Office Baru – “Nak i teman naik lift ke?”

Hello semua pembaca Fiksyen Shasha. Sebenarnya dah lama, i nak ceritakan pengalaman seram (bagi i) yang berlaku di office baru-baru ini. Mungkin cerita ini tak seram untuk sesetengah orang, sebab bergantung kepada cara penceritaan, imaginasi dan juga situasi semasa membaca cerita ini.

Semua bermula bila sejak i dinaikkan pangkat, menjadikan masa kerja i panjang dari sebelum ini. Kawasan office i ni kawasan baru dan masih banyak tidak berpenghuni. Dalam satu kawasan, ada 10 unit bangunan berkembar 3 tingkat. Kejiranan office i ni, kebanyakkan buat sebagai tempat simpanan barang-barang. Cuma management office i sahaja menjadikan bangunan ini sebagai tempat baru untuk kami bekerja. Jadi masa hari bekerja, jika masuk ke kawasan ini, memang boleh nampak, bangunan office kami sahaja yang “hidup”, orang keluar masuk pagi, tengah hari dan petang. Jiran-jiran lain hanya dipenuhi kotak-kotak dan ada juga hanya mempunyai papan tanda perniagaan mereka.

Office kami baru berpindah ke sini selama 6 bulan. Office membezakan department disini dengan mengasingkan mengikut tingkat. Untuk department i, di bawah sekali. Di tingkat atas sekali, adalah area untuk beriadah dan beristirehat, seperti, bilik khas untuk tidur, bilik untuk bermain video game, bilik untuk indoor game seperti ping pong table, bilik mandi dan juga surau mini.

Seperti biasa, bila waktu solat, i akan naik menggunakan lift untuk ke tingkat atas. Sudah menjadi kebiasan, untuk bertembung dengan rakan-rakan lain, yang baru selesai berehat di lift atau semasa menunggu lift. Ada juga yang mengggunakan tangga. Kadang-kadang boleh dengar bunyi orang bersiul-siul sewaktu mandi, atau keriuhan mereka bersorak ketika bermain ping pong.

Pada hari itu, i macam pelik sedikit, bila pintu lift terbuka, lampu tidak menyala dan sunyi sahaja. Baru pukul 7.20 pm, takkan semua da balik? Selalunya mereka akan lepak di office sehingga 9 pm. Salah satu sebab untuk elakkan jem dan juga seronok dengan environment office baru kami. Ala ala office Google. I hanya fikir, oh mesti ramai bercuti untuk habiskkan cuti tahunan mereka. Cuma i tak notice, sebab terlampau busy.

I nih jenis OCD, i memang ada penyakit geli nak tekan “on” suis lampu. Takut dengan kuman. Jadi i berjalan dalam gelap dari lift sehingga ke toilet. Seperti biasa i akan ke toilet dahulu sebelum ke surau. Hari tu, i bertembung dengan seorang rakan office i, Oliver di depan pintu toilet antara lelaki dan perempuan. (korank bayangkan macam situasi dalam movie The Lights). I terkejut! Haha, sebab memang gelap disitu. Oliver pun terkejut juga sebab i terperanjat macam nampak hantu. Haha. I memang bukan jenis penakut. Tapi jenis cepat terkejut. Kami ketawa je dengan kelakuan kami tu.

I masuk toilet dan terus ke surau. I masih tidak on lampu di laluan untuk ke surau. Lagipun lampu toilet memang sentiasa menyala. Masih boleh nampak orang dilaluan dalam jarak sedapa. I lagi rela bergelap dari kena kotorkan jari i. Lepas solat, i pastikan semua lampu bertutup. (i guna tisu kering untuk lapik jari i). Tapi hari tu, kerja i senang sikit, sebab memang tiada orang biarkan lampu terbuka dan memang tiada orang langsung yang berehat di tingkat itu. Selepas tu, i naik ke tempat i, berkemas, dan terus menaikki kereta untuk pulang.

Yang kelakarnya, keesokkan hari, i masih bertembung dengan Oliver dan masih terkejut macam nampak hantu. Hahaha. Tingkat tu pun macam hari sebelumnya, tiada orang disitu. Hari ketiga i bertembung dengan Oliver, again, i terkejut juga. Kali ni, i seloroh je tanya Oliver, “Eh Oliver, kenapa u tak pergi toilet level u?” Oliver tak jawab pun, dia sengih je. Haha. I pun masuk je toilet. Masa tanya Oliver tuh, macam bau tak best sikit. I fikir mesti Oliver baru habis naik treadmill. I memang sensitive dengan bau-bau ni.

Tiba-tiba, i terfikir, kenapa Oliver masuk toilet i tak pernah dengar bunyi flush atau air? Masa ni i teringat satu kisah dari Fiksyen Shasha yang kawan i forward kepada i untuk i baca. Sebelum ni i memang tak tahu pasal FS ni. Sebab i tak minat membaca. Tapi i baca kisah yang kawan i forward tuh, kisah yang budak ni tolong kakak dia jaga anak dia. Rupanya yang dia bercakap tuh bukan kakak dia. I pun dah bayangkan yang i terserempak tadi bukan Oliver. Baru nak rasa takut, tiba-tiba orang ketuk pintu toilet utama untuk perempuan! “I balik dulu tau? Jangan lupa off lampu semua. Nak i teman u ke turun bawah?” Rupanya Oliver. Haih dia ni. “I pun jawab dari dalam toilet, “Tak pe u, i nak sembahyang dulu. U balik la, drive safe! Happy weekend!” Happy weekend la kan, sebab Jumaat da. Yeay!

Lepas solat Maghrib, i terus balik, sebab dah siap-siap kemas barang sebelum turun ke surau. Selalu i guna lift untuk turun. Tapi hari itu, i guna tangga je. Ala 3 tingkat je pun. Dari surau nak ke tangga perlu lalu pintu lift, i macam meremang sikit. Sebab apa pun tak tahu. Rasa macam ada orang tunggu depan pintu lift. Masa baru turun 3 anak tangga, i dengar bunyi lift terbuka. Nak cepatkan turun tangga tak boleh, sebab pakai heels. Tak guna betul haha. Tapi i buat biasa je. Tapi bila buat biasa lagi meremang, sebab i fikir, siapa pula yang turun??? Masa i naik tadi memang gelap, dan biasanya Oliver tak guna lift, level kerja dia hanya tinggkat 2, for sure la dia guna tangga. Lelaki fit kot, takkan guna lift. Lagipun sejak terserempak dengan Oliver beberapa hari ini, i tak pernah dengan bunyi lift terbuka. Kan lift kalau ada orang, ada bunyi kan? I jalan je, i macam nak buka heels i, tapi fikirkan nanti kaki kotor, i redha je turun tangga dengan perlahan guna heels tu sambil baca ayat Qursi.

Isnin tuh, masa lunch kebetulan i duduk semeja dengan Oliver. Oliver tanya i, cuti tahunan i da habiskan ke? Sebab kami hanya boleh carry forward 10 hari je. I cakap i tak banyak pun cuti. Haha. I cakap kalau ada pun, i tak tahu nak ke mana. Lepas tu, Oliver cakap, “Owh next time u boleh try pergi Lombok, murah dan lawa. I baru pergi last week”.

I was like……. Selama ni aku bertembung dengan siapa? Patut la masa tanya Oliver tuh dia tak jawab, sengih je. Patut la ada bau tak best juga masa tu. Nasib juga i tak suruh Oliver teman i. Dan nasib juga i tak turun guna lift. Cuba bayang apa terjadi kalau i guna lift dan ajak “Oliver” teman i turun guna lift? Mesti lagi panjang cerita i ni kalau i guna lift masa tu. Lepas borak dengan Oliver, i memang tak solat Maghrib kat surau dah. Pukul 6 pm i da siap-siap ambil wudhuk, bawa turun telekung, solat je kat area meja kerja i. I tak cerita kat kawan-kawan office. I simpan je, sampai la i ambil keputusan untuk tulis dan share dengan pembaca FS. Kalau tersiar cerita ini, i akan bagi link ke kawan-kawan office untuk mereka baca. Ok, i nak pergi surau dulu.

Ms Laura

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

18 Comments on "Office Baru – “Nak i teman naik lift ke?”"

avatar
black

hehe…bile baca ‘i’ terasa cam i ni u laaa…best!!!nsb baik muka kwn hang naaa…kalo d tunjuknya muka ori mau x pengsan terus…

Kak Yulie

“Di tingkat atas sekali, adalah area untuk beriadah dan beristirehat, seperti, bilik khas untuk tidur, bilik untuk bermain video game, bilik untuk indoor game seperti ping pong table, bilik mandi dan juga surau mini…”

Mase bace ni dok pikir dh mcm Google Office…
Ghupenyer mmg penulis pon mentioned benda yg same kt bawah, heheheheh…
Sonoknye opis ty kaannn…
Opis ape yg heipening camtu ekk…
Xyah sesusah nk release stress kt tempat lain…

Langsat

Takut dgn kuman bukan OCD la mek….

OCD tu nak semua benda..barang tersusun rapi..

Mysophobia baru fear of germs (kuman)

Abu

tkot kuman ek atau Tk nk kotorkn tgn ? Hahahaha

Akak kiut

Caner nak basuh berak anak nanti..aiseyhh

Fendidy

OCD pun boleh dikaitkan dgn orang yg suka melakukan sesuatu berulang kali sebab ada perasaan was-was. So si penulis ni boleh je dikategorikan sebagai pengidap OCD jika dia asyik nak cuci tangan dgn sabun je setiap kali dia tekan suis lampu. Sebab takut kuman. Basuh pulak berkali-kali kerana rasa was-was dok ada lagi.

Vrouwtje

You’re right. Selain baca Fiksyen Shasha, some people need to read other things too before judging people.

Vrouwtje

Itu termasuk dalam spectrum OCD juga la. Bukan pasal susun barang2 je. Ada orang OCD teruk dia kena kira 7 langkah pergi bilik air, minum air kena teguk 3 kali, selak langsir 5 kali setiap pagi (contoh). Kalau tak cukup kiraan tu atau terlebih dia kena buat lagi sekali. Itu spectrum OCD. Sila buat research sikit.

Green Tea

mcm kekwat je ko ni…tu geli..ni geli..

bearbear

yg ni I sokong…

amer

berak sendiri sape basuh?? haha

kueh koci

hahahahahahahahahaha..

Vrouwtje

Benda ni real la. Ini dlm category mental disorder (tapi you jangan pulak ingat dia ni orang gila). Tolong jangan judge kalau takpernah rasa atau takpernah kenal orang macam ni. Banyakkan membaca, k.

mummy aishah

setuju vrouwtje. kita perlu tanam rasa simpati dan empathy pada orang. baru colorful hidup. jgn asyik nak bash je. banyakkan ilmu. bykkan membaca. ramadan dah nak dekat ni. belajar la sucikan hati.

Jerangkung

setengah bace je…boring!! bnyk kuah…

Lurve Tyra

sy pun selalu geli tu geli ni.. pun ade ocd ke?

Cik Ja

??

LadyInRed

description macam office AirAsia RedQ yan baru tu ja.. hmmm

wpDiscuz