Pak Cik Tua Depan Rumah

Assalamualaikum buat semua pembaca FS. Sebenarnya saya baru je start baca FS, dalam sebulan yang lepas. Sebelum tu saya minta maaf kalau cerita saya tak sehebat cerita yang lain. Apa yang saya tulis, hanyalah sekadar perkongsian daripada saya. Okay sebelum saya teruskan, saya kenalkan diri saya, saya Am (bukan nama sebenar) dan budak lepasan spm.

Cerita saya ni berlaku semasa saya darjah 1/2. Saya asal dari kampung dan rumah saya ni jauh sikit dari rumah jiran. Tapi ada satu rumah di depan rumah saya, which is rumah kayu. Ade seorang lelaki tua dan seorang perempuan (anak dia) tinggal kat rumah tu. Masa tu anak dia maybe umur 17 tahun. Actually pak cik tu ada masalah (kurang siuman) dan tak bergaul dengan jiran-jiran. Anak dia asalnya macam gadis lain, tapi lama kelamaan dia pun jadi macam pak cik tu.

Sebab kenapa dia jadi macam tu saya tak pasti. Tapi ada orang cakap ayah dia selalu marah sampai dia jadi tertekan, kadang-kadang berdiri tepi jalan dan meracau. Pasal pak cik tu, ayah saya pernah cerita, dia ternampak pak cik tu angkut banyak plastik bag berisi tanah and guess what? Dia letakkan dekat pokok tepi rumah saya. Apa tujuan pak cik tu, wallahualam.

Jiran-jiran kat rumah saya memang tak pergi rumah pak cik tu, even saya pun takut nak tengok rumah dia. Tak lama lepas tu, pak cik tu meninggal, dengar cerita sebab sakit. Lepas pak cik tu meninggal, anak dia jadi tak terurus. Ada mak cik ni pergi ambil anak dia dan hantar ke pusat pemulihan. Apa yang saya dengar, anak dia dah sembuh dan nak balik rumah dia balik, tapi jiran tak bagi sebab risaukan keselamatan dia. Sekarang ni, rumah kayu tu dah dirobohkan dan dibina rumah yang baru. Tapi sebahagian rumah kayu tu masih kekal kat situ.

Dalam 4 tahun lepas, ada pasangan suami isteri sewa rumah tu. Isteri dia ni jenis kental sebab selalu tidur sorang-sorang sebab suami dia kerja. Saya dan mak saya pernah melawat dia dan dia start buka cerita pasal rumah tu. Dia cakap dia selalu dengar something atas atap masa tidur. Tapi dia just hiraukan. Dalam hati saya ,”beraninya akak ni”. Pernah satu hari saudara akak tu datang rumah dia, dan salah seorang saudara dia tu sedang mengandung. Belum lagi masuk rumah, saudara dia tu start meracau dan dibawa balik.

Lepas dah sedar, saudara dia cerita yang dia nampak banyak makhluk berbulu macam monyet di depan rumah. Tak lama lepas tu, adik ipar akak tu datang rumah and dia pun kena kacau. Dia cerita dia nampak banyak makhluk berbulu dekat dapur. Siap ada yang baring atas sinki. Tapi makhluk tu memang banyak gila. Selepas dua tahun, akak dan husband dia pindah rumah. Actually sepanjang saya duduk kat sini, saya tak pernah lagi nampak apa-apa kat rumah tu, Alhamdulillah.

Okay yang ni apa yang saya alami sendiri. Saya dulu suka keluar (main-main dengan kawan) sampai balik rumah masa maghrib. Selagi tak maghrib selagi tu saya tak balik. Selalunya saya jalan kaki je. Sampai depan rumah, saya nampak satu kelibat putih di sebalik lalang. Saya terus masuk rumah dan anggap takde pape, hanya perasaan saya. Malam tu, saya kemas buku yang nak bawak pergi sekolah esok sebab esok sekolah. Then, saya tanya ayah saya, “abah, esok hari apa?”.

Ayah saya jawab, “hari rabu”. Tapi yang peliknya, bukan sekali saya tanya, 20 kali saya tanya soalan yang sama. Dan tetiba mata saya jadi ke atas dan saya meracau sambil nangis. Mak saya terus pergi rumah jiran untuk mintak tolong. Dalam 45 minit jugak saya macam tu, dan last sekali, saya cakap “nak tidur”. Alhamdulillah keesokannya saya dah baik dan tak pergi sekolah hehe. Sempat lagi kakak saya bergurau, “harini hari apa?” haha.

Moral of the story, makhluk ni ada kat mana-mana je, jangan cakap besar dan balik rumah sebelum maghrib hehe. Pasal pak cik tu, actually sampai sekarang tak tahu cerita pasal dia. Jangan cakap cerita akak yang kena kacau tu ada kena mengena dengan pak cik tu ye. Saya tak cakap hehe. Wallahualam.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

9 thoughts on “Pak Cik Tua Depan Rumah”

  1. hirau=peduli
    tak hirau=tak peduli
    tak banyak jumpa kesilapan yang sama dalam fs…
    apasal budak2 sekarang buat karangan tapi tak paham maksud perkataan. teruk sangat ke sistem pendidikan malaysia ni…

    Reply
  2. Hahaha boleh la tu..okey je jalan citer dia..teruskan dik..
    Tp terkene jgk mula2 baca td igtkan darjah setengah..hahahha gelojoh meno bace citer hantu hahaa

    Reply
  3. Cerita saya ni berlaku semasa saya darjah 1/2 ( aku ingatkan darjah setengah..seperti biasa otak aku tak waras di awal pagi..)

    4/10

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.