Padah Si Celupar

Maaf kalau cerita aku tidak seseram penulis FS yang lain. Ini kelahiran karya sulungku dan terhutang budi aku berterima kasih kepada FS kerana sudi memaparkan karya sulungku ini.

Dengan kalimah Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Nama aku Zira anak bongsu daripada tiga orang adik beradik yang kesemuanya lelaki. Aku dilahirkan lewat tahun 80an dan aku rasa korang boleh agak umur aku berapa tahun ni kan?

Antara tiga beradik aku adalah insan yang bukan jenis suka bercakap banyak, lebih suka diam dari merapu dan suka menyendiri sampaikan aku digelar sombong oleh rakan sebayaku.

Kenapa aku jadi begini? Ini adalah kisahku kenapa aku pilih tajuk, Padah Si Celupar.

November 22 2010

“Ziraa, terharu bener aku karena dikau bener mahu tahu akan keberadaanku di sekeliling dikau. Aku sedia membantu kau dan aku sudah sedia menemani kau.”

Aku kaget terus tersedar dari lena sebelum maghrib tadi dengan terlepas solat maghrib jam di dinding tepat 1:30 pagi hari Jumaat. Biasa lah siangnya tadi aku banyak kelas nak kena hadir, letih satu badan.Aku seorang pelajar sebuah kolej swasta terletak salah satu di daerah Negeri Sembilan (maaf sebab nama kolej aku terpaksa rahsiakan).

Aku terkejut sampai berpeluh sebab seolah olah aku bermimpi ada suara lunak memanggil namaku.Keadaan aku pada ketika itu seperti bukan mimpi sebab aku terjaga masih kedengaran sayup-sayup suara itu.

“Ziraaa…ziraaa…..ziiiraaa”

Aku terdengar lagi, nyata ini bukan mimpi. Aku tengok roommate aku dekat katil atas sedang tidur nyenyak dibuai mimpi indah, manakala aku masih terpinga-pinga mencari dari mana punca suara itu.

“Apa yang kau cari tu Zira, aku ada hampir bener dengan kau. Bukankah kau suka membaca kisah kisah seram makhluk seperti aku ni? Yaaa aku datang untuk engkau Zirraaaa”

Dalam tak sedar satu tubuh aku menggigil bukan sebab sejuk tapi memang keseraman inilah yang aku cari sebab aku memang gemar membaca kisah-kisah seram di muka buku tetapi satu pun tidak memberi kesan kepadaku. Tanpa aku sedari, seluarku basah. Aku tidak dapat tahan dengan tahap keseraman ini terus aku membaca ayat-ayat pendinding iaitu 3 Qul dan ayat Qursi.

Aku segera membersihkan diri dek banjir tadi hancing pulak satu bilik kalau dibiarkan. Selepas semuanya selesai aku tidak lagi mendengar suara tadi dan aku kembali tidur.

“Ziirraaa aku beruntung yang akhirnya dapat berhubung dengan denganmu sayang”

Aku : Kau ni siapa? Kenapa tiba2 muncul dalam hidup aku ni?

“Ziraaa aku adalah keturunanmu sayang yang akan melindungimu dari bahaya. Aku tahu engkau suka akan kisah seram dan sebenarnya aku sudah lama menjadi hakikat dalam keturunanmu untuk menyeramkan orang yang menghinamu”

Aku : Kau ni sapa hah! Jangan ganggu aku syaitan!!!

“Zira! Zira, hang ni pasaipa duk jerit2 setan ni? Dah bangun2 dah nak subuh dah ni”, aku dikejutkan kawanku Siti.

Rupanya aku mimpi setelah mendengar suara awal pagi tadi. Aku bermimpi melihat seorang gadis dengan selendangnya macam orang zaman dahulu sungguh ayu dengan suara lunaknya ibarat primadona di zaman silam. Seperti biasa aku hanya mampu cerita dekat kawan aku namun yang keluar dari mulut dia itu mainan tidur sahaja.

” Tu la kau suka baca kisah seram suka hantu-hantu kan dah kena sampuk”

Aku : Dah nak buat macam mana Siti setiap orang ada hobi. Aku memang suka baca kisah seram.

Pada pagi Jumaat 22 November 2010 (cuti sebab tiada kelas).

Memang kehidupan aku kat kolej ni Siti seorang sahaja yang faham perangai dan hobi aku tapi kawan yang lain semuanya menjauhkan diri daripada aku siap kata aku psiko lagi sebab percaya benda benda tahyul ni. Ada kawan aku ni nak kata kawan baik tak juga. Namanya Ayu, nama sahaja ayu memang cantik orangnya tapi masya’allah hati. Ayu suka mengata aku macam-macam sampai kecoh 1 batch kata keluarga aku ni ada saka. Aku tak ambil pusing sangat dengan mulut celupar dia ni sampaikan Siti pernah bagitahu aku hal ni.

“Hang tak rasa apa ka Ayu duk kata macam-macam belakang hang?”

Aku : Terasa la jugak tapi biarlah nant dia terima la akibat dia

“Akibat apa weh?” Tiba tiba pertanyaan Siti tu mengejutkan aku, kenapa aku nak cakap macam tu?

Aku pun pelik apa pulak nak akibat semua, aku bukan jenis suka dendam pun. Tengah aku sembang sembang dengan Siti, tiba-tiba kecoh satu kolej bangunan aku Ayu tiba-tiba pengsan semasa dia sedang sedap gosip pasal keluarga aku pada rakan-rakan dia.

Aku dan Siti apa lagi terus ke bilik Ayu yang mana biliknya bersebelahan dengan bangunan dorm aku. Ketika aku dalam perjalanan menghampiri bilik dia di tingkat 4. Aku rasa bergoyang lutut aku naik tangga dengan tiada lif, aku perasan dengan sekilas penglihatanku di depan pintu bilik Ayu seorang gadis berpakaian melayu zaman dahulu sedang senyum puas.

Aku terhenti seketika sambil membaca ayat pelindung. Kawanku Siti hairan dan bertanya kenapa aku berhenti melangkah sebab dah nak sampai bilik Ayu ni? Aku hanya diamkan diri dan gadis itu terus menghilang. Ketika di dalam bilik Ayu ada 10 orang rakan pelajar lain.

Aku dikhabarkan Ayu bukan sekadar pengsan tetapi meracau racau, “Maafkan aku, maafkan aku,” dengan mata yang tertutup. Sahlah, budak Ayu ni kena sampuk.

Salah seorang antara kami menelefon Ustaz Fendi untuk selesaikan kes Ayu ni dan kediaman ustaz tidak jauh dari kolej kami. Ustaz pun sampai kurang daripada 20 minit kerana rumahnya berhampiran sahaja. Ustaz meruqyahkan si Ayu ni yang kebetulan pada masa ini dia tengah bendera merah.

Selepas ustaz selesai bacaan ruqyah, dialog ini lah yang terjadi antara Ustaz Fendi dan makhluk dalam badan ayu ni.

Ustaz Fendi : Asalammualaikum

Ayu : ……….

Ustaz Fendi : Bukan islam?

Ayu geleng-geleng kepala.

Ustaz Fendi : Kenapa kau ganggu budak ini?

Ayu : Mulut dia celupar, jahat menghina keturunanku.

Ustaz Fendi : Siapa keturunanmu?

Selepas ustaz soal dia terus mata Ayu menjegil kearah aku sebentar sambil senyum, Ayu kembali pengsan. Aku ketika itu dah rasa lain macam benda yang merasuk Ayu ni. Selepas semuanya selesai Ustaz Fendi suruh kami semua bersurai dari bilik Ayu dan rakan sebiliknya.

Selepas dari kejadian tu malam tersebut Rohana secara kebetulan terserempak dengan “aku” sedang makan di medan selera kolej kami jam 9 malam dan “aku” berseorangan katanya. Serta merta Rohana temankan “aku” makan dan terus menceritakan apa yang terjadi siang tadi.

Jam hampir menunjukkan pukul 5 petang. Ayu terjaga dari kejadian tadi dengan sakit seluruh badan dan pelik kenapa dia dengan Rohana sahaja dalam bilik sedangkan tadi masa sembang ramai. Rohana pon menceritakan pada si Ayu apa yang terjadi tengahari tadi. Apa lagi Ayu terus menangis sambil mengulangi lagi perkataan maafkan aku.

Rohana ni pun tanya la sebab apa nak minta maaf dan pada siapa?

Ayu : Dalam masa aku tengah sedap gosip pasal keluarga Zira, terus aku rasa ada angin lalu belakang aku dan sekilas pandang depan pintu bilik kita kelihatan macam seorang perempuan berpakaian ala ala zaman dahulu.

Rohana : Kau biar betul? Aku tak nampak apa-apa pun? Tak kan siang ada hantu kot?

Ayu : Betul Hana, aku nampak jelas masa kita duk sembang-sembang tadi dengan kawan kita yang lain. Dalam masa yang sama aku dengar benda tu kata, “Jaga mulut kamu, jangan kerana mulut badan kamu binasa! Jangan kau hina keturunanku!!!”. Selepas aku dengar dia cakap macam tu terus aku tak ingat apa dah.

Rohana : Tu lah kau Ayu mulut jangan mengata orang sangat tengok apa dah jadi.

Ayu masa ni dalam keadaan lemah aku malas nak berleter sangat. Ya, memang Ayu ni mulut dia macam buntut ayam tapi hati dia baik, tak suka berkira, ringan tolong kemas bilik, suka pula belanja aku makan.

“Aku” : Baik apanya macam tu Rohana, dia mengata keturunanku. Baik kah begitu? (Dalam keadaan senyum)

Beepp. Beeppp. Beeppp.

Rohana : Alamak jap ada call.

“Wassalam Zira? Eh Zira?” Rohana terkejut sebab aku telefon dia sedangkan aku ada di
hadapannya.

Lepas kes Ayu dirasuk tengahari tadi aku dan Siti terus balik ke bilik kami. Masa ni aku terfikir akan senyuman tajam semasa Ayu dirasuk tadi dan aku tanya lah kawanku Siti ni.

“Kau ada perasan tak masa Ayu pandang aku semacam tadi? Aku ingat malam ni aku nak pergi bilik Ayu lah Siti”.

Selepas maghrib terus Siti mengikuti aku. Sampai sahaja kami di bilik Ayu dan Rohana, kami dapati Rohana tiada di bilik, hanya Ayu sahaja. Aku pun tanya la si Ayu mana Rohana.

Ayu : Dia cari makanan bungkus sebab lapar, dia ajak aku keluar tadi tapi aku masih tak larat.

Aku pun terus call Rohana sebab alang-alang nak beli makanan, nak minta dia bungkuskan untuk kitorang sekali.

Aku : Assalamua’laikum Rohana

Rohana : Wassalam Zira..Eh, Zira?

Aku : Halo! Weh Rohana, halo?. (Tiada suara yang menjawab).

“Weh korang, aku call Rohana dia jawab wasalam terus senyap ni. Aku dengar lepas tu masa bunyi ada benda jatuh, pastu ada kedengaran bunyi hilaian”

Ya memang aku ada dengar bunyi seolah-olah macam kepala Rohana terhantuk serentak dengan bunyi hilaian ketawa jelas kedengaran. Tanpa membuang masa aku terus mengajak si Ayu dan kawan sebilik aku ni Siti mencari Rohana. Jika dia membeli bungkus makanan sudah semestinya ada di medan selera dan tekaan aku tepat. Memang Rohana terbaring dikelilingi rakan pelajar yang lain.

Sebaik sahaja Rohana sedar, kami terus bawa dia balik bilik untuk berehat sekejap dan ya aku tengok dahi dia bengkak akibat terhantuk lantai masa pengsan tadi. Kasihan aku tengok mereka ni sebab dalam sehari 2 orang kawan kena tegur dengan “kembar” aku pulak.

Aku dan Siti menemani si Ayu dan Rohana ni satu malam di bilik mereka dan malam itu Rohana cerita masa dia terjumpa “aku” tengah makan di medan selera kolej kami.

Jam tepat 11:50 malam, Sabtu.
Kami semua dah mengantuk sangat. Aku dan Siti berjaga lagi sebab nak pastikan si Ayu dan Rohana ini benar benar dah tidur. Dalam masa ni macam biasalah aku buka google cari cerita-cerita seram, dah memang hobi aku sebelum tidur baca kisah kisah seram. Apa punya teruk la perangai aku masa ni.

Tepat jam 12.15 pagi Sabtu
Aku tengok yang lain semua dah tidur tinggal aku mengadap laptop yang aku pinjam daripada Rohana dan seperti biasa masih membaca cerita-cerita seram di internet.

Walaupun mata ni dah macam panda tapi aku gagahkan juga baca sampai habis. Sampai bahagian “Belaan Saka” terus kepala aku pening, rasa berat sangat dan aku tertidur.

“Selama ini kau menjaja kisah keturunanku kepada kawan-kawan kau. Kau hina keturunanku! Ya, aku adalah Dayang Fatimah, moyang kepada datuknya si Zira. Lagi sekali kau hina keturunanku, nahas kau aku kerjakan!”

Ayu : Isk..isk..isk.. Aku minta maaf! Aku minta maaf, aku janji tak akan hina keturunan kau lagi Dayang Fatimah. Aku minta maaf!

Aku : Dalam keadaan bilik gelap aku terkejut dan dapat dengar jelas Ayu mengigau minta maaf dan sebut nama Dayang Fatimah, moyang kepada datuk aku? Belah mana?

Nantikan sambungan aku mengenai siapa sebenarnya Dayang Fatimah dan adakah benar beliau moyang kepada datukku? Sebelah mak atau ayahku? Aku akan ceritakan sampai habis ya.

P/s : Aku harap jangan mengutuk keturunanku nanti buruk akibatnya.

Edited by: Rasian Khaisar

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

#IBNU 'UMAR

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]

55 thoughts on “Padah Si Celupar”

  1. Er maaflah penulis tapi aku macam pening sikit dengan cerita ni. Apa pun, terima kasih kerana sudi berkongsi. 🎈

    Zira dalam cerita ni adalah penulis yang menggunakan nama akaun Mehmet Umar ke? atau ni cerita rekaan? Rasian Khaisar tu pulak siapa?? Ahh tambah pening

    Reply
  2. BEST!🤗

    Teruskan berkarya!

    Umar masih baru lagi kan dalam dunia penulisan?Takper,teruskan usaha!Dari segi pengolahan dan penggunaan ayat baik dan boleh dipertingkatkan lagi!Kala ada kesempatan,sambung ya?

    #teruskanberjuanghinggatahapmenggadainyawa

    Reply
  3. Diva pun feninnnnn… flashback berteraburrr.. watak tak dibina dengan kemas. Dayang Fatimah tapi bukan Islam… makin feninnn…

    masuk intro jer pitching jahanammmmmmm!!!

    ada nampak mummy senyummm????

    Reply
  4. Terkonfius aku baca cerita nih. Takpa2..karya sulung. Karya kali kedua jangan buat lagu nih lagi nah. Sebab jalan cerita dah best. Olahan tu agak kelang kelibut sikit.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.