PARKING KLIA BLOCK C

Assalammualaikum. First of all thank you admin sebab accept cerita ni. Actually cerita yang aku nak ceritakan ni mungkin tak berapa seram untuk sesetengah orang, mungkin kepada sesiapa yang pernah terkena macam mana yang berlaku kat aku ni, mungkin dapat rasa keseraman dia. Aku ni seorang student dekat salah satu universiti di area Nilai. Family aku tinggal di Sarawak, which means aku ni jauh di perantauan.

Ada satu hari ni, abah aku call aku awal pagi, dia cakap, “kak, abah gi KL tengah hari nanti, naik MAS, pergi lah KLIA nanti. Sebab takdan kot abah nak pergi college kakak, abah ada bawak benda yang mama kirim ni”. Aku pun meng’iye’kan je abah aku. Masa tu roadtax kereta aku dah expired, aku mintak tolong lah jasa baik kawan aku, bagi dia pinjamkan kereta dia untuk aku gi KLIA nanti. Then, around 12pm, aku bawaklah roommate aku (Wawa) teman aku pergi KLIA. Aku tak berani pergi sorang, sebab aku tak pernah drive ke KLIA sorang-sorang. Kalau KLIA2 aku dah biasa. Kalau landing kat KLIA tu selalu lah. Hahaha. Jadi tu first time aku drive ke sana. Masa gerak tu, both of us decide nak lunch dekat KLIA je, sebab tak payah nak jalan jauh-jauh lepas tu kan.

Agak-agak nak sampai KLIA tu, aku tiba-tiba dah rasa lain macam. Tapi aku senyapkan je, tiba-tiba si Wawa ni berbunyi, “Sayangnye KLIA ni tak dijaga kan Qis (aku), kalau dijaga tak lah seram macam ni rupa dia”. Masa tu kitaorang baru melimpas tempat arrival, and sebelah kanan kiteorang ada bangunan parking yang penuh dengan tumbuhan menjalar. Masa ni aku tak tahu mana jalan nak ke tempat parking. Jadi aku pun belasah je lah pergi tempat arrival tu. Lepas keluar dari tempat arrival, baru aku nampak signboard untuk parking. Jadi aku ikut lah arah signboard tu.

Jadi before ke tempat parking, ada banyak block, which is block A, B, C, D. Jadi aku secara randomnya pilih lah block B, sebab aku suka huruf B. Hahahaha. Masuk tempat parking, lepas tu park kreta belah hujung sikit dari lif. Aku siap whatsapp mama aku sebab nak bagitau parking kat mana. Takut nanti terlupa. Bawa kereta orang kot, nanti tak jumpa macam mana. Hahaha. Lepas tu, aku dengan Wawa naiklah pergi arrival hall. Tunggu abah aku apa semua. Lepas abah aku dah pergi dengan group dia, aku tetiba rasa macam aku nak balik. Tak naklah makan dekat KLIA. Lain macam pulak rasa. Then si Wawa tu setuju je la. Lepastu, kiteorang balik lah ikut jalan and lif yang kiteorang guna tadi. Memang exactly the same lah laluan masa kiteorang guna masa sampai tadi.

Lepas tu, dah sampai dekat mesin bayar parking tu, tetiba dia cakap, mesin ni untuk parking block C je. Aku pun hairan, eh, kenapa pulak block C. Bayar parking block B kat mana pulak. Aku pun masih nak cuba bayar kat situ. Memang kena reject lah youu. Then Wawa cakap, “apa kata kita pergi bawah dulu, mana tahu kat bawah ada mesin bayar parking”. Aku punn iye kan je. Tapi tak silap aku mana ada. Tapi tak apalah. Tak salah mencuba. Masa tengah tunggu lif, aku dengan Wawa beceritalah pasal barang yang mak aku kirim, mak aku kirimkan dapur masak elektronik tu untuk aku masak kat sini. Haha. Lepastu both of us diam sekejap sebab pintu lif dah terbuka nak suruh kiteorang masuk.

Then masa tu aku tak pandang kiri kanan dah, sebab nak masuk cepat punya pasal kan. Lepas tu aku perasan si Wawa ni tak ada. Jadi mata aku cepat lah tangkap tengok dia dekat lif lain, which is berdepan dengan lif yang aku masuk. Lepas tu aku jeritlah nama dia. Dia pun terkebil-kebil. Aku tanya dia, “kenapa you masuk lif tu? Bukan you dengan I ke tadi, sejak bila pandai berpaling tadah dengan I ni haha”. Aku buat lawak sekejap dengan si Wawa ni. Lepas tu Wawa jawab, “eh, bukan you dengan I ke tadi? Sejak bila you keluar lif tu tadi? I terkejut beruk tengok you dah ada dekat lif lain”. Aku pun gelak je la. Aku jawab lah, “you tengok orang lain kot tu”. Lepas tu dia jawab, “eh takla Qis, tu memang you lah”. Then aku pun malas nak melayan si Wawa tu.

Sampai dekat level yang aku sepatutnya park kereta tu, keluar je dari lif, aku dah rasa lain, suasana dia dah lain macam. And surrounding dia pun pelik. Aku pun tak sedap hati. Masa tu memang both of us je dalam lif. And luar lif pun both of us je. Wawa pun cakap, “apa kata kita cuba cari dulu kereta”. Lepas tu aku jawablah, “i rasa lain macam ni, ni bukan lah tempat dia, ni block C, kita block B kan”. Lepas tu Wawa ni insist jugak nak cari area situ, jadi laluan keluar dari tempat lif tu ada dua je, dua-dua laluan tu gelap. Aku cakap lah lagi dengan Wawa, “eh Wa, lain macam gelap ni. Ni gelap sangat dah ni, tempat kita parking tadi tak segelap ni pun”.

Tapi Wawa tak layan I pun. Dia lalu jugak dekat satu lorong gelap tu. Aku ikut jela, anak orang kot, takkan aku nak biarkan. Lepas tu nampak lah parking, kiteorang kan parking belah hujung. Cari punya cari kereta tak jumpa, aku memang siap keluar dari lif tadi dah berpeluh, jadi makin berpeluh macam kena simbah air. Haha. Lepas tu, tiba-tiba aku rasa bulu roma aku meremang. Aku takut ada benda tak elok jadi. Jadi aku tarik tangan Wawa, aku cakap, “better kita naik balik, lain macam dah ni”. Sepanjang perjalanan nak ke lif tu. Aku memang baca ayat Qursi and doa mintak dipermudahkan segalanya.

Sampai kat atas balik, Wawa cakap, mungkin kita salah level kot. Lepas tu aku cakap, biar aku bertenang jap. Hahaha. Lepas tu aku ingat balik jalan kiteorang lalu masa sampai, memang sama. Tiba-tiba aku teringat dulu masa aku nak hantar nenek aku pergi umrah, abah aku ada bawak aku lalu satu food court ni untuk pergi ke arrival hall. Jadi aku cakapla dekat Wawa, “jom ikut I, I rasa kita salah ni”. Pusing punya pusing naik turun escalator, tiba-tiba ada dekat level parking bas pulak, naik lagi. Ke kiri ke kanan. Aku ternampak lah food court tu, sebelum masuk food court aku dah siap doa, mintak Allah tunjuk jalan aku balik and jumpa kereta tu, and masa tu tak sedar yang jam dah tunjuk pukul 4, zohor dah nak habis, both of us tak solat zohor lagi tu. Sebab pergi pukul 1230 kan tadi.

Lalu foodcourt tu, lepas tu nampak lah signboard parking block B, ya Allah, masa tu aku rasa nak sujud syukur pun ada jugak. Betapa gembiranya aku disebabkan signboard tu je. And orang dekat situ ramai berbanding dekat kawasan block C tu tadi yang sunyi. Yang aku peliknya macam mana boleh bertukar jalan, sebab seingat aku dengan seingat Wawa, kiteorang guna jalan sama. Masa nak pergi tempat arrival dalam negeri, kiteorang lalu international punya arrival hall, nak balik pun sama ada limpas. Kalau fikir balik memang tak logik. Lepas tu, aku gi lah bayar parking apa semua, and finally jumpa kereta kawan aku tu. Fuhh alhamdulillah bersyukurrrr betul aku.

Sepanjang dalam kereta tu, aku dengan Wawa diam je, mungkin masin-gmasing dah kepenatan sebab sesat dekat KLIA kan. Haha. Dekat KLIA2 tak pernah pun kiteorang tersesat. Tiba-tiba kat KLIA ni boleh pulak tersesat. Jadi aku cerita lah dekat kawan aku yang aku pinjam kereta ni, dia cakap mungkin pandangan aku dengan Wawa ni ditutup oleh iblis. Wallahualam kebenaran dia macam mana. Then seminggu lepas tu. Viral pulak kesah makcik guard yang kena rasuk pontianak dekat parking Block C tu, which is tempat yang sama aku dengan si Wawa sesat. Aku bersyukur sebab tak jadi apa dekat aku dengan Wawa. Aku rasa sampai sini je cerita aku, kalau aku tengok respon korang elok (kalau admin pos lah), aku akan cerita pengalaman aku yang lain. Aku pernah tersesat dekat ioi citymall pukul 12 malam, kisah aku dengan bunian dan macam-macam lagi. Hehehe. Tu je. Thank youu.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3.3]

50 thoughts on “PARKING KLIA BLOCK C”

  1. Memang ramai konpius pasal block parking klia ni. Klu masuk block b, kena byr parking kat block b je. Mcm tu jugak block c, and fyi, autopay machine cuma ade di level tu block b dan c shj..
    Block parking klia mmg nampak suram sikit. Hahaha

    Reply
  2. Sy pergi umrah aritu.. parking kereta dkt c…sblm nk berangkat teringat usb nset tertinggal.. tp bila pikir parking area situ seram..mmg ajak adik teman.. hahaha

    Reply
    • Ha’a, memang seram, lepas kejadian tu memang hati-hati dah nak park kereta. And mesti ada bawa teman. Haha. Thanks sebab baca 🙂

      Reply
  3. biasa i parking kat block B, pastu guna touch & go… ahahaha, x penah sesat lg….
    Alhamdulillah… x pnh try plk Block C…

    Reply
  4. penah baca parking klia gak…..citer brader 2……..6 jam sesat dlm parking….carik jalan kuar x jumpe…….siap nampak ade kelibat follow…….2 pon last2 guard carik diorg sebab nampak dlm cctv sebab mcm diorg xjumpe jalan….jaga tu ckp dia xberani amik brader 2 awal2 sebab dari dlm cctv dia nampak ade bende follow…

    Reply
    • Fuhh, lamaaanyaa sampai 6jam. Alhamdulillah tak jadi apaapa yang tak elok masa sesat tu. By the way, thanks for reading 🙂

      Reply
  5. Nasib lah sesat je x de nmpk pa pe…tapi still seram dowhhh…
    Smabung vite please… Mcm bnyk cite je ni buat hash tag ya… T senang nk follow.

    Reply
    • Ha’a, nasib sesat je tak jadi apa. Cuma yang peliknya masa Wawa tu tersalah pandang saya dekat lif. Padahal memang kami 2 orang je yang tengah tunggu lif, macam mana entah dia boleh terlepas pandang. By the way thank you sebab baca 🙂

      Reply
  6. Pelik2..beberapa tahun lps kerja di KLIA, alhamdulillah xpernah lg disesatkan..maybe insan terpilih je yang dpt merasainye..wallahhualam

    Reply
  7. masa amik mak ayah balik haji tu, mmg parking kat blok C.. jam 10
    mlm baru settle smua, trun parking C tu, nasib baik rmai org..sbb rmai dtg amik sedara mara blik dari mekah..bayar parking pon pkai TNG..alhamdulillah, d permudahkan

    Reply
  8. KLIA ya nang seram jak parking area nya. Dah kita mmg slalu thru KLIA2 jak nek tok, mmg sikda lah ke KLIA ya gik melainkan sikda choice terpaksa juak pakei MAS. lols. Best crita tok Qis! Thank you for sharing! 🙂

    Reply
  9. PAGI cerita ni x brape nk seram sebab aku stiap taun gi KLIA KLIA2 so aku dh tau keadaan nye
    Lagi satu tempat tu kan slalu ramai so xde ape nk ditakutkan

    Reply
    • Same goes to me, I balik ke penisular every year 🙂 dah biasa gila dengan klia and klia2. Jadi kebiasaan memang tak ada benda seram terjadi kat saya. Tapi, sebab benda ni terjadi buat kali pertama selepas 20 tahun biasa dengan klia, jadi seram tu memang ada. Thank you for reading! Have a great day ahead! 🙂

      Reply
    • You may if you want 🙂 hehe. I’m just sharing my experience. It is okay if you rate my story tak seram or tak berapa nak seram. Cause masingmasing ada pandangan masingmasing. No worries! Thank you for reading! Banyakkan gelak untuk mengelakkan diri daripada suasana yang seram. Have a great day aheadddd! 🙂

      Reply
  10. pernah jugak jadi mcm ni. parking kat blok B tapi tau2 kat blok C dah.. masa tu ingatkan sesat biasa je.. almaklumlah.. parking ni kekadang mengelirukan org..positif gila otak.. hehe.. nasib baik jumpa balik kereta dan selamat.. 🙂

    Reply
  11. assalammualaikum dan hiii kepada semua pembaca cerita saya di fs. first of all saya nak ucapkan terima kasih kat semua adikadik, kakak, abang, termasuk makcikmakcik and pakcikpakcik yang baca cerita saya. kalau nak percaya atau tidak, semua tu bergantung dengan diri masing-masing. mungkin yang lama kerja di KLIA akan rasa cerita saya ni merapu, saya ni sesat apa semua. ya memang saya sesat, tapi kalau rasa masih merapu. tak apa 🙂 saya tak rasa cerita saya perlu diperlekehkan 🙂 ada yang sampai cakap dah meronda satu KLIA, kerja dah lam berpuluh tahun, tapi tak ada apapa. mungkin sebab anda tidak terpilih untuk rasa semua benda tu? kang saya cakap saya boleh tengok benda-benda halus, korang pandai pulak cakap “kalau orang tu boleh tengok benda halus, dia takkan bising-bising bagitahu dekat orang” hahaha. aduhai makcik. dia macam ni lah konsep dia, satu bangunan yang besar, contohnya di sarawak, menara yang tertinggi di sarawak, mak saya sebgai pekerja di sana hampir 20 lebih tahun, tak pernah nampak benda benda pelik, malam-malam duk kat ofis sampai lewat malam, tak pernah pulak rasa pelik, tapi kenapa security guard boleh pulak merakam pontianak terbang di kawasan tu? saya just tak boleh terima bila makcikmakcik, kakakkakak yang comment and memperlekehkan cerita saya. dah berumur kut, macam….hmmm. lawak dooo :’))) dia ikut masing-masing lah, ada yang dapat merasa, ada yang tak. bersyukurlah sebab tak pernah merasa, saya hanya berkongsi kisah seram, bukannya apa pun. ilekk jak bahh bak kata orang sarawak. jangan mena gilak, enjoy enjoy lahh. hampe juak dirik ya hehehe. tu jee. thank you once again ! have a great day ahead ! 🙂

    Reply
  12. I penah jadi benda yang sama masa hantar my dad pergi umrah but that time I berdua dgn my mom tapi lama jugak sesat huhu. alhamdulillah jumpa jln keluar masa tu gelabah jugak

    Reply
  13. bulan 2 aritu parking kat klia. sbb naik malindo pegi langkawi. first time try malindo. so, kitorg parking kat block A sbb nak parking lama dalam 4 hari jugak la.. masa nak balik tu, kitorg ikut jalan yang sama masa datang. mmg aku ingat naik lift kat mana. tapi bila sampai kat parking, jadi block C. pelik sangat sbb takkan jauh gila kitorg menyimpang sampai ke block C. padahal parking kat block A.

    puas jugak la berlari turun naik tangga dengan carry luggage lagi. masa tu tak terpk pasal hantu, cuma pk nak kena kejar masa je la. sbb dah byr parking kan. kang tak pasal satu keje lagi nak kena pegi office dorang pulak. 🙂

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.