Pak Long – sambungan

Pak Long

Minta maaf dengan cerita saya sebelum ini,maklum lah saya baru jer dalam penulisan ini and terima kasih saya ucapkan kepada yang membaca kisah saya sebelum ini.Mungkin ada yang menganggap cerita ini hanya rekaan.Tapi apa yang di cerita kan ini adalah dari mulut Pak long saya sendiri.Kalau betul,betul lah.Kalau tipu, tipu lah.

Setelah Pak long sampai, dia terus masuk kedalam rumah dan berjumpa dengan nenek. Dia beritahu ada orang nak aniaya keluarga.Kemudian pak long membaca doa al fatihah, al baqarah dan 3 qul.Keadaan reda buat seketika hingga selepas maghrib, sekali lagi rumah diserang. Apabila pak long memerhati di luar rumah,pak long terkejut bahawa terdapat banyak makhluk yang berlegar-legar di kawasan tersebut.Ada yang terbang,ada pula yang merangkak dan berjalan. Waktu tu pak long gambarkan kawasan rumah bagai taman pesta, penuh dengan makhluk yang pelbagai rupa.Walaupun waktu itu hari sudah hendak gelap,tetapi kawasan itu kelihat terang bagai di siang hari.

Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa gentar nya Pak long waktu itu. Pak Long berasa kesal atas tindakan nya tadi,dia berasa bersalah kepada nenek dan adik beradiknya.Di sebabkan dia mereka yang terkena tempias.Kemudian pak long kuat kan semangat dan cuba sedaya upaya menghalau makhluk yang ada disitu.Pak long tahu dia tidak dapat menghalau semua makhluk yang ada disitu disebabkan Pak long masih mentah dan Atok belum lagi menurunkan semua ilmu nya..Semasa pak long hendak melangkah keluar tiba-tiba rumah seperti dilanggar sesuatu (lebih kurang macam gegaran sewaktu kita naik kapal terbang tu). Pak long waktu tu sudah berfikir bahawa ajal nya semakin hampir.Bila pak long melangkah keluar terasa bahang yang sangat panas sehingga pak long mandi peluh.Satu persatu makhluk cuba untuk menyerang pak long,tapi pak long hanya mampu menepis atau mengelak

Selepas hampir setengah jam pak long bergelut, kepenatan mula terasa oleh pak long. Tangan nya semakin berat untuk di angkat,kaki nya seperti tidak mempunyai tenaga lagi kadang-kadang terasa hendak jatuh.Pak long sempat melihat keadaan nenek dan juga adik. Waktu itu mereka hanya mampu berdoa dan menangis apabila melihat keadaan pak long. Apabila pak long kembali fokus semula, makhluk yang berada disitu mula marah apabila tidak mampu menjatuhkan pak long . Kemudian makhluk itu cuba untuk menyerang semula pak long secara serentak. Bila pak long rasa ajal nya sudah sampai,pak long mengucap panjang. Tiba-tiba ada angin yang kuat menerpa ke arah kawasan itu di iringi dengan laungan “Allahhuakbar”.
Serta merta kawasan tersebut senyap dan gelap seperti biasa.

Kemudian datang seorang lelaki yang semakin menghampiri pak long. Pak long cuba untuk memerhati siapa yang menolong nya. Rupa-rupa nya orang itu adalah atok dan tidak lama kemudian datang lagi seorang lelaki yang menyusul di belakang atok.Pak long terus tahu siapa lelaki yang berada di belakang atok.Itulah lelaki yang memberi peringatan kepada nya.Rupa-rupa nya lelaki itu adalah kawan baik dan juga teman seperguruan atok, Haji Kadir.

Atok kemudian mengangkat pak long yang tengah terduduk itu dan kemudian memanggil nenek supaya membawa secawan air kepada nya.Atok menyuruh pak long meminum air itu supaya tenaga nya kembali sedikit.Selepas itu atok menasihati Pak long, “Haa tu lah,yang along buat sampai m**i benda tu kenapa.Halau jer lah dia bukan nya dia kacau along.Mana tak marah satu keluarga bila salah seorang dari diorang m**i.Nasib baik kawan bapak ni ada bagitahu yang korang dalam masalah, kalau tak bapak tak tahu lah apa jadi dengan kau tadi”.Kemudian pak long mengucap terima kasih kepada Haji kadir kerana telah menolong nya. Haji Kadir ni untuk maklumat semua dia ni kira ada bakat lah, dia mampu merasa sesuatu benda walaupun benda tu berada sangat jauh dari tempat dia (macam deria keenam)

Balik ke kisah semula, atok mengajak pak long dan haji kadir untuk masuk ke dalam untuk berehat dan membersihkan diri. Selepas itu, atok berbincang dengan pak long dan haji kadir berkaitan masalah yang berlaku tadi. Atok “Aku rasa perkara ini tak kan berhenti selagi apa yang dia mahukan tidak dapat, aku bercadang supaya kita terus pergi ke sarang makhluk itu. Tapi sebelum itu kita hendak lah menyediakan diri untuk berhadapan dengan makhluk yang ramai itu. Kita mungkin tidak dapat menghapuskan semua nya tetapi aku rasa kita mampu untuk mengurung mereka. Insyallah”. “Baiklah” serentak dicakap oleh pak long dan haji kadir.

Setelah tiga hari berehat dan menyediakan diri, atok dan pak long berangkat jalan menuju ke sarang makhluk itu manakala haji kadir akan berjaga di rumah sekiranya makhluk itu hendak menyerang. Sewaktu dalam perjalanan kesana, pak long bertanya kepada atok “ bapak tahu ke dekat mana tempat tu”, kemudian atok cakap “nanti kau akan tahu”.selepas jauh berjalan akhir mereka tiba di satu kawasan rumah yang agak mewah.Rumah di bahagian hadapan diperbuat dari batu manakala bahagian belakang diperbuat daripada kayu. Rumah tu berbentuk T, lebar di depan dan panjang dibelakang. Harap korang paham lah.

Baru lah Pak long perasan bahawa rumah itu adalah milik pakcik Meen(bukan nama sebenar), dia ni tukang urut tradisional kampung. Kemudian atok bersuara, rupa-rupanya dia mengunakan jin untuk membuat orang sakit dan secara automatik orang kampung akan pergi berjumpa dengannya bagi menghilangkan sakit-sakit badan dia orang ni.”Patut lah kaya, kerja dia urut orang jer pun” kata pak long. Cuba korang bayang kan, urut sekejap jer tup tup dapat duit. Aku pun terfikir bijak jugak dia ni ehh,selalu nya orang bela jin bagai ni untuk sihir menyihir jer.Dia boleh pulak buat bisnes hahaha.Merapu sekejap.Back to story, semasa kaki mereka menyentuh tanah kawasan rumah itu. Keadaan bertukar menjadi bingit dengan suara dari makhluk-makhluk ini.Mereka keluar dari bahagian belakang rumah itu. Berbekal garam, daun bidara dan 3 buah botol sebesar minyak wangi(yang selalu orang pakai untuk sembahyang tu). Atok mengarahkan pak long supaya memasang pendinding bagi melindungi mereka dari bala yang akan datang kepada mereka sebentar nanti.

Atok telah bersiap sedia menanti serangan dari makhluk itu. Satu persatu makhluk yang berada disitu atok lawan dan kurung di dalam botol yang telah dibawa tadi, manakala pak long hanya membantu mengurung dan memperkuatkan pendinding mereka.Hampir sejam mereka bertarung dan jumlah makhluk ini semakin berkurangan. Nafas atok dan pak long semakin berat akibat letih, kemudian kawasan itu tiba-tiba senyap dan semua makhluk yang ada disitu hilang. Lalu keluar seekor ular berwarna hitam sebesar batang pokok kelapa dan mempunyai ekor yang bercabang dan di belakang ular tersebut ada kelihatan pak meen yang tengah duduk bersila sambil berkumat-kamit mulut nya. Atok kemudian bercakap kepada pak long, “nampaknya bapak jin ni sudah keluar, hati-hati along”.Selepas itu atok membaca beberapa surah lalu makhluk itu menengking, “manusia bodoh, adakah engkau mempunyai akal. Mana mungkin makhluk lemah dan kerdil seperti kamu mampu mencederakan ku, ini kan pula m******h ku”. Atok berasa sangat marah dengan kelakuan makhluk itu tetapi atok tetap bersabar. Atok kemudian bercakap kepada makhluk itu, “ Wahai makhluk Allah, aku mengajak kamu untuk menyembah Allah yang satu. Jika kamu tidak mahu dan terus ingin membuat jahat dengan nama Allah akan ku binasa kan kamu”. Makhluk itu menolak dengan sombong sambil mempersendakan atok dan pak long. Pak long berasa sangat marah dengan makhluk itu lalu pak long meminta izin atok untuk mengerjakan makhluk itu. Atok mengizinkan (mungkin kerana sudah penat) dan berpesan kepada pak long, “Along baca doa dari malaikat jibril”.Lalu pak long pun membaca doa tersebut (doa yang digunakan oleh Nabi Muhammad SAW untuk membinasakan Jin ifrit). Kemudian makhluk itu jatuh sambil mengeliat sakit dan melarikan diri ke arah hutan dan pak meen pun lalu hilang disambar makhluk itu.

Selepas semuanya telah selesai, Pak Long mengdukung atok balik ke rumah. Setelah sampai ke rumah haji kadir menyambut mereka berdua lalu berkata “kau orang dah berjaya menghalau makhluk itu insyallah dia tak akan kembali lagi tetapi aku rasa orang yang bela makhluk itu dah m**i kena b***h oleh makhluk belaan nya sendiri”. Sesungguh nya jin dan syaitan hanya memperdayakan manusia supaya sesat dan mengikut mereka ke neraka.Itulah janji azazil kepada Allah SWT.

Sampai di sini sahaja cerita saya, maaf jika agak membosankan.Terima kasih kerana membaca. Jika mempunyai kesempatan, saya akan ceritakan lagi kisah pak long.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Angah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

7 thoughts on “Pak Long – sambungan”

  1. Sambungan ni memang tak best dah. Nak2 plak tak dapat tangkap mcm mana story part 1. Lagi plak sambungan ni pendek je, patutnya selesai terus masa part 1 tu.

    Reply
  2. cerita ok…
    tp nk tanyer apa jadi dgn yang membela.. jasad dia tak dijumpai ker??
    ada cerita lain tak dari pak long kalau ada bleh cerita lagi..
    (elergik dengan perkataan sambung)..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.