Orked: Dayah Kedua

Assalammualaikum and hai semua buat pembaca setia Fiksyen Shasha. Nama aku Auni. Anggap saja yang ini nama samaran. Aku merupakan pembaca setia FS ni sejak tahun lepas sebab nak mengisi masa lapang cuti sem. Tiba-tiba datang semangat aku hendak menaip kisah aku ini. Aku cuba sebaik mungkin untuk menaip kisah ini disebabkan hampir 4 tahun aku meninggalkan zaman persekolahan. Kisah seram ini terjadi ketika aku berada di tingkatan 5. Actually, benda ni berlaku kat sekolah. Sekolah aku ni sekolah harian je. Okey, lets begin the story…

Aku merupakan salah seorang pelajar di salah sebuah sekolah yang terletak di Melaka. Tak bolehlah aku nak beritahu terperinci tempat tu kat mana sebab ada kawan sekolah aku ni pun pembaca setia FS. Di sekolah, aku merupakan seorang pengawas dan menjadi rutin untuk aku bertugas setiap hari bagi menjamin keharmonian kat sekolah tu. Ceh, ayat… Minggu tu merupakan minggu aku ditugaskan untuk ronda di kawasan sekolah pada waktu pagi.

Kami ditugaskan untuk menyuruh para pelajar yang berada dalam kelas untuk keluar berkumpul ke tapak perhimpunan. Budak-budak ni diorang memang datang awal pagi sebab bas sekolah bergerak dalam pukul 6.30 pagi. Sampai je sekolah diorang terus pergi lepak dalam kelas. Sebelum ini, aku tak pernah menghadapi peristiwa mistik ni kat sekolah tapi, aku ada lah terdengar kisah seram daripada budak-budak lain yang mengatakan blok H di sekolah aku tu agak keras. Rasa-rasanya tak ada pun pelajar yang berani nak datang ke kelas tersebut pada awal pagi. Cerita seram aku ni bukan berlaku kat blok H tetapi kat blok lain.

Aku serta sahabat aku yang bernama Azie ni bertugas di blok D. Memandangkan Azie ni ketua dalam kumpulan aku so, aku dengan dia memang bebaslah nak bertugas kat mana-mana tempat masa tu. Dalam pukul 7 pagi macam tu, kami dah start meronda kat blok D. Blok ni memang ramai budak-budak berkumpul. Ada yang kononnya nak ponteng perhimpunan pagi. Kami pun menjalankan tugas kami dengan mengarahkan mereka untuk pergi ke tapak perhimpunan. Lepas diorang dah beransur pergi, kami pergi ke tingkat yang seterusnya sampailah kami dah memastikan semua pelajar tidak berada dalam kelas lagi. Sebenarnya, selain kami berdua ada seorang lagi kawan aku yang sepatutnya join untuk meronda pagi ni. Okey, kita gelarkan dia sebagai Dayah.

“Azie, mana Dayah tak sampai-sampai lagi ni? Selalunya dia sampai awal”, soal aku setelah kami selesai meronda blok tersebut. Dayah dengan Azie ni memang selalu datang awal ke sekolah. Aku je yang selalu datang lambat.

“Entahlah. Tak nampak pun batang hidung dia”.

Aku pun memerhati persekitaran kawasan sekolah. Time ni kami berada di tingkat paling atas di blok D. Tiba-tiba, aku ternampak Dayah dekat sebelah bilik katering. Bilik katering ni berada di tingkat paling bawah blok C. Blok C ni bersebelahan dengan blok D. Aku pun senyumlah kat dia sebab masa tu dia senyum kat aku sambil peluk tiang. Sebenarnya aku pelik dengan senyuman Dayah yang aku rasa agak creepy. Selalunya, Dayah akan terus datang kat kita orang tapi dia hanya duduk je kat situ. Time tu pulak muncul idea jahat dekat fikiran aku ni.

“Weh, Azie. Jom nyorok. Aku nampak Dayah kat bawah tadi. Nanti kita sergah dia bila dia sampai sini”.

“Yeke? Okey, Jom nyorok.”

Kitaorang pun menyoroklah dekat salah sebuah kelas ni. Tunggu punya tunggu Dayah tak sampai pun. Hatta dengar tapak kaki pun tidak.

“Mana Dayah ni? Dah berjam-jam tunggu dia. Perhimpunan dah nak start ni”, keluh Azie. Perhimpunan sekolah kami selalunya bermula dalam pukul 7.40 pagi .

“Entahlah. Dia dah pergi tapak perhimpunan kot. Jomlah kita pergi sana. Buang masa je duduk sini.”

Kita orang pun beransur pergi dari blok tersebut. Masa tu memang tak nampak pun pelajar yang duduk di situ lagi.

Sebenarnya, kami masa tu ada kelas pagi untuk pelajar PMR dan SPM. Disebabkan perhimpunan pun tak start lagi, kami pun masuk ke dalam kelas tersebut. Lepas tu aku ternampak Dayah dengan geng aku yang lain sedang berborak. Aku apa lagi tegurlah dia nak tanya kenapa dia tak naik bila nampak kitaorang.

“Dayah, kenapa kau tak naik tadi lepas nampak aku. Tak nak buat kerja lah tu”.

“Naik? Nampak kau? Bila aku nampak kau,” soal dia balik.

“Kitaorang tadi pergi ronda kat blok D. Lepas tu aku nampak kau dekat sebelah bilik katering tadi”.

“Weh, aku tak pergi sanalah. Kaki aku ni sakit sebab merentas desa semalam. Kau ni biar betul.” Masa ni Dayah dah buat muka pelik. Aku dah mula cuak. Siapa pula minah senyum kat aku tadi.

“Ya Allah, betul aku nampak kau tadi sambil tiang,” balas aku dengan rasa tidak puas hati.

Masa tu kawan aku yang lain mencelah “Auni, aku dengan Dayah memang duduk sinilah dari tadi.

“Betul ke Auni nampak Dayah tadi,” soal Azie pula sebab dia memang tak nampak pun Dayah masa tu.

Dia just ikut je plan aku.
Aku pun mengangguk.

“Entah-entah kau nampak ‘nenek’ tu tak? Habislah kau Auni. Nasib baik ‘nenek’ tu rupa Dayah kalau rupa….,” usik Dayah sambil tersenyum creepy macam yang aku nampak tadi.

“Dah. Diam. Aku tak nak dengar lagi.”

Sejujurnya aku tak berasa apa-apa pun bila aku nampak klon si Dayah tu. Aku tak tahulah aku memang betul nampak atau hmm.. hanya sekadar igauan sahaja tapi bila fikir balik memang seram lah juga. Nasib baik klon Dayah tu senyum dan nasib baik time kami menyorok nak takutkan Dayah, tak ada apa – apa berlaku. Dibuatnya dia sergah. Aku tak tahu nak cakap apa.

Itulah salah satu kejadian mistik yang berlaku kat sekolah. Actually, time aku tingkatan 1 ada kes kawan aku ni histeria. Memang tiap kali dia datang sekolah dia akan histeria. Dia kata dia ada nampak seorang nenek tu dekat blok H yang aku cakap seram sikit di awal cerita tadi. Blok H ni kalau waktu malam memang seram sikit sebab blok ni bangunan tertinggi kat sekolah aku and then, blok ni duduk di atas bukit. Aku tak boleh nak cerita terperinci pasal kawan aku yang histeria tu sebab kami berlainan kelas dan blok. Lagipun, aku tak berada kat tempat kejadian. Agak teruk jugalah dia kena sampai terpaksa keluar dari sekolah tu. Alhamdulillah, dia baik-baik sahaja lepas keluar dari sekolah aku ni.

Maaflah kalau cerita aku ni tak berapa nak seram sebab benda ni berlaku for the first time in my life. Mesti korang akan cakap, biasalah tu kat sekolah. Apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih kat admin kalau dia sudi approve kisah ni dan kepada readers FS yang sudi baca kisah aku ni.

Orked

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

3 thoughts on “Orked: Dayah Kedua”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.