Opah

Assalamualaikum. Aku ni minat jugak lah baca FS ni, tapi kalau dah baca memalam mula nak terbayang macam macam. Boleh dikatakan start bulan 11 aku follow FS ni, even time tu orang lain tengah busy study sebab SPM tapi aku busy baca FS. Tapi sekarang dah slow dah sebab dah start kerja. But nevermind. Hari ni aku nak ceritakan tentang arwah opah aku. And thanks to admin kerana sudi mengepos cerita aku yang hambar ini.

Arwah opah aku ni actually seorang bidan. Dia bukan bidan kampung, tapi bidan kerajaan. Dia pernah bekerja dekat estet lah apa lah. So pengalaman dia pergi sambut orang bersalin memalam buta dan berjumpa entiti ni dah biasa dah bagi dia. Makhluk halus ni dah macam bff dia dah (no aku tipu). Tapi ya, orang dulukan ada ja kawan depa tu. Untuk jaga kebunlah, jaga rumah lah macam macam. So dalam ramai ramai cucu dia, aku adalah insan yang terpilih untuk mendengar kisah kisah seram sepanjang dia hidup.

Arwah opah ni dia stay dengan makcik aku, laki makcik aku dengan adik menakan aku. Habis ja pencen, depa anak beranak pindah lah keluar dari kuarters tu. Tapi pindah area taman situ jugak. Nak dijadikan cerita, area rumah opah aku semuanya cina. Depan rumah opah aku ni kilang ikan bilis. So mind set aku waktu tu, probability hantu nak muncul kurang. Paling kurang pun hantu cina ja ada. Tapi aku salah.

2012 macam tu lah, waktu tu makcik aku baru ja lahirkan anak bongsu dia. Dia ada 3 anak, sulung umur darjah 1, kedua baru setahun lebih then yang bongsu tu baru beberapa hari i think. Aku takdak waktu tu, cerita ni diceritakan oleh arwah opah aku. Rumah opah aku ni memanjang, jalan nak ke dapur lebih kurang 5-10 m. Sementara nak ke dapur tu akan lalu 3 bilik. Yang pertama bilik makcik aku, tengah bilik mainan, last sekali bilik opah. Time tu dah pukul 12 lebih. Semua pakat nak tidur dah. Opah suka tidur kat ruang tamu sambil layan sinetron dia sampai terlena (rutin harian yang wajib buat sebelum lena).

Makcik aku dengan anak anak dia pun get ready nak tidur dalam bilik. Tengah makcik aku dok baring nak lena. Tetiba yang sulung tu cakap, “mak, apa kat tepi tingkap tu?”. Makcik aku buat dek ja. Tetiba yang tengah dan bongsu tu nangis. Makcik aku pun bangun lah pi buat susu kat depa dua orang sebab ingatkan lapaq sebab depa tu manjang kebuloq. Opah aku perhati ja. Once makcik aku masuk bilik, opah aku terus bangun pi kat makcik aku. Then yang bongsu tu dah nangis teresak esak dah then macam sesak nafas. Opah aku terus ambik si bongsu tu buai dia kat depan sambil sambil makcik aku pasang cd ngaji. Then dalam 10 minit macam tu, si bongsu tu pun lena. Maybe sebab penat sangat.

The next day aku pun pi lah rumah opah aku. Tak dan nak labuh pungkoq dia dah panggil, katanya ada cerita hot. Dia cerita lah a-z. Dia cakap masa makcik aku masuk bilik bawak anak anak tu dia dah nampak something dah katanya benda tu mak dengan anak. Tapi dia buat tak tau lagi sebab time tu scene cerita sinetron dia tengah best. Then masa si tengah dengan bongsu riau tu dia dah agak dah benda apa. Bila makcik aku keluar nak buat susu, dia nampak si mak tu ikut makcik aku.

Bila makcik aku masuk balik, dia dah tak sedap hati sangat dah, rupanya si bongsu tu dah kena cekik dengan si anaknya. Tu yang opah cepat cepat ambik kecik tu. Katanya mak entiti tu nak d***h makcik aku sebab makcik aku time tu pun tengah berpantang lagi. Lepas pada kejadian tu, aku dah tak buat andaian sendiri dah kononnya kawasan rumah orang cina tadak entiti. Tapi tak dapat dianafikan, rumah tu memang scary pun tambah pulak bilik arwah opah. Aku selalu jugak solat dalam bilik dia kononnya nak kurangkan rasa seram.

Tahun 2015 bulan 9, ditakdirkan opah dijemput ilahi. Bergegas kami anak beranak packing bertolak dari Penang. Tapi time tu kami sempat lagi jumpa opah sebelum opah meninggal. Alhamdulillah, semua berjalan lancar walaupun yang hadir cuma jiran dan saudara mara yang rapat saja. Masa mandikan mayat, sebak tu jangan cakap lah. Makcik yang mandikan opah tu tak berhenti puji yang tangan opah masih lembut lagi even dah hampir 12 jam meninggal. Katanya tangan opah banyak berjasa menyambut kelahiran anak anak kat pulau tu. Tak dapat dinafikan lagi sebab dia dah bertahun dah duduk situ dari mak aku kecil lagi. Waktu kebumi pun hujan renyai, tak lebat sangat. Habis ja kebumi, hujan pun berhenti.

Adik beradik lain pun pakat balik. Yang tinggal hanya anak menantu dengan cucu cucu dia ja yang tinggal. Kami cucu ni tidur kat depan atas favourite tilam dia. Mak dengan ayah tidur dekat bilik mainan. Tengah duk nak lelap, tetiba mak bau bangkai busuk sangat. Time tu posisi mak membelankangi ayah, then mak start tidur menghadap ayah. Tetiba ada orang cuit mak. Mak buat tak tau lagi. Tapi benda tu tak berhenti cuit mak dan bau bangkai tu makin kuat.

So mak decide nak keluar tidur dengan kami. Tak sampai berapa minit, tetiba ayah pun keluar, and buaian besi kat luar rumah tu berbunyi and ayah tegur, “sapa tengah main buaian kat luar tu?”. Time tu memang macam nak wrestling ayah, ye la. Pukul 3 pagi mana makhluk nak pi main buaian tu. Rupanya, time mak kena cuit dalam bilik tu ayah pun kena jugak. And petang lepas kebumi tu, makcik aku pun ada bau yang sama jugak dekat dapur. Tapi bila pergi cari tadak pulak biawak ka tikus ka m**i. And benda tu jadi misteri sampai sekarang.

Ada jugak benda pelik yang jadi lepas arwah takde. Aku selalu kena tindih tapi mak cakap aku penat sangat. Aku ha kan je. Tapi aku rasa benda tu kerap jugak kacau aku, maybe opah suka sangat cerita kat aku kot. Ntah lah. Sebab aku ni tak berapa sangat nak percaya, tapi bila dah malam and tidur sorang aku mula nak gelabah takut tetiba dia choik depan muka aku. Mak aku pun pernah mimpi dia datang kat mak aku and bagi something, katanya dia dah tak lama and mak aku kena ambik. Tapi mak aku tak ambik pun, tahu tahu ja dia dah takde.

Apa yang dia pernah buat kat dunia dulu, itu antara dia dengan Allah. Aku hanya mampu berdoa agar dia sentiasa disisi Allah swt. Setakat ni je lah cerita aku, actually banyak lagi tapi dah malas nak taip. Nanti insyaAllah aku sambung lagi. And ya, semoga arwah opah dicucuri rahmat. Angah miss you. Al fatihah.

Assalamualaikum.

Angah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

3 thoughts on “Opah”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.