PADAH

Rosli dan Daim menggeleng-gelengkan kepala serta melepaskan keluhan.

“Apa la nak jadi korang ni, orang masukkan korang dalam tu, suruh insaf, belajar jadi manusia berguna, eh makin teruk pulak” bebel Rosli.

Jali hanya diam menunduk. Dia baru sahaja bercerita tentang apa yang telah berlaku pada dirinya sampai koma sebegitu.

“Lain kali beringat, tah budak tu ada saka ke apa, kan dah mendapat, marah orang sabar ni jangan main-main” tambah Daim pula.

“Tu la bang, saya rasa menyesal sangat. Semua masalah yang menimpa saya ni, sebab ikutkan hati, ikut je cakap kawan” Jali menangis dan mengesat air mata. Daim menepuk-nepuk bahunya memberi semangat.

Rosli bangun mendongak langit, taburan bintang menenangkan hati. Suasana di taman hospital itu pada waktu tengah malam, sunyi dan lengang.

“Sudah lah, benda dah jadi pun, eh jom lah kita naik ke wad, pak Omar pun tak kerja hari ni” ajak Rosli mula melangkah. Seketika Daim turut bangun sambil mengajak Jali pergi.

“Lama kan tak tengok badan kita kat atas tu Li, bukan main lagi kita ke sana sini hihi” ujar Daim sedikit ketawa.

“Haha itu lah, tah apa jadi agaknya. Erm tapi, itupun kalau ni garis masa kita la” jawapan daripada Rosli membuatkan Daim mengerutkan muka, Jali hanya tekun mendengar.

“Alah jangan la pelik sangat, maksud aku, kalau ni bukan garis masa asal kita, mungkin jasad kita tak ada dekat atas, atau mungkin jasad kita berupa orang lain” jelas Rosli lalu Daim menganggukkan kepala tanda faham.

“Sekali tengok-tengok, badan kita kat atas tu versi perempuan, ahh sudahh hahaha”

Rosli dan Daim ketawa terbahak-bahak membayangkan perkara itu. Jali tergaru-garu kepala tidak mengerti.

“Alamak, apa hal teruk sangat ni?” Terbuntang mata Daim saat melangkah masuk ke dalam wad menempatkan orang-orang koma.

****************************

“Eh Suri, bila awak sampai??” Soal Linda yang sedang berehat menonton televisyen bersama Firash di ruang tamu.

“Kenapa ni??” Soal Firash pula apabila melihat Suri dewasa itu tergopoh gapah menuruni tangga lalu duduk di sofa berhampiran mereka.

“Tadi lagi Suri tiba, saja duduk berbual dengan Suu..ermm dengan adik dekat bilik tadi” jawab Suri ringkas. Linda dan Firash membetulkan duduk tersenyum, terasa juga aura yang kuat daripada Suri.

“Ada apa-apa masalah ke ni?” Linda di ulit bimbang seakan dapat merasa sesuatu berlaku.

” ‘Dia’ ada di sini, Suri tengah buru dia” jelas Suri membuatkan Linda memandang Firash dengan rasa takut.

“Suri nak tanya, beberapa bulan lepas, kita ada menghadiri satu pengebumian, siapa yang meninggal tu?” Soal Suri serius. Firash dan Linda berpandangan sesama sendiri.

“Rasanya Dato’ Jalil, bekas majikan abang, kan?” Soal Linda mendapatkan kepastian dari suaminya Firash.

“Aah, betul la tu, kenapa Suri?” Soal Firash pula.

“Nampaknya Suri kena pergi ke rumah Dato’ Jalil tu, dia pasti ada di sana” ujar Suri seraya bangun tergesa-gesa untuk pergi.

“Nanti!!” Firash cuba menghalang. Suri berpaling dengan wajah penuh tanda tanya.

“Rumah dia dah tak ada orang. Dah di jadikan kawasan larangan”

“Kenapa ayah?” Soal Suri spontan membuatkan Linda sedikit terkejut mendengarnya.

“Lepas Dato’ Jalil meninggal, boleh kata semua ahli keluarga dia pula meninggal sorang demi sorang, di b***h dengar kata. Sebab tu polis tutup rumahnya jadikan kawasan larangan. Tapi ayah tak tau lah cerita sebenarnya apa, sebab kita hanya pergi pengebumian Dato’ Jalil saja” jelas Firash panjang lebar.

Suri menganggukkan kepala, dia tau kepada siapa dia perlu rujuk. Seketika Suri kembali melangkah.

“Suri!! Jaga diri yaa, ibu doakan Suri selalu selamat” ucap Linda ringkas membuatkan Suri kembali menghentikan langkah.

Airmatanya mula bergenang, dada nya sebak. Sepintas terbayang kejadian ibu dan ayahnya di b***h si iblis.

Suri berpaling dan berlari memeluk Linda dan Firash. Dia melepaskan rindu yang lama terpendam sambil mengucup pipi ibu dan ayahnya.

Walaupun yang di hadapannya ini adalah ibu dan ayahnya versi lebih muda, namun kehangatan kasih sayang antara mereka tetap sama.

Mereka bertiga berpelukan dan menangis buat seketika. Tak lama kemudian, Suri meleraikan pelukan dan tersenyum sambil menyapu air mata ibu dan ayahnya.

“Suri pergi dulu” ujar Suri seraya melangkah pergi dan menghilang. Linda berterusan menangis. Firash mengusap bahu isterinya cuba menenangkan.

“Saya dapat rasa bang, betapa beratnya dugaan dan beban yang dia tanggung selama ini” ujar Linda penuh sebak, Firash juga mengesat air mata.

****************************

Suasana dalam bilik itu tenang, hanya bunyi mesin bantuan hayat menemani. Sesekali terdengar bunyi bip. Terdapat tiga katil sahaja berpenghuni.

“Teruk rupa kau ni Jali” ujar Daim saat meneliti wajah dan jasad Jali yang terbaring kaku di katil. Jali hanya mampu menangis melihat dirinya.

Masih terasa ngilunya kepala dihentak oleh Zubir ke dinding dulu. Hampir remuk wajahnya.

“Ahh tak ada apa lah, luka luaran je ni, nanti ok” pujuk Rosli menepuk-nepuk bahu Jali.

“Yang penting, kecederaan dalaman tu, dah sembuh nanti, kau hidup la balik, jangan bimbang” tambah Rosli lagi.

“Li!!” Jerit Daim memanggil tersengih-sengih. Rosli dan Jali bergerak perlahan.

“Apa dia?” Soal Rosli.

“Nasib baik betul badan kita Li, bukan badan perempuan hahaha” jelas Daim ketawa sambil menunjukkan jasadnya yang tenang di atas katil. Rosli hanya tersenyum, dan seketika dia merenung serius seakan menyedari sesuatu.

“Maksudnya, ini mungkin garis masa yang betul?” Wajah Rosli sedikit teruja saat menyentuh jasadnya, terasa ianya yang asli, bukannya pecahan dari garis masa lain, namun Daim sedikit loading.

“Tak faham ke?” Soal Rosli, Daim mengerutkan muka dan menggeleng. Jali pula hanya mendengar sahaja.

“Kalau ini garis masa kita yang betul, dan kita berjaya b***h iblis tu, maka selesai la semua masalah, sebab iblis tu yang betul punya, bukan boneka macam kita jumpa sebelum-sebelum ni” panjang lebar Rosli memberi penerangan.

Daim menganggukkan kepala mula mengerti.

“Apa kita nak buat sekarang?”

Rosli tidak menjawab, dia berjalan ke arah pintu wad dan menjenguk ke luar. Daim memerhati hairan.

“Kita pergi kaunter sana, kita cari doktor Ainis, atau mana-mana jururawat yang biasa kita sakat dulu, kalau betul dorang ada, sah ni garis masa kita yang asal” jelas Rosli tersenyum.

“Good idea, jom-jom. Lama tak jumpa doktor Ainis, rindu pulak hehehe” ujar Daim dengan senyuman gatal sambil mengajak Jali yang blurr sepatah haram tak faham.

****************************

“Zuppp!!!”

Angin kuat tiba-tiba bertiup sehinggakan langsir sedikit bergerak membuatkan Kunon yang mahu menyuap makanan ke mulut merasa terkejut.

“Kunon!!”

“Ishh, terkejut aku kau ni” ujar Kunon mengurut dada saat melihat Suri muncul di ruang tamu rumahnya secara tiba-tiba.

“Ada benda penting!!” Suri menarik kerusi dan duduk di hadapan Kunon yang menyuap mi segera ke dalam mulutnya dengan penuh penghayatan.

“Sebelum cerita lebih panjang, baik aku suap dulu, lapar ni” ucap Kunon tersengih-sengih. Suri melepaskan keluhan.

“Apa yang penting sangat tu?” Soal Kunon apabila Suri membuat memek muka geram, cepat-cepat dia menyuap mi segera sebelum seleranya terbantut.

“Kes kematian keluarga Dato’ Jalil, kau tau?” Soal Suri serius. Kunon yang hampir tersedak segera meneguk air.

“Ermm lebih daripada tau, aku yang tolong Kamil selesaikan kes tu, kenapa?” Soal Kunon kembali seraya menolak mangkuk berisi mi segeranya ke tepi. Seleranya memang dah terbantut.

“Aku rasa ‘dia’ ada di sana. Aku lihat sendiri dia di pengebumian Dato’ Jalil” jelas Suri. Kunon sedikit terkejut. Dia menyedari sesuatu.

“Patut aku rasa macam pernah nampak, budak perempuan tu kau rupanya” ujar Kunon seraya menepuk meja perlahan.

“Budak perempuan?” Soal Suri hairan.

“Budak perempuan yang Zubir suka tuu…alamak, maknanya Zubir….” Kunon menelan air liur.

“Siapa Zubir??” Suri bertambah hairan.

“Jadi maknanya ‘kawan’ Zubir tu Khannas!!!” Kunon berdiri terkejut dan rasa berdebar.

“Heii, apa maksud kau ni, aku tak faham!!” Suri turut bangun memerhati Kunon yang memegang kepala.

Seketika Kunon membuka cerita perihal Zubir kepada Suri satu persatu. Dia terduduk seolah tak percaya.

“Tak syak lagi, memang ‘dia’ la tu, jadi di mana Zubir sekarang? Pasti dia telah membuat onar” Suri mengetap gigi menahan geram.

“Dia sekarang dekat..” belum sempat Kunon memberitahu, telefonnya berbunyi. Suri sekadar melihat penuh minat.

“Perfect time, Kamil call aku, memang dia dah buat hal, kita kena ke sana” ujar Kunon segera mencapai kunci kereta.

“Tak payah la naik kereta, lambat!!, cepat pegang bahu aku!!” Arah Suri saat berdiri tegak di tengah ruang tamu itu. Kunon hanya menurut.

“Zasss!!”

Sekelip mata mereka menghilang. Ruang tamu rumah Kunon sunyi sepi.

******************************

Rosli dan Daim terkekeh-kekeh ketawa saat melihat seorang jururawat muda terpinga-pinga dan tergaru-garu kepala, bagaimana troli ubatnya yang tadi berada di sebelah, kini berada sedikit jauh di hadapan.

Jali yang pertama kali mengikuti aktiviti tak bermoral itu mula merasa teruja.

“Dorang ni tak nampak kita, sesekali menyakat best juga tau Jali” ujar Daim.

“Best memang best Daim, masalahnya, jururawat-jururawat yang kita jumpa ni, muka tak familiar. Bimbang bukan garis masa asal kita je ni” jelas Rosli sambil mereka meninjau sana sini. Daim melepaskan keluhan dan agak bersetuju.

“Tenang, mungkin dorang dah pindah kot, atau pun dorang shif siang ke, ni kebanyakan budak-budak muda, baru posting la ni”

Ujar Daim menyedapkan hati, Rosli sedikit bersetuju.

“Eh! Eh!! Daim!! Doktor Ainis” Rosli menepuk bahu Daim sambil menunjukkan keberadaan doktor Ainis yang sedang menulis di meja berhampiran kaunter wad.

Mereka perlahan-lahan menghampiri doktor Ainis.

“Comelnya doktor Ainis ni, aku rasa jatuh cinta” ujar Rosli memegang dada feeling-feeling angau.

Daim membuat memek muka, dia pun turut berkenan.

“Wahh, aku dah cop dulu, mana boleh sailang!!”

Sedang mereka bertekak, Jali menghampiri dan mencuit-cuit bahu doktor Ainis.

“Haa, dah mula la tu, jangan kacau boleh?? Saya tengah buat kerja ni” ucap doktor Ainis lembut dan sedikit tersenyum menampakkan lesung pipitnya.

Rosli dan Daim segera menghampiri Jali.

“Ishh kau budak lagi, jangan kacau daun” marah Daim membuatkan Jali ketawa dek kerana lucu.

“Dia nampak kita ke bang?” Soal Jali.

“Tak ada lah, dia memang macam tu, kalau kitorang sakat-sakat, dia macam tau ada yang mengusik hehe” jelas Daim. Rosli mencuit bahu Daim mengajak untuk mengintai doktor Ainis yang sedap berwhatsapp.

MyHusband💕

[ Nite, tinggal mlm ni je bi kena tdo sorang,

esk ayang cuti, lusa dah shif siang😁 ]

[ Hehe ok ayang, kerja elok-elok tau. Love u mywife😍😍 ]

[ Love u too bi🥰🥰 ]

Doktor Ainis tersenyum saat meletakkan telefonnya, sempat menjeling gambar kahwinnya yang dijadikan wallpaper. Seketika kemudian menyambung kerjanya.

Rosli dan Daim berjalan dengan wajah hampa.

“Musnah harapan kita Li, Doktor Ainis dah kawinn, huaa”

“Itu laa, berkecai hati ni” tambah Rosli pula sambil mereka berdua acah-acah menangis. Jali memegang perut ketawa lucu.

“Rosli!! Daim!! Cepat!!”

Suara Suri memanggil sambil terpampang di hadapan mereka sebuah layar seperti wayang.

“Eh apahal ni??” Soal Daim hairan.

“Iblis tu ada dekat situ, kita kena cepat” ujar Rosli memegang bahu Daim.

“Eh!! Tu Din singa!! Itu Zubir!!” Ucap Jali membuatkan Rosli dan Daim berpandangan.

***************************

Pihak polis dan bomba telah tiba. Suasana sedikit kecoh. Mujur kejadian sedikit jauh dari bangunan asrama, jika tidak pasti lebih hingar bingar.

“Zubir!! Turun, lepaskan Saharudin tu!!” Laung seorang warden. Karim dan Safuan hanya memerhati.

Pihak polis segera memasang tali penghadang dan pihak bomba bersedia dengan beberapa peralatan.

Zubir membawa Din singa naik ke menara tangki air. Tingginya hampir menyamai enam atau tujuh tingkat bangunan.

“Zubir!! Jangan terburu-buru, awak budak baik!!” Pujuk inspektor Salina setelah di arahkan Kamil.

Namun Zubir hanya menyeringai berdiri di palang sambil mencengkam kepala Din singa. Sesekali mengacah untuk melemparkan Din singa ke bawah.

“Muka dia nampak hodoh sebelah, kena rasuk setan ke?” Soal Kamil, Salina menjungkitkan bahu. Kamil mengeluarkan telefon dan mendail nombor Kunon.

Sementara Kamil mendapatkan Kunon, Salina dan beberapa orang warden cuba memujuk lagi, namun Zubir hanya ketawa, bergema keseluruh kawasan.

“Hahaha, biar budak ini m**i!!!” Ucap Zubir bersuara garau. Anggota bomba mula memasang tilam angin dan bertungkus lumus di bawah menara tangki itu.

“Hello Non!!”

“Haa Kamil, aku sini”

“Datang sekolah Zubir ni, dia buat hal, dah b***h orang lagi ni, benda tu dah merasuk dia!!”

“Kejap lagi aku sampai, Suri pun ada ni, kami pun baru tau, iblis tu yang dalam badan dia”

“Astaghafirullah, haa cepat, ni dia nak b***h sorang lagi”

Kamil segera mendapatkan pegawai atasannya yang baru tiba bersama pengetua dan barisan pendtadbir sekolah pusat pemulihan itu.

“Kamil!!” Sapa Kunon saat menghampiri Kamil, dia baru sahaja tiba dibawa Suri sebentar tadi.

“Hoiii iblis!! Jangan mempergunakan budak tu, lepaskan mereka!!” Jerit Suri kuat, membuatkan semua orang terkejut.

“Suri!! Akhirnya kita berjumpa lagi hehehe” Zubir menyeringai berwajahkan Khannas sepenuhnya buat seketika.

“Dah, jangan nak beramah mesra dengan aku, ajal mu hampir tiba!!!” Jerit Suri mengeluarkan pedang cenderasanya.

“Aa..aa..aa, aku campak budak ni kalau kau naik ke sini” khannas menolak Din singa hinga terkapai-kapai hampir jatuh. Suri mendengus bertambah marah.

Semua orang hanya terpaku melihat dan berdebar bimbang Din singa jatuh. Pihak bomba segera membentangkan tilam angin besar.

“Apa nak buat ni Kunon, main dengan iblis ni, jem aku” ujar Kamil berdebar.

“Rilekk, aku yakin dengan Suri” jawab Kunon tenang. Dia pernah melihat kemampuan Suri dulu, jadi keyakinannya terhadap Suri tinggi.

“Baik!! Kau fikir kau bijak” Suri tersenyum seraya menyimpan pedangnya.

Dalam masa yang sama dia menggunakan kemahirannya bertelepati tanpa disedari Khanas yang masih bermain-main mengacah pihak berkuasa di dalam tubuh Zubir. Mereka masih cuba memujuk dan melengahkan masa.

“Rosli!! Daim!! Cepat!! Bantu aku, iblis tu di sini!!” Ujar Suri tanpa didengari sesiapa.

“Eh apahal ni??” Soal Daim yang bersama Rosli di hospital. Visual seperti pancaran wayang terpapar menunjukkan Zubir sedang mengacah untuk melemparkan Din Singa.

“Iblis tu ada dekat situ, kita kena cepat!!” Ujar Rosli memegang bahu Daim untuk segera ke sana.

“Eh!! Tu Din singa!! Itu Zubir!!” Jerit Jali. Rosli dan Daim berpandangan. Sedar la mereka, selama ni si khannas yang membantai Jali dan rakan-rakannya.

“Patut la kejam betul pembalasan dendam Zubir tu” ujar Daim sedikit terkejut.

“Dah!! Jom kita ke sana, Jali kau tinggal sini, duduk dekat katil kau, jangan pergi mana-mana” pesan Rosli seraya menghilang. Jali terpinga-pinga seraya kecut perut teringatkan situasi Din singa tadi.

“Sekarang apa kau nak haa iblis??” Soal Suri melengahkan masa menanti Rosli dan Daim tiba.

“Hahaha, bagus. Kau lemparkan pedang kau dahulu, kemudian mari kau ke sini” Zubir menyeringai jahat. Seketika Rosli dan Daim muncul di atas menara tangki itu, diam di bahagian belakang.

Suri memberi isyarat agar menunggu. “Baik!!” Suri menanggalkan pedangnya dan perlahan mahu melemparkannya, suasana diam dan fokus ke arah Suri.

Zubir tersenyum namun masih meletakkan situasi nyawa Din singa di hujung tanduk.

“Sekarang…” bisik Suri haluss.

“Iyarghhhhh!!!!” Rosli melepaskan tamparan berbisanya ke pipi kanan Zubir. Bunyi tamparan itu bagaikan guruh yang mahu meruntuhkan langit, semua yang berada di bawah duduk menekup telinga.

Zubir yang terhuyung hayang ditampar Rosli, melepaskan cengkaman tangannya, Din Singa laju jatuh ke bawah, Daim segera menyambutnya agar tidak terhempas.

Semua yang ada sebenarnya terpinga-pinga, kerana pandangan mata mereka terhijab, mereka tak dapat melihat situasi sebenar apa yang berlaku. Hanya sesetengah sahaja daripada mereka yang dapat melihat.

Suri bingkas mengangkat pedangnya dan bergerak melompat ke atas tangki itu, serentak menghunus pedangnya menusuk ke dada Zubir.

“Hahaha” khannas ketawa saat keluar dari badan Zubir lalu menghilang. Suri mengetap gigi geram lalu mengejar Khannas.

“Daim cepat, kita ikut” ujar Rosli mendapatkan Daim yang meletakkan Din singa di bawah.

Untuk beberapa ketika, semua seakan jeda dan terpana. Sehinggalah Kunon, Kamil dan Salina bergegas menaiki menara tangki itu, barulah masing-masing bergerak cuba menyelamatkan Din singa.

“Uishh” Kamil memalingkan muka saat tiba. Tak sanggup melihat. Kunon menghampiri Zubir dengan rasa kesal.

Zubir m**i dalam keadaan ngeri, dadanya berlubang kesan tusukan pedang sakti Suri. Manakala Din Singa tak dapat diselamatkan biarpun tidak terhempas ke tanah. Dia kelemasan dan mengalami sesak nafas dek kerana situasi yang sangat genting.

Pihak atasan polis dan pentadbiran pusat pemulihan itu segera membuat mesyuarat tergempar bagi menyembunyikan kes ini dari pengetahuan umum.

Keesokan harinya semua pelatih gempar dengan apa yang terjadi malam tadi. Ada yang membuka cerita hasil mereka menghendap dan menyaksikan secara diam-diam.

Didi duduk di tepi padang termenung, airmatanya mengalir. Dia lah paling merasa kehilangan Zubir.

“Didi!!” Didi menoleh kiri dan kanan, terdengar Zubir memanggilnya.

“Di dalam!!” Didi fokus pada pendengarannya.

“Zuu..zubir?? Kau ke??” Soal Didi sambil mengesat airmata.

“Bukan!! Anas hehehe”

TAMAT

Kakbeydahh

17.6.2023

Terima kasih semua

Semoga terhibur

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 14 Average: 2.3]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.