dah mula ganggu orang kampung.

Jadi bila bulan mengambang je orang kampung duduk dalam rumah kunci pintu semua. Selalunya Pak Lang akan bawak sebilah parang sambil ketuk-ketuk rumah orang kampung tapi Pak Lang hanya menakut-nakutkan orang tak pernah lagi sampai sembelih orang kampung.

Sampai ada suatu hari Pak Lang panjat rumah orang masatu Pak Lang masuk bilik anak dara orang kampung tengah tidur. Bila perempuan ni sedar apa lagi menjeritlah sampai kecoh satu kampung. Tapi perempuan tu cakap Pak Lang hanya duduk bersila depan pintu bilik sambil temenung tengok perempuan ni tidur. Pak Lang apa lagi melompat keluar semulalah masatu.

Orang kampung dah mula hilang sabar dengan perangai Pak Lang, akhirnya keluarga ibu ambil keputusan untuk hantar Pak Lang ke Pusat Pemulihan ( hospital gila ). Masani, polis pun turun padang nak pujuk Pak Lang pergi pusat pemulihan. Pak Lang apa lagi acu kan parang dekat polis tu supaya jangan dekat dengan dia, tengah-tengah jalanraya Pak Lang buat hal. Akhirnya Pak Long tewas dengan pujukan nenek, nenek ikut masuk sekali kereta polis hantar Pak Lang ke Pusat Pemulihan.

Lepas kejadian tu nenek hari-hari menangis, siapa yang tak sedih bila anak kena masuk tempat macamtu. Sebulan je Pak Lang duduk Pusat Pemulihan, akhirnya atuk buat surat rayuan ambil Pak Lang balik rumah sebab tak sanggup tengok nenek hari-hari menangis.

Jadi setiap hari Pak Lang akan makan ubat, adik beradik ibu pun berusaha bagi Pak Lang kembali ceria balik. Dan bila bulan mengambang je nenek terpaksa kurung Pak Lang dalam bilik kadang-kadang terpaksa bagi ubat tidur.

Tapi sekarang Pak Lang dah tak macam dulu, Pak Lang dah tak ganggu orang kampung. Cuma dia masih tak bergaul dengan orang kampung. Arwah nenek pun dah tak ada sekarang jadi Pak Lang dah mula belajar berdikari. Makan minum pun dia dah mula cari sendiri kalau tak dulu mesti nak nenek yang sediakan. Istimewanya Pak Lang aku ni walaupun orang cakap dia gila, kurang waras tapi tanggungjawab dia sebagai hamba Allah tak pernah dia tinggal. Solat lima waktu cukup, sembahyang jumaat tiap-tiap minggu dia pergi masjid kayuh basikal tua dia tu.

Bagi aku Pak Lang aku istimewa walaupun dia pendiam tak bergaul tapi dia sentiasa memabdikan dirinya kepada penciptaNya. Tapi bila aku balik kampung, aku selalu jugak dengar Pak Lang cakap sorang-sorang waktu malam dalam bilik dia. Pernah sekali tu sepupu aku cuba masuk bilik Pak Lang nak tengok kalau-kalau ada orang lain dalam bilik Pak Lang tapi memang tak ada.

Sampai sekarang masih tak ada seorang pun yang tahu dengan siapa Pak Lang bercakap? kemana Pak Lang hilang dulu? Apa yang jadi dengan Pak Lang sebenarnya masa dia hilang? dan kenapa Pak Lang boleh berubah jadi macam tu? Ada orang kampung cakap mungkin Pak Lang termasuk perkampungan bunian, jadi bila Pak Lang nak keluar dari perkampungan tu mungkin Pak Lang disumpah jadi tak waras supaya Pak Lang tidak cerita pasal kehidupan mereka dan mungkin ada perjanjian antara Pak Lang dengan mereka yang Pak Lang ingkar menyebabkan mereka marah? Semuanya tak terjawab.

Kalau antara pembaca-pembaca yang ada ahli keluarga seperti Pak Lang aku ni, minta sharekan serba sedikit kisah mereka dan apa puncanya. Akhir sekali, doakan Pak Lang aku supaya sentiasa berada dalam keadaan sihat dan mendapat rahmatNya. Aminn

OCIK

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

6 thoughts on “#OCIK – MISTERI PAK LANG ( SUMPAHAN BUNIAN )”

  1. cian nya paklqng kw.mtci ko pla gtu jga msah dlu dia normal tpi intak la sjak dia tidu malqm tu bngun pgu tk wras udah psing cri orang pandi mngubqt tpi tk kenah jga.lma uda dia jdi cmtu sampai sekarang blum thu apa puncq nya…

    Reply
  2. ermm… ikut cerita mak saya la.. mak tahu ni pun sbb dulu atok saya lebih kurang tok bomoh.. biasa kalau kes macam pak lang ni.. dia mungkin dah berkahwin dengan orang ‘alam sana’ dan biasa perjanjiannya tak boleh balik ke alam asal.. mungkin pak lang dia nk balik jugak.. sbb tu dia jadi macam tu.. mak ada kata perangai dia macam orang gila tapi sembahyang tak lupa.. apa pun keep strong.. teruskan beri sokongan kepada pak lang awak sbb sblum ni nenek awak yang bg sokongan, bila nenek dah x da orang terdekat pula kena main perananan..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.