Orang atau ? | Kem PLKN Terengganu | Piano Berbunyi

KISAH 1: ORANG ATAU?

Assalamualaikum.. Cerita ni belaku 9tahun lepas dimana umur saya 15 tahun. Rumah yang saya duduk sekarang ni 2 tingkat. Bilik tidur saya ditingkat atas kalau bukak bilik saya tu boleh lah nama orang lalu lalang kt jalan di bawah. So, pada suatu hari saya tak boleh tidur.. Hati ni gatal yang amat nk bukak tingkap oleh krana katil dekat sebelah tingkap so bukak lah tingkap dengan niat nak amik angin malam..

Tiba2 nampak ada seorg perempuan jalan kaki pada jam 3PAGI ! Ok mindset ni orang kilang balik keje.. Tapi dia seorang perempuan yang berpakaian putih rambut lepas dan dia berjalan setapak demi setapak dengan tersangat lambat. Tiba di satu tiang lampu dia berhenti dan slow2 dia pusing ke arah saya..

Tangan ni dengan sepantas kilat terus tutup tingkap dan tarik selimut.. Dengan sepantasnya ‘dia’ ketuk tingkap menggunakan kuku sambil cakap ‘ala awak dah nak tidur ke? Tak ada siapa nak temankan saya balik kt bukit sana’ untuk pengetahuan kalian dekat bukit tu ada pokok getah yang tak asing dengan benda benda tu..

Laluan jalan rumah saya tu adalah laluan mereka.. Lepas tu dia ketuk lagi tingkap guna kuku dan dia tarik kuku tu kekiri kekanan.. Saya ? Saya masa tu call mak dekat bawah tapi hp mak off sebab kehabisan bateri. Masa tu hanya Allah je la tahu keadaan saya..

Tak lama lepas tu dia senyap , dalam hati saya Alhamdulilah akhirnya dia ngalah.. Tapi sangkaan saya salah.. Tiba2 ‘dia’ nangis mendayu dayu.. Allahuakhbar! Saya pon join menangis sebab terlampau panik. Tiba2 dia cakap ‘kenapa nangis’ dan mengilai sekuat2 nya kat tingkap tu.. Masa tu lah baru terpk nk bkk yasin kt hp sekuat kuat nya..

Speaker dkat dgn katil dengan cepatnya saya mencapai wayar cucuk kat fone.. Mungkin dia marah, saya terdengar dia mendengus dengan suara yg garang dan ketuk tingkap sekuatnya tak lama kemudian azan subur pun dilaungkan dari masjid.. Mungkin bagi korang kisah saya ni biasa tapi ia amat menyeramkan .. Sejak dari tu saya tidak lagi bukak tingkap bilik dan saya mengalihkan kedudukan katil ke arah lain..


KISAH 2: KEM PLKN TERENGGANU

masa tu tahun 2004,kira first year la PLKN ni. so aku dihantar ke kem plkn setiu. sedih baq hang. aku dari ipoh kot.
Berbalik pada cerita seram aku, memandangkan kami ni group first jadi kami takde bilik, yang ada khemah-khemah. nasib aku baik sikit sebab khemah aku betul betul sebelah toilet.aku ni jenis tak suka mandi ramai2. malu lah konon..aku akan pergi mandi sebelum subuh..sebelum mana2 manusia kat kem tu gi mandi dalam pkl 4 pagi.kawan2 aku slalu tegur.jangan berani sangat..ni hutan. aku tak layan.hati kental..

nak dijadikan cerita .. da la satu pagi ni aku gi mandi.pukul 3 lebih…kes salah tengok jam.. ingat pukul 5… masuk dalam tengok lega..da orang tengah basuh baju..kusyuk gila..aku pun tegur..basuh baju ke .. awalnya… dia tak balas…continue basuh. aku pun gi ar mandi..masa aku selesai aku nampak dia masih basuh lagi..

masa tu aku sedar..bunyi basuh baju tu macam sangat bersungguh.. tapi langsung takde buih.. takde air…bila aku tengok lagi budak tu… TAKDE KAKI … serius aku lembik lutut..tapi aku sempat cakap ” sambungla basuh ye..saya nak gi dah ni..” dia bleh gelak …kuat gila..rasa macam bergema toilet tu.. and dia cakap..ko dah tau kan? aku terus lari tak pandang belakang dah..siap jatuh tersadung kat akar..tapi tak sakit..takut punya pasal..demam gak la pastu 2 hari..sejak tu..tak pernah aku mandi sorang..biar lambat..


KISAH 3- PIANO BERBUNYI

Kejadian ni berlaku waktu aku umur 7 atau 8 tahun la. Waktu tu aku duduk kat rumah lama (teres 2 tingkat). Aku ada sebuat piano digital yg kami letak kat tingkat bwh.
KTeorg adik beradik (4 org) suka tidur sekali ngan parents kat master bedroom. Penakut agaknya..haha. So basically parents aku tidur atas katil, kami beradik tidur di atas lantai berlapikkan tilam. Mcm biasa susunan kami, aku sentiasa tidur dekat dgn pintu bilik.
SO satu malam ni, Aku tak dapat nak tidur. aku yakin waktu tu semua org dah tidur sbb jam dah lepas 12am. ENtah macam mana, tiba2 aku terdengar ada music berbunyi. Aku wonder la gak dari mana bunyi tu datang. AKu igtkan dari mainan minda je sbb normal la kan utk music terngiang2 kat kepala otak. Tapi masalahnya nak kata mimpi pun tak. Da berapa kali aku tampar or cubit pipi, still bunyi tu masih ada.
ALunan music tu macam ala2 classic, instrumental..lembut je. Mcm bunyi dari piano. YA! Aku yakin dari piano. (Korg boleh bayangkan mcm music scary kat dlm cerita hantu). Aku mulala start berpeluh. Dah terbayang ada ‘benda’ yg main piano tu. AKu try endahkan bunyi tu dgn harapan dia akan stop. Malangnya tak. Masih berbunyi. Aku sampai bangun dan pergi ke pintu. Aku tekapkan telinga aku di celah2 bukaan pintu. Sah mmg music tu dr tingkat bawah. HAnya Allah je yg tau betapa takutnya aku. yela sorg2 je yg still awake and dengar bunyi music.
Waktu tu curiosity aku kuat sgt. Sampai aku rasa nak turun bawah dan tgk sendiri. Tp cuak punya pasal..tak jadi la..
Aku pun endahkan music tu sampai la tertidur.
Esok pagi, aku tgk la keadaan piano tu. Okay je, pintu still tertutup. Kerusi kemas je. aku tanya adik aku kalau2 dia ada terdengar. Malangnya tak..humph sah budak tu tidur mati. LAst org yg aku tanya is maid aku. Bilik dia dekat dgn dapur which is kat tingkat bawah. Confirm dia boleh dgr. Tapi tak rupanya. Diorg semua tak percaya bila aku cerita..
entahlah aku pun tak sure theory aku ni betul ke tak. Harap2 tak la.. btw piano tu aku tak jual pun. Still ada kat aku..hehe

HANTAR KISAH ANDA: FIKSYENSHASHA.COM/SUBMIT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *