#OCIK: SERANGAN LEMBAGA AWAN HITAM ( KUDA KEPANG )

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca di FS. Terima kasih kepada admin FS kerana sudi mensiarkan cerita aku untuk kali ini. Perkenalkan nama aku Ocik ( bukan nama sebenar ). Benda ni terjadi semasa aku terpilih menjadi salah sorang pelatih PLKN di sebuah Kem terletak di Johor sekitar tahun 2012.

Kem aku ni berada betul-betul di hadapan gunung-ganang dan dikelilingi ladang kelapa sawit, boleh dikatakan kem aku ni terperuk jugak lah nun jauh ke pedalaman. Pada awalnya tiada sebarang gangguan sampailah satu hari kem aku diserang dengan makhluk alam ghaib. Kenapa aku kata diserang? “Sabar sat na”. Aku ceritakan satu persatu macam mana benda ni boleh datang buat onar dalam kem aku.

Benda ni terjadi pada suatu hari, tak silap aku pada hari sabtu sebabnya masa ni ramai jurulatih yang balik ke rumah dan keesokkan hari perjumpaan bersama ibu bapa. Memandangkan esoknya cuti jadi memang rasa seronoklah kan dapat rehat sepuas-puasnya dan yang paling best dapat jumpa mak ayah. Tapi tidak bagi pelatih wira bila ada satu dorm yang tak tidup malam tu dan buat ‘tentera ledang’ ni marah dan mula menganggu satu kem. Cerita ni berdasarkan daripada salah seorang pelatih wira, aku gelarkan dia Azhar.

AKU SEBAGAI AZHAR

Malam kejadian tu, ketua dorm aku ajak kitaorang main kuda kepang. Jadi aku mula-mula memang berat hati nak turut serta, tapi bila dah ramai yang nak join sekaki bukak gelanggang kuda kepang tu aku pun join lah jugak. Bila semua dah setuju, Malik (ketua dorm) mintak siapa-siapa yang nak volunteer main dalam lapan orang untuk kedepan. Menurut cerita Malik dia memang arif dengan permainan kuda kepang, dia belajar daripada datuknya. Jadi ramailah yang tertarik dan nak ikut serta, aku? memang tak lah aku sekadar memerhati.

Jadi bila mereka start main, aku dah tak senang duduk bulu roma aku mula berdiri. Aku perati Malik pergi dekat sorang-sorang antara mereka sambil membaca sesuatu. Mata aku tertumpu pada mereka yang lagak seperti menungang kuda dengan pergerakan yang agak pelik sambil kaki kais-kais di lantai dorm. Makin lama muka mereka semakin berubah mata putih sahaja kelihatan, muka serius campur garang takkala ada antara mereka yang mula terapung ke udara.

Tiba-tiba, pintu dorm aku terbuka angin kuat masuk memenuhi ruang seperti ribut. Angin yang kelihatan seperti awan berwarna hitam terbang masuk ke dalam dorm dan memenuhi ruang dorm aku. Takkala aku nampak awan hitam tu menyerupai susuk tubuh seperti lembaga. Bukan satu tapi banyak, mereka berdiri di sebalik pelatih-pelatih yang main kuda kepang tersebut. Aku mula panik, terus mintak Malik supaya hentikan permainan dia tu dengan kata lainnya tutup gelanggang kuda kepang tu balik. Malik yang semakin cuak pergi ke sorang demi sorang antara mereka untuk hentikan pergerakan mereka tapi gagal.

Bila keadaan semakin tidak terkawal lagi-lagi bila ada antara kami yang tiba-tiba histeria menjerit sekuat-kuatnya

“lelaki kena histeria cuba kau bayangkan macam mana dia punya jerit, sampai pecah tingkap dorm aku”

Bila pelatih wira yang sorang ni dah menjerit terus budak-budak dorm lain datang kerumun dorm aku turut serta jurulatih yang terpinga-pinga datang. Suasana semakin tegang bila mereka yang tak sedar kan diri mula lompat dan terapung di luar dorm. Bila aku keluar alangkah terkejutnya bila aku nampak cik ponti dalam 4 ekor macam tu terbang keliling dorm aku, meremang habis rasa nak terkucil lagi-lagi bila dia mengilai secara berjemaah.

“Apa yang jadi lepastu?” tanya aku pada Azhar

“Jurulatih mintak aku dan tiga orang lagi pelatih lain azan setiap penjuru, azan tanpa henti. Aku dengan perasaan takut buat-buat berani azan di depan pintu pagar masuk dorm pelatih sebelah kiri sambil ditemani Iwan masa tu. Aku cuba fokus dengan bait-bait ayat dari lafaz azan yang aku laungkan supaya benda tu berhenti menganggu kita orang malam tu. Semakin aku nak fokus semaking kuat cik ponti mengilai kadang-kadang rasa macam ada dekat sebelah aku je.Malik masa ni masih berusaha sedarkan mereka yang masih di kawal dengan permainan kuda kepang tu. Pelatih yang lain ada yang pegang pelatih yang kena histeria sambil-sambil baca ayat-ayat suci al-quran. Akhirnya gangguan berhenti dalam pukul empat pagi. Awan hitam yang kuat seperti ribut tadi terus hilang berlalu pergi ke gunung, cik ponti lenyap dari pandangan dan suasana kembali sunyi sepi seperti tiada apa yang berlaku. Mereka yang kena histeria dan pelatih wira yang main Kuda kepang semua tak sedarkan diri, jadi kita orang baringkan mereka atas katil. Lepastu jurulatih mintak kitaorang berkumpul keliling mereka yang pengsan untuk bacaan yassin sampailah subuh,”

AKU OCIK

Cuma aku pelik kenapa malam tu aku tak sedar pun apa yang jadi dekat dorm wira. Tidur m**i gamaknya, bukan aku sorang malah semua wirawati tak sedar kejadian malam tu. Tapi lepas apa yang terjadi malam tu kem aku di gangguan lebih dahsyat lagi bila semakin banyak serangan yang datang. Kata ustaz aku masa ni benda tu marah sebab pelatih wira ganggu kawasan mereka dan benda tu masih serang kem aku disebabkan pelatih wira tak tutup gelanggang kuda kepang tu masa malam kejadian, sebab tu makhluk tu masih datang menganggu.

Banyak lagi serangan bertubi-tubi pada waktu ahad pagi dan waktu malam nya sampai semua pelatih tak tidur malam. Kalau aku berkesempatan aku buat part 2 pula ye, ini pengalaman aku sendiri bila pelatih wirawati pula diserang. Kesimpulanya, jangan memandai-mandai buka gelangang kalau tak reti tutup ye wahai Malik *hahaha*

Assalamualaikum

Yang Ikhlas, Ocik

OCIK

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

3 thoughts on “#OCIK: SERANGAN LEMBAGA AWAN HITAM ( KUDA KEPANG )”

  1. Kuda kepang ya? Saya pernah dgr kes ni…mmg btul pn yg kuda kepang ni klau xpndai main, jgn main..siap buka gelanggang bagai..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.